Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, May 29, 2011

Hi, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. yeay!!!

Weekend kan? Apelagi jalan-jalan la. Panas betul cuaca sekarang ni. Macam nak duduk dalam fridge je. Jom pergi tempat yang sejuk.

Bangun awal macam tau-tau je mama ada plan baik punya hari ni.




Adik Zara nak ikut ke? Tolong mama jaga rumah je lah ye. Hiks!



Lama dah nak pergi sini. Dah lama submited proposal kat big boss laa ni baru approved. Hiks! Orang kata kalau nak pergi sini silalah loading macam-macam makanan dalam perut dulu sebab harga kat atas tu mahal sikit. So kami stop kat GEnting Sempah. Isi perut sikit.

Mama dengan anak-anak.



PErjalanan dari rumah mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Dekat je. Alaa jalan macam nak pergi ke Genting Highland tapi exit depan sikit. Jalan lepas exit KArak agak bersimpang siur tapi takdela teruk macam nak pergi Cameron Highlands. PEning sikit. Uweeeeekkk.

Dah nak sampai. YEay!





Nak masuk sini RM12/person. Bayar tiket macam bayar tol je nanti dengar la uncle tu tanya "Berapa orang semua?" KAlau nak murah passenger yang lain-lain silalah nyorok dalam bonet kereta. Hiks!





Sejuk. Nyaman. Macam nak duduk terus kat sini.




Oh kami pergi berlima adik saya, Sofea ikut sekali. Untung bawa Sofea ni boleh tolong tolak stroller. Hiks!.




Bergambar kenang-kenangan masa masih demox. Nanti bila dah kurus mesti rindu nak tengok zaman masa demox-demox dulu. Hahahahaha!







Laa bergambar sorang je. Tak patut betul. Ok ramai-ramai pulak. Hooyeahhh!!! Mr' Syam family.







Boleh menang teddy bear besar kalau main game ni dengan syarat kena dapat pilih itik no 3, nombor ada kat bawah itik. Masalahnya 15mins berdiri tengok orang main semuanya dapat itik no. 0 je bermaksud tak dapat apa-apa. Agaknya itik no. 3 memang takde kot. Hukhuk.



Walaupun dah isi perut kat GEnting Sempah tadi haruslah nak makan jugak. Sejuk dan nyaman memang cepat rasa lapar. Kat sini nasi padang ke nasi goreng padprik ke takde ye yang tu makan kat rumah je. All English style ok. Awesome food.

Kami makan kat La Flamme. TErbaik !!

Carbonara.


Bolognise.


Marinara.






Masa nak makan mesti bergaya macamni baru orang tengok terliur. Jahatnya.




LEpas dah makan dan habiskan masa atas bukit nun dekat 4 jam, kami bergerak turun ke sini pulak. Oh tempat kat atas tu takdela besar sangat so anda tak memerlukan masa yang sangat lama untuk berada di situ.

Hajimimaste. Watashiwa Akma desu. Dozo yoroshiku. 
Nak pergi kampung Jepun kenalah tau cakap Jepun eksyen pulak mentang-mentang la amik 3rd Language Japanese masa student dulu. Hahaha!




Pergi sini memang  buat saya turun 10 kg !!!!!!!!! Wooohooo.

MEh nak cerita. Siapa yang nak pergi sini kereta kena park kat bawah. Lepas tu jalan sendirilah naik bukit.

Cepat! Cepat! Sikit lagi !!! 




Bukit yang curam 45'.  BErpeluh ketiak jangan nak cakapla udara yang nyaman pun dah tak boleh diharap. Lainla Nayli tu syiokklaaa duduk dalam stroller je kan. Lepas dah naik bukit kena panjat tangga pulak. Stroller tinggal kat bawah je tak larat nak angkat masa tu tawakal jelah jangan kena curi. Takpela stroller Sweet Cherry je kalau Combi tu lainlah cerita.

Bila dah naik atas ni peluang haruslah digunakan sebaik mungkin. NAsib baik sangat cantik tempatnya. Siapa yang nak sewa kimono lepas tu bergambar bolehla dengan syarat kena bayar RM20.

Muka berpeluh tak ingat tanda kepenatan mendaki bukit sambil dukung baby.

Apasal la orang JEpun buat rumah tinggi sangat???



Perkampungan Jepun yang sangat cantik dan nyaman. Memang patut singgah sini altho kena exercise sikit.




Kat Japanese vilage kena duduk sopan bersimpuh mcm ni baru mcm orang jepun, yang dot dot tu air liur Zara ok sebab masa dukung tadi dia boleh landing mulut kat situ pulak.



Cakk !!!!



LAst station Rabbit Farm. RM2/entry. Tak masuk pun sebab semua orang dah keletihan.




Keletihan yang saya maksudkan. Sorang kiri sorang kanan. Zzzzzzzzzzzzzz.




Memang enjoy sangat. Nak tengok lagi banyak piccas? Tengok kat my FB ye. Siapa yang tak pernah pergi di alu-alukan pergi. Haa apelagi cepat submit proposal kat big boss ye.  Good luck. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat at Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, May 28, 2011

Lunch NAsi Arab Tapi Bukan Kat Arab

Perasan tak sekarang ni kat mana-mana pun banyak jual menu Nasi Arab. So agak-agak kalo mengidam nak makan Nasi Arab tak payahla pergi sampai ke Arab pulak. Hiks!

Semalam lunch Nasi Arab dengan member kat office. Ada la orang tu mengidam sangat nak makan NAsi Arab. Siapa ntah. Makan kat TTDI JAya, Shah Alam.


Oh ini adalah kali ketiga saya makan Nasi Arab. YAng 1st dulu kat Damsyik, Seremban, lepas tu kat Tarbush, Sunway Pyramid. Ni 3rd timelah. Yang paling best dan yang yang paling tak best nak tau kat mana?? Arghh tak payahla review kat sini ye karang tak pasal-pasal saya kena saman 6 juta pulak. Hahahahaha! Opsssss.




Kali ni spesel sikit. Sebab ada sos cili tu. Ada rasa pedas & masam. Sedap!!! Sup pun ada.

Close up sikit bagi semuaorang kecur air liur. Hiks!

Oh kami amik set makan dalam ni, untuk 4 orang. Kamben ada, ayam pun ada.




Ada yang lagik spesel tau kat sini. Waahhh.




Spaghetti cap Arab. MAcam mana ye rasanya? NAk try la nanti.

KEnyang giller. Jap lagi gerenti tidur kat office.

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, May 27, 2011

Sweet Friday

Bila dah Friday keadaan kat office mestilah yeay!!! Asal Friday je mesti panggil sweet Friday, bila Wednesday panggil Wordless Wednesday,  bila Monday pulak mesti jadi black Monday.

Kan? Kan? Kan?
Yeay jugak walaupun busynyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

We are manufacturing of cable management system for office furniture. YEay!!!!



Yang paling busy mestilah minah ni sayalah tu. Buat-buat busy padahal tengah update belog.Hahahahaha! Opsssss.



Cepatlah pukul 6pm. Nak jumpa the babies.

Cepatla esok. Nak pergi tempat sejuk. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Keriangan Pun Bermula.

Kegembiraan macam nak lompat-lompat pun bermula. Yeay!

Pagi-pagi dah murah rezeki. Ada pulak orang belanja ni.




So breakfast makan benda alah yang manis macam makan gula ni la.

Bila dah distribute kat semuaorang di office, dapatlah sorang banyak ni.



Sambil ngadap computer sambil makan. Sambil pot pet pot pet sambil makan. YAng ni sedap. Lembut je bile geget. Satu pack tu ada 4 pcs. Yummmy !!!!!!!!!!!



Yang ni pulak mak datukk besar gedabak. Pulak tu manis sangattttttttttttttttttttttt.




Tak suka ok yang manis-manis. Tak habis simpan dalam drawer.

Ok ok. Sebenarnye keriangannya bermula di sini. Macam biasala setahun sekali mesti ada aktiviti wajib cuti-cuti Malaysia ni. Yeay !!





Masa memula kerja sini dulu pergi Cherating, lepas tu Penang, lepastu pergi Pulau Pangkor tahun ni pergi Pulau Kapas pulak. Oh ini tahun last saya pergi company trip tau =) Lepas ni confirmed tak pergi sebab dah hantar resignation letter lepas ni nak jadi housewife pulak. Yahooooo!

So flyers di edarkan kepada semua staff intuk further info. Macam-macam la aktivitinya.



Berhelai-helai dari aktivities Day 1 sampaila Day 3. Macam baca buku teks pulak.

Nak tau tak kitorang nak pergi mana???? Nak tau tak?

Wooohoooooooooooooo!!!!




Pulau Kapas, here we come !!!! Untuk siapa-siapa yang tak tau sebab saya pun tak tau memula tu Pulau Kapas ni terletak kat Marang, Terengganu.



Pulau Kapas da booom!! source: . google.

Excited jugak sebab tak pernah pergi Pulau Kapas. LAgi pun FOC ok. Semuanye free. Bawa badan je.

Tapi................

Kalau pergi siapa nak jaga 2 orang princess ??????????? Sebab yang pergi mama & papa lepastu memang tak boleh bawa anak.

Boleh tak kalau mama tinggalkan adik Zara dalam 3 hari??? Sebulan je lagi nak pergi. MAsa tu baby Zara baru nak masuk 4 months. Kalau bab susu rasa takde problem kot sebab last year masa saye pergi ke trip ke PAngkor Nayli belum 6 months lagi & she still exclusive breastfeed. Apelagi, guna frozen EBM stock la. Kisah pasal susu masa pergi trip tu boleh baca kat SINI. Alhamdulillah cukup & takde masalah. Masa tu MIL yang tolong jaga NAyli.

KEcik-kecik dah nak kena tinggal dengan mama kan. HAissshhhh. Mama ni asyik nak meronggeng sakan je. Hahahaha!



Kalau yang ni lainla memang dah selalu kena tinggal masa mama berpantang dulu. Ok je. Hiks!



Erksss. Ikut hati memang nak pergi sebab dah tak lama kat sini tapi bila kenangkan anak rasa serba salah pulak nak pergi. Ada siapa2 volunteer nak jaga baby saya tak. Hiks! Sila angkat tangan !!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!