Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, December 9, 2011

Late Dinner Di Rasamas, Giant Kota Damansara

Semalam weekday. Kalau dah weekday memang letih sikit lah balik kerja memang fuh fuh fuh depan TV je tengok anak main. Tapi memandangkan semalam adalah weekday yang poket penuh sebab awal bulan kami anak beranak macamlah banyak sangat anak berkunjung ke Giant untuk membeli barang-barang dapur. Erkss beli barang dapur? Eh silap-silap beli barang anak-anak sebab dapur dah lama tak berasap. KAHKAHKAHKAH.

Sampai Giant, Kota Damansara je alamak kantoi pulak. Papa phewww nasib baik dia tak panggil mama, Na na yak yak. Yeyeye, untuk info Nayli memang membahasakan diri nya Na na. Mungkin sebab nak pronounce nama dia Nayli Dayana macam panjang sangat yang larat sebut Na na je lah. Cuba bayangkan kalau nama NAyli panjang berjela eg: Nayli Natasha Al-Fonso Natalia Ariana Zurianee Kariana Dayana. Agak-agaknya apa yang dia nak panggil diri dia sendiri kan. Hiks!

Muka big baby dah yak yak baru nak bagitau. Tau tak selesa ye. Tau pun. Udah mama bilang kalau nak yak yak cakap.



Nasib baik bawa pampers lebih alah dah tau sangat standard lah kalau dah ada anak ni. Dalam handbag mama bukan ade compact powder or lipstick, tapi ade pampes & botol susu. Sobsss. Lepas settlekan NAyli kami singgah makan dulu.

Dinner kat Rasamas.

Cepat nyorok nanti NAyli nampak habislah.




Oh yang ni tak boleh nyorok. Nayli kena makan banyak ayam untuk cepat besar, cantik macam mama, comel macam mama. Hihihi.Ayat puji diri sendiri nak suruh Nayli makan banyak.

Yummy! MAma lagik la lapar.




HEy hey not bad ok RAsamas. Boleh tahanlah set untuk 2 orang &pilih 3 side dishes (kami pilih toufu jepun, sayur campur & sup ayam) plus air RM 30++.

Burpss. Alhamdulillah syukran.




Lepas tu ke Giant pulak beli sikit barang.

Part ini memang best.

MAri mari mommies semua beli Diapers sebab ada free gift tau. Yeay!!!




Siapa yang beli jangan mintak free gift ni kat counter pulak sebab memang dah packing siap-siap dalam ni.

MAma yang tak nyempat-nyempat. BAlik je rumah terus paksa baby Zara posing dengan baju baru. Hihihi.

Thank you, Diapers.


Yeay!!

LAin pula dengan alkisah kak NAyli.



Saya bahagia dengan MAmy Poko tapi papa & mama saya tak bahagia sebab diorang kata Mamy Poko tu mahal sangat. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

1 comment:

  1. terlalu sini baca entry pasal ayamas dan terus follow...

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~