Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, December 16, 2011

Petang Jumaat Yang Indah

Petang Jumaat yang membosankan,

Laaa apehal tajuk entry indah tapi kat isi bosan pulak ni. Macam biasalah duduk depan computer. Agak-agak boss aku tu pelik tak aku asyik ngadap computer je 24 jam kat office. Padahal buat tender kena tengok drawing, kena calculate tulis pakai pencil 2B dalam cost sheet. 

Aku patut bersyukur jugak boss aku bukanlah busybody macam kat company lama aku dulu. Tak pernah ambil tau pun ape aku nak buat. Nak tidur pun boleh janji kerja kena siap. Nak update 10 entry sehari kat belog pun boleh janji kerja siap. Tu yang bila datang mood rajin gigih aku post 2-3 entry sehari. Tapi kalau kerja tak siap korang tau maca mana? Aku pernah tengok sorang staff yang buat kerja ala kadar je hidup segan mati takmo. Apelagi kena +f%4#@7*9)) lah. Seryes kalau aku yang kena mesti nangislah. Kerja kat construction line memang tough. HAti kena kering, Kalau sikit-sikit nak terasa memang bai-bai-lah. Eh kalau tengok aku kerja rileks macam tak stress tu sebab aku pandai cover line. Terlampau penat sebenarnya. Aku bukan mengeluh ye. Tapi aku memang tak pernah stayback. Cukuplah kerja 8 jam sehari. Enuff-lah.

Dulu masa baru masuk office 3 bulan yang lepas boleh online FAcebook. Sekarang dah tak boleh. Sobsss. Tu lah kerana nila stitik rosa susu belanga tapi aku bukanlah si nila itu ye. NAsib blogspot tak block kalau tak mesti aku dah jadi macam cacing kepanasan kat office. Help! Help!

Ha ni lagi satu. Asal orang datang jumpa aku bagi calender, bagi diary 2012. Dah berlambak-lambak dah ni. Siapa nak? Meh datang collect sebab aku tak suka pergi post office nak post barang. Jauh sangat nun ada satu je kat Giant tu haa.

Sebenarnya aku nak kurangkan sikit cerita pasal anak-anak sebab aku rasa dah terlalu bagi publisiti kat diorang.  Aku juga nak kurangkan upload piccas kat belog sebab dah terlalu berat. Yelah tu. MIAHAHAHAHA.

Ok take care everyone.
Enjoy your weekend. Yeay!


Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~