Eh countdown ape tue? Yelah minggu depan baby Nayli dah nak masuk 8 bulan so maknenye misi penyusuan saye ade lagik 1 tahun 4 bulan untuk berjaya iaitu sampai 2 tahun~ yeay! Sebenarnye saye tak pernah kira pun saje2 je buat countdown sebab kalau selalu2 pikir pun boleh mendatangkan tekanan gak kan. Yelah 1 tahun 4 bulan lame tue.. juz go with the flow... Insyallah.
Baby Nayli dah nak masuk 8 bulan. MAcam2 dia dah boleh buat dah. Hermss.... BEst Best.
Baby NAyli sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Fasa panjat memanjat sudah bermula~ yeay!
Jika saye dirikan baby Nayli kat tepi sofa, dia boleh kekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan diri supaya tidak terjatuh dengan berpaut pada sofa.
Dari info yang saye bace kat SINI, kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi Nayli sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, walaupun kadang2 jantung saye akan tersentak kejap, ialah silap2 jatuh berderai atas lantai.. fuhhhhhh!~ tapi info nie menerangkan jangan risau sangat, biarkan bayi menerokai persekitarannya. Jika ibubapa dapat menahan gerak hati daripada asyik melindungi bayi , ini membolehkan bayi membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, haruslah berusaha untuk pastikan rumah anda selamat untuk baby. Sebagai contoh, perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.
Masukkan benda dalam mulut paling dia suke sekali.
Baby Nayli juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut benda dan menggenggam barang dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya untuk menjatuhkan atau melontar objek.
Wah bestnye giraffe ni.
Juga sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain.
Yang pasti baby Nayli paling suka mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak). Ketawa besar sampai keluar air mata sebab dia sudah mula faham bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang.
Nie mase tengah main baa-cak dengan baby NAyli waktu dia nak tidur. Hiks!
Nie mase tengah main baa-cak dengan baby NAyli waktu dia nak tidur. Hiks!
Dia juga dah mula tunjukkan sikap takutkan orang yang dia tak kenal. Kalau tak biase, orang tue perlu ambil sedikit masa dengan buat muka mesra atau tersenyum untuk buatkan baby Nayli rase selesa & gembira, so baru boleh jadi kawan dia okay. Jangan terus terjah je alamatlah menangis la budak kecik tue.
Yang paling penting, tau tak mase nie baby Nayli tengah buat ape?
Ya, baby Nayli tengah menyusu dengan gaya ala superwoman~!!! Hiks! Gaya menyusu baby nayli mmg dah terlebih advance skang nie. Macam-macam.
Yang penting setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Semoga baby Nayli terus membesar dengan sihat dan kuat. Amin.
cayalah baby nayli..mcm2 skill ada
ReplyDeleteskill menyusu macam-macam yang tahan tue. hehe
ReplyDeletedasyat ler cara nayli nyusu...mcm mat rempit gitu :)
ReplyDeletehaa tue baru satu. ade lagik yg terlebih-lebih advance tau. haa nanti nak buat entry pasal cara baby Nayli menyusu pulak la. hehe
ReplyDeletetime macam ni yg geram sangat ngan baby ... comel .. rasa nak giget jerr
ReplyDeletehahaha geget je sebab baby Nayli pun suke geget mama dia.
ReplyDelete