CLICK~! CLICK~!

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, March 7, 2012

J-Card Day 7 & 8 March 2012

Sebenarnya pagi-pagi buta tadi duk telek-telek tangan. Nak pergi keja ke tak? Dalam kepala fikir nak ambil MC je WARGHH WARGH WARGHH.

Pasal apa lagi, it's J-Card Day @ One Utama Shopping Mall lah. Yeay!!



Tapi lepas campur-tolak-bahagi-darab. Erksss tak payahlah.

Sebab no. satu kerja kat office berlambak-lambak ok, jangan nak mengada buat hal. Sila jadi pekerja mithali.

Sebab no. 2, kalau pergi dah sah-sah kopak poket punya. Erkss tak dapek den nak tolong.

Sebab no. 3, dah boleh imagine macam mana teruknya traffic kat sana, nak cari parking lagi. Uwaa help help tak sanggup.

Untuk sesiapa yang banyak masa & wang tu, apelagi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Grrrrrrr.

Shopping memang theraphy minda yang sangat baik!!



Yeay!!

Sekian.


Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

Sweet Like Candy Di Birthday Bash Zara Amani

Yabedabedu! 1st birthday bash Zara Amani telah dijalankan dengan jayanya. 


Kali ni saya buat kat tempat special lain dari yang lain sikit. Tak pernah terfikir nak sambut birthday anak di nursery tapi bila bulan lepas masa hadir di majlis sambutan kawan-kawan Nayli di nursery, terus rasa jatuh cinta melihat keakraban geng geng si cilik ni meraikan birthday rakan mereka secara beramai-ramai. Havoc u olls sampai takmo balik. Takdelah buat majlis mengalahkan kenduri kahwin pun sekadar sedikit jamuan makan lagipun haiyaaaa ini budak-budak kecik sangat bukan tau appreciate pun. Ok jugak sesekali dapat menjamu tenaga pekerja kat nursery yang setiap hari bertungkus lumus tolong jaga anak-anak saya. 

Yelah, ibu bapa hari ni memang lebih cenderung meraikan sambutan hari jadi anak. For me, saja-saja untuk kenangan. So this year I decided to throw a small party untuk kawan-kawan Zara & Nayli kat taska tu. Sambutan hari jadi yang pertama Zara Amani telah diadakan di Taska Pintar Comel, dimana adalah rumah kedua bagi Nayli & Zara sewaktu mama bekerja. Yelah Isnin hingga Jumaat 8am - 7pm mereka kan tinggal di sana. 11 jam sehari. Lama kan.

Allah selamatkan Zara Amani, Allah selamatkan Zara Amani, Allah selamatkan Zara Amani, Allah selamatkan Zara. Semoga dkurniakan akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan dan hidup yang di rahmati di dunia dan akhirat. Amin.




ZARA AMANI IS ALREADY I YEAR OLD. HOOREYY!!!!



Kalau bercerita pasal party untuk kanak-kanak, perkara pertama yang terlintas mestilah benda-benda ni especially belon. Belon merupakan antara elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah majlis terutamanya meraikan sambutan hari jadi. Budak-budak memang suka sangat belon kan.

Setengah beli baru, setengah lagi balance dari birthday bash Nayli yang lepas. Sebenarnya rasa macam ehh baru je sambut birthday anak hari tu, eh tetiba birthday anak lagi. Yelah sorang lahir hujung tahun, sorang lagi lahir awal tahun. Kalau anak lahir pada bulan yang sama ok jugak kan boleh sambut 2 IN 1 terus. Jimat ooo jimat. Hihi.



Biasanya pagi-pagi lepas hantar anak ke nursery selalu singgah kat gerai makcik yang berhampiran tapau for breaskfast kat office.

So makcik ni lah juga yang berjasa dalam sambutan hari jadi kali ni. "Makcik, saya nak tempah satu bekas mee hun goreng ye untuk hari jadi anak saya"

Tak nak pedas. Sikit pedas pun tak nak tewww sebab nak bagi kat budak-budak makan lewww. Banyak songeh betul. Mengada.



Terima kasih makcik. Air tangannya memang sedap.

Datang sekali dengan pakej mee hun goreng makcik tu. Tak nyempat-nyempat mama dah tapau seketul dua bawa pergi office KAHKAHKAH.

Pagi pagi lagi dah bawa kesemua makanan ni ke nursery.




Satu satunya air tangan mama. Eh bukan satu tapi dua. Nugget & sosej goreng. Bersilat kat dapur macam ribut lepas Subuh. Nasib anak tak bangun lagi masa tengah buat misi khas ni.




Untuk memudahkan kakak kat nursery tu handle budak-budak ni nanti saya sediakan air kotak sebagai minuman. Tak sure total budak kat sana ada berapa. Cukup kot.




Untuk meminimumkan lagi tugas mereka.




Makanan manis dan tak berkhasiat yang tak sesuai diberikan untuk kanak-kanak. Erkss, takpelah setahun sekali. Grrrrrr.

Semua beli online. Termasuklah apam polkadot tu tadi. Zaman sekarang cukup mudah semua di hujung jari. Poket kosong takpe janji dalam bank ada duit. Sangat tertarik pada designnya yang sangat cute.







Lets Party! Party! Hooyeaah!!!!!

Last but not least. Souvenir untuk semua kanak-kanak ribena. Wah heaven betul la harini dapat makan best best.



Semua gambar makanan je dulu kasi semua orang lapar. Sambutan hari jadi di nursery memang sangat meriah. Bayangkanlah kesemuanya adalah kanak-kanak je. Semuanya keriangan yeyeeye tak henti-henti. Nak tengok rupa birthday girl Zara dan bagaimana happynya diorang semua ?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


See you in the next entry-lah. Yeay!!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli;o ;p

Tuesday, March 6, 2012

Cara Nak Bawa Stok EBM Dari Kampung

Assalamualaikum WBT,


Biasanya time pantang selalunya mommies mesti pulun habis buat stok EBM kat kampung. Yelah time tu lah susu mencurah habis basah baju memang sayang nak dibuang begitu saja. Apelagi sila rajin-rajin perah buat stok takpun buat tandem nursing, sangatlah syiok. Bila dah penuh fridge kat kampung mulalah berkira-kira haiyaaa macam manalah nak bawa semua stok ni balik rumah. Kan kan kan.

Untuk pastikan EBM dalam keadaan beku dan boleh disimpan semula dalam fridge setibanya di rumah, anda memerlukan ice pack/brite ice/techni ice untuk melindungi ebm anda. Keluarkan stok EBM apabila anda telah bersiap sedia utk perjalanan, susun dengan elok segala jenis ice anda itu dan seeloknya bungkus dalam suratkabar atau kertas tebal sebelum pindahkan dalam bekas kedap insyaallah tak cair. Jika susu yang beku itu cair anda harus guna dalam tempoh 24jam dan tak bole dibekukan. Saya selalu pindahkan dari Seremban-KL, balut botol2 ebm tu suma pastu susunkan icepack..pastu letak brite ice ..pastu balut kertas tebal..lps tu towel..wallaaa...beku hingga ke destinasi....eh pastu msk dalam polisterin yang dibeli kat Giant.




Nak lagi syiok lapisan atas sekali tu cover dengan newspaper. Penebat haba yang baik kata orang.





Lepas dah settle semua, seal kan rapat-rapat bekas politerin tu.






Kalau takde ice pack atau seupamanya,cukupla sekadar buat ice ketul 1-2 hari sebelum travel dlm kuantiti yang banyak (agak-agakla EBM tu byk mana).



Pada hari saya nak travel tu, saya masukkan ice ketul atau ice pack lepas tu saya tabur garam kat dlm ice batu tu banyak-banyak. Tujuannya utk melambatkan ice tu mencair dengan cepat semasa dlm perjalanan. Ok ini fakta ye bukan auta. MEmang tahan dan alhamdulillah sampai KL, EBM sy masih beku lagi. Ada relevennya knp letak garam, tindak balas kimia garam dengan ais batu tu yg melambatkan ais drpd cair. Dlm bahasa kimianya saya tak tahu nak sebut...hehehheee...


Tips yang berguna:


- Uruskan perkara susu ini sebagai tugas yang terakhir sebelum masuk ke dalam kereta.
- Kalau boleh buat perjalanan di malam hari so takdela panas sangat.
- Jangan singgah banyak sangat tempat, so bolehla cepat sampai rumah. LAgi cepat sampai
  lagi bagus.
- Letak bekas polisterin yang berisi stok EBM dalam kereta, bukan bonet kereta dan kalau   
  perjalanan adalah di siang hari tindihkan dengan barang lain supaya bekas tak direct kena cahaya matahari.
- Sepanjang perjalanan, jangan buka-tutup-buka-tutup bekas polisterin untuk melihat  sejauh mana ketahanan EBM tu
- Berdoa dan tawakal semoga stok susu akan selamat dan tak rosak. Insyallah.


Penyusuan memerlukan sokongan dan bantuan orang sekeliling so mintalah sokongan suami untuk alihkan semua stok susu setibanya di rumah. Kalau nak lagi best, cuit-cuitla bahu suami suruh beli deep freezer, lagik banyak space nak simpan EBM dan susu juga akan tahan lebih lama sehingga 6 bulan.


Baru perasan dah ada kat Daisolah. Kalau dah kat Daiso sah-sah la harga semua RM5. Murah dan comel je. Banyak pilihan rambang bijik mata.



Nowaday sangat mudah nak cari keperluan menyusu. Mana-mana pun ada jual. Tu belum tengok cooler beg yang lagi ada macam-macam pilihan kat Daiso ni. Yeay!

Sekian.

Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

Monday, March 5, 2012

Dah Setahun Menyusukan Baby Zara Amani

Yahoo! Saya tak pernah terfikir yang saya akan breastfeed.



Now my 2nd baby Zara Amani dah setahun. I know i havent reach the  2 years benchmark  but saya tetap bangga. Saya tak pernah rasa difficult, carry my cooler bag with pride. Ade saat supply susu merundum, time tu ade gak termenung depan tin susu formula Nayli. Konon nak kongsi dengan adik jugaklah but so far alhamdulillah, susu formula tu kak Nayli yang punya sahaja ok.

Ingat lagi masa awal-awal dulu, when i do my own studies, segala buku, forum susuibu.com telah ku tumpang baca.


But from there still takde confident that i cant breastfeed. Still tak sure i can BF or not. Dgr citer from my mom yg berjaya BF anak 4hari aje sebab dia too stress cooping dgn c-sec pain. Saya pun ingat  akan face same thing.


When the actual labour come. Saya berjaya beranak normal & after labour terus BF anak. Mencurah air mata gembira. Anak pulak naturally latch on properly & Ididnt face any difficulty. Syukur sangat.


Alhamdulillah! saya berjaya breastfeed sampai setahun. Harapan saya, semoga saya dapat breastfeed baby Zara sehingga 2 tahun. Mudah-mudahan dipermudahkan jalan utk saya. 

Bila breastfeed anak sendiri is a pretty awesome moment dat i ever had in my life. Tak tahu nk ungkpkn betapa indahnye being a BF-mama. I lurve the way baby Zara sucking sgt mendamaikn. Lebih rasa sayu bile melihat Zara tertido kekenyangan di pangkuanku selepas menyusu. Indahnya!! dan setiap kali ku menyusukn anak, tak berhenti berdoa agar Zara jadi anak yang soleh, bijak & berguna.

Seandainya satu hari nanti anak-anak mama, Nayli & Zara baca coretan mama ini, ketahuilah sayang bahawa MAMA TELAH HALALKAN SETIAP TITIS SUSU IBU INI UNTUKMU. Tiada harta yang lebih bernilai yang mampu mama bagi melainkan susu mama ini. Amin.


Sekian


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

Saturday, March 3, 2012

1001 Kisah Di Hari Minggu Bila Dengan Anak-Anak

Its weekend. Yeay!!!

Haaaaaa. Bila weekend boleh la tarik nafas panjang sikit. Lega. Takdela rushing ke sana sini. Everything boleh buat slow and steady je. KAlau weekday pepagi buta start dari alarm clock bunyi mesti kena jadi ala-ala superwoman tebabooo. Masak bubur, pam susu erkss macam-macam lagilah.

Pepatah orang tua kata kalau lepas mandikan anak bedak kena sapu kat muka ala-ala opera cina. BAru tanda dah mandi. Wanginya anak siapa la ni. KihKihKih.



Takpe bedak memang banyak dapat hadiah lepas bersalin hari tu pun ada yang tak habis guna lagi.

Toy ala-ala gitar Kurt Cobain la konon ni pulak dapat masa NAyli buat muka seposen masa pergi The Store haritu. KAlau sebab bukan muka seposen dia, sebarang pembelian mainan baru memang dihentikan buat seketika. Apa taknya, dah berbakul-bakul toys dari zaman Nayli lagi semuanya pun habis manis sepah dibuang. Lepas seminggu, semuanya di campak-campakkan tinggal la berhabuk sebab tuan dah tak ambil kisah.

Its weekend bebeh. Chillin' like a rock star yahoo! 


Pepatah orang tua jugak ada kata melentur buluh biar dari rebungnya. 

MAsih rebung lagi ni. Rajin anak mama rajin yeyeye. Biasalah time weekend la nak basuh baju setinggi Guning Everest HiHiHi. Nasib baik ada assistant. Angkat kain jemuran, hujan dah nak turun.




Lepas sapu mop lantai pulak ye ;p



Ye memang betul sesangat. Melentur buluh biar dari rebungnya.

Study! Study! Study! Bagusla suka membaca nanti cepat pandai. Insyallah.





Jangan terlebih sudah. Haipssssss!




Alahai kesiannya.

KahKahKAhKah! Jangan telefon Teledera ye sayang. Nomnomnomnomnomnom.

Sekian.

lolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

Friday, March 2, 2012

Zara Amani is O.N.E. Yabedabedu!!!

Assalamualaikum,



Alhamdulillah di kurniakan oleh Allah SWT nikmat hidup hari ni Zara Amani genap setahun. YAhooo!!!  Lepas ni dah tak boleh panggil baby lagi. Rasa macam masih baru masa published entry kakaknya yang genap setahun.

Ini Zara Amani. Dulu susah nak makan, now suka sangat makan. Biskut mesti kena ada je kat tangan. Inilah dia sepatutnya adalah February's baby tapi sebab syok sangat duk dalam perut mamanya terus terlajak jadi March's baby. YEay!!


Burung kakak tua, gigi ada empat.

I tell u ok, now adalah part yang paling hardcore untuk breastfeed! OmemmmJAyyy!! Tengok sajalah pada gigi cap kapak yang sangat ohsem tu. Sekali kena geget memang sangat ohsem gitu. Awwwwww. Semoga mama diberikan kekuatan untuk kesakitan ini. Zara sekarang memang suka sangat menggeget. SANGAT!!!

Kenapa Zara Amani? Kenapa takde nama ala-ala kakaknya jugak? HiHi tak nak nama sama. Sebenarnya masa preggykan Zara naluri saya kuat jugak mengatakan baby yang saya kandung ni adalah baby girl. Masa tu dah baget nak letak nama yang ada 2 words dan salah satunya adalah Adriana. Suka dengan nama tu, sedap didengar dan ada maksud yang baik. Beget nak letak Alya Adriana, Fatin Adriana, Adriana MAisara, erksss macam-macam nama lagilah yang penting mesti ada Adriana.

Tapi tu lah manusia hanya merancang satu hari saya ternampak nama Zara Amani yang bermaksud puteri ketenangan. Sangat tertarik dengan nama tu dengan berharap baby ini sangatlah bertenang. Yeay!!!



Sebab apa saya tangkap lentuk bila ada word ketenangan tu. Ini adalah kerana nama kakanya Dayana bermaksud yang gagah perkasa, dan masa pantang Nayli sangat lah gagah perkasa untuk menangis dan menangis. I tell u time tu mama memang mata panda hari-hari mata lebam tak cukup tido. Hiks!




Walau macam manapun ragam, mama tetap sayang kamu semua sampai ke hujung nyawa. Zara Amani dulu kini dan selamanya. Terima Kasih kerana wujud dalam hidup mama, anugerah terindah dalam hidup mama.
Terima KAsih Allah.


'








Semoga menjadi anak yang baik, solehah, berjaya di dunia akhirat. Doa dari mama untuk yang tersayang. Amin.

Happy 1 year old, Zara Amani!!!

Sekian.


Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

Wednesday, February 29, 2012

Eeee Ada Berani Jom Jalan-Jalan Di Taman Ular Sawa, Ulu Bendul

Sekarang ni kat kawasan saya ni hujan sangat lebat. Ok sambil menikmati suhu ala-ala sejuk ala Genting Highlands ni jom cerita pasal kisah ke Taman Ular Sawa  pulak. Yeay!!!!

Lepas mandi kat Taman Rekrasi Ulu Bendul, kami semua jalan kaki je ke sini. Dekat tapi kena mendaki bukit. Aww dah lama tak exercise u olls.



Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Maksudnya kalau naik gaya macamni takdela penat sangat. HiHiHi.




Yahooo!!



Mendaki bukit takdelah seteruk nak pergi Japanese Village kat Bukit Tinggi, Pahang dulu. Yang itu memang mak datokkk sangat penat. Sampai je atas kami di hiburkan dengan aneka jenis ular sawa. Macam-macam jenis ular sawa ada di sini. Anaconda kaler kuning pun ada. Jangan tak tau anconda beranak tau bukan bertelur hokkay. Jenis ular sawa yang lain semua bertelur. Penjaga ular tu lah cakap. Ooo baru tau.

EEeeeeeeeeeeeeeee.



Semua tengok dari luar cage je. Giller nak masuk dalam cage tu or nak pegang ular sawa. TAk beranilah.




Kan dah cakap tak berani.




Betul tak berani.




But !!!!!!!!!! Ahaaa........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Abang Long saya memang paling berani. Hello, penjaga ular tu cakap anak ular sawa ni umur baru 2 tahun dan dalam sehari 4 kali tau mandi air sabun. Wowwww dasyat!!  Saya berani pegang kulit dia je, memang sangat lembut dan tak berbau langsung.

Usap-usap sikit beranilah, nak pegang?? Erkssssss. Inilah first time saya pergi Taman Ular Sawa kat Kuala Pilah ni. Teruja beb. HiHi.

Last but not least sebelum balik. Taraaaaa!


3 dara pingitan u olss. Awww. Syok jugak sesekali lepak-lepak dengan family besar.

**********************************************************

Kalau ada yang perasan or tak perasan, my babies Nayli & Zara takde langsung dalam piccas kan? Sobsss yelah time weekend ni diorang tengah pergi summer camp. HukHuk. Rindu sangat kat diorang masa ni.

Just Imagine kalau sehari tak dapat tengok anakla kan.

1 hari = 24 jam
24 jam = 1440 minit

Pheww. Tu baru sehari. Kalau dua hari? Tiga hari? Sebulan??? Glurpsssss. Oh my oh my.

Sekian.

Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p