Happy weekend u olls,
Weekend kami sangat enjoice. Yeay!!
Bukan nak cerita pasal weekend tapi nak cerita pasal lain. Rasa terpanggil pulak nak share problem ni. Pasal crack nipple yang sangatlah..... OMEMMMJAYYYY sakit sangat masa berpantang dulu. Sampai sekarang saya pelik sebenarnya, journey breastfeed anak sulung takde problem nipple crack & berdarah langsung tapi tang anak kedua tu pulak kena crack nipple ni. NAk cakap baby Zara kuat menyusu pun takdelah sangat, nak cakap latching problem rasanya ntahlah, ialah dah ada sedikit pengalaman sebelum ni breastfeedkan NAyli, erksss NTAH!!!
Memula bila nipple crack dan darah mengalir mencurah-curah terpaksa rehatkan B daripada breastfeed baby Zara. Apelagi bila susu tak dikeluarkan B bengkak tak hengat terpaksa guna pam, ayoyoyo itu tindakan yang salah sebenarnya dimana keadaan jadi lagi teruk. Nak tau macam mana teruk nya keadaan tu boleh tengok kat SINI dan SINI. Berdarah-darah masa tu saya memang betul-betul STRESSS. Down sangat. Sobsss.
B bengkak jangan main-main boleh kena demam woo sakit sangat so saya try hand express pulak sebab perah pakai pam memang dah out. Masa tu lah baru start berjinak-jinak perah pakai tangan memang tak pernah dibuat sebelum tu. Frust sbb susu dpt xbyk cam selalu, tak macam pakai Spectra 3. Ikut jugak petua selalu taruk air susu je pastu biar kering. Agak2 dia dh xde nampak cam bdarah tu saya bg la direct feed balik tp xpam dulu. Anyway saya rasa semua ibu2 yg bf kena bljar pandai hand express sbb skill ni sgt penting sebab lama kelamaan memang membantu. Sbb once die dah cracked, bila pam akan meng-worst kan keadaan. Lagi la kalau guna high suction mcm spectra tu. Mmg akan berdarah. Cuba guna manual pam atau lebih baik hand express untuk satu hari dulu.
It takes a month utk nipple saya kembali normal. Sebulan ok, sangat dasyat. Semasa berperang dengan masalah nipple crack memang betul-betul menguji ketabahan. Kalau guna pam, kita kena pandai kawal pressure supaya puting tak akan trauma, especially bila ada yang suka high pressure sbb nak susu cepat keluar. Padahal akan memburukkan lagi keadaan kendian2..cuba slowkan suction. Satu lagi, bila start pump, mulakan dengan level yang paling rendah dulu, kemudian gradually increase the suction.
Bila letak sapu susu ibu pun tak jalan, sapu medela cream pun tak boleh last-last saya pergi ke Damansara Damai Medical Centre. Doctor bagi cream tak sampai 3 hari guna terus baik. Suprise sangat. Thanks God!!!
Saya recommend siapa yang ada masalah macam saya cuba pergi sana. Very good service.
Apepun saya rasa puting melecet ni asalnye disebabkan baby tak latching btul2 pd puting mommy nye. Kene latch btul2 br problem ni xde. Apapun kalo tiba-tiba dpt problem puting melecet ni, stop feeding the baby on that breast dulu utk sementara je sambil tu letak ubat kt puting yg melecet tu. Breast yg luka tak direct feed kat baby tu pam slowly kalo terer guna tgn, sila kan la lagi bagus. Satu lg tips lps susukn baby, biarkn breast kering dlu baru tutup bra ataupun lap dgn air dlu baru tutup bra dan kalo mandi, jgn gunakan sabun utk cuci that area yg crack tu bilas dgn air je cukup. This is what my skin specialist told me. Kenkadang sabun bleh worsen the infected area sbb sabun ni bleh mengeringkn kulit.
Pastu kalau masa pam buat slow dulu suction pastu baru makin kuat baru kurang sakit. Sebenarnya kalau betul cara, tak yah kuat sgt suction, susu still boleh keluar banyak. Paling penting kena tenang dan jangan sibuk tengok botol dah dapat banyak mana (part nih senang ckp dari buat hiks!) selalunya mesti nak tengok jugak dah dapat banyak mana.
Bila mommies ada problem nipple crack cuba perah susu sebanyak mungkin sebab susu perah ni penyelamat la jugak, dikala orang sekeliling cakap "konon-konon susu tak cukup tu" juga penyelamat dikala baby melalak, pastu sekeliling mintak bagi formula milk untuk baby dengan alasan susu tak cukup sbb tu baby melalak. Kot mana pusing pon, dorang akan tetap nak suapkan baby ngan formula milk atau ke sebenarnya dorang excited nak susukan baby, yo la kalau asik direct feeding je tak merasa la nak bagi baby susu. Bila tiba saat tu mommies boleh kata, susu ada lam peti ais. Mesti dengan cepat dan semangatnya gi amik susu tu. Hiks!
Breastfeed ni bukan boleh nak ikut-kut orang je si A breastfeeed baby, si B rasa macam best sebab jimat nak breastfeed jugak sebab mommies juga perlu ada ilmu breastfeed sebab ada 1001 lagi problem yang tak terfikir oleh kita. Selain tu boleh jadi juga block duct. So kita kena selalu pastikan baby menyusu betul, kalau mengepam kena botol2 kosongkan breast. Jangan tunggu breast bengkak baru pam nanti lelama boleh tersumbat. Tak pernah terjadi kat saya tapi pernah dengar mommies yang kena block duct ni bila pam kuar angin jer tapi breast tetap bengkak dan penuh. Baby pula bukan jenis minum sungguh2 so pas baby minum pon still mengepam. Kena jaga mencegah sebelum parah, sakit...bila block duct risiko kena breast abcess tinggi. Eee ngeri. Sedangkan nipple bengkak pon rasa dah give up inikan kalau kene breast abcess.Sure lagi sakit.
Banyak lagi nak cerita tapi jangan ambil negatif cerita saya ni ee sakitlah taknak breastfeedlah. Saya selalu teringat kisah mommies yang ada experience lagi teruk dari ni setiap kali ada perasaan malas untuk mengepam datang melanda.Teringat tentang ketabahan, kesabaran dan kesungguhan seorang ibu untuk menyusukan semula anak-anaknya. It took her 6 weeks to relactate, from no milk to spraying milk! Wowwwwww!!
That story kept me going. It made me think, Allah dah kurniakan kemewahan ini kepada saya untuk menyusukan anak. Di kala ada ibu lain yang tidak dapat merasai nikmat menyusukan anak secara direct dan sanggup bersusah payah untuk membuat exclusive pumping. Kenapa harus saya sia2kan nikmat ini dan biar kemalasan menguasai diri?
Yies-lah nothing its impossible. If u put your mind into it, u can do it! Semoga mommies semua dikurniakan ketahanan dan ketabahan utk terus memberikan yg terbaik buat si comel! Yeay!!!
No comments:
Post a Comment
Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~