Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, December 18, 2011

Bersukaria Di Bubba Gump Shrimp Co. The Curve

Semalam kami dinner di sini. First time ok. Lately dinner semua yang berat je. Baru orang puji nampak kurus sekarang dah demox balik. Haiyaaa padayappa.

Seperti yang anda lihat mestilah boleh agak restoran ni banyak jual ape kan.........


Ya ya ya shrimp! Kalau nak panggil prawn boleh jugak. Nak panggil udang pun boleh. Hiks!

Restoran ni berasaskan filem Forrest Gump ala yang dibintangi oleh Tom Hanks tu dan kita boleh melihat banyak konsep Forrest Gump kat sekeliling. Meja agak kecik ala-ala meja pingpong eh raket pingpong pun ada teww dan agak penuh dengan barang macam bekas kaler perak untuk menyimpan sos cili & tomato, untuk kami anak beranak 4 orang ni memang havoc-lah. Giler beb sekali Nayli memanjat lepastu ajak baby Zara pulak join panjat dah haru biru habis barang-barang atas meja melantun sana sini buat malu jeww teww. Awww.

Skrin LCD yang 24 jam tunjuk movie Forrest Gump.




Nak makan ape, nak minum ape list menu kat raket ping pong.



My first impression on Bubba Gumpe The Curve was very positive. Staff were very alert & took time to explain their modus operandi , since it was our first time there. Very unique concept i loike. Untuk memanggil pelayan kita boleh menunjukkan papan tanda kaler merah fulamak jakun kejap.

STOP FORREST STOP

Kalau semuanya ok nak makan tanpa gangguan sila tunjukkan papan tanda macam budak kicik kat bawah yang tak sabar-sabar nak isi perut.

RUN FORREST RUN




Hidangan makanan memang sedap, terdapat banyak lemon. Berbaloi lah dengan harganya yang agak mahal. Minuman rasberrry smoothy memang sangat yummylicious. Mango sparkler sangat sesuai hilangkan dahaga. Nama je makan 2 adults tapi mentekadarah tak ingat konpem tambah 10kg lepasni. Salmon, chicken, beef macam-macam ada. Macam-macam ada dipanggil menu 1Malaysia.







Yang ni special sikit. Set ni ada isi ikan, udang & ekor lobster. Tak dapat makan lobster ekor lobster pun jadiklah. Tapi memang sedap. Semuanya digoreng garing. Rangup dan terbaik.




Last but not least bagi melengkapkan program menambahkan 10kg berat badan. Chocolate chip sundae cookie yang sangat banyak dan sangat manis macam gula tebu + gula melaka + gula batu.



Banyak tak kitorang makan? Yaaa makan untuk hidup. Yeay!!

Menghabiskan masa makan yang sangat panjang sebab baby Zara tidur lepas adegan panjat memanjat masa memula sampai sini tadi, mungkin dah penat. Sampai waiter dah angkat pinggan pun tak reti bangun jugak. Orang dah bagi signal suruh bangun tak paham lagi ke haaa? Hiks!

Sleep tite baby Zara. Good girl.



Nasib baik ada pencil color. Boleh la yang si kakak ni bertenang sikit. Pheww. Kalau tak hyper active betul. Eh anak-anak saya memang semua jenis hyper active-lah, tak reti duduk diam. Panjat, lompat dan yeay tebabooooo, dimana-mana.



Alhamdulillah murah rezeki boleh datang lagi jika dompet penuh. Sampai je rumah terus carik CD nak tengok movie Forrest Gump. KAHKAHKAH. yeay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~