Day 31 berpantang. Oh sangat la best hari ni.
Ayah dengan mak takde. Oh biasela diorang every month mesti ade cuti-cuti over de sea. So saye yang berpantang kat kampung ni pun Hep Hep Hoorey la jugak. Hooyeah~!!
Sebab dah terlebih Hep Hep Hoorey so selamat la sampai kat sini. Yeay!
Alaa bukannye jauh sangat keluar. Dekat je. Kat Taipan Senawang tu je. Jadikla. Rindu nak tengok jalan raya, kereta kat jalan, cahaya matahari, orang jalan2. Hahaha bengongkan? Lagik rindu nak tengok ape ye??? Haaa delicious food. Nak ngap. Jom jalan-jalan cari makan. YEay!!!!
Oh keluar kali ni dengan partner in crime. Dengan siapa lagi. Adik saye Sofea la. Dia la bodyguard, dia la driver. Terima Kasih banyak2 ye. Nanti kite makan sekerim kat Tutti Fruti ok. Opssssss.
Nak order ape ye? Nak makan ape ye? Jakun dah. Lame sangat terperuk kat rumah.
Okla makan ni. Chicken Cordon Bleu memangla tesangat I loike. Berpantang boleh makan ni kan. Tak boleh? Aaa bolehla. Bolehla. Nanti susu Zara ade la rasa chicken yummy yummy. Barula best. Rase susu ibukan ape yang ibunye makan.
Minum yang ini. Oh ini harus berpantang. Mak kata 3 bulan tak boleh minum ice or yang sejuk-sejuk.
Cuaca memang panas. Tekak jangan cakapla teringin nak minum ice kalah orang mengandung. Tapi sabar jelah dulu. So kita minum hot chocolate ok. Ok yang blink blink tu Sofea punya. Saye sikit pun tak minum. Betul tak tipu. Takut jugak awal-awal dah minum yang sejuk-sejuk ni. Nanti sakit-sakit badan macam mane?
Yahooo! Yummy! Yummy! Sila jangan terliur ok.
Uikssss. Mama ni asyik tunjuk pic food je.
Haa lupe. Wajib la tunjuk pic ini jugak. Eh bukan nak tunjuk pic mama ok. Sebab mamanye masih demox macam anak gajah.
Wah first day baby Zara outing la. Saye memang tak risau nak bawa baby Zara keluar sebab tau dia sangat baik. Kalau macam ni mama sorang pun boleh handle. Lagipun baby Zara fully BF. Kalau menangis nak susu just selak je. Sangat mudah. Tak payah nak bancuh susu or nak bawa perkakas yang macam-macam. Tengokla tu tidur je. Mama pun ape lagik makan tak ingat dunia la. Burpsssss.
Ermpss. Bestnye. Esok nak keluar pergi mana pulak ye? Sementara mak tak balik holiday lagi ni bolehla jalan-jalan. Driver pun ada tgh cuti cuti weekend kat kampung. Nasib mak tak baca blog ni kalau tak habisla kantoi. Hehehehehe.
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
amboi..syoknya dia g jalan2 ye..hehe
ReplyDelete