Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, July 22, 2011

Dulu Saya Bersalin KAt Hospital Government Tapi Ok Je


Tengah preggy tak tau nak bersalin kat mana? Pening kepala nak pilih private or government hospital? Adus macam-macam betul kan. Bagi saya nak pilih tempat bersalin ni tak semestinya pergi hospital yang besar dan mahal-mahal . Yang paling penting  berhampiran ngan rumah coz senang nak pergi/balik, husband pun senang kalau ada apa2 yg tak cukup ke..

Selalu jugak dengar hospital government utamakan government servant je. Saya dan Enchek Husband tak kerja governmentlah. Statement tu tak berapa betul kot. Saya melahirkan dua-dua baby kat Hospital Sungai Buloh ok je pengalaman di labour room dua-dua pun hampir sama dalam 3 jam menahan rasa nak berak yang maximum tu.  Epidural or apa-apa suntikan untuk menahan sakit memang tak ambil lah. Bagi saya bersalin kat mana-mana pun sama yang bezanya cuma nilai yang kita perlu bayar. Hospital tempat saya bersalin adalah hospital rakan bayi yang bestnya  bila baby keluar je lepas potong tali pusat baby akan diletakkan diatas dada kita sementara proses mengeluarkan uri dilakukan. Ia bertujuan agar baby dapat menghidu bau badan ibunya dan boleh breastfeed dalam satu jam selepas kelahiran saat baby kita diletakkan atas dada itu adalah saat yg paling indah. Masa tu dah tak kisah dah nurse nak buat apa sakit pun hilang tumpuan hanya tertumpu pada baby. Belek habis cukup tak jarinya ada cacat ke. Hiks! Lepas uri dah dikeluarkan barulah nurse akan ambil baby untuk dibersih dan sambil itu mereka akan jahit luka bersalin. Lepas dah selesai dalam 20 minit baby akan diserahkan kembali kepada kita dan Enchek Husband pun boleh masuk masa bini nak beranak. Walaupun duduk kelas 3 tapi saya rasa takde masalah sebab bukan nak duduk lama cuma satu malam je best jugak boleh lepak kat katil mommies yang lain tukar-tukar cerita dan share knowledge apa yang patut.

Teringat masa nak bayar duit ward hubby standby RM200 sekali kena bayar RM53 aje. Hubby cakap nih baby yang jimat pastu susu free pulak lagi sebab breastfeed baguslah boleh simpan duit untuk perbelanjaan lain pulak.

Pada saya kalau kita tiada sebarang masalah kesihatan its ok bersalin di private hospital, tapi kalau banyak komplikasi better bersalin kat government je sebabnya ini pengalaman rakan saya sendiri kononnya nak senang dan selesa bersalin kat private alih-alih dia terpaksa dipindahkan ke GH juga sebab mengalami pendarahan teruk ketika bersalin (koma 3 hari) dan baby juga ada masalah kan susah namanya tu duit kena bayar sampai RM7ribu, tapi habuk apa pun tak dapat susah lagi ada. Macam saya lepas bersalin ada nurse datang rumah follow up kita & baby(kalau private tak tau pulak) lagi pun mana2 tempat bersalin sakitnya tetap sama. Apa-apa pun tepuk dada tanya poket.

Nayli masa 30w dalam pewot.



Yang best lagi memang banyak bestnya nurse ajar macam mana nak breastfeed. Haritu masa nak beranak dua-dua dapat doktor perempuan  altho nampak juga kat wad O&G tu ada doc laki. Masa check-up before balik pun dapat doktor perempuan. Alhamdulillah sangat-sangat

Kalau check-up masa preggy pun saye pergi klinik kesihatan. Klinik kerajaan lagi detail sebab ada officemate anak no 6 baru check up kat klinik kerajaan dan dia cakap selama ni dia check kat private hospital tak pernah lak kena minum air gula so kita paham2 sendirila kan macam mana check up kat private hospital tu.

Just my opinion, lain orang lain yang diperlukan terpulang pada masing-masing. Sekadar nak bagi pendapat di belog saya, yang lain terpulang kepada diri sendiri lah kan. Jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapkan a zillion of thanks to all HSB staff yang terlibat dalam proses kelahiran my beloved kakak Nayli &adik Zara. Jasamu sangat ku kenang dan bagi mommies yang nk bersalin kt Hospital Sungai Buloh or hospital government yang lain, jangan risau sebab bagi saya sakit bersalin tu same je, yang penting tawakal banyak-banyak. InsyaAllah Tuhan permudahkan urusan.

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

7 comments:

  1. saya setuju mama akma,bersalin kat government pun k lah.memang lah ramaiorg tapi kite kena sabar lahh kann.

    ReplyDelete
  2. betul tu..mcm maria memilih private sbb hospital ni dekat dgn umah berbanding GH yg jauh gila,dr pulak dr pompuan...semua nya ikut nasib kan..tak semestinya bersalin private drnya bagus dan sebaliknya..cuma kita kena fikir baik2..mn yg okay utk kita..

    ReplyDelete
  3. salam.
    nak tanya.. check-up pregnant dan baby kat KKIA mane? dok damansara damai kan.. saya dok sri damansara.

    ReplyDelete
  4. agree with u..sy pn bersalin kat gov..ok je..janji kite x cerewet..org citer mcm2 bile bersalin kat gov..tp alhamdulillah, sy dapat layan tiptop gak..sy operate, smp pad pn nurse tlg pakaikan..malu je..
    pasal check up, mmg kat gov lg detail..sbb sy gi due2..then bile tgk gov lg detail, continue je ngan gov..puas hati..
    kazen sy citer, kalau bp cm sy, kat swasta consider x tgi lg..x cm gov kalau da 140/100, cpt2 suh gi spital..

    ReplyDelete
  5. MiuMiumm dulu check up masa preggy kat KK Sg Buloh. Ok je kat sana dalam sejam dah settle but kena buat appoinment dulu.

    ReplyDelete
  6. bersalin kat hospital sungai buloh, jahit diaorg bius dulu ke...atau cuma anak pertama je bius...

    ReplyDelete
  7. jahit memang bius tapi sikitlah kat bahagian tu je. selain tu ade juga yang sedut2 tu apentah nama bagi khayal kejap. kalau agak2 tengah sakit sedut je gas tu ;)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~