Bila cerita bab makan untuk anak memang pening sikit.
Kadang-kadang bukan pening sikit je tapi pening banyak sebab anak taknak makan langsung!! Kenapa tak nak makan langsung sayang macam mana nak besar takkan sepanjang hari nak minum susu je kot.
source: en. google
Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Orang kata tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lepas tu pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak perlu didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
So bila Nayli buat hal tak nak makan nasi langsung mama pun kena lah berfikir secara kreatif sampai tercabut urat kepala.
Sekarang saya sediakan ni untuk Nayli.
Rebus sampai lembut campur sekali dengan ayam, carrot, potato & sayur kobis. Nayli suka sangat makan kobis ok !!! Letak la jugak bawang merah & garlic. Kalau menu mcm ni baru dia nak makan. Kadang-kadang sampai licin pinggan. YEay! Nak masak pun senang. KAdang-kadang tu masak nasi & lauk pelbagai tapi bila Nayli tak nak makan rasa macam hancur berkecai jiwa raga ni. Hiks!
Yang penting nak bagi Nayli selera untuk makan mama kena makan sekali dengan dia. Nayli makan, mama makan, Nayli makan, mama makan, mama makan, mama makan. Tu yang mama demox tu.
Kalau tengah makan nak minum air pulak. Kalau bekas minuman yang pakai straw tu pun Nayli dah tak suka.
Ini yang baru mama beli. From Anakku.
Baru dia suka nak minum dalam ni, minum banyak-banyak air masak sampai kembung perut. Nak minum air manis-manis no way ok.
Kanak-kanak tidak boleh makan banyak pada satu masa kerana perut mereka kecil so mereka perlu diberi makan 4-6 kali sehari. Yang penting makanannya haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam & gula.
Anyway pemakanan yang seimbang bukan sahaja mampu melahirkan badan sihat dan cergas, tetapi juga minda yang cerdas.
Anyway pemakanan yang seimbang bukan sahaja mampu melahirkan badan sihat dan cergas, tetapi juga minda yang cerdas.
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
ape tuh??? kuew teow yah???
ReplyDeletemau try gak masak utk dadif la...selera dadif dah ok sket tau akma..
=)
bukan kuew tiau tapi adik beradik spagethi, pasta tu ntah ape ntah namanye. hihi. cube resepi ni mesti dadif suke
ReplyDeletenampak simple.....mesti sedapkan...nak try
ReplyDeletenampak cam sedap jeww akma...patut le mama dia pun mamam jugak..hihi
ReplyDeletemmg payah klu anak tak nak mkn nie..zahra saya nak mkn sendiri..saya bagi je pada tak mkn langsung klu suap..tapi zahra klu org lain suap, nenek dia ke makcik2 dia ke suap mmg dia kn dgn jayanya..nape yek?
ReplyDeleteyaati, mmg ada kes mcm tu. nayli kalau papa dia ada langsung taknak makan. kalo papa dia takde nak pulak makan. hihi. macam-macam
ReplyDelete