Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, June 10, 2011

Selamat Pulang Dari Tanah Suci Mekah

Alhamdullillah.

Dari Tanah Suci Mekah akhirnya mereka telah pulang dengan selamatnya.

Oh ye ayah, emak, abang & adik lelaki saya telah mengerjakan umrah selama 2 minggu dan mereka telah selamat pulang ke tanahair hari Rabu lepas.

Tiada apa yang lebih menginsafkan bila melihat Kaabah.

My bros.



Emak.


Oh piccas ayah takdelah pulak.

Bestlah boleh snap piccas depan Kaabah. Saya telah berpeluang pergi mengerjakan umrah pada tahun 2005 , pergi dengan mom & sister tapi masa tu kamera or handphone camera tidak dibenarkan sama sekali di bawa masuk ke Masjidil Haram. Ada je polis perempuan yang berpakaian hijab hitam yang akan memeriksa di pintu masuk Masjidil Haram. Kat Masjid Nabawi Madinah pun tak boleh bawa masuk jugak. Sekarang ni je dah boleh.


Kaabah yang terletak ditengah-tengah pusat dunia ini, merupakan misteri penciptaan khazanah alam yang paling istemewa serta tidak ternilai harganya dan telah dicipta sejak ribuan tahun lamanya pun begitu, masih teguh hingga ke hari ini. Salah satu keajaiban Kaabah ialah ianya tidak akan luput ditelan masa sehinggalah datangnya hari kiamat. 

Kaabah mewakili arah penyembahan kepada tuhan yang Esa oleh semua umat Islam di seluruh dunia iaitu sebagai kiblat yang satu.

Ini pula Masjid Nabawi, Madinah.


Kat sini la letaknya makan Nabi Muhammad SAW & AL-Raudahah iaitu tapak bekas rumah Nabi Muhammad SAW.

Erkssss. Mengimbas semula kenangan 6 tahun lepas.Subhanallah.

Cepatlah pukul 6pm. Nak balik kerja lepastu nak terbang balik naik kereta ke kampung. Yahoo! Nak jumpa orang tersayang di kampunglah. Esok pulak ada sessi makan nasi minyak di kampung. Yeay!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. Bahagianya dapat jadi tetamu Allah.

    ReplyDelete
  2. Sallam Akma,

    Sallam kenal,
    terima kasih ziarah lipislady,
    dan sudi tinggal pesan.

    Alhamdulillah, selamat kembali mereka semua,
    Kalau dekat rasa nak pergi setiap tahun kan,

    ReplyDelete
  3. salam kenal.

    Seronok baca perkongsian tentang pengalaman menjadi tetamu Allah.

    Kak Aya belum berpeluang ke sana namun niat tu dah lama ada.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~