Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, June 3, 2011

Penyusuan Susu Ibu Itu Taklah Susah Manapun



Biasanya untuk ibu-ibu yang baru baru menceburkan diri dalam dunia penyusuan mesti tertanya-tanya berapa banyak nak bekalkan susu kat anak bila masuk kerja nanti. Berapa banyak botol nak bagi, nak letak berapa oz untuk setiap botol. Kan? Samalah macam saya masa memula dulu. Blur.

Pada pandangan saya, pada awal-awal usia bayi, adalah dicadangkan untuk beri dalam kuantiti yang sedikit bermula dari 2 oz. Jumlah berapa botol hendak diberi pula adalah sangat subjektif dan mengikut demand bayi, corak pemberian EBM dari pengasuh/taska juga. Yelah ada setengah pengasuh tu asal baby menangis je mesti sumbat botol. Cubalah dodoikan ke, main-main dengan baby tu ke banyak la pulak songeh jaga sendirila baby macamtu. Hahaha!  Untuk baby Zara saya start dengan 2 oz x 6 bottles tapi untuk 2 minggu je. Susu selalu cukup-cukup je takut jugak kadang-kadang balik office lambat so saya tukar dengan bekalkan 3 oz x 6 bottles, Alhamdulillah sampai sekarang mesti ada lebih je.


Mungkin ada memerlukan 5 botol, mungkin ada 10 botol terus. Kadang-kala trend 'Asal-bayi-menangis-terus-diberi-susu' juga menjadi salah faktor mengapa ibu-ibu merasakan susu yang dibekalkan tidak cukup-cukup. Asal menangis je ingat baby lapar nak susu. Dan mulai itu, ibu seolah merasa yang bayinya memerlukan kuantiti yang lebih banyak lagi, ada yang sehingga 4-5 oz untuk sekali minum. Perlu di ingatkan, tak semestinya bila bayi tu menangis sebab dia lapar je. Banyak lagi factor lain. Kembung perut, sejuk, berak & macam-macam lagi lah.

Lepas tu orang sekeliling terutamanya orang tua bila  nampak je bibir baby terkumat-kamit mcm nak makan mesti cakap lapar. Bagi saya tak semestinya lapar mungkin baby tu dapat kemahiran baru. Belajar main lidah.Ye tak?

Sedangkan jika difikir kembali, apabila bayi menyusu terus dengan si ibu tadi, hanya cukup untuk sebelah payudara sahaja. Takdela banyak sangat kan.

Apabila bayi sudah mula makan, adalah lebih baik jika kita melatihnya dengan pelbagai makanan yang sesuai semasa ketiadaan kita. Ini juga untuk mengurangkan jumlah pengambilan EBM. Sebagai contoh, apabila berada dengan pengasuh, beri bayi makan terlebih dahulu sebelum EBM.

Pemberian kuantiti susu yang banyak kepada bayi diawal-awal boleh menyebabkan bayi akan terbiasa dengan jumlah tersebut untuk tempoh yang lebih lama. Dan ibu-ibu akan mudah merasa tertekan apabila sudah tidak mampu menyediakan kuantiti yang sama apabila usia bayi semakin meningkat lepas tu asyik kena curi frozen EBM je ditambah lagi dengan faktor turun-naik produksi susu (period, stress, etc). LAma-lama mesti stress nak perah susu pun jiwa dah tak tenang. Jiwa kacau.

Mekanisma penyusuan melalui botol adalah berlainan sama sekali dengan penyusuan dari payudara. Ini kerana aliran kedua-keduanya tidak sama. Apabila bayi menyusu dari botol, seringkali kita dapati, bayi mampu untuk menghabiskan berapa2 pun jumlah yang diisikan didalam botol hatta 5oz sekali. Menyusu melalui botol bayi tidak perlu bekerja keras.

Ini kerana, apabila menghisap melalui botol, bayi tidak boleh mengawal aliran tersebut kerana sebaik sahaja botol ditonggangkan pun, susu sudah mula menitis. TAk kiralah pakai slow teat ke, puting no. 1 ke, 2 ke, 3 ke sama je. Dan seringkali terjadi bayi akan meminum lebih dari yang sepatutnya untuk setiap kali feeding.

Apabila bayi menyusu dengan mamanya pula, bayi kena bekerja keras untuk menghisap susu kalau tak hisap tak keluarlah susunya dan tidak semestinya ibu perlu menunggu sehingga bayi menangis. Apabila bayi hendak menyusu, dia akan memula tanda-tanda seperti mengeluarkan lidah, menghisap jari-jari, mula gelisah dan sebagainya. Dan tanda akhir selalunya akan disertai dengan menangis. Pada ketika ini, kadang-kala bayi akan menjadi lebih tidak sabar kerana sudah terlalu lapar dan bersedialah jugak nipple anda untuk ditarik-tarik oleh baby yang dah marah akibat kelaparan tu.

Nak menyusu pun ada macam-macam gaya boleh buat. Mana satu yang anda paling suka?


Bagi saya of course la sambil baring. Rileks. Kadang-kadang baby & mama sama-sama tertidur berdengkur. 

Teruskan penyusuan mengikut demand bayi, yakin dengan penyusuan itu janganlah asyik fikir susu tak cukup je, ikut rutin pemerahan yang sebetulnya jauhkan penyakit malas, insyallah proses penyusuan itu akan berjalan lancar. Kadang-kadang ada juga baby yang fully breastfeed mempunyai berat badan yang kurang, kecik molek je. Ingatlah yang montel tu tak semestinya sihat walafiat & yang kecik molek tu pulak tak semestinya tak sihat.

Mengikut pembacaan saya dari kitab penyusuan susu ibu yg ditulis oleh pakar penyusuan susu ibu yg tersohor (Dr Jack Newman ler), tak perlu top up susu formula altho baby kita yang fully breastfeed kecil molek je pulak tu orang sekeliling tak habis-habis cakap baby kita tak cukup susu pekakkan je telinga sebab susu ibu sahaja adalah sangat-sangat cukup. Ini adalah kerana doktor sering membandingkan berat baby dengan carta tumbesaran baby yang bottle feeding. Memanglah tak sama. Haishhhh.

Kesimpulannya ialah saya tengah stress sebab luka kat nipple tak baik-baik lagi ni. Entry pembakar semangat yang hilang ni. Jomla menangis sama-sama jugak dengan saya. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sekian


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

5 comments:

  1. niple luka eh?akak masa anak sulung cenggitu gak..sakit yg amat..niple luka sbb baby isap x masuk betul2..tp masa anak ke2 dan skrg yg ke3 ok je x dak masalah pun... :)

    ReplyDelete
  2. saya pulak terbalik. anak pertama ok takde masalah ape2 pun. anak kedua yang luka tak baik2 ni. huhu

    ReplyDelete
  3. artikel yg rilek, saya suka. i had to learn the hard way pasal baby bukan nangis pasal nak susu je. i tried and tried to tell everyone tapi semua org tak percaya...

    pasal taska tu, mmg betul! saya suka lepas taska kawan..they don't really learn pasal baby pun (tak semua lah)

    ReplyDelete
  4. TΡ–me To ShΞΏrt The S&P 500?

    Here is mу web blοg :: car accident lawyer philadelphia
    Visit my page ... philadelphia truck accident lawyer

    ReplyDelete
  5. Check Out Your URL

    my website jacksonville foreclosure defense lawyer
    Feel free to surf my blog post ; what is a short sale

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~