Pejam celik mata lepas tu bukak balik mata laa dah sembilan bulan setengah nak masuk 10 bulan usia baby Zara. Bermakna dah hampir 8 bulan tolak tempoh 2 bulan berpantang kat kampung saya bertugas sebagai part time pumper 3x sehari di office. Eh itu dulu tapi sekarang dah semakin malas sempat 2 kali je pam kadang-kadang sekali jeww. Jangan jadikan saya sebagai contoh.
Biasalah sekarang ni alasan alasan alasan punyelah banyak alasan.
1. Kejap lagi lah baru pam susu, banyak kerja nak buat ni padahal buat-buat sibuk je.
2. Alaa cik B rasa macam tak penuh lagi, tunggu kejaplah.
Alasan..alasan..manusia yang banyak alasan!
Dulu fridge tingkat atas adalah semata-mata letak EBM baby Zara. TApi sekarang dah boleh letak lauk pauk mentah. Rajin masak tau sekarang yahooo.
Apsal la dah masuk dalam kategori malas ni tengok EBM dah susut. Sebab itu perasan jugak, produksi susu drop 1oz setiap kali pam susu. Nilah punca yang saya rasa patut aku beri perhatian. Nak kata sibuk sangat, apalah yang sibuk pun tah. Ntahla, tapi memang akui sejak kebelakangan ni mood ngok ngek sikit.
Sebab itu, sekarang cuba kembalikan balik mood pam ni. Sedang membaca nak melihat-lihat stok meriah orang lain untuk dijadikan inspirasi. Ada jugak orang kata bila tengok mommies yang tunjuk EBM berlambak kat fridge tu.
"Menyampah tengok si dia, tayang susu banyak. Tuhan tarik balik rezeki dia baru tau! "
Pada pendapat sayalah ye, siapa yang ada sifat tak best tu, eloklah buang jauh-jauh. Bagi saya sebenarnya kita kena rasa bersemangat tengok ibu-ibu yang mempunyai stok susu yang meriah. Sebab itulah punca dan inspirasi saya untuk mendapatkan stok sebanyak itu. Mommies lain boleh buat, takkan saya tak boleh buat kot.
Pada yang ingin kembali menambah stok susu termasuklah saya , marilah bersama berjuang bersama-sama dengan saya yang semakin malas dan culas ni. Biasalah manusia itu sama saja perasaannya. Ada masa dia up, ada masa dia down. Sebab itu, kalau ada yang mahu meneruskan perjuangan yang tersisa, kena cakap sekuat yang mungkin "SAYA BOLEH!!!!
Masih bersisa 1 tahun 3 bulan lagi untuk meneruskan perjuangan menyusukan Baby Zara dengan susu ibu. Dah semakin besar baby Zara kini tidak seperti dahulu asyik nak ngempeng je dengan mama, dia lebih gemar bermain, memanjat perabot, merangkak ke hulu hilir dan kurang minum EBM kat nursery. Makan pun kurang. Nasib baik tidur tak kurang. Yang paling suka nak tau apa? Paling suka bermain dengan si kakak Nayli. Berdekah-dekah gelak KAHKAHKAH.
Tak tau lah mama ape yang diorang gelakkan.
Tak tau lah mama ape yang diorang gelakkan.
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
so sweet..teruskan perjuangan murni akma k
ReplyDeleteakaklak ade masalah aishah tamo susu dalam botol huhu