Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, June 6, 2011

Bintik Merah Yang Kejap Ada, Kejap Takde.

Pelik bin ajaib betul.

Macam ni al kisah ceritanya.

Last week hari Khamis malam perasan badan Nayli naik penuh bintik-bintik merah yang sangat banyak. Depan belakang penuh dengan bintik. Sangat banyak ok. Badan penuh. Kat kaki pun hampir penuh. Tapi kat tangan sikit saja. Kat muka takde langsung.  Dalam hati dah terfikir mesti NAyli kena demam cacar. Dah baget nak amil EL seminggu. Saya dapati ramai jugak kanak kanak yang seusia dengan Nayli dah kena penyakit cacar ni. Berdebar jugak tunggu bilalah time NAyli pulak.

Ni piccas bahagian kaki.




Terang sangat. Gelapkan sikit ye.



Haishhh sama je. Lagi tak nampak.

Nampak tak bintik-bintik merah tu. Sori ye sebab pakai kamera cap ayam je. So paham-paham jelah quality piccas nye. 

Nayli pun tergaru sana tergaru sini. Gatal la tu. Tapi disebab kan Nayli tak pulak demam, tak meragam dan tidur awal so takdela kami bawa dia ke klinik. Lagi pun paham-paham la on weekdays baru balik office pulak. Penat seyh. Dengan seorang lagi budak kecik yang bernama baby Zara. Cadangnya esok sajalah pergi klinik.

Esok pagi kami dapati bintik-bintik tu macam dah nak baik pulak. Lusa tu nampak lagi baik, baik dan baik. Terus kami tak bawa dia ke klinik sebab macam dah ok la pulak.

Sakit apa sebenarnye tu. Takkan alahan kot. Rasanya Nayli makan makanan yang sama je setiap hari. Ntah. 1st time Nayli kena macamtu. Nasib baik tak teruk. Kalau menjangkit kat adik lagik naya. Mamanya pun cancel nak amik EL. Hiks! KEjap ada, kejap takde pulak ye. Magic betul.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. mungkin alahan. tp bkn pada makanan. saya pun kena jugak. anak sedara pun kena. doc kata alahan pada environment skrg. cuma jgn bagi berpeluh. kalau berpeluh lagi timbul banyak n gatal2. seronok je menggaru...

    ReplyDelete
  2. memula memang ingat campak. tapi lepas sehari bintik-bintik merah tu dah hilang. magic.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~