Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, December 10, 2011

Menghabiskan Hujung Minggu Di Kampung

Assalamualaikum,

Kami telah selamat sampai akhirnya kat Bota, Perak. Nowadays balik kampung pun boleh update belog dengan pantas seperti kilat almaklumlah unifi di mana-mana. Yeay!! Erkss semuanya dihujung jari jeww. Kampung sekarang bukan macam dulu. Weekend ni balik kampung, Nayli cakap sudah rindu bangat sama atuk & opah. Lainlah baby Zara yang dah kenal orang bila tengok atuk & opah je terus uwaaaaaaaa. Tak biasa lagi. Sabtu-Ahad-Isnin. Rakyat Selangor cuti on this coming Monday tau. Daulat Tuanku. YEay!!!!

Perjalanan yang agak jauh bagi saya almost 4 hours. Rasa macam bila lah nak sampai ni bila si anak-anak dah start bergusti dush dush dush. Ada ke patut bila mama baring diorang boleh bergusti atas perut mama diorang. Adoyaiii terus perut jadi selim melim. Rasa macam nak terkeluar isi perut. Lepas tu Nayli buat aksi stuntman la pulak panjat dari sinun ke sinun dan lompat. Kusss semangat.

MAcam biasalah tempat wajib singgah



Bila dah balik Perak wajib singgah Lumut Waterfront. Nak beli sotong bergula, sotong kering yang paling best mestilah ikan pekasam. Siapa nak kirim angkat tangan cepat!!! Yang pernah pergi mesti tau macam mana rambangnya mata tengok kedai yang berderet-deret dan benda-benda tu semua dijual secara lambak murah pulak tu.

Nanti anak-anak dah besar sikit bolehla jalan-jalan pergi Pulau PAngkor. Dari Lumut Waterfront boleh naik feri ke Pangkor dalam 20 minit je. Pergi balik hari pun rasanya boleh sebab Pulau Pangkor tu bukannya besar sangat pun kan. Nak mandi manda bestlah.

Teringat pulak nostalgia pergi company trip ke PAngkor last year. Hihihi.

Pangkor 1

PAngkor 2

Pangkor 3

Apa pulak aktiviti anda untuk weekend yang panjang ni? Shopping kah? Balik kampung kah? or duduk di ramah kah? Anyway happy weekend peeps. Enjoice!!! Yeay!!!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~