Hari ini dalam sejarah. First time sampai sini. Empire, Subang. Tu pun pergi masa lunch time menyelit je bila dapat tau officemate nak pergi sini beli barang. Kalau tak menyibuk menyelit memang tak tau bila la nak sampai. Biasalah bila anak-anak dah ramai alaa baru 2 orang dah cakap ramai pergi shopping mall yang jauh sikit dari rumah memang malas laa. Pasal tu la asyik pergi The Curve je. Hiks!
Whoot! Whoot! Ala-ala mini Pavilion gitu. Kelassssss.
Sebab lunch time bukan 5 jam so kami tapau makan ni jelah buat alas perut sementara nak cari barang. Nak cari barang lagi nak makan lagi sah-sah la tak sempat. Semua sedap, semua enak macam mana ni? TAkkan nak borong semua kot. Hiks!
Oklah yang ni nampak macam paling sedap. Wah sekarang ni packing pun dah lain. Ingat tak dulu kalau beli roti pilih-pilih lepas tu letak kat tray sampai kat cashier akan transfer letak dalam plastik. Sekarang ni? Pilih pilih terus letak dalam kotak. Sampai kat cashier lipat lipat kotak terus masuk dalam paper bag.
Tengokla pegang pun ada gaya. Padahal beli roti je kan.
Oh baru je tau The Loaf ni kepunyaan Tun Mahathir Mohammad ye. Ooooooooooooo memang baru tau sangat. Laaa pergi Empire bukan nak beli roti, tapi sebenarnya officemate nak beli ni !!! Yeay!
Officemate saya ni orang France. Memandangkan hari ini 14th Julai adalah Hari KEbangsaan bagi negara mereka, so dia nak belanja semua orang macaron la. Untuk info macarons adalah makanan tradisi rakyat Perancis ye. Biasanya mereka akan makan macaron petang-petang lepak-lepak minum dengan coffee tapi sekali hadap macarons makan sebijik dua je lah.
Banyak jugak kedai yang kitorang masuk keluar sebab Thomas tak berkenan dengan rasanya. Beli satu, rasa lepas tu keluar. Masuk kedai ni, rasa lepas tu keluar balik. Jangan main-main. Ini Perancis betul mari haaa.
Cuci mata jap.
Colorful & comel. Geram je tengok.
Oh inilah Thomas. Lelaki idaman MAlaya Perancis yang saya maksudkan tu. Hiks! Kalau dia pronounce macaron bunyinya lebih kurang macam ni ma-ghaaa-rons.
Masa memula datang MAlaysia memang sepatah haram tak tau cakap bahasa kebangsaan Malaysia. Tapi dia sangat rajin belajar sekarang dah reti sikit cakap Melayu. Last-last kami beli macarons kat Serai. Yang terbaik adalah kat situ. RM3.90/pc. So lunch kami pada hari ini. YEay!
Selamat Hari KEbangsaan untuk warga negara PErancis.
Memang manis giller. Makan dua biji. Pink for strawberry and purple for blueberry. Sampai sekarang terasa manis kat bawah lidah. Oklah sekali sekala tukar selera.
Lepas ni kalau orang cerita pasal macarons dah boleh joinlah. First time makan ok kesiannya, Hiks!
Lepas ni kalau orang cerita pasal macarons dah boleh joinlah. First time makan ok
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
Ramai btl org suka macaron ni kan..tp manis sgt sy tak suka sgt...
ReplyDelete