Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, May 15, 2011

Weekend Yang Pink

Bila weekend barulah ada banyak sikit masa untuk layan anak-anak. Bila anak lepas mandi pun banyak la sikit masa nak pilih & fikir anak mahu pakai baju kaler ape. Kalau weekdays pagi-pagi ambil baju anak yang mana sempat je lepas tu masuk dalam beg untuk dibawa ke nursery. Kalau weekdays jugak malam je la baru dapat melayan anak. Ok today pinky all day long lah ye wahai anak-anak ku.

Bila dah ada banyak masa dengan diorang bolehla tengok gelagat diorang. Makin besar makin banyak gelagat. Especially si kakak.

Kalau tinggalkan baby Zara sorang2 memang bahaya. Bahaya sebab kakak Nayli terover sayang kat adik dia. Kejap2 nak kiss, nak hug karang lemas pulak adik. Naya je.




Baby Zara yang cool.




Kakak Nayli yang tak berapa nak cool. Hiks! Alalalaal cool la jugak.



Kakak Nayli, sila jangan kacau adik ok. Haippp.



Dua-dua baby girl, so dua2 wajib la pinky all day long macam mama jugak. Kadang-kadang si kakak jeles jugak dengan adik bila papa & mama layan adik lebih. Lepas tu mesti nak cubit perut adik. Alahai.

Dari segi berat nampaknya berat baby Zara mengatasi berat Nayli masa kecik-kecik dulu. Berat baby Zara for 2 months hampir sama dengan berat kakaknye masa 3 months. Masih dengan makanan yang sama, nasi goreng cina susu ibu. 

Dulu masa anak sorang time nak keluar jalan-jalan mesti kena perah susu & simpan siap-siap dalam botol. Bila Nayli nangis je bagi minum susu perahan dalam botol. Tak confident nak breastfeed kat public area. Takut & malu. Malu orang tengok. Ntah ape ntahkan. Tapi untuk 2nd doter ni saye lebih cool. Tak bawa botol dah. Menyusahkan je. Kalau baby Zara nak menyusu just selak je &cover pakai nursing cover. Senang. Takpun pergi cari nursing room kalau ada. Buat apa nak malu. Patutnya haruslah rasa bangga sebab dapat menyusukan anak sendiri. Ya, saya adalah mama yang cool sekarang ni. Yeay !!!

Pengalaman masa membesarkan anak pertama memang banyak mengajar untuk buat yang lebih baik untuk anak kedua. Kalau ada anak no. 3 mesti akan jadi lebih-lebih-lebih baik. Laa berapa banyak anak saya nak ni? Kadang-kadang ada jugak terfikir apasal la dulu buat macamni, macamtu. Bodohnye. Takpela, belajar dari kesilapan. Kalau tak salah macam mana nak belajar. Kan?

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

5 comments:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~