KAdang-kadang bila tengah ada banyak masa termenung sendirian teringat pulak masa beranak yang 1st dulu. Beranak no. 2 dah lain ceritalah. Sebab masa tu dah ada experience. Takdelah gabra & takut sangat.
Dulu baby sekarang dah jadik big baby. It's Nayli Dayana.Hooyeah!
Jom berkongsi pengalaman menyusukan baby buat kali pertama. Sebenarnya, sejak dulu saya selalu mendengar bahawa susu ibu sangat baik bagi pemakanan bayi yang baru lahir. Bahkan dalam Al-Quran ada menyebut tentang kebaikan susu ibu malah betapa banyak ganjaran pahala bagi mana-mana ibu yang menyusukan anaknya. Pahala dikira bagi setiap titik air susunya. Dalam hati memang WOW!!!... banyaknya pahala. Air susu ada banyak titik, banyaklah pahala yang saya dapat nanti. Itulah fikiran saya pada mulanya. Ingatkan senang je nak menyusukan baby ni. Berita gembira saya disahkan mengandung anak pertama. Hari demi hari rasa seronok dan bahagia makin dirasa. Perut pulak semakin membesar dan badan semakin cepat letih namun dalam hati selalu tertanya-tanya jugak. Biasalah pada saat mengandung, payudara si ibu akan turut membesar dan menegang namun apa yang terjadi pada saya ianya hanya berada dalam saiz yang sama dan tiada tanda2 mengandungi susu. Hati mula runsing dah mula fikir mampukah saya menyusukan bayi yang dikandung ini. Rasa rendah diri hendak bertanya pada mommies lain, terasa malu. Phewwwwww.
Hari yang ditunggu tiba, akhirnya lahirlah seorang bayi perempuan yang comel. Ala-ala mata cepet macam mama jugak. Nurse yang bertugas pada hari itu terus menghulurkan zuriat kami sebaik sahaja dia dilahirkan, suruh susukan baby. Oh hospital tempat saya bersalin adalah rakan bayi so formula milk jangan haraplah. Terima kasih banyak-banyak kerana memahami. Perasaan masa tu sangat bercampur-campur, hendak berkata air susu tak ada, terasa malu. Lalu dalam keadaan rasa berpura-pura saya menyuakan jua bayi itu ke payudara yang tiada tanda-tanda akan mengeluarkan susunya.. Dengan laparnya baby NAyli ini menyusu. Enchek Husband tersenyum dan bertanya ada susu ke? Taktau nak jawab apa walaupun memang tahu sangat setiap ibu kena yakin yang susu memang ada. Tapi baby Nayli terus menyusu seolah susu terlalu banyak keluar. Terkumat kamit mulutnya. Waktu itu, terasa bagaikan mimpi menyusukan anak sendiri. Yahooo saya berjaya membekalkan cecair emas pertama itu. Bahagia sekali. Baby Nayli terus memejamkan matanya sambil mulutnya terus menghisap susu yang bagi saya entahkan ada, entahkan tidak sampai tertido. Speechless.
Lepas tu barulah tahu baby yang baru lahir hanya memerlukan 30ml susu. 30ml tu tau banyak mana? Hanya sebanyak sudu kecil je. Kecil je perut newborn baby. Janganlah risau sangat. Susu ibu pasti cukup. Yeay!!!!!
Masa Nayli baru belajar merangkak.
Tapi kini baby itu sudah jadi big baby! Dia dah tak nak menyusu dengan mamanya lagi sejak kelahiran adiknya, baby Zara. Sedih bila tengok dia tengah baring sebelah mama dia sambil minum susu botol cap Lactogen. Kalau ada banyak susu perahan mama yang lebih je barulah dapat Nayli merasa susu ibu yang mama letak dalam botol. Dah taknak direct breastfeed, dah tak sayang kat mama ye sayang? Sob Sob.
Moment terindah Nayli dengan mama.
Moment terindah Nayli dengan mama.
Anyway pengalaman manis fully breastfeed Nayli selama 11 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga Nayli berumur 1 yahun 3 bulan adalah kenangan terindah yang dapat dilupakan. Masa tu kalau dah ngantuk nak tidur mesti kena menyusu dengan mama dulu. Kalau terjaga tengah-tengah malam pun mesti cari mama jugak. Oh itu cerita dulu. sekarang Nayli dah tak macam tu lagi =(
*takpelah.
Cabaran utama saya sekarang ini pulak adalah untuk menyusukan baby Zara selama 2 tahun. Apepun sememangnya saat pertama kali menyusukan anak amat-amat manis bagi setiap ibu yang berjaya menyusukan anaknya sendiri......
*takpelah.
Cabaran utama saya sekarang ini pulak adalah untuk menyusukan baby Zara selama 2 tahun. Apepun sememangnya saat pertama kali menyusukan anak amat-amat manis bagi setiap ibu yang berjaya menyusukan anaknya sendiri......
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
akma, setiap ibu akan mengalami pelbagai pengalaman kan.... apa2pun, pengalaman akma sangat menarik utk dikongsi bersama..
ReplyDeletepssttt...teringat masa u tengah aktif gile dgn SI.com..^_^
Pengalama yg menarik utk perkongsian. Disini sy ingin mengajak anda berkongsi pengalaman sy mengenai kesihatan di www.esihat.com tq
ReplyDeleteBest2 baca pengalaman awk kan..menyusu memang perlu kesabaran dan ilmu...think positif always..niat nak lakukan yang terbaik untuk anak kita..InsyaAllah dipermudahkan
ReplyDeletevisit my blog http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/
sy dulu xbape reti pasal penyusuan, bila dah jebak ni baru paham macam ne nk pum, tandem, power pumping...baru rs syokk...paling syok bila buat sendiri dan rs baby isap smpai kenyang hehe...
ReplyDelete