Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, June 11, 2010

Sayuran Hijau yang Pertama Untuk Baby Nayli

Baby NAyli dah 7++ bulan dan dah sebulan lebih makan solid food tapi belum pernah lagi saye bagi dia makan sayuran hijau kerana 2 minggu kebelakangan nie saye tak sempat buat puri untuk baby NAyli kerana terlalu banyak aktiviti riadah. So baby NAyli hanya makan frozen food dalam fridge yang memang sedia ada seperti ubi keledek, pear, apple, lobak merah, pisang, ubi kentang & labu yang dicampurkan dengan bubur nasi.
Untuk maklumat semua, refer kat http://www.wholesomefood.com/, secawan kacang panjang mengandungi  66mg kalsium tetapi kurang Vitamin K dan C. Ada banyak nutrisi dalam kacang panjang  dan boleh mencegah dari pelbagai penyakit seperti kanser, asma, jangkitan telinga, selsema & macam2 lagi. Dicadangkan sebagai makanan untuk bayi di antara 6-8 bulan. Ada juga ibubapa yang memperkenalkan kacang panjang lewat  kerana hendak dijadikan sebagai makanan jejari.


Makanan yang sesuai dicampur dengan Kacang Panjang:
Lobak Merah
Nasi
Ayam
Daging
Tofu

Memula saye potong pendek2 kacang hijau nie. Pastu cuci sebersih2nya.



Lepas tue saye steamkan 10 minit.


Bila dah sejuk sikit saye campurkan sedikit air & blend kan nye.




Masukkan dalam ice tray




Selepas itu masukkan dalam fridge untuk disejukbekukan.




Selepas beberapa jam, puri kacang panjang tadi dah keras dan boleh dikeluarkan dari ice tray. Saye masukkan dalam plastik.

Tapi nak ke baby NAyli makan ye? Sebab pernah juga saye dengar yang sepatutnye perkenalkan sayuran hijau dulu sebelum perkenalkan buah pada baby sebab rase buah lebih manis takut baby dah biase makan manis nanti dia reject pulak sayuran hijau...




Oh nampaknye baby Nayli memang takde masalah .




Dia makan dengan berseleraya bila saye beri dia makan bubur nasi + puri kacang hijau.

Ok nampaknya bertambah2 la makanan baby NAyli. Saye akan memberi makanan yang serupa selama 4 hari untuk menguji sama ada kacang hijau ini ada memberi sebarang alahan atau tidak kepada baby Nayli.

Lepas tue boleh teruskan dengan makanan yang lain pulak. Tinggggggg!!!!!!!!! dalam kepala saye dah mula terbayangkan brokoli & kacang pea sebab saye pun suke makan dua benda tue... heheheheheeh~!

So ape yang mama suke makan akan mama buatkan untuk si kecik tue jugak okay. Tapi betul jugak, saye tak suke makan ikan bilis so dalam makanan baby Nayli sehari2 memang sangat jarang saye bubuh ikan bilis. Aci tak mcm tue??? Hiksss....

3 comments:

  1. Wah! Nayli dah makan kacang panjang yer.. Akak tak pernah try kacang panjang lagi sejak Farish dulu sebab akak pun kureng suka kacang panjang.. (boleh gitu)

    Akma, kacang peas tu kan, kalau ikut guideline, kacang peas fresh yang dalam peapod tu. Bukan kacang peas yang dalam mix vege tu.
    Farish suka makan kacang peas tu, Firas ni tak start intro lagi kekacang (kes ibu dia malas nak gi shopping)

    Seronok tengok Akma rajin buatkan frozen food buat Nayli.. Keep in mind yer, frozen food for baby tahan 2 minggu jer tau, tak kisahlah simpan dalam frozen mana pun.

    ReplyDelete
  2. ouh seryes 2 minggu je ye kak, ade gak bace guideline bole tahan sebulan, saye pun ikut la tapi paling lame simpan sebulanla. ok tq kak, pasnie saye simpan paling lame 2 minggu je.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~