Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, July 18, 2011

Masih Demox Macam Anak Gajah

Just nak kongsi pengalaman. Saya  baru jer  beranak anak pertama, now baby nak masuk 3 bulan tapi yang paling gembira berat berat badan sampai ke tahap yang sayai inginkan disebabkan saya breastfeed saya rasa seronok sebab saya makin kurus. . Dulu berat saya 52-54kg mcm tu . Bila mengandung naik 72-73kg lepas bersalin, memang orang cakap akan turun balik. Okla mmg turun jadila 59 ok la turun slow-slow......

Erkss itu cakap-cakap setahun yang lepas masa first time beranak. Senang je nak kurus.

Sekarang???

Kenapa berat saya tak turun-turun ni. Huwarghh stress. Baby Zara dah 4bulan setengah berat masih above 60kg. KAlau nampak je alat penimbang memang trauma lah malas nak timbang berat takut lagi trauma. Haiyaa macam mana ni kalau diet sungguh-sungguh takut baby tak dapat kalori sepenuhnya dan takut kualiti susu merudum...

Tapi bila makan ikut 'piramid makanan' tu pulak makin tembam badan nya ni. Keh Keh Keh Keh stressnya.

Takpelah, usaha gigih pasti dapat hasil boleh kurus balik. In this matter, rasanya menyusu & pemakanan sihat sahaja tak cukup untuk kembali langsing. It's best to do exercises, however light pun jadilah. So nampak nya kena start jog balik la ni. Yelah kalau kita tanya husband kita, memang dia cakap xtakkesah.. Sebenarnya mestilah dia kisah kot. Cuma nak jaga hati kita so dia pun kata la.. ayang gemuk ke kurus ke, abang tetap sayang sebab ayang dah lahirkan anak untuk abg kan kan kan. HukHukHuk awatla asyik batuk je ni. Jgn kita nafikan fitrah manusia tu suka kepada kecantikan tapi definisi cantik tu beza sorg laki dengan laki yg lain. Takut kita pandang ringan, nanti suami pulak pandang perempuan lain. Lagipun kita yang demox ni mestilah berperasaan yang tak best. Nak beli baju pun susah. Mencikkkk argghhh!

Orang cakap kalau memang suri rumah, boleh pergi berjalan di luar masa pagi2 or petang2. Round satu taman. Just take about 30 mins per day. And tak perlu buat setiap hari, kalau 3 kali seminggu pun cukup. 

Kalau bekerja pulak setiap hari naik lif, cubalah tukar naik tangga pula. Kalau tempat kerja terlalu tinggi pun tak apa, at least stop 2 floors lower, and still cuba naik tangga for the rest. Tapi itu cakap dan cakap. Nak buat dia kena ada semangat yang tinggi dan rajin. Kalau asyik berangan macam saya ni je susahla.

Apapun memang betul anak adalah kepentingan kita. Itulah guna parents. Berkorban untuk anak. Ingatlah pengorbanan parents kita juga. As for breastfeed whether gemuk/kurus sebenarnyer pregnancy itself memang dah menyebabkan badan gemuk , kulit gelebeh dll.. Tapi breastfeeding is nature's way of using up the fats stored during pregnancy, kecilkan rahim etc. Just imagine kalau tak brestfeed, mesti akan lebih gemuk agaknya. Tak semestinya kita gemuk kerana breastfeed, tak semestinya orang breastfeed gemuk, tak semestinya kalau kita tak breastfeed kita kurus. Tak seemstinya kita kurus sebab tak breastfeed. Tapi yg pasti BREASTFEED is the best-lah!!

Apa-apapun ye la, jawapan saya selalu saya bagi kat orang-orang yang cakap saya masih demox ialah.....

I've kids. Be positive towards urself. Maybe there's a reason kenapa Allah taknak bg kurus? If kurus, mesti saya selalu nak pakai baju yang seksi-seksi kot......

Yeay!!! Lepas tu mesti orang tu tak komen apa-apa dah. Hahahaha jawapan yang paling best dan bernas untuk sedapkan hati.


Hiks! Mencik. Mencik Menciklah jadi si demox.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

4 comments:

  1. hahaha...relex la sis...demox tu huggable ape....macam saya ni...naik badan mendadaakkkk smpay dagu berlayer2...asalkan sihat dan nikmati makanan selagi ada...kan?kan?hihihi....

    ps: malam2 sila letak krim pecah lemak/halia kat perut sblum tido..insyaallah akan nmpk perubahan nt..*pujuk hati sendiri* :)

    ReplyDelete
  2. bagi masa la sikit utk kuruskan badan..at least dalam masa 1 tahun ke...

    ReplyDelete
  3. ala baru 4 bln..lek ar..aku kurus blk pon ank aku 6 bln. tp xla kurus sgt pon

    ReplyDelete
  4. gemuk itu seksi..hehehe..saya pun bf anak..tapi demox jugak..hehehe..mungkin sebab pemakanan..pavlova je hari2..huhu

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~