Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, April 7, 2011

Tiada Yang Lebih Baik Darinya

Tadi pergi check up baby Zara for 1 month. Banyak betul info penyusuan yang berguna kat sini.

Saya ingin kongsikan entry ini dengan dua orang kawan saya yang baru sahaja melahirkan babynya dan berniat untuk menyusukan anaknya secara eksklusif dengan susu ibu, Widy dan Faranesha.

Oit hangpa maternity leave 3 months noo. Aku 2 months je. *Jeles * Nanges. Erkss commercial break kejap.

Semoga info ini dapat membantu anda. Kalau tak faham jugak, call saja saya di nombor 012244XXXX. Saya sedia membantu anda bila-bila masa sahaja. Hiks!

Penuh dengan maklumat penyusuan kat klinik ni.




Antaranya ialah...

Cara nak simpan susu perahan.




Bagaimana nak guna susu yang disimpan?

Memula yang perlu tahu cecair seperti susu cenderung untuk mengembang bila sejuk so jangan terlalukan penuhkan susu dalam bekas untuk memberi ruang agar ia boleh mengembang.


Susu boleh disimpan di 'chiller' (bahagian bawah peti sejuk) ataupun freezer' bahagian atas. Di bahagian bawah boleh disimpan max 8 hari (tapi saye biase simpan max 2-3 hari je) dan bahagian atas boleh disimpan selama 3 bulan.

Jika dikeluarkan dari 'chiller' rendam sekejap dalam air suam (bukan air panas) sebelum diberikan kepada anak. Jika disimpan di bahagian atas susu perlulah dicairkan dulu. Misalnya, esok nak bagi pada anak, malam ni anda ambil susu di bahagian atas dan simpan di bahagian bawah dulu. Ok ada faham?? Bagus.

Ada lagi. Susu beku harus dicairkan dalam peti sejuk bawah dan digunakan dalam masa 24 jam iaitu selepas dicairkan. Susu yang telah cair dan disimpan dalam peti sejuk perlulah dibuang jika baby tak minum-minum jugak dan dah melebihi 72 jam. Ada faham lagi??? Bagusss.

Ini adalah target saya, Memula target untuk exclusive breastfeed baby Zara untuk 6 months dulu. Tak nak target jauh-jauh sangat nanti tak tercapai frust menonggeng pulak macam time Nayli aritu.




Penyusuan eksklusif bermakna 6 bulan pertama bayi dilahirkan bayi hanya disusui dengan susu ibunya sahaja, tanpa susu formula atau minuman lain walaupun air masak.

Tak perlu air masak sebab komposisi yang terkandung dalam susu ibu sudah sempurna. Ini bermakna bayi mendapat khasiat sepenuhnya dari susu ibu, Bayangkan setiap inci tubuh bayi yang membesar dari dia dilahirkan hingga umur 6 bulan adalah dari protein, kalsium, zat besi dan nutrien-nutrien lain yang disalurkan dari titis-titis ibunya. Betapa bangganya saya sebagai ibu. Yeay!

Dan ini pula kebaikan untuk baby dan juga mamanya.


Bab kebaikan untuk ibu no. 4 tu. I loike sangat-sangat! Yeay!

INGAT OK! Susu boleh disejuk dan dibekukan tapi bila dah dipanaskan susu itu jangan sesekali dibekukan semula. LEbihan susu yang tidak diminum oleh bayi hendaklah dibuang. So badget la betul-betul untuk mengelakkan pembaziran. Bukan senang nak perah susu ok. Setiap titik tu tersangatlah bermakna.

Mak datuk dah fenin dah banyak sangat input. Sambung di lain entry lah pulak. Hiks!

May Allah bless u, mom. Teruskan perjuangan kerana itu adalah haknya. YEay!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. terima kasih cikgu...saya budak baru belajar...harap2 sudi mengajar:P

    ReplyDelete
  2. Saya pun budak baru belajar jugak. Hiks! Sharing is caring.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~