Salam,
Lately semangat pumping kat office semakin malas. Rasa penat sangat 2-3 hari. Mood ke laut. Tapi mood makan sakan pulak, asyik nak makan je. Apakahhh???? I need a restttttt. I need a holiday. Itulah mommies zaman sekarang bila bekerja kenalah separuh hari kena pumping kat office sebab tak dpt direct feeding dun worry tapi as long as kita still keluarkan susu, susu kita takkan kering. Entry untuk menaikkan semangat yang hilang nak pumping sebenarnya ni. Why? Why? Ok ok back to track prinsip dlm BF ialah stimulate, lebihh banyakk stimulate (tak kira pam or direct) lg byk susu yg akan dihasilkan.
Kalau bekerja siang, waktu malam direct feed pun dah boleh maintainkan susu lainlah kalau 24jam takde dengan baby susu lama-lama memang akan kering dan kering sebab pam electric tak sama dengan mulut baby, stimulation dari mulut baby tu sangat penting dibandingkan dgn mesin.
Juga agak tidak adil gak membandingkan wanita yg Full Time House Wife (FTHM) dgn wanita bkerjaya..(memang diakui besar pgorbanan ibu2 yg sanggup meninggalkan kerjaya utk menjaga anak) Tapi tak semestinya wanita bekerjaya tak boleh fully BF.
Tipslagi. Tips untuk mommies dan saya juga yang malas mengepam kat office.
Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply
Pam sebenarnya takdelah banyakkan susu, sebenarnya susu kita banyak based on mind set kerap direct feed pada anak. Tapi nowadays ramai mommies yang keluar bekerja macammana nak direct feed baby so kalau kerap kita pump,susu akan banyak..mana2 lactation counselor pun bgtau kerap sessi mgepan utk tingkatkan pgeluan susu
Caranya:
Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 2/3jam sekali
2) bila pam, pam sampai susu tak keluar nanti breast kita akan produce susu baru. Istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat
Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap.
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.
Urutan
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF
Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)
p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini
Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.
p/s : Kuasa Allah, OUR BODY KNOWS THE DIFFERENCE BETWEEN OUR CHILD OR PUMP. That is why milk supply on pumping alone will not be the same as our babies suckling. So rerajinlah direect feed baby baby anda walaupun di tengah malam Zzzzzzzzzzz. Yeay!
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.
Yeay!
salam.. maxolon is metoclopromide..
ReplyDelete