Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, May 29, 2011

Hi, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. yeay!!!

Weekend kan? Apelagi jalan-jalan la. Panas betul cuaca sekarang ni. Macam nak duduk dalam fridge je. Jom pergi tempat yang sejuk.

Bangun awal macam tau-tau je mama ada plan baik punya hari ni.




Adik Zara nak ikut ke? Tolong mama jaga rumah je lah ye. Hiks!



Lama dah nak pergi sini. Dah lama submited proposal kat big boss laa ni baru approved. Hiks! Orang kata kalau nak pergi sini silalah loading macam-macam makanan dalam perut dulu sebab harga kat atas tu mahal sikit. So kami stop kat GEnting Sempah. Isi perut sikit.

Mama dengan anak-anak.



PErjalanan dari rumah mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Dekat je. Alaa jalan macam nak pergi ke Genting Highland tapi exit depan sikit. Jalan lepas exit KArak agak bersimpang siur tapi takdela teruk macam nak pergi Cameron Highlands. PEning sikit. Uweeeeekkk.

Dah nak sampai. YEay!





Nak masuk sini RM12/person. Bayar tiket macam bayar tol je nanti dengar la uncle tu tanya "Berapa orang semua?" KAlau nak murah passenger yang lain-lain silalah nyorok dalam bonet kereta. Hiks!





Sejuk. Nyaman. Macam nak duduk terus kat sini.




Oh kami pergi berlima adik saya, Sofea ikut sekali. Untung bawa Sofea ni boleh tolong tolak stroller. Hiks!.




Bergambar kenang-kenangan masa masih demox. Nanti bila dah kurus mesti rindu nak tengok zaman masa demox-demox dulu. Hahahahaha!







Laa bergambar sorang je. Tak patut betul. Ok ramai-ramai pulak. Hooyeahhh!!! Mr' Syam family.







Boleh menang teddy bear besar kalau main game ni dengan syarat kena dapat pilih itik no 3, nombor ada kat bawah itik. Masalahnya 15mins berdiri tengok orang main semuanya dapat itik no. 0 je bermaksud tak dapat apa-apa. Agaknya itik no. 3 memang takde kot. Hukhuk.



Walaupun dah isi perut kat GEnting Sempah tadi haruslah nak makan jugak. Sejuk dan nyaman memang cepat rasa lapar. Kat sini nasi padang ke nasi goreng padprik ke takde ye yang tu makan kat rumah je. All English style ok. Awesome food.

Kami makan kat La Flamme. TErbaik !!

Carbonara.


Bolognise.


Marinara.






Masa nak makan mesti bergaya macamni baru orang tengok terliur. Jahatnya.




LEpas dah makan dan habiskan masa atas bukit nun dekat 4 jam, kami bergerak turun ke sini pulak. Oh tempat kat atas tu takdela besar sangat so anda tak memerlukan masa yang sangat lama untuk berada di situ.

Hajimimaste. Watashiwa Akma desu. Dozo yoroshiku. 
Nak pergi kampung Jepun kenalah tau cakap Jepun eksyen pulak mentang-mentang la amik 3rd Language Japanese masa student dulu. Hahaha!




Pergi sini memang  buat saya turun 10 kg !!!!!!!!! Wooohooo.

MEh nak cerita. Siapa yang nak pergi sini kereta kena park kat bawah. Lepas tu jalan sendirilah naik bukit.

Cepat! Cepat! Sikit lagi !!! 




Bukit yang curam 45'.  BErpeluh ketiak jangan nak cakapla udara yang nyaman pun dah tak boleh diharap. Lainla Nayli tu syiokklaaa duduk dalam stroller je kan. Lepas dah naik bukit kena panjat tangga pulak. Stroller tinggal kat bawah je tak larat nak angkat masa tu tawakal jelah jangan kena curi. Takpela stroller Sweet Cherry je kalau Combi tu lainlah cerita.

Bila dah naik atas ni peluang haruslah digunakan sebaik mungkin. NAsib baik sangat cantik tempatnya. Siapa yang nak sewa kimono lepas tu bergambar bolehla dengan syarat kena bayar RM20.

Muka berpeluh tak ingat tanda kepenatan mendaki bukit sambil dukung baby.

Apasal la orang JEpun buat rumah tinggi sangat???



Perkampungan Jepun yang sangat cantik dan nyaman. Memang patut singgah sini altho kena exercise sikit.




Kat Japanese vilage kena duduk sopan bersimpuh mcm ni baru mcm orang jepun, yang dot dot tu air liur Zara ok sebab masa dukung tadi dia boleh landing mulut kat situ pulak.



Cakk !!!!



LAst station Rabbit Farm. RM2/entry. Tak masuk pun sebab semua orang dah keletihan.




Keletihan yang saya maksudkan. Sorang kiri sorang kanan. Zzzzzzzzzzzzzz.




Memang enjoy sangat. Nak tengok lagi banyak piccas? Tengok kat my FB ye. Siapa yang tak pernah pergi di alu-alukan pergi. Haa apelagi cepat submit proposal kat big boss ye.  Good luck. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat at Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

5 comments:

  1. Salam. moshi2..singgah jalan2 bw sini~
    Dah lama tak bw ni rindu pulak :)
    btw, nice blog~
    Visit dari frommetoyou
    Arigatou (^____^)

    ReplyDelete
  2. hi.. saya pun baru pegi bukit tinggi early may yg lalu.. tujuan utama nak bawa budak2 tgk rabbit... kalau rajin dtg la tgk kat sini..

    http://worldofawwalhariz.blogspot.com/2011/05/horse-trails-rabbit-park-bukit-tinggi.html

    http://worldofawwalhariz.blogspot.com/2011/05/colmar-tropicale-bukit-tinggi.html

    tak pi pun japanese garden.. bila sampai tak larat nak panjat + hujan renyai2...

    ReplyDelete
  3. Hu hu.. dah lama la tak gie sana, best best

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~