Hai hai bila weekend macam ni teringat mak. Alolololo mak oo mak. Hari ni nak cerita pasal mak lah. Kalau tak asyik cerita pasal anak je kan. Mak saya dah agak berusia. Tahun ini umur mak dah masuk 61.Walaupun dah berusia tapi mak rawkkkk hihihi. Walaupun mak dah tak boleh buat kerja laju-laju macam masa dia muda, kadang-kadang tu ngadu jugak, sakit kaki dan sebagainya tapi mak masih boleh lagi handle semuanya. Yang paling dasyat mak pandai masak. Awesome.
Kat kampung mak dan ayah duduk berdua je. Ape nak buat kami adik beradik semua kerja di perantauan, ewh takdela merantau sangat KL je cuma adik yang bongsu je kerja kat Kerteh. Adik lelaki saya yang kerja oil & gas, memang ganu kiterrrr la. Sebab tu la asal hari Rabu or Khamis je mesti mak call, soalan lazim yang tak payah cakap saya dah tau dah "minggu ni balik tak?" Hihi tau mak boringkan duduk kat kampung tu. Kesian mak.
Mak saya terar English tau. Dulu masa sekolah ingat lagi kalau tak reti nak eja masa buat karangan English mesti tanya mak dan mak gerentilah boleh jawab. Tapi kalau Bahasa Cina dan Tamil memang mak tak fahamlah. Jangan kata mak; saya pun sama; tak paham apa. Har Har Har.
Hari tu, masa saya balik kampung, mak leka bercerita tentang anak-anak dia. Dia cakap orang zaman sekarang semua nak cerita kat pesbuk. MAsak lauk ape pun nak cerita kat pesbuk, pergi mana nak check-in kat pesbuk, marah kat suami or bini pun nak cerita gak kat pesbuk.
Har HAr Har. Saya memang har har har je lah bila cerita dengan mak.
Dekat saya pun mak sound jugak. Jangan nak boh semua cerita kat pesbuk. Nasib baik mak tak tau saya ade belog. Kalau mak tau saya cerita pasal mak kat belog lagi haru biru.
“Hah! Kau pun selalu bubuh gambar dalam pesbuk jugak kan?”, hari tu lah mak tanya. Har Har Har orang zaman sekarang biasalah mak.
Hehhhhh........
Entry kali ni hanya ada 1001words tak de gambar langsung macam entry-entry selalu sebab baru perasan sebenarnya saya takde save pic mak dalam lappy pun. Isk teruk kan saya. Sobsss.
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
No comments:
Post a Comment
Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~