Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, April 15, 2011

Penangan satay JJCM

Last sunday tengok tak JJCM? Alaa Jalan-Jalan Cari Makan bersama Qi yang comel tu. Iskk sweet giller kan masa Qi tengah dating makan dengan girlfriend dia, Yuna tu. Dua-dua comel! Bila diorang nak kawin haaa? Laaa busybody betul. Haha!

Haa kan ade segmen Qi makan satay kan, alaa kat restoran tengah-tengah KL tu, so apelagik. Orang kat sini pun nak makan satay la jugak. Mengada betul! Alaa rileksla kan dah habis pantang 44 hari. Hiks!

Tak pergi KL cari restoran yang diorang singgah tu pun, takde kerja ok singgah Restoran Haji Samuri je. Dekat dekat sini pun ada branch nye. Terbaek gak satay nye.

10 cucuks sudah, yang nak makannye 2 orang je, me & Enchek Husband. Ada jugak Enchek Husband order satay arnab. RM2 per cucuk. Rasanya macam same je dengan satay ayam. Saye tak dapat beza pulak yang mana satu.



Meh close up sikit satay nye. Wallawehhh! Suam-suam panas lagi ni. Aromanya nye pun harum semerbak je.





Bab satay Haji Samuri ni yang saye suke kuah nye best! LEpas tu tak kedekut, banyak pulak tu. Tak cukup boleh tambah. Kuah sambal pun best. Tak berapa pedas rasa macam manis-manis sikit. Just nice.



Korang pernah pergi HQ kat Kajang tu tak? Tu lagi happening.

Memang sedap! Dah makan 10x pun sedap jugak. Erkss nak tapau lagi 10 cucuks boleh tak?




Mane lagi la Q nak pergi makan masa JJCM minggu ni Nak la makan jugak kat situ. Kalau Enchek Husband baca entry ni sure pensan jap. Hihihihi~

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

1 comment:

  1. sedap..sedap..tinggal tgk jela saya nie..huhu

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~