Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, July 15, 2011

Kalau Baby Susah Nak Poo Poo

Untuk mommies yang exclusive breastfeed mesti perasan kadang-kadang baby kurang berak. Begitulah juga saya mula-mula dulu risau jugak.Tapi last week masa check up baby ada tanya doc then doc cakap kalau breastfeed takpe janji at least once a week kena lah berak. Kalau baby full susu badan, jika dia tak berak seminggu pon doktor cakap tak perlu risau sebab susu badan ni mudah di hadam dan digunakan untuk tenaga. Kalau baby full susu badan ni senang jer nak tengok poo poo dia kalau kuning cair maknanya dia dapat semua khasiat susu, kalau hijau maknanya dia kurang dapat susu akhir so kenalah breastfeed lama sikit supaya baby dapat khasiat susu awal & juga akhir. Dulu masa 6 bulan baru start makan solid food NAyli pernah jugak mengalami problem poo poo keras.

Kalau baby below 6 months yang belum start makan lagi so doc cakap mommies yang breastfeed kenalah tingkatkan pengambilan sayuran,buah atau bijirin dalam diet agar baby pun dapat khasiat serat melalui susu ibu. Untuk baby Zara yang exclusive breastfeed belum start makan memang saya tak  risau sangat about baby tak berak. Asalkan waktu dia berak dia tak nampak sakit or mcm payah sgt nak neran dah kira oklah.

Kalau tanya baby kembung tak bila ia tak membuang? Kalau kembung kene risau gak ler. Cuba cari kat farmasi prebiotik utk baby. Prebiotik ni selain tingkatkan sistem imunisasi ia juga menjaga usus perut kita, ia bagi baby mudah membuang. Tapi janganlah start bagi ubat artificial kat baby untnk bagi berak. Takut baby dependent on it je nanti. 

Another tip yang doc bagitau. Kalau baby susah nak berak just jolok sikit-sikit bontot baby. Jangan jolok kuat sangat pulak tau! Just main-main sapu sikit bagi dia geli. Tapi careful kadang-kadang terus memancut tahi dia nanti habis muka lak. Lagik satu boleh juga guna sabun mandi potong macam ubat demam yang masuk ikut dubur tu (ala macam chalk yang kontot2 tu)  tapi jangan potong besar bagi macam chalk tu just muat-muat dia je basahkan and sumbat kat dubur dia. Insya Allah membantu.

Ada juga mommies yang bila anak mengalami problem susah nak poo poo akan bagi vitagen & macam-macam. Doc tak sarankan bagi baby yakult, vitagen or wutever sebab situ ada bahan perisa.

Sekarang bila ada problem here & there pasal baby dah cool sikit sebab dah ada knowledge. Masa mula-mula dulu beranak bila baby ada masalah kesihatan memang kelam-kabut. Benda baru lah katakan.
 

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. salam, aah la.. mia pun kadang2 die nk berak sampai nangis2.. tak tau nk wat camne.. tp baby br sebulan boleh ke letak sabun tu?

    ReplyDelete
  2. Tolong vote picture saya


    1. Klik LIKE this page..

    http://www.facebook.com/MyWrangler?ref=ts

    2. Then gi
    http://apps.facebook.com/mywranglerway/

    kat "search photo" type "Ellismelia Mohamad" then kuar gambo saya pakai baju biru...then LIKE yer..

    klu leh guna gak ID mak/ayah/adik beradik/kawan dan tlg vote byk2x..thanks u..

    atau sertai GA saya di SINI.. Timaceh

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~