Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, November 20, 2012

Bestnya Selain Nuffnang Boleh Juga Buat Duit Melalui Exabytes

Assalamualaikum kepada blogger tegar dan tak tegar,

Saya ada sedikit berita best yang boleh dikongsikan kepada semua. Yelah orang kata sharing is caring. Mungkin jugak saya ni ketinggalan ketapi zaman tapi nak habaq mai jugak tak kira. Yeah yeah.

Last week rajin berblogwalking terjumpalah satu entry lupa pulak kat blog mana.

Nak tau tak tak tak selain dari Nuffnang anda juga boleh mendapat income melaui Exabytes. Tett! Tett! Cuba roll ke atas sikit nampak tak iklan tu? BAru je pasang  teww. Awwww.

Boleh buat duit rupanya dengan Exabytes ni. Syaratnya mudah saja. Tak susah sangat. Blog anda haruslah mempunyai sekurang kurangnya 300 pengunjung setiap hari.

Siapa yang berminat email kepada:

marketing@exabytes.com.my

Dan nyatakan anda berminat untuk bekerjasama dengan mereka dan emailkan sekali screenshot blog traffic anda for past 2 months for further evaluate.

Screenshot Blog Traffic = Stats > Audience

Kalau permohonan anda berjaya dapatlah reply dari Exabytes seperti ni. Masa ni boleh tersengih sampai ke hidung kalau dapat cheque baru boleh tersengih lebar sampai telinga.



Lepas anda email details seperti yang dikehendaki eg: full name, address bla bla bla, Exabytes akan menghantar script banner untuk dipasang pada blog anda dan tunggu jelah Insyalah cheque pun akan sampai ke rumah anda beberapa minggu lagi. Orang cakap paling lama 6 minggu tapi biasanya lebih cepat dari itu. Yeay!

Service sangat laju macam roket kalau anda email on working days, Exabytes akan reply within the same day, tak lebih dari 3 jam pun.

Woww best jugak pengiklanan di internet dah terbukti boleh buat duit terutamanya melalui blog. Dari hobi suka-suka menulis boleh dapat side income. Siapa taknak duit tak kisahlah berapa pun. Apapun kalau ada rezeki, adalah kalau takde diam diam sudah.

Kisah Duit Poket Dari Nuffnang. Yeay! ;)

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p


 

Monday, November 19, 2012

Best Jugak Dapat Free Breakfast From McDonalds


Meskipun macam-macam spekulasi hangat diperkatakan mengenai perkara ni tapi kalau orang dah nak bagi free amik jela. Ye tak? Bak kata pepatah melayu rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Kalau kena beratur panjang memang cancel  tapi suprise jugak keadaan sangat terkawal. MAybe heavy rain kot. Beratur kat drive thru je pun boleh. Ala lepak lepak jeww.



Thank You Mc Donalds for free breakfast. Eh ingat dapat muffin je rupanya sekali dengan set.

Kanak-kanak yang teruja dan excited sebab breakfast lain dari yang lain pagi ni kalau harapkan mamanyo yang nak beli breakfast macam ni memang nan hadolah. Dengss! Perut mama kalau breakfast prefer makan nasi lemak or roti canai jeww leww tak biasa makan muffin ni very the KG kan. Bhahahahaha!

Hmm sedap jugak sekali sekala breakfast muffin, hash brown and drink black coffee. FOC pulak tu. Burpssss Alhamdulillah.

Boikot?
Mungkin niat tu betul. Tapi pendekatannya, sorry aku kata tak betul.
First, kita kena faham apa itu boikot.
Maksud boikot: berhenti menggunakan/pakai/guna sesuatu barang/produk/servis atas tujuan tertentu.
Tujuan boikot: Memberi tekanan kepada pihak penjual/penyedia servis agar mengikut kehendak pengguna.
Ok dekat sini, kenapa mesti boikot McD? Mengapa McD ALONE? Kalau benar ia menyumbang pada perperangan, berapa sen/persen?
Kenapa kita tak boikot sekali Yahoo,Google,iPhone,MICROSOFT, yang terang terang memang yahudi ada share dalam tu.
FB untuk dakwah?Mcd pun boleh la macam tu. Jangan double standard. Gua dengan bos gua sendiri nampak tadi supervisor McD belakang office bagi burger dekat pengemis. Ada satu line di luar untuk pengemis tadi. Itu pun dakwah, untuk kebaikan.
Persoalan di sini, boikot demi kemanusiaan atau demi dendam?
Ikutlah tapi jangan la sebab gua tak support boikot,taknak kawan dengan gua pulak ye?

Alaa sana sini orang cakap pasal boikot. RAsanya benda yang paling harus diboikot ialah rokok. Dahlah tak mendatangkan apa apa faedah malah membahayakan kesihatan. Apatah lagi penyumbang kepada pendapatan dan ekonomi terbesar zionis israel yahudi. Ciss!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, November 18, 2012

Cantik Giller Betul Pantai Teluk Cempedak, Kuantan


Lepas dah puas berendam kat pool,

Rocks, trees, water, sun and people that's what you'll find in abundance at Teluk Cempedak. Yeay!!

BAgi sayalah kan taktaulah orang lain Pantai Teluk Cempedak, Kuantan yang menghadap Laut China Selatan memang sangat cantik. CAntik giller, cantik yang teramat, bersih nak tengok sampah sarap bertaburan pun susah, pasirnya putih, lautnya kebiruan. Perghhh. There's a lot one can do to enjoy the scene, as mentioned pantainya memang cantik giller tapi janganlah expect to find white sandy beaches the likes of the Maldives or clear blue waters of Hawaii. Itu sangat oberrrrr de vass.

Nah tengok gambar sekali kang kalau cerita check in jeww takde gambar nanti orang tak percaya pulak saya pernah sampai sini. Bhahahahaha!




Pantai ni terletak 5km je dari bandar Kuantan. Kalau penduduk setempat panggil TC je yang bermaksud Teluk Cempedak. Aii pun nak panggil TC la jugak uolls. KAHKAHKAH.

Tarikan yang terbaru di TC ialah gerai gerai jualan barang dan pakaian ala-ala uptown la pulopps. MAcam-macam ada kat sini. MAsa kami sampai gerai-gerai sedang dibuka itupun kanak-kanak ribena dah rambang mata melihat permainan yang dijual nasib baik tak bukak semua lagi *Pfttt duit dalam dompet mama tinggal senget je ni.



Ada macam-macam kemudahan di sini melengkapkan lagi tempat yang sangat best untuk dilawati seperti tandas, bilik air surau, gerai makanan dan pakaian, tempat permainan kanak-kanak, KFC, McDonalds dan Chatime pun ada jugak. 

DAK's crew. Yeay!!




Kanak-kanak riang ria ribena Yeay Yeay! Yeay!!




Nasib baik anak anak daraku tak takut pasir pantai mahupun ombak dapatlah mama menghayati keindahan pantai dengan semaksimum yang mungkin. Chewah ayat macam nak kena penampar. PANG! PANG!

Franky speaking pantai bukanlah tempat kegemaran saya. Piknik-piknik ni memang aii kureng sikitlah lainlah piknik kat shopping mall ke piknik kat kedai makan ke yahoo absolutely i loike. Panas wei berpeluh ketiak. But sekali sekala oklah bawa anak-anak jalan-jalan. Tiap-tiap minggu no way abeh rentung hitam hitam si tompok manggis nanti. TROLOLOLOL.

Tapi yang paling best kat TC kalau datang satu family nak bentang tikar kat mana sekalipun then nak makan ramai-ramai takde masalah tak macam pantai yang saya pernah pergi iaitu PANTAI PORT DICKSON atau PANTAI TELUK BATIK nowadays yang sangat la kapitalist sebab dah takde tempat nak bentang tikar kerana semuanya dah dipenuhi dengan tapak khemah yang disewakan kepada pengunjung pantai. Haiyoo dah tak macam suasana piknik tapi dah macam suasana bazar ramadhan la puloppsss ;) Grrrrrrr.

Lepas selesai berjalan-jalan kami lepak minum kat gerai. Oh tak best sebab kat sini cuma ada jual nasi-nasi je yang light light macam fries ke laksa ke takde. Ala saja nak kudap-kudap sambil mengambil angin giteww. Tak rawks betullah.

Oklah banyak pulak complain bhahahaha. Apepun TC memang best siapa yang tak pernah sampai lagi memang rugi. Sila buat rombongan Cik Kiah ke TC sekarang jugak. Okbai!

Sekian.








Saturday, November 17, 2012

Teknik Power Pumping

Assalamualaikum,

Banyak mommies yang mempunyai masalah bila susu yang di pam makin berkurangan dari masa ke semasa apentah lagi bila baby minum lebih banyak dari amount yang mommies pump. Masa tu memang gabra habis.

Memanglah boleh dikatakan ramai mommies yang tahu betapa kita kena tekankan pam mengikut jadual iaitu  mengosongkan breast setiap 2-3 jam sekali untuk mengoptimumkan penghasilan susu tapi langit tak selalunya cerah kadang kadang bila bumps on the road stok susu kadang kadang boleh merudum.

Salah satu cara yang boleh membantu memperbanyakkan susu ialah power pumping. Teknik mengepam ini boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan set up mengepam yg biasa tetapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu khasnya untuk:

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu
2. Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Cara nak buat power pumping tidak sukar. Yang penting niat dan azam kena kuat baru boleh success. 

Untuk Single pump – pam kanan dahulu 10 minit, kemudian pam kiri 10 minit, tukar ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/ berhenti pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni. Apepun ianya bergantung kepada keselesaan masing masing dan waktu yang sesuai yang penting ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal.

.Dahulu saya selalu buat teknik power pumping on weekend. Sambil layan tengok Melodi dan pam di depan television. KAdang-kadang sampai tak perasan tiba-tiba je botol dah penuh dengan susu perahan. MEmang seronok habis time tu. Yeay!!!

Oleh kerana kekerapan masa mengepam sepanjang power pumping ini dijalankan, maka di antara waktu senggang itu peralatan pam bolehlah dimasukkan dalam fridge tanpa perlu dibasuh terlebih dahulu tapi jangan pulak dimasukkan dengan mesin pam sekali pulopssss ;)

Jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu dan sometimes lebih. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan oleh-Nya.

Last but not least mesti set dalam kepala yang susu mesti cukup dan akan dapat banyak susu setiap kali mengepam. Nampak macam ntahapehapentah tapi percayalah wahai mommies sekalian itulah kuasa minda yang akan mempengaruhi pengeluaran susu. Stay positive dan tenangkan hati sewaktu mengepam sambil tengok baby kita. Insyallah susu akan keluar melimpah ruah.

To mommies out there, good luck and happy pumping. Yeay!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Friday, November 16, 2012

Siapa Nak Free Egg McMuffin McDonalds Pada19th Nov 2012

How many of us skip breakfast?

Mana boleh skip, breakfast tu kan penting sebagi power start our day with energy. Rasanya semua orang tahu tapi masih nak skip breakfast.

Ok Ok. Fine. Jangan nak membebel pagi pagi ni ye.

So pakcik, makcik, kakak, abang, nenek, atuk dan kawan-kawan sekalian.

Jeng Jeng Jeng. Bersedia untuk berlari laju pada hari Isnin 19 November 2012 nanti kerana.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Percuma Egg McMuffin untuk 1,000 pelanggan yang terawal di setiap restaurant Mc Donalds yang terlibat. Yeay!

Pada 19 November 2012 sahaja. YEay!

Dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi. Yeay!

Tiada sebarang pembelian atau kupon diperlukan untuk menikmati Free Eg McMuffin ini. Yeay!

Tawaran hanya untuk pelanggan yang makan di restaurant, bawa pulang dan drive thru saja, mc delivery tak boleh. Yeay!


******************************************************


Perghh telur segar dari ladang, keju kemasan yang berkualiti tinggi dan kepingan ayam yang diapit dengan English Muffin yang segar dibakar.

Demimu lautan api pun sangup ku redah. TROLOLOLOL.



HAri Yang Indah BErmula Dengan Sarapan Yang Hebat. Jangan lupa mark kat calender teww.

I'm lovin' it. Yeay!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Thursday, November 15, 2012

Durian Crepe Memang Sedap Betul Tak Tipu

Assalamualaikum,

Hajat yang satu ni akhirnya termakbul juga. Yelah hari tu baru mengidam sakan. Yeay!!




Perghhh Zara pun tengok tak berkelip kelip apelagi mama. Nasib baik Nayli tidur kalau tak abisla dia nak semua.

Tetiba je durian crepe jadi fenomena kegilaan ramai. Siapalah agaknya yang mencipta resepi durian crepe ni. Tahniah kepada penciptanya. Durian crepe menjadi fenomena yang sangat mabeles. Sungguh berhantu.

Dapat jugak rasa durian crepe yang digembur-gemburkan. Itu pun atas kesudian kasih cinta sayang MAk Teh Nayli & Zara tolong belikan homemade lageww teww kat Kajang katanya. Awww. Thank you cik Sofea ;)

First impression time men' ngapp' rasanya memang sedap. Macam makan durian tipu pun ada jugak sebab kulitnya yang nipis sebijik macam kulit durian. Part isi pulak rasa durian yang diadun dengan cream pun sebijik macam makan durian. Cuma rasa duriannya tidak terlalu kuat sebab satu layer je yang lain semuanya cream. Ok whatttt tak muak sangat.

Mak Teh Nayli & Zara beli RM10 for 4 bijik. Mahalnye! 

Apepun sedap memang tak boleh dikata tapi takdelah addicted sampai makan tak kenyang, mandi tak basah. 

Harganya yang mahal membuatkan saya akan terfikir 10 kali kalau nak beli. KAHKAHKAH dasar haji bakhil sungguh.

Alaa nak buatnya pun bukan susah sangat. Jom kita kongsi resepi manalah tau ada yang baik hati lepas buat nak post sikit kat saya. Kecik tapak tangan, tapak dinosour saya tadahkan. TROLOLOLOL ;p

CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang nak guna kaler kuning ke hijau ke)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe 
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
******

DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk

Senang kan? Cubalah buat lepastu post sikit kat saya teww teww teww. OkBai!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;

p

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1434 H

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 1434 Hijrah diucapkan untuk semua. Esok kita akan menyambut Maal Hijrah iaitu hari di mana segala catatan amalan kita untuk hijrah kita kali ini di"angkat" dan diserahkan kepada Maha Pencipta kita Allah SWT lalu diganti 'buku catatan amalan' yang baru.

Saya ingin meminta maaf kepada semua sama ada yang mengenali diri ini ataupun tidak. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua di dunia dan akhirat.

Bila masuk tahun baru bermakna usia pun makin bertambah tapi ianya cuma tambahan sehari berbanding semalam. Wajah semalam dan hari ini sama je tiada beza yang ketara.

Apa pun tahun baru akan tiba setiap tahun. ia tidak akan membawa erti jika kita hanya membanding apa saja dengan hari semalam. Hakikatnya ia hari hari yang biasa yang pasti beredar.



Maka bermulalah buku baru.  Semoga kita semua mendapat keberkatan dan diberkati Allah SWT. Amin.

Doa akhir tahun dibaca selepas Asar (sebelum Maghrib). BArangsiapa yang membaca doa ini, syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini"

Doa awal tahun pula dibaca selepas waktu Maghrib pada bulan Awal Muharam.

Semoga tahun baru lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyallah. Salam maal hijrah kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Sekian

Selamat Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Bestnya Mandi Pool Sampai Kecut Kaki dan Tangan

Assalamualaikum,

Bila pergi bercuti part yang paling buat kanak-kanak teruja adalah mandi pool. Yeay!! Sifat kanak-kanak semulajadi memang suka main air.

Morning walk. YAbedabedu!!




Mama baru kasi warming up jalan-jalan satu round anak-anak dah beria nak bukak baju tarik tarik tangan mama terjun dalam pool. Keinginan yang tak boleh ditahan-tahan lagi, terus balik bilik hotel untuk aktiviti berendam. Duh.

Nayli, tunggu mama. Excited sangat sampaikan dia lari lagi laju dari mama. Huh huh mama mengah ;p




Ini adalah kali pertama Zara mandi pool dan sangat suprise sebab Zara  tak takut air. Acheem-Nayli-Zara-Naim. Syoknye berendam.

Itu...... itu anak-anak dara saya yang spiderman in da house tu. ;p




Apapun  seronok kan tengok budak-budak kecik pandai berenang. Kalau omputih lagilah, baby lagi dah campak dalam air sebab naturally baby boleh berenang sebab dah biasa dalam perut mak 9 bulan lebih. Bagusla kalau budak-budak nak belajar berenang banyak kebaikannya iaitu peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional dan sosial.

Para pengunjung kat sini taklah terlalu ramai so kanak-kanak dapat mandi sepuas hati sampai kecut jari kaki dan tangan.

Lepas dah puas mandi main playground pulak perghh tak penat ke sayang.

Pinky all the way. Yeay!!




Selain pool yang besar terdapat juga pantai. Kami berjalan-jalan saja disekitar pantai sambil main kejar-kejar dengan anak ketam tapi tak mandi pantai pun sebab air tengah surut dan agak keruh.

Cantiknya pemandangan di waktu petang.




KAt sini pun mama suprise terkejut badak jugak. NAyli yang mama tahu memang takut dengan pasir pantai finally dah tak takut pijak pasir pantai.  Yeay!!




KAlau tak dulu pijak pasir pantai macam pijak taik lembu. Sikit pun tak berani nak pijak siap nangis kuat-kuat lagi. Over teww.

Cerita dulu-dulu Nayli nangis pijak pasir pantai ;p

Takut Nayli nak pijak pasir pantai. ;p

Yelah sedangkan pantai pun berubah inikan pulak manusia. Good improvement clever girl. Muhsss!

Lepas dah sakan mandi sampai kecut-kecut kaki dan tangan kita teruskan dengan aktiviti makan pulak. Bab makan lagi owesome. Tak percaya?? Burpsssss.

Bersambung di next entry la pulopss. ;p Enjoice!

Thanks for reading.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Berjoli Sakan Ke Kuantan dan Menikmati Gulai Ikan Patin

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Wahh tittle entry kau bukan main lagi ye. Berjoli? KAHKAHKAH.

Akhirnya kerinduan yang mendalam pada negeri kelahiranku terubat jugak. Dush dush!

Hello, Kuantan negeri kelahiranku 3 dekad yang lalu here I come bebeh!

Yelah dulu saya dilahirkan kat Kuantan. Errrr diberanakkan saja kat sana tapi dibesarkan dan bersekolah kat KL. Masa sekolah bila kawan-kawan tengok IC terkejut badak eh IC kau -06- lahir kat Pahang ke lepas tu mesti kena gelak. Duh. Duh.

Alang-alang dah bukak cerita biarlah sampai ke pangkal lengan. Lama dah tak berperibahasa, sekali bagi wah mantap giteww. Bukan apa bila sekolah kat KL baget macam minah KL yang yo-yo-on-oppa-KL-style. Alaa diberanakkan sampai umur 3 tahun je pun duduk Kuantan so memang tak boleh dilabelkan sebagai anak jati Kuantan la kan kan kan. TROLOLOLOL whateva #menyampah.

Tanya lah apapun pasal Kuantan memang saya tak tau dan tak ingat apa-apa memori pun. Betul tak tipu kalau tak caya tanya mak saya.

Percutian ini disertai oleh seluruh family besar saya. Dulu-dulu pun selalu jugak buat aktiviti jalan beramai-ramai macamni.

Kisah percutian ke Melaka.

Makan Ikan Bakar kat Alai.

Makan Seafood kat Bagan Lalang.

Sangat seronok.

Kami ke Kuantan melalui jalan dalam Kuala Pilah-Gambang-Muadzam Shah so tak payah bayar tol langsung. Walaupun orang kata for travellers to Kuantan and the Malaysian east coast, the one season is best avoided is the rainy season between November and January, tapi sepanjang kami pergi cuaca sangat baik. Alhamdulillah.

Jalan yang kami lalui kiri kanan penuh dengan kelapa sawit jalannya pulak straight je takde selekoh memang sejuk mata memandang ditambah lagi dengan angin sepoi sepoi bahasa. Mengejutkan jugak jalan agak lengang walaupun long holiday sempena Deepavali yelah bila dah long holiday ni ramailah yang nak berjalan ke sana sini. Nasib baik.

Hitam itu menawan. Panas weii.




Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Kuantan plus singgah sana singgah sini. Oklah tu pejam celik pejam  taraa dah sampai.

Jom cerita pasal Kuantan pulak. Siapa yang tersesat sampai ke Kuantan boleh cuba lunch di Akob Patin House terletak kat Jalan Besar, Kuantan. This is suppose to be the best Patin in Kuantan. Kedai makan yang sangat la famous dengan masakan ikan patin terletak betul-betul mengadap Sungai Kuantan. The price is reasonable and the taste is ok.

Terdapat macam-macam lauk pauk disediakan dan ada lebih 30 lauk dan memang terkenal sebagai port makan tengahari. Yang paling famous tentulah yang ini. Bau pun dah sedap!



Gulai lemak tempoyak ikan patin. Wauuweeee super delicious. Kepekatan kuah, kombinasi tempoyak dan bahan seperti kunyit, serai, cili sangat balance, tak pedas sangat, sedap! Rasa ikan yang segar, isi yang dimasak sempurna perghhh. Amacam boleh jadi pengacara JJCM tak? Dengss!

Ikan patin ni ada yang mahal dan ada jugak yang murah so sebelum ambil tu tanyalah dulu kang tak cukup duit dalam wallet credit card not acceptable ok. Pemandangan di kedai ini jugak sangat cantik sebab tepi sungai. Best betul!

Selepas makan perjalanan diteruskan ke Cherating.

Ape-ape pun check in dulu. Yang paling excited tentulah kanak-kanak. Mama, nak ni. Mama, nak tu. Mama, mama, mama. Ok ok chill ye anak-anak. Sabaqqqq.


Hamboi jauhnya pemandangan aduh sudah tidak sabar-sabar mereka ini. Jom berendam sampai kecut kaki dan tangan. Oh Laa~ Laa~

Sempena long holiday baru baru ni anda ke mana pulak? Mesti lagi syok kan. Yabedabedu!

Bersambung di next entry pulopss ;)

Thanks for reading.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, November 11, 2012

Hi, Cherating. Semoga Cuaca Baik-Baik Saja

Packing for sun (rain?), sand and beach vacation.




Hello Cherating, here we come bebeh.




Yeay!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p