Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, December 8, 2011

Akaun Amanah Saham NAsional Tu Haram Ke??? Ouch.


Alkisahnya lepas raya hari tu macam biasalah nak bank in duit raya baby Zara & Nayli nak masuk dalam Amanah Saham Didik. NAyli dah ada cuma nak bukak new account for baby Zara. Nasib baik dekat-dekat office saya ada MAyban Islamic bestlah boleh buat kat situ. Boleh keluar masa lunch tak payah pergi jauh-jauh fenatttt weh.

Dah sampai kat kaunter nak ambil nombor suddenly.... Eh eh eh.

"Maaf kak, Mayban Islamic takde service untuk ASB account". "Oh yeke. Muka hampa"

Lambat bank in duit raya budak-budak ni kang mama terpecah amanah beli beg Coach baru tau. Hihihihi.

Oh baru tau sebenarnya tindakan Mayban Islamic tidak menyediakan kemudahan untuk akaun ASB ada kena mengenakan dengan tindakan JAbatan Mufti NEgeri Selangor yang menyifatkan pelaburan dalam ASB & ASN adalah haram. Ouchhh!!!

For reference:

ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan

KUALA LUMPUR 13 Jun – Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.
ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.
“Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.
“Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut,” katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.
Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.
Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.
“Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.
“Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus,” jelasnya.
Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.
Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.
Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.
“Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu,” kata jurucakap jabatan tersebut.

Ermsss sangat mengelirukan orang ramai bila sesetengah pihak buat statement tak hengat macam ni. Saya memang ada akaun ASB sejak dulu lagi. Ada orang kata pulak kalau sesuatu benda tu menimbulkan rasa was-was baik tak payah teruskan. Syubahat namanya. Ye ke? Hanya satu hujah dari Mufti Perak yang mngatakan ASB tu harus sebab mashalat ummah (kaum bumi masih mundur, maka diharuskan melabur untuk keluar dari kemunduran itu) tapi fatwa Mufti Perak tu pada tahun 1992 di mana pada masa itu tidak dapat instrument peaburan islam yang  setanding dengan ASB tapi sekarang dah banyak sangat.

Salahkanku.. jangan salahkan ku,,, kasihani aku.. kau lupakan aku... mana satu.. ku jadi keliru.. aku makin keliru... Nyanyi macam lagi Nurul. Hikhikhik.

So betul ke ASB tu haram? Selamat beramal.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. kenapa x simpan kt tabung haji ke?

    ReplyDelete
  2. Entahlah...ikut naluri masing2 berdasarkan rujukan2 yg ada. Cuba rujuk fatwa kebangsaan pulak. Peringkat negeri berbeza.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~