Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, December 31, 2011

Berombak Rindu Di Malam Tahun Baru

Hey hey new year's eve bebeh! Toksah berangan la nak dam dum dam bunyi mercun kat luar sana ye.

Duduk rumah layan anak-anak lagi best. Jom layan movie. Cerita apa???

Alaaa yang melethopss kebabomm tu. Apelagi kalau tak Ombak Rindu. Saya baru nak tengok ni tau sobsss.

Eh dah keluar kat Astro First lah. Tapi mahal kalau nak tengok kat cenel Astro First kena bayar RM15 kan dan boleh tengok sekali je. Isk Isk Isk. Rugi rugi kedekut haji bakhil.

Alaa dah ada di pasaran lah! Dun worry be happy.




Dua orang model beriben besar sedang menggayakan pirate CD Ombak Rindu yang berharga 5 hengget. Fresh from oven ni. Baru beli kat nite market tadi. Hihihi sila jangan contohi saya! Nak ulang tengok sepuluh kali pun boleh. Nak tengok berapa ramai pun boleh. YEay!!!



Komen lepas tengok cerita Ombak Rindu? Alaaa sama macam yang selalu orang komen tu jugaklah. No comment!

Konpem raye 2012 nanti mesti dah keluar kat TV punya-lah! Jom berombak rindu shame-shame. Hooyeah!!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, December 30, 2011

Entry Terakhir 2011 Kat Office

Poyo'ssss la pulak bila buat tajuk macamni. KihKihKih.

Entry terakhir dan entry terpendek untuk 2011. 

Hari ni last bekerja bagi tahun 2011. 2012 bakal menjelang. Umur pun dah meningkat 1 angka.

Semoga kehidupan lebih baik dan baik & diberkati Illahi. Cepatlah pukul 5.30pm.

Amin.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Baby Zara Selamat Bersunat Tapi KAk NAyli Pulak Yang Sakit

Salam hari Jumaat yang terakhir untuk 2011,

Alhamdulillah tiba juga masanya, akibat kesibukan pak & mak tak ingat dunia konon lah tu baby Zara baru je di sunatkan di usia 9 1/2 months.

Asal planning nak sunat je mesti last-last minute ade hal. Macam tu lah tertangguh-tangguh je.

At last. Pemegang tali pinggang angkat berat kategori more than 20kg, Papa Nayli & Zara. Yeay!!

Kami sampai jugak ke klinik untuk sunatkan baby Zara.


Balik dari office je terus pick up anak-anak di nursery zasss ke klinik terus. Sebenarnya tak kisah sunatkan baby awal or lambat tapi dulu sunatkan big baby Nayli at 5 bulan tak menangis langsung tapi baby Zara sunat di usia 9 1/2 months menangis kuat jugak. Mungkin dah makin besar dah pandai rasa sakit kot.

For info:

Banyak sebenarnya dalil mengenai berkhatan untuk wanita. Setelah meneliti dalil-dalilnya, yang kuat (rajih) maka khitan wajib atas lelaki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan.  Imam Ibnu Qudamah menyatakan, “Adapun hukum khitan, hukumnya wajib atas lelaki dan suatu kemuliaan (makrumah) atas perempuan, tidak wajib atas mereka.”  [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/141].

Nayli pun kena jumpa doctor sebab papa & mama nak check something.



Balik dari klinik chill up kat Old Town White Coffee.

Kenapa roti kat sini sedap? Kenapa kat rumah saya sapu roti dengan kaya tak sedap macamni?

Kuew tiau Ipoh pun sedap. Kenapa kat rumah saya masak kuew tiau sup tak sedap macam ni?

Eh semualah sedap.



Big baby Nayli yang nampak ceria tapi rupanya tanpa disangka-sangka OMAIGADD OMAIGADD di sebalik keceriaannya itu NAyli sedang menghidapi penyakit yang agak merbahaya. Ya, Allah sungguh saya tak sangka.

Nantilah saya cerita. Fuhh semangat saya hilang kejap.

Kesiannya big baby NAyli tu.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Mari Menternak Lemak Di Ikea

Salam sayang semua. Chewah ayat di hari Jumaat memang tak boleh blah. MEntang-mentanglah esok cuti. MEntang-mentanglah lunch time lama. Masing-masing silalah jangan buat muka ketat hari ni ye. Today is the last day kita akan bekerja di tahun 2011. Sedih tak?? Saya tak sedih sebab masuk tahun baru bermakna gaji pun baru jugak. Boss increment kasi banyak sikit ye saya kan pekerja mithali! HewHewHew.

Ok it's friday peeps! Lunch time yang terbaek untuk tahun ni. Mana lagi sekangkang kera je dari opis saya. Eh kera boleh kangkang ke? KAHKAHKAH.

Presenting rumah kedua saya. Wauuuweeeee. Tiap-tiap minggu pun pergi sini.

Alaa tengok menu list ni pun dah tau saya makan kat mana kan. IKEA lah mana lagi. KEluar reramai dengan officemates. Today taknak makan meatballs lah. Tahun baru menu pun baru lah. Perut je tak baru, buncit erkk.

Ape yang menarik???



Semua sedap! Alaa macam mana ni.

Nasib orang tak ramai so tak payah beratur panjang sangat.

Tengok tu bermacam-macam rupa food atas tray. KAmi makan ramai-ramai. Kenkonon nak celebrate new year lah. Alaaa ko la celebrate new year aku nak celebrate perut je KihKih.

Lapar!!!




Ade lagi. 




Saya makan ni. First time.

Rosemary pasta with chicken. Tak perasaan lah menu ni baru or memang lama sebab selama ni datang Ikea memang aim meatballs je.




Bahagian dada yang padat dengan isi yang pejal. Makan pulak dengan pasta + sauce yang awesome. Fuh kanan fuh kiri konpem Zzzzzz balik office nanti.

Makanan je sorang sepinggan tapi cawan ada satu je. Semuanya sebab konsep saving. Kat Ikea kalau minum cold or hot drinks eg: nescafe, tea, coke, sprite, F&N orange boleh refill sebanyak mana yang anda mahu. Cuma bayar harga cawan je RM1.50/cup. Apelagi, kitorang minum gilir-gilirlah. Warghh Warghh Warghhh kawan-kawan saya memang semuanya sengal macam saya jugak. Silalah jangan contohi kami ye.

Ikea penuh dengan decoration for Christmas. Santeknya.

Jalan-jalan saya cuci mata je dah pokai kenkawan lah shopping til drop. Lepas tu sambung makan lagi. Eh kitorangkan eating machine grrrrrrrr.

Tiba-tiba kan. Lorhhhhhh!!!




Baru perasaan. Member saya cakap dah lama macam ni. Asal kat kiosk karipap ikea yang best tu tinggal meja je. Kerusi dah elekkkk. Nak makan kena diri. Eh bukan makan kena duduk ke. MAna boleh macam ni wooo.

Tak jadilah beli karipap panas.

Hey hey hey. Ini bukan entry makan yang terakhir untuk 2011 ye. Ade lagi yang akan menyusul selepas ni. Insyallah, hopefully dapat dilaksanakan dengan jayanya hujung minggu ni. Ape kebondonyo? Den dah ngidam sangat ni. Tunggguuuuuuuuuuuuuuuu. Yeay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, December 29, 2011

Sayonara 2011. Holla 2012

Oh ya... it's December rite? It;s a shopping time isn't it? Sana sini semua SALE rite now kan? Y.E.S!! I think I have spend a lot this month! Shopping jer kerja boleh dikatakan setiap minggu! Boleh tak? Huhuhu.. But, shopping, shopping jugak... Savings are much more important... Alhamduilillah... rezeki. 

Hey dah nak habis 2011. Banyak kenangan. Apepun setiap orang yang berada di sekeliling kita semestinya punya pengaruh dalam perjalanan hidup kita sendiri. Kalau tak banyak, sikit pasti ada. Saya sedang struggle untuk mencari aura positif dalam diri untuk tahun depan dan tahun-tahun seterusnya. Dalam keadaan biasa sudah cukup mencabar untuk menonjolkan aura positif itu, apatah lagi dengan dikelilingi pelbagai ragam manusia. 

Kadang-kadang saya rasa penat. Ya, saya sudah penat dengan orang sekeliling. Exhausted!

Sekarang baru saya faham bagaimana seseorang boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri orang lain. Ye, tahun 2011 memang banyak ajar saya.

Mungkin dah tiba masa saya perlu kurangkan rasa 'kebertanggungjawaban' saya dan mula fikir tentang diri sendiri saja. Luahan perasan ok dun play-play haa.

Ya, saya patut buat itu. Grrrrrrrr.

Well a happy ending 2011. Even banyak kenangan pahit dan manis, I think life must move on... So to all, Happy New Year peeps! Kita jumpa tahun depan ok. Toink toink toink lagi berapa hari je. InsyaAllah.


Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, December 28, 2011

Cara Nak Terus Ada Susu Ibu

Salam,

Lately semangat pumping kat office semakin malas. Rasa penat sangat 2-3 hari. Mood ke laut. Tapi mood makan sakan pulak, asyik nak makan je. Apakahhh???? I need a restttttt. I need a holiday. Itulah mommies zaman sekarang bila bekerja kenalah separuh hari kena pumping kat office sebab tak dpt direct feeding dun worry tapi as long as kita still keluarkan susu, susu kita takkan kering. Entry untuk menaikkan semangat yang hilang nak pumping sebenarnya ni. Why? Why? Ok ok back to track prinsip dlm BF ialah stimulate, lebihh banyakk stimulate (tak kira pam or direct) lg byk susu yg akan dihasilkan.

Kalau bekerja siang, waktu malam direct feed pun dah boleh maintainkan susu lainlah kalau 24jam takde dengan baby susu lama-lama memang akan kering dan kering sebab pam electric tak sama dengan mulut baby, stimulation dari mulut baby tu sangat penting dibandingkan dgn mesin.

Juga agak tidak adil gak membandingkan wanita yg Full Time House Wife (FTHM) dgn wanita bkerjaya..(memang diakui besar pgorbanan ibu2 yg sanggup meninggalkan kerjaya utk menjaga anak) Tapi tak semestinya wanita bekerjaya tak boleh fully BF.


Tipslagi. Tips untuk mommies dan saya juga yang malas mengepam kat office.



Psikologi 

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.

2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak. 

3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.

4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply 



Pam sebenarnya takdelah banyakkan susu, sebenarnya susu kita banyak based on mind set kerap direct feed pada anak. Tapi nowadays ramai mommies yang keluar bekerja macammana nak direct feed baby so  kalau kerap kita pump,susu akan banyak..mana2 lactation counselor pun bgtau kerap sessi mgepan utk tingkatkan pgeluan susu


Caranya:

Masa pengepaman 

1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 2/3jam sekali

2) bila pam, pam sampai susu tak keluar nanti breast kita akan produce susu baru. Istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru

4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.

5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat



Beberapa cara mengepam yang berkesan:

a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.

b) Di antara pam elektrik dan manual, elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. 

c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak. 


Urutan

1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri

2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu

3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Pil hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*

2) Maxolon

3) Metoclopramide (boleh jadi depression)

4) Motilium

5) Raglan (boleh jadi depression) 

p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini 


Cara-cara Lain

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)

2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.

3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi

4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

p/s : Kuasa Allah, OUR BODY KNOWS THE DIFFERENCE BETWEEN OUR CHILD OR PUMP. That is why milk supply on pumping alone will not be the same as our babies suckling. So rerajinlah direect feed baby baby anda walaupun di tengah malam Zzzzzzzzzzz. Yeay!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.








Yeay!

Menyusukan Baby Di Tempat Awam

Today mari kita bercerita pasal menyusukan baby di tempat awam. Tempat awam tu tak lain tak bukan bagi saya biasanya adalah shopping mall lah. Eh shopping tu kan theraphy minda yang paling baik KihKih memang selalu shopping till drop lah. Saya juga alami pengalaman yg sama sewaktu mula2 mahu BF di public *first child*. Bila org tengok rasa "semacam", maklumlah belum ada apa-apa pengetahuan.  GRRRRRR.



But keep on practise. Practise makes perfect. Yeyeyeyeyeye!


Banyak sebenarnya nursing Poncho yang ada dijual untuk memudahkan mommies semasa BF baby. Kaler maler memang cute sangat. Sedikit contoh untuk tatapan umum. 




piccas semua dicedok dari En. Google

Santekssnye!! Awww.


Memang lumrah mula-mula dulu agak agak segan, tapi bila buat search di Internet, rupanya mmg tak salah utk BF di public asalkan bak kata ibu "jgn ternampak sesuatu yg tak sepatutnya, your precious~" 



Actually memang tak di nafikan nursing tank, nursing top atau tummy tube mmg sgt membantu utk cover area yg terdedah masa bf esp perut la. Sebab bila nak menyusukan baby kena selak baju, silap-silap ternampak sekali spare part kat perut hihihi abes kantoi.


Teringat insiden mengomel dlm hati dulu kala single lah komplen kenapa lah ada mommies yang BF baby in public pastu marah-marah kalau org pandang. Kenapa ye?? Bila dah kahwin dan mnyusukan baby ni baru paham tak selesa tew kalau orang asyik usha-usha jeww.


 "helllloooooo...mestiler org curious kan..."



Yelah, Im a bf mummy as well, i always make sure peeps dont have any reason to stare, Sama ada pakai shawl to cover or pegi nyorok-nyorok la sikit.


Ingat lagi first time saya bf kat public masa kat One Utama Shopping Mall though saya pakai nursing blouse pun orang dok pandang apa pandang-pandang ada hutang kaa erkssss asalkan takde apa yg terdedah, hubby pun OK, so i'm just fine. Dan ingat lagi first time keluar masa tu saya tengah sarat preggy 2nd baby keluar shopping masa tu dah start campurkan susu formula untuk Nayli. Nak sediakan kelengkapan susu formula untuk Nayli, Masyallah! botol susu, susu tepung, thermos simpan air panas, botol letak air masak bla bla bla banyak betul barang Nayli je dah penuh satu beg. Baru rasa senang nye kalau BF, semuanya dah tersedia selak je.



In case, boleh jugak perah susu dulu before pergi memana. So kalau tak confident nak BF baby kat public, boleh bagi EBM which is susu perahan letak dalam botol susu. As for practical ke tidak, dah ada banyak produk dijual utk memudahkan ibu susukan baby di tempat awam  ada nursing cover, nursing tops etc etc macam piccas kat atas tadi.


Memanglah mula-mula memang rasa malu + janggal BF kat public, tapi lama-lama rasa biasa je, bangga lagi ada la sebab kita provide untuk anak kita yang terbaik. Lagi pulak kalau ada org tanya.. "eh nyusu badan lagi.. besar dah baby.." Lepas tu cucukkan la 'jarum' kita tu ajak dia BF jugak kalau ada baby nanti"

Sedikit tips:



1. Praktis dulu kat rumah.

2. Kalau ada baju utk nursing, elok dipakai...

3. Kalau tak, pakai baju biasa je.. tapi pastikan baju longgar, mudah selak..

4. Pakai nursing cover/selendang / tudung utk cover.. sape yg pakai tudung tu bonus la. lagi senang.. tudung boleh cover dada..

5. Pilih tempat yang sesuai.. kalau ada nursing room/surau lagi bagus.. kalau tak pilih sudut yang kurang orang... cuba ringan mulut tanya kat salesgirl ke kalau2 ada kerusi, bangku kecik utk tumpang bf..

6. Cuba alih perhatian baby daripada dia main selak2 baju kita.. pegang2 tangan dia ke...


Lagipun sekarang  nie kebanyakkan shopping mall dah banyak menyediakan kemudahan utk BF e.g JJ one utama(siap ader buai utk baby tidur,kebanyakan JJ memang dah sediakan tempat for BF,Giant Kinrara pun ader, Alamanda..etc cuma kita kena pandai survey tempat...tu. Bagi saya selalunya saya akan pergi ketempat yg ada menyediakan kemudahan macam gitu sebab saya ni malukan skit nak BF depan khalayak ramai, tapi kalo terpaksa pandai2 lah cover dgn kain.



Alhamdulillah, kini saya saya dah kira master la jugak BF di public. Selalu bila outing dgn family, saya amalkan BF in public. Memang sangat mudah.


Jika ada nursing room atau surau berdekatan saya akan ke sana. Jika tiada, saya cari tempat yg agak terselindung, kalau tiada juga ambil tempat & cuba duduk dlm keadaan selesa, ambil penutup (dulu saya pakai shawl, kadang2 pakai stretchable blouse) dan BF. Kalau mommies yang pandai jahit lagi bagus, boleh jahit sendiri nursing blouse. Saya tak pandai jahit. Sobsss. 


Untul elakkan tgn baby "touch ur sensitive part", boleh cuba bawa bersama small squishy toys atau bracelet yg manik2 besar. Alhamdulillah, baby & toddler sy lebih leka membelek benda tersebut sewaktu BF.


Satu lagi, jika org2 sekeliling pandang2 kan, buat mcm ni:

"Renung & tengok balik muka dia lama2, balas balik dgn buat muka pelik kat dia sbb dia pelik tgk kita! *ahaha saya buat mcm ni* 


Husband saya mmg particular bab nih cover masa menysuu. MEmanglakan. Sebenarnya saya ada satu je baju nursing. Tiap kali kuar, mesti husband suke suruh pakai baju tuh naik lusuh dah t-shirt tu (sebab malas nak gi selongkar laci cari nursing cover KihKihKih)


Tak salah BF di public, malah dpt promote kebaikan BF.


Apepun it's depend on you and individual itself. Bila selalu dah tgk channel astro 733, rasa biasa jer. Mula-mula yes, malu separuh mati. Tapi actually memang seronok. Ada satu pengalaman makan kat MCD bila baby dah haus, terpaksa gak beri. Orang yang tengok pun senyum aje. Eh saya pernah dapat pujian dari minah salleh sbb bf baby kat MC D. Hehehe.

Kita sesama BF jadi bila ada cara baru baik dikongsi bersama. Kan lagi afdal mcm tu.  Hope those tips dpt bantu serba sedikit berdasarkan pengalaman saya. 

p/s: guna benda dah sedia ada senang selak baju je dah settle. yeay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, December 27, 2011

Teknologi Yang Merosakkan Nilai Kekeluargaan

Hello Tuesday Blues,


Yelah aku ni tak habis-habis Tuesday Blues dari tadi HikHikHik. Nak story sikit. Semalam kan cuti. Malam tu kami makan luar kat Kentucky Fried Chicken. Eh memang aku ni addicted betul dengan KFC. Apsal ntah. 

Laa bukan nak cerita pasal Kentucky. Pasal ni haa. Kitorang duduk satu table. Sebelah tu ada satu family. Pak, mak, anak laki 2 orang, anak perempuan sorang. Semua kecik-kecik je. Baget antara Standard 4 hingga Form 3.

Si paknya aku tengok tengah pegang Blackberry. Tengah berBBM la kot. Maknya aku tengok duk termenung je, buta IT kot. Yang si anak sorang layan i-pad2, sorang layan I-phone sorang lagi layan Ipod touch. Tengah sms sambil tersenyum-senyum mungkin tengah sms dengan pakwe & makwe diorang la kot.

apple i-pad2 da boom! Kitew adew satu tew menang lucky draw hari tu.

Terbayang aku masa kecik-kecik dulu. Time makan, semua kena makan sekali. Tak kisahlah makan petang or malam. Tak payah la nak buat alasan dah kenyang ke, tengah diet ke mesti kena marah dengan ayah. 

Ayah, ayah memang garang. Sangat pentingkan komunikasi antara kitorang. Time tu mesti tanya soalan yang aku mencikkk nak jawab

"Bila exam?"

Dah prepare belum?"

"Belajar, jangan banyak main je"

HewHewHew.

Tapi sekarang nampaknya time makan dah lain. Sorang ngadap selatan, sorang ngadap utara. Tapi jangan praktikkan depan ayah saya. Giller kena marah punya. Yelah time makan semua buat hal masung-masing baik tak payah makan ramai-ramai satu keluarga.

Thank you ayah, walaupun ayah garang tapi ayah banyak ajar nilai-nilai kemanusiaan dalam keluarga. Banyak lagi cara ayah yang aku salute, jarang aku tengok ada kat orang lain. Nak ikut style ayah jugak la nanti. Yeay!

Peringatan untuk diri aku jugak. Aku ni pun kadang-kadang jadi mangsa teknologi jugak, sibuk berfacebook sampai tak perasaan muka anak comot dengan nasi. KihKih.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Jom Layan Cerita Seram Di Tuesday Blues.

Waghhhh! lamanya cooooti Sabtu-Ahad-Isnin.

Today? Tuesday Blues.



Eh mari kita mulakan Tuesday Blues dengan kisah seram dulu.

CErita ni berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat 1 bilik dipanggil “Bilik Terakhir”.

Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. 



Dinamakan “BILIK TERAKHIR” adalah krn dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung
sampai mati pada Keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorg diri & berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu krn dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah diketahui mereka.


Menurut kata warden2 yg masih ada di Penjara Pudu bila proses pengosongan
Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara org menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut. Tak kurang juga ada diantara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk Menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan Kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yg dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yg sering kedengaran diwaktu mlm dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yg mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pd suatu mlm Jumaat ketika hujan renyai2 seorg warden
telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dgn “Bilik Terakhir” itu.

Ketika sdg berkawal kira2 lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sdg berlari2 berhampiran bilik tersebut Dia cuba beranikan diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang dia mengamat-amati maka terlihatlah dlm kesamaran seekor kambing hitam sdg menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh krn ingin tahu dia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yg samar2 itu sambil meninjau2 didlmnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedlm gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dlmnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yg mengerikan seraya berkata, 

"Heyyyyyy manusiaaa.
Jangan kau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa! Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa...! Ha Ha Ha Ha Ha “Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa…"


sudah tuuuuuuuuu…….. pi buat keja……! WARGHH WARGHH WARGHHH.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, December 26, 2011

Menghadiri Kenduri Kahwin Di Kampung

Yahoo! cuti panjang. U olls pergi mana? Kalau nak pergi cuti-cuti Malaysia silap besar la kot. Jalan sesak wooo. Musim hujan pulak tu. Kami yang nak balik kampung nun sekangkang kera tak berapa jauh ni pun berjanggut menghabiskan masa kat jalan je sebab ada accident. Kami balik Seremban. Yeay!!!

Then semalam kami ke Kuala Pilah. Fulamak jalan nak masuk Kuala Pilah sesak teruk la jugak. Ooo mentang-mentang musim buah, ramai betul orang balik kampung ye Hiks!

Kepakk kepakkk kepoomm kepoom. Selamat Pengantin BAru. Biru mata hitamku. 




Musim buah kan. Siapa nak ambik je.




Nayli ikut mama pergi wedding dengan atuk & wan. Papa & baby Zara tak pergi. First time kot tengok orang main kompang.

Big baby buat muka pelik. Sampai mama tarik tangan pun tak nak. Asyik betul dia tengok tak berkelip.





Eh perasan tak? Rambut Nayli dah kena zassssssssss! Siapa lagi tukang zass kalau tak mama yang serba tak boleh ni. Hiks! Bukan ape rambut depan NAyli dah panjang sangat sampai cucuk mata, tu yang mama potong. Tapi masa potong tak nak duduk diam, kan dah jadi ala-ala red indian gitu. HikHik. Tapi comey jugak kan.



Haritu baru angkut rambutan sebakul, hari ni nak angkut lagi sebakul. Banyaknye makan rambutan, batuk karang.


Balik kampung memang best sebab sekarang musim buah. Rambutan? Durian? Manggis? Berlambak! Untung jugak kampung dekat.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, December 24, 2011

Makanan Yang Boleh MEnambahkan Susu Ibu

Hello happy weekend peeps,



Mari sini nak bercerita sedikit. Saya ni adalah forumer yang separuh tegar lah jugak kat Facebook page "Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM)". Ada seorang kawan recommend join that page haritu. Oklah bila ada masa boleh tolong reply soalan mommies yang ada problem pasal penyusuan susu ibu. Kagum sebab semakin ramai mommies yang berminat dalam dunia penyusuan susu ibu. Yeay! Selain itu dapat juga belajar dan tahu benda yang saya tak tau selama ini. Oh marilah join ramai-ramai, memang sangat bagus. Sharing is caring so jangan malu-malu.

Bila selalu join kat sana, perasaan jugak soalan yang paling kerap ditanya dan saya sedikit hampa  kerana biasanya bila mommies yang mengalami penurunan bila mengepam susu soalan pertama yang ditanya mesti berbunyi lebih kurang macamni.

"nak makan apa untuk banyakkan susu???"

or

"nak makan supplement apa untuk banyakkan susu?"

Saya tak nafikan memang sedikit sebanyak makanan or supplement menambahkan susu memang boleh membantu tapi kita kena tahu kunci kejayaan yang paling penting sebenarnya adalah kerap kosongkan breast dengan direct breastfeed baby or mengepam. Saya perhatikan ramai mommies yang makan bermacam-macam supplement kadang-kadang sampai 4-5 jenis supplement menambahkan susu sampai saya pun gerun tapi cuma mengepam sekali sehari je. Oh sedihnya. Salah tu.

Janganlah begitu. Tiada guna sebenarnya menunggu breast bengkak baru nak mengepam aku ni cakap je pandai tapi aku pun macamtu GRRRR geram. Percayalah kunci utama adalah kosongkan breast sekerap mungkin kerana formula yang mommies perlu ingat sebenarnya adalah supply vs demand.

Lagi satu mommies yang menyusu sering buat interpretasi sendiri samada bayi cukup susu atau tidak berdasarkan gelagat bayi. Sukar untuk tentukan jumlah susu ibu yang telah diberikan jadi kita pula buat andaian sendiri. Saya bagi sedikit contoh berdasarkan pengalaman saya ye.

1. Kekerapan bayi menyusu. Ada ibu bapa jangka bayi perlu menyusu mengikut sela waktu tertentu. Ada jadual bila perlu menyusu. Bayi perlu menyusu mengikut keperluannya sendiri mengikut kekerapan untuk membesar. Kadang dalam sehari kekerapan menyusu berbeza waktu pagi dan petang. Kalau kena bangun 5-6 kali pada waktu malam nak menyusukan baby standard-lah. Sejujurnya di usia baby Zara nak masuk 10 bulan dia masih bangun 5-6 kali untuk menyusu pendek kata setiap 2-3 jam sekali. Tapi takdelah menyusu lama sangat sometimes tak sampai 5 minit saja nak ngendeng-ngendeng kat mama dia. Tak cukup tidur? Dah biasa sangat tu. Hiks!

2. Bayi tiba-tiba kerap menyusu dan payudara terasa lembut. Kita sebagai ibu risau susu tak cukup. Ini sebenarnya bagus kerana payudara kosong sebab bayi kerap menyusu dan ini akan meningkatkan kadar stimulasi pengeluaran susu. Jangan risau susu akan re-fill kembali. Kita ambil konsep kalau kita flush kat toilet. Lepas tank kosong automatically akan di isi penuh semula. 

3. Bayi makin kurang menyusu, jika kerap merisaukan, kurang juga merisaukan. Kemungkinan bayi mendapat susu yang mencukupi jika payudara mempunyai kapasiti simpanan yang banyak. Boleh periksa output lampin bayi. Kalau kencing & berak ok, jangan risau.

4. Bayi menyusu sekejap. Mungkin biasa dengar perlu menyusu dalam jangka masa tertentu untuk pastikan dapat hindmilk. Sebenarnya semua ini bergantung respon bayi dan payudara. Ada sudah dapat menyusu dengan banyak jika aliran laju dalam 5 ke 10 minit sahaja. Atau kerana bayi sudah pandai menyusu dengan betul.

5. Bayi menangis dan menyusu 1 botol susu lagi selepas menyusu badan. Adakah kerana ia memang lapar atau ia menangis jadi untuk menenangkannya bagi botol susu. Selain lapar menangis boleh disebabkan kerana ingin menghisap lagi, alergi atau kembung. Tak semestinya menangis sebab nak susu je. Eh common-lah.

6. Bayi tersedak, berbunyi-bunyi dan menarik puting atau tidak menyusu lama atau mungkin menjerit, mungkin ini tanda susu terlalu banyak. Anda pula terasa sentiasa penuh sepanjang masa dan cuba mengosongkan susu. Cuba tekan sedikit payudara semasa menyusu untuk memperlahankan flow.

7. Meragam ketika lepas tengahari dan petang. Aliran susu berkurang, jadi susu keluar dengan pelahan, jadi bayi akan meragam bila susu kurang. Tambah pula kepenatan menyumbang kesabaran mereka berkurang. Bayi perlu kerap menyusu, namun ibu pula enggan menyusu sebab baru menyusu. Cuba alih perhatiannya dengan berdukung atau menyanyi

8. Bayi tak tidur sepanjang malam. Normal bayi bangun banyak kali dalam setahun pertama. Tidak normal jika tidur terlalu lama lebih 4 jam tanpa menyusu dalam bulan pertama. Ini mungkin tanda kurang susu jadi bayi tidur untuk simpan kalori. Selain itu bayi bangun kerap mungkin juga sebab sakit, tidak selesa atau kerana baru belajar merangkak, berdiri jadi semangat nak cuba. Atau juga kerana terlalu seronok di siang hari tak mahu makan, malam baru lapar dan nak menyusu bila dah kurang stimulasi.

9. Baca bahasa badan bayi. Bayi cuba sampaikan susu sikit dengan kerut dahi, kening atau menarik dan lepas puting. Atau mungkin menekan payudara dengan tangan seperti anak kucing menyusu. Ini adalah cara untuk keluarkan susu. Bayi yang kurang sabar akan terus lepaskan payudara dan menjerit. Ibu selalu salah faham sangka bayi tidak mahu menyusu badan. Semua bayi mahu menyusu cuma kerana ada masalah dia menolak dengan tujuan ingin memberitahu sesuatu, dan kita pula sangka bayi tak mahu menyusu. Biasa bila bayi dah dapat susu, bayi akan mula relaks dan matanya pelahan-lahan tutup dan tidur.

Pengalaman saya masa memula menyusu dulu, saya sangka perlu jadual. Jika belum masa tidak payah menyusu. Lama kelamaan saya belajar dari pengalaman. Beri bila mereka nak tak kisahlah kerap macam mana pun. Part baby Zara lagi kerap saya perlu menyusu sebab dia jenis hisap sedikit sahaja lepas tu suka main dengan kakak Nayli. Lagipun bayi menyusu badan tak lama 2 ke 3 tahun sahaja bukan sepanjang umur hidup mereka! Penat? Fikirkan usia mereka bersama kita tak sampai suku jika mereka hidup sehingga 60 tahun, jadi masa bayi inilah peluang rapat dan lebih masa bersama. Proud of all mommies out there!

Penyusuan susu ibu bukan semata-mata sebab nak mengikut orang tapi kena ada sedikit ilmu. Bukan senang sebenarnya tapi takdelah susah sangat. Yakin boleh! Yeay!

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, December 22, 2011

Dating Dengan BFFs kat Restaurant William

Semalam kan kan kan. Haa yelah malam semalam saya ada gathering together-gether dengan BFFs. Yeay! Hey ingat senang ke nak gathering together-gether haa? Kena buat proposal seminggu awal tau kat Enchek Husband. HikHik. Nasib baik approved apelagi tinggallah anakanda-anakanda tercinta saya bersama daddy cool kat rumah tu. YElah sekali sekala mama pun nak off hoorey horeey jugak. Hiks!

Gathering dimana lagi, mestilah di tempat makan yang terbek! Eh terbaik ke? TErbaiklah bagi saya mana lagi kat REstaurant William, Petaling Jaya. Bab makan mestilah terbaik kan. Saya suka makan tapi saya tak suka demox!! Glurpssss.

Makan ramai-ramai, banyaklah benda yang dimakan.

Risotto, white sauce spagethhi (saya punya!), Spagetthi Meatballs & Mix Grill. Tengok yang ni dulu. Kalau tak meleleh air lur mesti tipu-lah.






Total empat orang makan, empat pinggan cukuplah tu sorang sepinggan. Memang kenyang portion memang agak banyak. Letak piccas food jelah ye pic orang nak jugak ke. Sebab muka semuaorang dah berminyak-minyak kekenyangan makan tak ingat dunia. HikHik!

Penghilang dahaga saya lepas berborak sakan. Avocado Strawberry Blended. Memang terbaik kat tempat lain tak boleh dapat punya. Sedap betul. Pekat dan rasa macam nak tambah lagi.



Tapi nak nangis jap. Restaurant dah tukar ke shop lot. Oklah nampak teratur sikit tapi harga makanan dah mahal, tak macam dulu. Sobssss. Tak boleh lah makan selalu macam ni.

Hey Hey HEy u know who u are muahs-lah nanti kita lepak-lepak kat sini lagi ye. Yeay!

*selamat mendemoxkan diri! Awww.

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wang Kertas Dan Duit Syiling Baru YAng Warna-Warni MAcam Donut JCO

Eeee bestnye.

Semalam tengok berita berita Bank Negara Malaysia akan keluarkan wang kertas dan duit syiling baru. Tapi akan berada di pasaran pada tahun 2012 je.

Cantik menarik tertarik kau memang da boom! Comel giller.

Giller santek colorful macam nak makan je. Warna-warni macam Jco Donut.



Yang ni lain dari yang lain sikit. Kaler kuning beb. First time rasanya tengok duit kaler kuning. Eh tetiba saya terbayang Donut JCo sebab donut dia pun colorful jugak ape. Dah lama tak makan JCO Donut sobssss.

Ini kalau simpan dalam wallet time nak bayar kena tengok betul-betul ni. KAng duit RM100 ingat RM50. Habis lari baget. Pheww.

Banyak lah kaler duit raya dalam wallet mama Nayli & Zara next year. HikHik!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!