Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, April 29, 2011

Anak Makan Apa Hari Ini

Asyik-asyik cerita pasal susu je kan. Ok tukar pulak. Sekarang nak cerita pasal makan pulak ye. Kalau part makan mestila ada kena mengena dengan Nayli sebab dia kuat makan macam mama jugak. Baby Zara masa umur 6 bulan baru boleh start bagi makan. Sekarang minum je susu banyak-banyak ye.

Sekarang ni Nayli dah tak makan bubur nasi lagi sebab mama malas nak masak Nayli dah besar. Nayli makan macam apa yang papa & mama makan jugak. Cuma tak pedas.Ini menu untuk hari ni.

Mestilah ada nasi putih.


Memandangkan apa yang saya makan sama dengan yang Nayli makan so saya terpaksalah tidak meletak sama sekali sebarang cili padi mahupun cili api walaupun pedas itu adalah satu kemestian bagi saya. Oh anak yang telah berjaya merubah pemakananku.

Tadi masak ni. Dun judge the book by its cover ok. Walaupun rupanya macam tak best tapi sedap woo. Memasak seorang diri dengan kehadiran dua orang anak kecil sangatlah mencabar. Nasib baik tak terpelanting periuk belanga kat dapur tu. Hiks! Sup Kobis + carrot + telur. Letak sikit kicap. 





Ada jugak ikan goreng.




Ok dah cukup.

Kalau nak suapkan NAyli haruslah begini. Ikan yang digoreng tadi saya pilih-pilih isinya dan gaulkan sekali dengan nasi.




NAsi tu kena bubuh sup kobis bagi banjir sikit. Baru Nayli berselera. Selalunya setiap kali bagi Nayli makan saya akan pastikan mesti ada sayur. Biar dia belajar makan sayur. Selalunya saya buat sup kobis + carrot + telur, sup kentang + carrot + ayam, sup sawi, sup tauhu + su'un, sup bayam.. eksss ape lagi ye pendek kata macam-macam jenis sup lagilah sebab Nayli tak suka makan nasi yang terlalu kering..

Tengokla tu. Nayli da booom. Dah baca doa ke ni sayang?




Yummy ! Sedapnya mama masak, kalah Chef Wan tau. Awwwwwww.



Untuk snek pulak adalah ini. Petang-petang makan snek.



Biskut Tiger supaya Nayli kuat macam Tiger. Yeay!





KAlau lepak-lepak untuk mengelakkan Nayli kacau adik selalu bagi Nayli makan buah-buahan. Sebakul tu semua tu Nayli punya. Yeay! Mama nak sikit boleh tak?





Makin tembam dah sekarang ni macam mama jugak. Bila orang jumpa mesti nak cubit-cubit pipi dia.



Apepun amalan pemakanan seimbang penting bagi membantu tumbesaran kanak-kanak dengan sempurna sekaligus dapat menyesuaikan diri dengan dunia orang dewasa. Alam kanak-kanak juga adalah tempoh yang kritikal kerana ini adalah masa di mana mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan.


Momies yang lain masak macam mana pulak untuk anak anda?  Nakla tau jugak. Hiks!


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. jenis senang makan ni...ok latu :-)

    ReplyDelete
  2. ala2 sedapnya nengok Nayli mamam..aunty nak ctit..huhuhu

    ReplyDelete
  3. tgk mood jugak kadang2 bile suap habis dia keluarkan semua balik. mmg tengah diserang mood tak nak makan la tu. hiks!

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~