Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, December 16, 2011

Boleh Makan Lelama Di Hari Jumaat

Happy Friday peeps! Yeay! 

Asal sebut Friday je mesti semuaorang senyum. Baguslah hari Jumaat kan penuh dengan rahmat.

Selain tu saya suka jumaat sebab apa tau tak. Sebab lunch time lama. Hihihi tak boleh belah betul. Office saya nama je kat area Kota Damansara, tapi kalau nak pergi Giant yang jauh sekangkang kera tu je memang berjanggutlah. Jammed weh area sini. Sokmo!!

Hari Jumaat saya & friends biasa balas dendam pergi Giant. Selalu jugak lunch kat sini other than nak beli barang. Ada satu kedai kat sini special weh makan & minum semuanya RM6.00 je.

Bagi setengah tempat lunch RM6 dikira agak mahal, tapi bagi penduduk Kota Damansara kira oklah. Eh cuba makan kat Ghulam, or kat MCD agak-agak boleh dapat RM6 sekali makan? Nan hadooooo. Doinkk!!

Nak makan ape takde menu list, tengok je kat white board ni.



Air takdela banyak sangat pilihan. Cincau, sirap, sirap cincau then ape lagi ye? Lupa sebab selalu order cincau yang sedap tu je.




Paling yummy nasi + ayam sweet sour. Ada jugak ayam masak kicap. Hitam hitam si tompok manggis tapi lazat. Highly recommended is tomyam. Kalau makan dengan nasi boleh order as side dish tambah sehengget je. Boleh jugak order koew tiau tomyam. Tomyam dia memang sedap. Kuah pekat, masam, manis, masin, pedas semua cukup. Teringat dulu-dulu belajar kat Kedah selalu makan Tomyam Thai, Sebijik!






Habis cerita makan kat Giant. Wassalam.

*Burpss kenyang sampai office mesti ngantuk Zzzzzzzz.

***************************************************

Saya jugak suka Hari Jumaat sebab kat rumah ada pasar malam. Ada pasar malam bermakna tak payah fening-fening nak pikir malam nak makan ape.

For big baby Nayli. Suka giller kuew tiau sup. eh mama pun suka. Apa tiru-tiru ni.



Nasi ayam dia pun sedap.




Dua gerai ni je selalu singgah. Giller rushing nak pergi pasar malam. Sebab takut lambat nak ambik anak kat nursery pulak lepas tu. Itulah dia mummy yang bekerja, lepas habis kerja kat office sambung kerja kat rumah pulak tapi kalau tak kerja jaga anak pun fenat jugak. Kan?

*Arghh sama je lah mana-mana pun. Yang penting enjoy. Yeay! Jom sambung makan yahooooooo.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. semua org suke hari jumaat..sebab nak spend time dgn family...dpt lupekan segala kerja2 opis kan...

    ReplyDelete
  2. aah betul tu Elin. Mama Likha, entry ni cerita last Friday. Hihi. BAru sempah post harini.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~