Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, June 29, 2011

Cara Saya Mengembalikan Susu

Untuk para-para ibu yang fully breastfeed, biasanya bila susu mula merudum si ibu mulalah fikir itu ini untuk menambahkan susu semula. Lagik-lagik kalau asyik kena curik frozen EBM je setiap hari. Hati gundah gulana risau sana-sini jangan cakaplah. Sebenarnya macam-macam cara & usaha yang boleh dilakukan untuk meng'up'kan susu balik.. Semuanya kalau ada usaha dan semangat untuk menyusukan baby.  Kalau saya bila susu mula merudum saya selalu mengamalkan teknik power pumping. Nak tau tau apa benda tu tak?



Power pumping bertindak bukan macam lactogenic food/galactagogue, bukan macam makanan tambahan ok tapi power pumping bertindak secara memberi isyarat kepada badan untuk produce lebih susu dari biasa. So tindakan ini perlulah berterusan supaya badan faham yang bayi perlukan lebih banyak susu. Faham tak? Ok kalau rajin bacalah lagi. Hiks!

Sebab kalau rangsangan/stimulasi dihentikan, maka badan akan 'berfikir' bahawa ia telah over-produce the milk, so badan akan set semula ke tahap optimal, yang mana mungkin kita mengalami pengurangan susu.

Setelah membuat power pumping, teruskan mengepam dengan kerap setiap hari, dan paling penting penuhi demand bayi untuk menyusu. Kena pastikan breast dikosongkan dengan sempurna setiap kali sesi menyusu dan kalau baby tak mengosongkan breast dgn sempurna, gunakan pump untuk kosongkan breast.

Macam saya ni Spectra 3 user, masa first start buat double pumping, memang tak akan nampak difference, yelah body need to adjust sekurang-kurangnya 2 minggu untuk nampak perbezaannya. Bertenang. Tapi double pumping memang proven to increase milk production. Sebab kadar proklatin dalam darah adalah lebih tinggi bila kedua breast distimulate serentak. Sama juga bila kita breastfeed sebelah & pam sebelah. Milk production ni very subjective and mengikut cara yang kita lakukan. Kalau kita makan all the things yang banyakkan susu tapi kalau kita tak kerap breastfeed/pam pun no difference juga. Begitu juga kalau kita kerap pam/breastfeed kalau kita tak jaga makan minum, pun tak akan nampak hasilnya. So benda ni saling kait mengait ok. Itu yang saya fahamlah dan nak share. Sharing is caring. Hooyeah!

Kepada mommies semua, keep on pumping & happy pumping! Sila pumping dalam mood yang happy, jangan sedih-sedih.  Boleh buat power pumping ni bila-bila masa, jika konsisten lagi bagus. Point yang penting sebenarnya adalah untuk memberi lebih kekerapan stimulasi. Sebelum tu, pasti kan pemerahan di ofis juga kerap dan konsisten. Seelok-eloknya breast tidak dibiar tanpa dikosong untuk jangka masa yang lama. Seelok-eloknya 2-3 jam sekali. Makanan untuk boleh menambahkan susu pulak ialah air longan kering, kurma, lobak putih dan macam-macam lagilah.

Anyway, the most important:

1) Banyak atau sikit susu bergantung kepada keperluan baby
2) jangan stress be happy
3) kerapkan sesi mengepam
4) makan makanan berkhasiat

Yeay!!!!

Oh teknik power pumping yang saya amalkan adalah seperti ini: Bukak TV sambil layan cerita best-best. Lepas tu lakukan aktiviti mengepam depan TV, pam 20 minit - rest 10 minit - pam 20 minit --> buat selama 1 jam, sekali sehari, selama seminggu. Ni saya buat masa zaman Nayli dululah. Sekarang ni saya belum start buat power pumping ni lagi.

Since almost 4 months exclusive breastfeed baby Zara, tak pernah berlaku lagilah milk supply merudum, walau kadang tu hasil kurang dari biasa, tapi cukup buat baby Zara.

Alhamdulillah.

 Sekian.

Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







 Yeay!

6 comments:

  1. good info...blh la practise pasni...

    ReplyDelete
  2. tq, info yg best..nnt leh buat gk power pumping :)

    ReplyDelete
  3. sya pn suka gak ngn pp ni. dulu mmg ada gak susu merudum tp bila dh buat pp, alhamdulillah dh leh start buat stok :D

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~