Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, May 26, 2011

Keperluan Tidur Untuk Anak



Sebagai mama kepada anak yang kecil, hal yang berkaitan pasal tidur juga mungkin adalah satu daripada masalah-masalah paling besar anda. Kan? Kan? Kan? Biasalah anak-anak ni, kadang-kadang time tidur ok, kadang-kadang tidur lewat sangat. Kalau tidur lewat tu apelagi alamatnya pergi kerja dengan mata panda la mamanya esok. So far time tidur Nayli oklah. Biasanya sebelum pukul 10pm Nayli dah menguap  & tidur. Time tidur baby Zara pun ok jugak.  Nasib baik.

Di bawah ialah beberapa garis panduan umum sebanyak mana masa tidur yang kanak-kanak biasa perlukan di pelbagai peringkat umur. Semua info saya dapat dari SINI. Saya tolong translate kan aje sebab ada banyak masa kat office. Baby Center ni memang membantu saya dari dulu lagi. Macam-macam info ada. Sudah tentu, setiap kanak-kanak adalah berbeza  dengan keperluan masa tidur daripada orang lain.

Age
Nighttime Sleep
Daytime Sleep
Total Sleep
1 month
8 1/2
7 (3)
15 1/2
3 months
10
5 (3)
15
6 months
11
3 1/4 (2)
14 1/4
9 months
11
3 (2)
14
12 months
11 1/4
2 1/2 (2)
13 3/4
18 months
11 1/4
2 1/4 (1)
13 1/2
2 years
11
2 (1)
13
3 years
10 1/2
1 1/2 (1)
12

Pendek kata senang cerita macam ni lah.

Tidur bayi baru lahir hingga berusia tiga bulan.
Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur antara 16 hingga 20 jam sehari dalam jangka masa antara satu setengah jam hingga lima atau enam jam setiap kali pada siang hari. Ketika ini, waktu makan dan tidurnya akan bersilang. Ada bayi yang tidur sepanjang malam apabila mereka berusia empat atau enam minggu tetapi itu bukan kebiasaannya.

Tiga hingga enam bulan.
Daripada usia tiga hingga 12 bulan ke atas, bayi akan tidur antara 14 hingga 15 jam secara keseluruhannya. Mereka cenderung untuk tidur antara enam hingga lapan jam pada waktu malam dan akan terjaga sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh waktu itu dan perlu ditenangkan, disusui sebelum dia tidur kembali.

Bayi akan tidur sekejap (nap) antara sejam hingga dua jam pada waktu pagi, tengah hari dan petang.

Enam hingga 12 bulan.
Kanak-kanak dalam usia ini selalunya tidur sekejap, iaitu dua kali dalam tempoh tiga hingga empat jam dan akan tidur untuk 11 jam pada waktu malam. Jika mereka tidur selama 12 jam pada waktu malam, adalah mencukupi mereka tidur sekejap untuk sejam ketika waktu pagi dan petang.

Satu hingga tiga tahun.
Selalunya mereka tidak lagi tidur sekejap pada waktu pagi. Waktu petang pula mereka juga akan tidur sekejap dan selalunya bertahan untuk tiga jam saja. Jumlah masa tidur mereka yang diperlukan ialah antara 10 hingga 13 jam tetapi faktor lain selalunya mengganggu kualiti masa tidur mereka seperti menggigau atau sakit gigi.

Tiga hingga 12 tahun
Pada usia ini tidur sekejap jarang dilakukan dan jangka masa tidur pada waktu malam juga menurun sehingga 12 jam untuk kanak-kanak pra sekolah manakala 10 jam untuk kanak-kanak pra remaja.

Ibu bapa juga perlu tahu yang kebanyakan kanak-kanak perlukan masa tidur yang panjang. Selalunya, jika seorang kanak-kanak yang kurang tidur, tidak  tidur nyenyak atau menolak untuk tidur sebelum 11pm, ibu bapanya akan berfikir yang dia hanya tidak memerlukan banyak tidur. Tetapi itu adalah tidak benar, salah ok- malah, mungkin anak anda mengalami masalah untuk tidur. Untuk mengetahui sama ada anak anda tergolong dalam golongan yang mempunyai masalah kurang tidur atau tidak, tanya diri anda dengan soalan-soalan ini:

Adakah anak anda tertidur hampir setiap masa, walaupun ketika dia berada dalam sebuah kereta?
Adakah anda perlu bangunkan anak anda hampir setiap pagi?
Adakah anak anda kelihatan aneh, lekas marah, atau penat sebelah siang?
Pada beberapa malam, adakah  anak anda kelihatan seperti meragam lebih terdahulu daripada waktu tidur biasanya?

Jika anda menjawab "ya" kepada salah satu atau semua soaaln  ini, anak anda mungkin  mendapat kurang tidur daripada yang diperlukan. Untuk mengubah corak tidur sebegini, anda akan perlu membantu dia membuang  tabiat-tabiat tidur yang nyenyak pada waktu yang tak sepatutnya dan menyediakan satu waktu tidur sesuai. Begitu pun, anda boleh memastikan dia mendapat semua tidur, ketika dia memerlukan. Amat penting bagi bayi mempunyai pola tidur normal yang baik kerana jika tidak mencukupi, ia akan membawa kepada kelemahan pencapaian ketara, emosi dan masalah tingkah laku serta mungkin juga menjejaskan bayi itu secara fizikal, emosi, pembangunan sosial dan kognitif.

Ketika umurnya bertambah, anak anda mungkin akan menghentikan tidur sekejap dan mula melakukan kesemua dia tidur waktu malam. Anak-anak dalam playschool masih memerlukan sekitar 11 jam tidur satu malam, tetapi jumlah itu akan berkurangan secara perlahan. Dan bila dia sudah menjadi  seorang remaja, anak anda akan memerlukan tidur  kira-kira sembilan atau 10 jam tidur setiap malam.

Bagi saya yang ada dua anak kecil ni, say goodbye jelah pada tidur malam yang nyenyak, lena dan takde gangguan. Hahahaha!

Contoh mata lebam ala-ala panda eyes akibat tak cukup tidur.


Source: en. google

Saya pernah baca ada kajian menunjukkan ibu  bapa muda hilang antara 400 hingga 750 jam waktu tidur ketika anak berusia setahun ke bawah, tetapi apabila semakin membesar, pola tidur mereka lebih stabil. Lama dah tak rasa saat tidur lena yang panjang. Rindunya nak tidur lama-lama lepas tu mimpi yang indah-indah!!! Hahaha sila jangan berangan la ok!!!

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~