Tengok je kat tajuk entry nie mesti orang akan cakap. wah advancenye!!!!!!! Ya, saye memang advance terlebih sebab saye sangat memikirkan in advance pada perkara2 yang bakal dan sepatutnya saye lakukan pada masa hadapan terutamanya untuk baby Nayli. Hiks Hiks Hiks! Skang dah nak masuk bulan 7, bulan 8 dah puase kan kan kan? LAgik sebulan lebih je!!!!!
Oh ye bila Ramadhan dah nak tiba, mesti setiap ibu yang menyusukan anak bimbangkan? Ya! termasukla saye. Inilah kali pertama saye berpuase sambil menyusukan anak . Bukan sebab tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatit dalam Rukun Islam tetapi risau mengenangkan bagaimana untuk menyusukan bayi NAyli sedangkan diri terikat dengan ibadah puasa. Saye risau pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan tak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan berpuasa. HAruskah saye berasa risau ye???
Hasil pembacaan saye, dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlulah ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana setiap puase yang ditinggalkan tue perlu diganti. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara- perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.
Namun, dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.
Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran ibu- ibu yang menyusukan bayi berkenaan dengan puasa. Namun, ia mungkin akan terjawab jika kita sendiri faham akan erti pengurusan puasa dan juga tahu akan natijahnya dari sudut perspektif sains. Kadangkala bukan ibu yang menyusukan bayi bimbang akan kesihatan tetapi masyarakat sekeliling ataupun keluarga terdekat yang mempengaruhi minda dan pemikiran ibu- ibu bahawa berpuasa boleh membahayakan bayi yang disusui. Ya! itu betul sangat2, HAHAHAHAHA! Sebab itulah perlunya pemahaman yang mendalam tentang puasa dan peri pentingnya penyusuan susu ibu agar pilihan untuk berbuka puasa itu dapat diminimumkan. Ia merupakan satu langkah yang proaktif supaya tidak timbul masalah yang mendatang dan kesihatan ibu dan anak juga akan diberkati Allah natijah daripada manfaat puasa itu sendiri.
Banyak kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu akan menyebabkan bekalan susu ibu akan berkurangan. Jika kita lihat, berpuasa hanya melibatkan penahanan diri daripada makan dan minum hanya memakan tempoh yang sekejap, bukannye kene berpuase sampai 24 jam kan. Jadi tak timbul masalah dehidrasi jika kita mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dan minum air dalam kuantiti yang cukup. So malam2 lepas bukak puase tue cubalah minum air sebanyak yang mungkin OK.
Ada juga sesetengah pendapat mengatakan jika ibu- ibu berpuasa, akan meningkatkan penghasilan toksin di dalam badan dan akhirnya juga terdapat dalam susu ibu yang akan memberi kesan terhadap bayi. Namun, perlu kita ingat, bayi juga memiliki sistem imun yang dapat menahan diri mereka daripada serangan penyakit. Tanggapan sebegini perlu kita ambil iktibar dan diterjermahkan dalam ertikata puasa yang kita jalani. Allah mensyariatkan berpuasa kepada hamba- hambaNya kerana pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi daripadanya. Terpulang kepada diri kita untuk memanifestasikan puasa dalam kehidupan yang sebenar dengan situasi seperti ibu- ibu yang menyusukan bayi. Kajian yang dijalankan di Afrika Barat mendapati bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi tetapi kemungkinan komposisi susu ibu tersebut akan berubah. Hal ini adalah sejajar jika dikaitkan dengan pemakanan ibu semasa bulan Ramadhan kerana nutrien susu adalah bergantung kepada pemakanan ibu.
Kalau kita mengamalkan pemakanan sihat dan sempurna yang diamalkan, iInsyallah tak akan mengundang masalah terhadap pengeluaran susu tetapi jika terdapat kekurangan dalam pengambilan makanan, kemungkinan komposisi tersebut akan berubah. Namun, ia tidak mendatangkan masalah terhadap kesihatan bayi. Ini kerana, ia boleh dilihat sebagai suatu kitaran, ibu- ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Selagi mana pemakanan seimbang diutamakan, tiada masalah untuk ibu dan bayi yang menyusu.
Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap manusia khususnya yang bergelar ibu. Tetapi, bagi kita yang ingin merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian- kajian sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.
Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika ibu2 tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Sebaiknya, minimumkan pilihan untuk tidak berpuasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulan puasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah.
So, pada ibu2 yang meyusu tak payah la risau. Insyallah kita pasti boleh lakukan. Yang penting pemakanan seimbang & minum air banyak2. Bukankan ciptaan Allah itu hebat.
Pssttt: Oh ye, tahun lepas saye puase penuh tau sebab mase tue tengah preggy 7 bulan, Alhamdulillah takde sebarang masalah. Best sangat tau rase mase tue! Hiks
Pssttt: Oh ye, tahun lepas saye puase penuh tau sebab mase tue tengah preggy 7 bulan, Alhamdulillah takde sebarang masalah. Best sangat tau rase mase tue! Hiks
adehhh...me last year prgnant...8 bln lebih...arghhh sempat pose 3 ari aje...warggghhh...peant seh nk menggantinyer nehhh
ReplyDeletehehe. cepat ganti tau. kenapa banyak tinggal? tak larat ye? Hiks
ReplyDeleteRisau gak ni nk menghadapi ramadhan thn nie..thn lepas saya bpuasa dlm keadaan susu yg msh meriah. maklumlah br 3bln lepas bsalin. tp tkpe yg pntg kita jgn menyerah kalah. Allah itu maha mengetahui..sbb itu dia mensyariatkn kita berpuasa. Semua yg berlaku dgn izin-Nya jd mintalah pada-Nya..
ReplyDeletebagus2 entry yang sgt memberi info.saya pun risau nnt bulan pose baby 8bln lebey,fully BF.emm yang penting mama kena makan seimbang semasa berbuka dan sahur,pas tu minum air bebanyak.chaiyuk!
ReplyDeleteGood for u la Akma... always +ve thinking... Good inspirasi utk ibu-ibu yg BF tau!! Semoga perjalan ibu2 menyusu dipermudahkan semasa bulan ramadan nnti. Amin!
ReplyDeleteyeay sume orang pasti mampu melakukan, bukankah di mana ada kemahuan di situ ade jalan =)
ReplyDeleteaku lg ler bnyk kantoi 2 minggu + 1 mggu thn lps, coz time ni da msuk spital nk branak n kuar tanda da, time ni mkn cm x ingat bln poser, smpi tliur ler mak aku tngok aku mkn hehehe skang duk jenuh nk ganti, huwaaa...tp x pe la bln rejab bnyk fadhilat nyer tul x :)
ReplyDeleteok cik sarah, selamat ganti pose. jangan malas2 okay. pose tu bagus gak boleh kuruskan badan sekali kan kan kan....
ReplyDeleteemm da trun 3kg wohoo...susu pon smakin bertambah
ReplyDeleteemm, aku akan trus berusahaaaaa....wlpon cuma dpt 3oz jew shari dulu 1oz jew, ksian kn aku huwaaaaa...
takpe jangan risau, yang penting jangan putus asa & giatkan sessi mengepam untuk kosongkan breast. lame2 mesti success punye. ok. good luck friend.
ReplyDelete