Ok Ok.
Sekarang ni boleh dikatakan everyday saya update belog. Ada je benda nak cerita. Takde cerita pun nak cerita jugakkan. Takpun join contest. Meriah betul lah hidup. Hiks!
Lepas ni dah tak macam ni la. Sebab utama saye nak bekerja semua. Ya. Maternity leave 2 months hampir tamat. La pejam celik pejam celik dah 2 bulan ye. Rase macam baru je beranak haritu. Saye tak kisah nak bekerja balik sebab macam dah boring pulak duduk rumah lama sangat. Tapi rasenye saye perlukan perubahan. Bosan jugak hari-hari buat benda yang sama je. Takde kemajuan langsung. Yeay! Tapi bukan sekarang nak cerita hal ni ye. Nanti.
Syukur, berpantang anak ke dua ni dapat berpantang kat kampung dengan mak lagi. Macam anak yang pertama dulu. Syukur mak saye masih sihat lagi. Boleh la tengok-tengokkan saye & baby sikit. Jasa mak memang tak terkata. Sampai dah beranak pinak pun boleh jaga saye lagi kan.
*Insaf.
Bila dah bosan-bosan selalu la join berforum kat sini juga. Kalau nampak nick akma81 saya la tu. Say hi to me ok. Hehehe.
Suatu masa dulu saye adalah forumer tegar kat sini. Dululah sekarang dah tak. Bagus website ni. Sangat-sangat bagus. NAk tau kenapa saya kata macam tu?
Semasa saya mengandung anak 1st, Nayli dulu, awalnya saya tak pernah terfikir langsung tentang susu apa yang dia akan minum nanti. Masa tu lebih teruja nak beli baju kaler pink banyak2 sebab doc cakap kemungkinan besar baby girl, kalau baju dah pink sarung tangan dengan kaki pun kena matching kaler pink jugak, topi pun nak pink, kalau kaler biru, semua pun nak kaler biru pulak. Lepas tu setiap kali pergi scan tak sabar nak tengok hidung ikut siapa, mata pulak ikut siapa, nak beranak kat mana, pendek kata pasal susu memang tak fikir langsungla. Pam pun takde dalam list untuk barang yang patut beli.
Tapi bila seorang rakan recomend saya untuk join forum susuibu,com semasa saya mengandung di usia 6 bulan sebab saya selalu komplen boring takde kerja kat office, macam2 info pasal penyusuan saya belajar kat situ. Banyak sangat ilmu yang saya dapat. Dari nak beli pam apa, macam mana nak susukan baby,macam mana nak perah susu, pendek kata A-Z lah.Perkara pertama yang saya praktikkan ialah dengan membeli nipple former sebab saya ade problem inverted nipple disamping selalu membersihkan liang pada puting, tuam, sikat bagi memudahkan pengaliran keluar air susu ibu selepas bersalin nanti.
Dan moment yang terindah, bila saya lihat mulut baby Nayli terbuka seperti mencari-cari sesuatu selepas saja dia dilahirkan, saya dapat beri susu ibu sebagai perlindungan utamanya. Ya, saya berjaya memberi kolostrum yang akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Cecair emas yang hadir pada awal kelahiran sahaja.
Bukan mudah nak melalui semua tu, lagi-lagi anak pertama, takde experience langsung. Lagipun saya tak boleh limitkan penyusuan contohnya jika saya baru menyusukan baby Nayli selama 1 jam selepas dia bergayut, selepas 20 minit dia menangis lagi, saya kena offer susu lagi padanya sebab breastfeed do not have any specific feeding time and specific amount of breastmilk needed macam baby yang minum susu formula eg. 2 jam sekali or 2 oz sekali minum. Tu belum kira kalau dia bangun nak menyusu di malam hari pulak.
Memula rasa penat tapi secara perlahan2 saya kagum dengan semua benda yang saya lakukan untuk baby saya. Lagi pun berapa lama sangatlah dia akan bergayut dengan mamanya. 2 tahun? 3 tahun? Sampai masanya dia lebih suka bermain dengan anak patung Barbie dari melayan mamanya sendiri. Believe me, you wont regret every moment that you had with your baby while feeding him/her.
Pesanan saya, carilah ilmu penyusuan sebanyak mungkin sewaktu mengandung sebab penyusuan akan lebih mudah jika kita ada ilmu dan tahu selok beloknya.Buat persediaan secukupnya seperti mencari & membaca seberapa banyak info pasal penyusuan termasuk kesukaran yang mungkin berlaku supaya kita betul2 bersedia dan tidak patah semangat. Penyusuan susu ibu bukanlah fenomena yang akan berlaku secara semulajadi apabila seseorang ibu melahirkan anak. Perlu ada sedikit ilmu.
Dalam dunia ni mana ada benda yang senang, tapi benda yang susah akan jadi senang kalau kita rajin. Kan?

Sekian.
betul tu akma..yang penting kena carik n carik segala ilmu tu...sekarang kemudahan dah senang kan kat hujung jari aje
ReplyDelete