Day 44- Hooyeah! Hooyeah!
Berpantang 44 hari je kan? Ok dah tiba masa yang ditunggu.
Tak payah kira sebab memang dah siap siap tulis kat kalendar April.
Hep Hep Hoorey !!!
Oh saya masih demox macam anak gajah lagi. Harap-harap dapatlah kurus balik lepas ni. Semangat bila baca info kat SINI.
Bila dah lepas 44 hari dapatlah lesen besar nak kemana-mana pun. Yeay!
Jom jenjalan ke Seremban. Ada task sikit.Vroom. Vroom. Lupa pulak macam mane nak bawa kereta. Selalu jadi co-pilot aje. Mak kata tengah berpantang tak boleh drive kereta ok.
Baby Zara tido jap ye. Ape2 hal nanges je nanti wan datang. Mama nak keluar jap. Hiks!
Otw nak pergi Seremban nampak satu kedai tepi jalan. Alaaa ni yang lemah ni kalau nampak kedai jual barang-barang baby. Mesti nak singah.
Lagi-lagi la bila dah ade 2 orang anak perempuan yang comel macam mamanye. Macam-macam benda yang kiut-miut-comel-lote nak beli.
Rambang tak mata bila tengok macam ni? Siapa yang dah ade anak kalau cakap tak rambang memang tak boleh jadi geng la. Hiks!
Belila ape yang patut untuk anak-anakku. Yang tak patut pun beli gak. Semua nak borong. Iskk.
Ok dah pokai jom teruskan perjalanan ke Seremban.
Bila lalu kat tepi Seremban Parade, teringin nak singgah Seremban Parade. Oh sabar dulu.
Bile lalu tepi Centre Point, teringin nak singgah Centre Point pulak. Haisshhh. Macam-macam betul.
Laa bila mase jalan depan Centre Point ni ade simpang ke kiri ni? Haishhhh nasib baik tak silap belok. Tu laa duduk kat dalam gua lama sangat.
Sebenarnye nak pergi stesyen komuter Seremban. Nak ambil adik saya. Saje je volunteer nak ambil. Padahal sebelum ni tak rajin pun.
Bila dah 44 hari best la sikit sebab saye dah bebas keluar rumah. Best jugak sebab dah tak payah pantang makan sangat eventho saye takde la berpantang makan sangat pun sebelum ni. Ade la sikit-sikit je berpantang dalam 44 hari ni contohnya macam:
-Mak kata tak boleh minum ice or minuman sejuk, kalo boleh selama 100 hari. Nanti belum sempat tua dah sakit2 badan.
-Tak berapa makan seafood, takut nanti gatal-gatal.
-Tak makan sayuran jenis yang sejuk. Part ni tak sure sangat sbb tak tau sayur ape yang sejuk so everytime ade lauk sayur kena tanya mak dulu boleh makan ke tak.
Apelagik ye yang kena pantang? Lupa dah.
Oh, tadi jiran sebelah rumah bagi ni.
Cendawan busut, i loike. Cendawan ni tumbuh kat tanah selepas hujan. Pernah tengok tak? Tapi kena tahula, sebab ade jugak jenis cendawan beracun.
So sebab dah 44 hari best la sikit menu makanan sebab semua boleh makan. YEay!
Yang memang tiap-tiap hari wajib makan adalahrumput ini. Hooyeah!
Daun pegaga ok. Mak kata bagus untuk luka dalaman. Nak tau saya ni memang tak berapa la part ulam-ulaman ni. Memula makan pegaga dulu muka bertukar jadi hijau ok, pahit! Tapi sekarang i loikee. Tak caya, cuba try.
Yang memang tiap-tiap hari wajib makan adalah
Daun pegaga ok. Mak kata bagus untuk luka dalaman. Nak tau saya ni memang tak berapa la part ulam-ulaman ni. Memula makan pegaga dulu muka bertukar jadi hijau ok, pahit! Tapi sekarang i loikee. Tak caya, cuba try.
Cendawan busut tadi mak masak ini. Sedap
Selain tu, ada jugak lauk-lauk ini.
Masak lemak ikan keli + terung. Sedap!
Sambal sotong. Sedap!
Sayur sawi. Sedap!
Duduk kat kampung memang macam heaven. Semua sedap.
Dah tak lama dah nak masuk kerja balik. Erkss part tu yang tak sedap.
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
huhu. best nye dapat kuar umah lepas pantang kan ??
ReplyDeleteSalam kunjungan... singgahla ke blog saya ;)
ReplyDeletewahhh..ada yg menyebut ikan keli di sini...so saya singgah ke sini...salam ukhwah!!
ReplyDelete