Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, June 10, 2011

Cara Berpantang Untuk Ibu Yang Menyusu

Sekadar teringat masa zaman saya berpantang sebulan lepas. Syukurlah saya dapat menjalani tempoh berpantang dengan emak tersayang yang masih sihat untuk menjaga saya selama 2 bulan. Yeay! Syukur juga kerana emak saya support sepenuhnya usaha saya untuk exclusive breastfeed baby Zara dan syukur jugak kerana berpantang dengan emak saya sangat ROCKKKKK!!!!!! Tiada pantang larang yang sangat ketat dan memeningkan kepala. Yeay lagi.Terima kasih mak. I love u lahhh.


Sememangnya masa berpantang, bagi sesetengah ibu yang menyusu sepenuhnya akan menghadapi cabaran tersendiri. Lebih-lebih lagi jika masa berpantang tersebut orang tua terlalu melarang pengambilan makanan atau minuman berkhasiat yang sesuai untuk ibu menyusu. Ni tak boleh, tu tak boleh. Haishhhh.

Ini adalah kerana ada sesetengah orang tua atau penjaga semasa berpantang tidak menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu terutama yang berpantang secara tradisional dimana yang  biasa diamalkan hanyalah menitik beratkan penjagaan tubuh ibu sahaja ibu je nak cantik balik tanpa mengambil kira terhadap kesan proses penyusuan bayi kesian kat anak. Oleh itu, cuba pastikan pendirian para-para ibu yang hendak menyusukan bayi terhadap isu ini. Jika ibu tu  memang dah master tentang penyusuan susu ibu lainlah cerita mungkin tiada masalah sangat kerana mereka akan pastikan anak yang bakal dilahirkan nanti dapat disusukan dengan susu ibu sepenuhnya, tak kisahla nak berpantang macam mana pun. InsyaAllah mungkin petua-petua yang diberikan boleh juga membantu menjaga kesihatan ibu dan bayi. 

Tetapi jika ibu tu baru nak memulakan langkah pertama dalam penyusuan susu ibu mestilah agak sukar sikit untuk mengikuti pantang larang yang agak ketat dimana kita juga perlulah bertindak mengikut keperluan. Contohnya, mengambil air minuman tambahan secara sembunyi (tanpa perlu menyinggung perasaan sesiapa kerana biasanya orang tua tak bagi minum air banyak-banyak sangat). Dalam masa yang sama cuba beritahu secara halus tentang hasrat penyusuan eksklusif yang ingin dicapai. Yelah kalau kurang air, dehydrated la para ibu yang menyusu itu. Kesian.

Syukur jugak saya dikurniakan Enchek Husband yang sangat menyokong niat saya untuk menyusukan anak. Sesetengah suami tidak memahami sepenuhnya tentang kepentingan penyusuan susu ibu. Kadangkala apabila ibu baru menghadapi masalah atau kesukaran untuk menyusukan bayi diperingkat awal dan ibu itu  tidak dapat mempertahankan hasrat untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan mudah menerima cadangan dari pihak-pihak lain untuk diberi susu campuran (bersama susu formula). Ini pasti menjejaskan pengeluaran susu ibu kerana jika demand kurang, makan kurangla supplynya juga.   

Tapi jika suami memahami sepenuhnya tentang penyusuan susu ibu, senang sikit boleh minta bantuan suami untuk mempertahankan hasrat kita, untuk menerangkan kepada orang-orang terdekat dan membantu membekalkan makanan yang sesuai untuk ibu yang sedang menyusukan bayi. 

Lepas tu lagi ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi, selalunya terpaksa akur terhadap pelbagai tips yang diberikan oleh pelbagai pihak. Bila anak asyik menangis, anak kurang berat badan je mesti cakap sebab tak cukup susu, pulak tu suruh bagi minum air masaklah, minum madulah, minum air kelapalah, makan nestumlah baru2 lahir dah bagi makan dan macam-macam lagi. Adalah penting untuk ibu membuat persediaan mental dan pembacaan secukupnya bagi menghadapi situasi begini iaitu semasa mengandung lagi. KAlau dah ada ilmu bolehlah memberi pendapat & fatwa sendiri. Kebanyakan ibu baru yang berjaya menyusukan bayi mereka sepenuhnya adalah mereka yang berjaya menepis segala cadangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan di mana boleh menyukarkan penyusuan susu ibu dan meneruskan teknik yang telah dipelajari sejak dari masa mengandung lagi.

Contoh tips yang sering diberi kepada ibu baru: "Ajarlah anak tu menyusu botol (dengan susu formula) nanti nak mula kerja susah." Ini kerana kebanyakan orang tua kita tidak mengetahui kewujudan teknik menyimpanan susu ibu dan keupayaan dan kejayaan ramai ibu berkejaya meneruskan penyusuan tanpa sebarang masalah. Adalah tanggungjawab kita untuk menerangkan keadaan yang sebenar.  Sebab sekarang ni semua info di hujung jari je, zaman dulu info-info macam ni agak susah untuk didapati.

Apepun yang penting pastikan apabila hendak menepis atau menolak cadangan (yang dirasakan tidak membantu proses penyusuan), haruslah tidak menyinggung perasaan orang tua yelah takkan la nak bergaduh pulak semata2 nak menyusukan anak. Seperkara lagi, mesti hadapi setiap situasi dengan tenang. Cool bebeh. Memanglah agak rumit yelah nak berpantang lagi lepas tu nak hadapi situasi-situasi macam ni lagi jangan meroyan sudahla. Ketenangan dapat membantu ibu yang baru belajar menyusu.

Last sekali kalau dah betul-betul kritikal dan menghadapi kesukaran dalam penyusuan mintalah bantuan pakar seperti kaunselor laktasi untuk menerangkan lebih lanjut kepada orang tua. Biasanya, mereka akan lebih mudah menerima pandangan dari pihak ketiga. Memang sukar untuk dilakukan, tetapi percayalah jika kena caranya, penyusuan susu ibu pasti berjaya.

Betul tak? Yeay!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. sokong2..pantang secara tradisional lebih menitikberatkan kesihatan & ketrampilan ibu dan kurang ke arah menggalakkan 100% susu badan..

    ReplyDelete
  2. hai..best yer..klau mak sya makn ikan bakr dgn nasi jer la..

    ReplyDelete
  3. hai..stuju sgt entry ni... sy mmg mnyesal 1st baby dlu ikot sgt ckp org tua + kurg pngetahuan psl BF ni... pasni, utk anak yg strusnye, sy akan pastikan xblaku lagi...

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~