Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, May 19, 2011

Pelajar Yang Kecil

Kadang-kadang terfikir juga , masa bilalah umur anak yang sesuai untuk belajar membaca. Yelah dunia sekarang ni sangat advance siapa yang lambat akan ketinggalan.Ibubapa mana yang tak suka bila tengok anak kita kecik2 lagi boleh membaca, speaking dan berdikari. Orang tua-tua pulak kata melentur buluh biar dari rebungnya.

Dunia makin maju bukan macam zaman  kita kecik-kecik dulu. Anak officemates saya 3 tahun dah masuk tadika belajar huruf. Erkkk ingat lagi saya masa umur 3 tahun dulu masih main masak-masak, main konda-kondi, main teng-teng dan segala jenis permainan lagikla. Eh biar betul 3 tahun boleh main teng-teng? Lepas tu  umur 6 tahun baru masuk tadika, lepas tu 7 tahun masuk darjah 1, ayah tunggu sehari je kat sekolah sebab tak nangis. Rileks je nak takut ape kan. YEayyy!

Sekarang ni bila Nayli dah berumur 1 tahun 6 bulan baru belikannya crayon untuk makan mewarna. Biasalah budak kecik macam Nayli memang teruja dengan benda pertama yang dilihat.




Tekun. Kusyuk. Tak reti nak amik satu-satu. Semua nak amik lepas tu sepahkan. Haipppp.




Tekun mewarna adalah dalam 10 minit lepas tu dah boring nak dipatah-patahkan nya pula crayon tu nasib mama nampak. 

Saya tak pernah pulak lagi beli flash card or ape2 benda untuk pembelajaran anak. Takpelah rasanya buat apa nak terburu-buru sangat bagilah Nayli menjadi kanak-kanak riang ria sepuas-puasnya dulu. Alaa dengan mama je pun banyak benda boleh belajar kan. This is fish, this is garlic. Saja kenalkan awal-awal benda2 yang ada kat dapur, nanti bolehla Nayli jadi JR. MAster Chef. Hiks! Pernah jugak dengar orang cakap kalau terlalu awal masukkan anak ke tadika bila masuk darjah 1 nanti dia akan cepat bosan.

Yeay!!! dah siap pun drawing papa Nayli yang buat !




Benda ni pun baru beli minggu lepas.



Kalau setakat anggota badan Nayli agak clever. Setakat tanya mata, hidung, pipi, gigi dan anggota badan yang lain dia pandai tunjuk. Tapi tengok mood la jugak. Kalau tengah bad mood sepatah haram pun dia taknak buat.

Bagi ibu bapa yang bekerjaya macam saya kadang-kadang takde masa sangat nak layan anak bila balik kerja. Penat. So harap sangatlah supaya anak-anak cepat tidur so mak & paknya boleh rileks sikit. Tapi saya sangat berterima kasih pada kakak-kakak di nursery sebab ajar Nayli banyak benda yang kadang-kadang saya pun terkejut sebab Nayli tau buat walaupun tak pernah ajar. Bagusla pandai berdikari & berkawan.

Sebab banyak kawan kat nursery jugakla NAyli sangatla suka kalau tengok ada budak baya dia.

Nayli dengan international friend. Hiks!



Pic ni di ambil masa kat KLIA hantar pak long Nayli. TEruja habis tengok anak negro sorang ni. Nayli memang suka kalau ada kanak-kanak baya dia. Lepas tu coot ceet coot ceet bahasa dia. Lagi satu yang saya perasan peringkat umur macam Nayli ni macam recorder, diorang akan hafal apa yang diorang dengar dan buat apa yang diorang tengok. 

Tapi Insyallah setakat ABC, 123 sampai ngeja saya pun boleh ajar rasanya, takkan nak ajar tu kat anak pun tak boleh sia-sia je belajar sampai 'U'. Hiks! Walau apapun yang penting kita mesti seimbangkan perkembangannya. Tepok dada tanya selera.

Empsss nak tau jugak mommies yang lain ajar anak mereka start masa umur berapa. Sharing is caring kan..... =) Yeay !!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. coincident aku pon citer psl hal ni kt entry aku. x la sebijik tapi lebih krg :)

    ReplyDelete
  2. hmm.. anak saya baru umo 5 bulan.. sekarang ni dengarkan dia dengan bacaan al-quran dulu kasi dia biasa.. seterusnya hafal dan ikot.. belum setat belikan buku lagi tapi dalam perancangan dalam mase yang terdekat.. hmm.. kite follow kamoo ya... kalau senang datang la jenguk blog kite dan folo sekali ye..
    http://mummymyza.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sy blm kawin,jauh skli ade ank.hehe.tp bks majikan sy ade 2 anak,skrg ank sulung drjh 2,anak ke2 drjh1..ape yg sy tgk,mase anak die dlm umo setahun,die sllu psg vcd mengaji,vcd blja iqra',vcd abc,123 dll..ank die umo 3thn,dh mula bljar bace iqra',mengenal & menyebut abc,123..umo 5thn,antr tadika.ank die dh blh kenal dan bace suku kata,mlmnye latih tubi mllui flash card dgn ibubapa..umo 6thn dah boleh bace buku cerita pendek..tahun 1 dh blh bace Al-Quran..yg sy bangga,ank sulung bks majikan sy dh hafal lebih dr separuh surah2 dlm juzuk amma

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~