Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Showing posts with label Nayli. Show all posts
Showing posts with label Nayli. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Girl dan Pink Memang Tak Dapat Dipisahkan. Eww. Memang Comel

Assalamualaikum,

Almost 2 months sudah NAyli ke kiddy.

Monday...



Tuesday....



Wednesday (Malaysia boleh)....



Thursday...



Eh pakai baju pink hari-hari! OMG! (Oh-Mak-Gayah!)

Dulu pagi-pagi pergi kiddy mama bekalkan sebotol susu dalam bag.

MAsuk minggu kedua..

Nayli: Mama, kawan-kawan NAyli kat school tak bawa susu pun, teacher cakap maluuuuuuu pergi school bawa botol shushuuuu...:

Mama: Oh pandainyeeee teacher psycho ye (berkata-kata daalm hati mama). Syabasssssss! Hahahaha

Dan sampai sekarang Nayli dah tak bawa shushuu pergi school lagi. Yeay!!!

Nayli: Mama, pagi-pagi Nayli pergi sekolah Nayli cakap good morning teacher. Kalau jumpa kawan cakap haiiiiiii (sambil tangan gaya buat lambai-lambai pastu tangan lagi satu cekak pinggang) Ewah.

Nayli: Mama, kawan Nayli kat school nama Qistina, Ryan dengan Yasmin. Nayli tak gaduh pun dengan diorang. Nayli main sama-sama.

Part yang paling best mestilah....


Nayli: Mama, Nayli sayangggggg mama (sambil peloks peloks mama pastu kiss mama 80x) Aww.


Mama itu, mama ini. Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku.



sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Wednesday, January 30, 2013

Rajin Nayli Rajin, RajinLah Belajar. Hooreyy!!

Arghhhhh sambil menarik nafas panjang.

Lama betul tak bercerita pasal diri sendiri kat belog. Ahakkk baget retis la pulopsssss. Tak. Maksudnye bercerita pasal anak-anakla padahal kat Facebook hari-hari upload gambar Nayli pergi sekolah hahahaha.

#BlogIniSudahBertukarJadiBlogJualBarang. # Ehh bukanlah!! ;) Thank you guys for your support. Alhamdulillah.

Dah hampir sebulan Nayli sekolah. Pagi-pagi bangun tidur adik Zara sure tanya "Yiyi, mana?

Oh rindu kat kakaknye ye. Ingat tak rindu. Asyik gaduh jerrrrr! Duhhh

Mama: Yiyi pergi sekolah. Aya tak sekolah ke?

Zara: Aya tecit. Nanti dah besar Aya gi sekolahhh..... ;)

Bila weekend biasanye teacher bagi homework untuk Nayli. Meaning homework untuk mamanyo jugakla hehe. Jejomss!!



She is 3y 2 m. Yeay!

BAsic thing. Dah pandai coloring. Sambungkan garis putus-putus. A B C..... 1 2 3..... singing Lalalalala~ macam-macam lah. Everytime balik kiddy report kat mama ape yang berlaku. Oh anak!

Nayli : Mama, teacher cakap baju Yiyi cantik. Mama yang beli baju Yiyi ni kan kan kan  Hehehe.

Mama : Ye sayang. Best tak pergi sekolah.

Nayli : Beshhhhhhhhhhhh tau mama. Mwahssss!  ;)

Mama, this is ballons.



MataPandangAtasTanganKatPipi. ;) Eh Zara mane?



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Amin. Doakan saye ye kalian. Terima kasih.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p


 

Saturday, January 12, 2013

First Day At Pre-School Zon Elit Eksplorer Kindergarten (Z.E.E.K) Formerly known as Ria Karisma. Hai, Nayli Dayana!

Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru 2013! Semoga tahun baru ini kita berazam menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.

Yahoo buah hati saya Nayli Dayana dah start masuk pre-school. Nayli masuk kiddy pada umur 3 tahun 2 bulan. Hari pertama saya temankan Nayli ke kiddy. Ambil cuti half day. Wah ramainye parents yang hantar anak-anak ke sekolah on the first day. Macam-macam gaya anak-anak ada. Meraung, menangis, excited dan macam-macamlah. Heeeeee.


Kat sini tak payah bawa stationery, makanan dan buku semua disediakan. Just bawa baju spare & pampers kalau pakai lagi. Oh Nayli sekarang 100% free drypers. Malam pun dah tak pakai pampers just imagine dia boleh kejutkan saya pukul 3.30 pagi sebab nak pergi toilet. OMG, clever girl! zzzzzzZZZZzz




So bila pergi kiddy memang dah tak pakai pampers la. Bila teacher tanya ada bawa pampers extra tak saya cakap Nayli memang dah free drypers. Cikgu suprise ok muka tak berapa nak confident hehe. Dun worry teacher everything will be fine.

Pepagi otw mama hantar ke kiddy NAyli akan minum susu dalam kereta. Kat kiddy mama tak bekalkan susu lagi. Sebelum pergi kiddy Nayli sangat excited. Hari-hari cakap nak pergi sekolah. Yang kelakarnya bila sampai sini on the first day memula Nayli ok, maintain je. After 10 minit NAyli kelihatan little bit panic sebab kiddy dah mula penuh dengan kanak-kanak yang lain. Panic jaaa takdela sampai meraung.  "Nasib baik kalau tak jatuh saham mama" hati kecil mama berkata. MUAHAHAHAHAHA!

Finally dalam banyak-banyak kiddy yang saya survey saya pilih TAdika Karisma. Masa survey ternyata tadika ini mempunyai kelebihan kerana terletak di kawasan yang luas dan teacher kat sini jugak saya rasa best. Hehe. Boleh pulak rasa-rasakan. Instinct mama biasanya betul. Wauweeee ;p

Kisah survey kiddy Tadika Karisma

YES, SHE IS A SKOOL GIRL OKAY ;p Im a big big girl in the big big world.....

Ini muka panic but still maintain. Dalam erti kata lain maintain sebab takde air mata yang keluar tak melalak. ;p


Kiddy ni takde uniform sebab taknak membuatkan kanak-kanak rasa macam pergi sekolah. Mama temankan Nayli lebih kurang sejam masa first day. Before masuk class ada perhimpunan dulu.

Mereka menyanyi, menari, teacher check attendance... semuanya excited dapat kawan baru.

Bila teacher panggil nama kena angkat tangan dan jawab,

Yes, i'm here teacher...............



Lepas assembly baru masuk class. Susun kasut dulu. Kat rack ada nama masing-masing. Pink color for gegurl and blue color for boboy. Nama Nayli kat rack atas sekali.




Kelas NAyli kat tingkat atas. Naik tangga pun ada peraturan kena ikut arrow. Ikut kiri karang bertembung naya je. Gedebushhh!!

Ok babai mama nak balik dah sayang! Nak pergi kerja pulak.




To Nayli Dayana,

Mama sentiasa mendoakan agar Nayli lembut hati, mudah menerima ilmu yang diajar dan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat. Amin! Mama loves you so much sayang!

BELAJAR RAJIN-RAJIN YE NANTI DAH BESAR KERJA BAGUS BOLEH BAWA MAMA SHOPPING PERGI PARIS. LOLSS!

Muahsss! OkBai.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, December 4, 2012

Jom Survey Pre-School Untuk Budak 4 Tahun Bernama Nayli

Hello December,

Please be nice.

Bulan depan dah tahun baru 2013. Bermakna Nayli akan masuk 4 tahun maka pencarian tadika pun bermula. Yabedabedu!

Pftttt penatnye baru balik sekolah. Sekarang ni mereka ke sekolah olok-olok saja.


Dah bulan December baru lah mama terhegeh hegeh nak cari tadika. Sibuk sangatlah pergi kerja balik kerja sampai takde masa nak survey kiddy. Arghhh alasan kan kan kan. Zaman sekarang ni tak macam dulu umur 6 tahun baru terkedek kedek nak pergi tadika lepastu umur 7 tahun baru belajar membaca A B C. Hangus la jugak weekend mama dihabiskan survey kiddy je sampai tersesat masuk hutan mana ntah. Nasib baik tak kena kidnap.

Masa dulu lepas pantang sampailah umur 2 tahun Nayli tinggal kat nursery, ada ramai kawan-kawan. Kat situ ada seorang penjaga namanya Husna dan Nayli memang rapat dengan kakak tu. Sometimes saya nak test IQ Nayli so saya tanyalah "Nayli nak duduk rumah kat Husna tak? Mama nak work ni" Mesti dengan muka excited Nayli jawab "nakkkkkkkkkkkkkkkkk" Panjang sungguh jawapan nak menandakan memang dia gemar bersosial dengan kawan-kawan yang ramai. Eh.

Zaman sekarang amat mencabar kerana semuanya serba cepat dan demanding. Saya ni simple taknak pening dan fikir banyak sangat pasal nak pilih kiddy point utama nak pilih kiddy bagi saya mesti dekat dengan rumah sebab nanti bukan mama yang nak ambik Nayli hari-hari masa balik tapi atuk or wannya jugak. Harga pun penting jugak kalau mahal sangat memang #MataPandangAtasTanganKatBahu.

Bagi saya mana-mana kiddy lebih kurang sama je tak semestinya yang mahal tu terbaik yang penting kesungguhan dan minat anak untuk belajar disamping nak memberikan pendedahan awal kepada Nayli untuk melangkah ke pra-sekolah pulak nanti. Ala baru 4 tahun kalau tak bagus next year hantarlah ke kiddy lain pulopss. Biasanya kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4-6 tahun  yang dihantar ke tadika lebih berani memasuki Tahun Satu berbanding yang tidak mengikuti pra-sekolah. Kan?

Pernah juga terfikir nak masukkan NAyli ke tadika cina macam best pulak tengok budak kecik tahu cakap cina. Lagipun nowadays kalau ada 10 vacancy 6 darinya mesti tulis MANDARIN LANGUAGE REQUIRED. So paham paham ajelah ye tapi bila fikir part makan kat tadika tu terus cancel. Abaikan saja. Dengss!

Ok banyak pulak membebel benda lain. Kat area Lavender Height, Senawang tak banyak pilihan sangat kiddy yang glem glem macam Brainy Bunch Islamic Montessori, Genius Aulad tu semua  takde kalau ada pun mesti mahal giller dan lokasinya jauh nun kat Seremban 2. Kalau kat Panchor Jaya, Paroi Jaya dan lain kawasan tu banyak jugak kiddy tapi jauh sangat so abaikan je. Sesiapa yang nak survey kiddy area Lavender Height tak payah sesusah lagi sebab saya dah tolong survey dah ni. Meh belanja saya minum teh o ais.

Ini dia kiddy yang saya maksudkan tu.

1) Little Caliphs, Lavender Heights, Senawang.


Kawasannnya memang strategic sangat dekat dengan rumah tak sampai 5 minit dah boleh sampai menyenangkan atuk dan wan nak ambil Nayli dan terletak di single storey house. Kawasan dalamnya agak kecil dan kanak-kanak umur 4 tahun secara santai tanpa duduk di kerusi.

Bayarannya pula:
Registration: RM1075.00 (INCLUDED January 2013's fee)
Monthly: RM250.00
Masa: 8.00 - 12.00pm

Medium pembelajaran adalah English dan saya amat tertarik dengan uniformnya dimana kanak-kanak perempuan memakai jubah dan tudung kaler kuning. Cute sangat!!

Nak tengok betapa cutenya budak kecit pakai jubah dan tudung boleh click kat SINI.

2) Tadika Karisma, Lavender Heights, Senawang


Kawasan kiddy sangat menarik perhatian saya. Lokasinya di double storey house, kawasan luas berhadapan dengan playground. First impression tengok tadika ni rasa wowww sebab keadaannnya yang sangat cantik dan kawasan pun luas walaupun namanya takde la glem glem sangat. Rasa seronok tengok persekitarannya  yang besar so senanglah kanak-kanak nak bermain dan melakukan aktiviti dengan selesa. Ye tak?

Bayarannya pula:
Registration: RM930.00 (EXCLUDED January 2013's fee)
Monthly: RM250
Masa: 8.00am - 12.00pm

3) Children Islamic Centre (CIC), Taipan Senawang



Registration: RM800+++
Monthly: RM250 (3 hours pre-school)

Masa zaman dulu kala memang tak pernah jumpe kiddy kat shop lot tapi sekarang dah jadi macam trend. Kiddy ni terletak jauh sikit dari rumah kat area Taipan Senawang tapi orang kata CIC ni memang bagus. Oranglah kata. Terletak di shop lot tingkat 1. KAwasan kat sini agak sibuk nak parking kereta susah jugak.

First time pergi survey kiddy dengan wan Nayli nak tau wan cakap ape? "Alamak, nanti hari-hari kena exercise naik tangga la pulak nak amik NAyli masa balik sekolah" Hihihi.

Saya rasa agak janggal pulak bila tengok kiddy kat shop lot. Logik tak saya berkata demikian? GRrr.

4) Smart Reader, Lavender Heights, Senawang



Smart Reader siapa yang tak kenal. Orang kata memang bagus tapiiiiiiiii.................................

Terletak dekat jugak dengan rumah di shop lot 1st floor tapi kenapa ianya kelihatan sangat buruk dan uzur. Eh i ni suka judge book by it's cover tau. Kenapa buruk sangat haaaaa????? Apepun saya baru survey dari luar je tak pernah masuk dalam lagik. Mungkin dalamnya cantik kot. Mungkinlah.


Bayarannya pula:
Registration: RM1500++ (EXCLUDED January 2013's fee)
Monthly: RM270.00
Masa: 2 session - 8.00am - 11.00am OR 12.00pm - 3pm

Ok dah habis cerita. Ada 4 je. Yang jauh jauh tu memang tak nak kira.


**********************************************

So  habis sudah buat survey kat kiddy yang berhampiran rumah. Hopefully  nanti Nayli suka jumpe, belajar dan bermain kawan-kawan, nak nangis ke melalak ke itu mama no commentlah sebab tak tau lagi. Hopefully anak mama tu nanti chill and enjoy saja ikut macam mama masa 1st day di kiddy dulu KAHKAHKAH ye ke tu. Kiddy tersebut  masih ada kekosongan untuk intake January 2013 dan saya sedang buat kajian terakhir dari pelbagai sudut sambil bukak wallet kira baget nak pilih mana satu kiddy untuk Nayli.

Nayli anak yang bijak mama tahu nanti dia akan faham dengan keadaan sekeliling dimana dia tidak seperti kawan-kawannya yang lain. Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku. Bila ku berduka engkau hiburkan selalu. Lagik 2 tahun turn Zara pulak masuk kiddy. Alahai anak-anak omak dah besar nak masuk sekolah dah.

Apepun semua ibu dalam dunia ni mesti nak anak-anaknya bijak dan berjaya di dunia akhirat. Semoga anak-anak saya menjadi yang terbaik dan boleh menjaga mama di masa depan. Amin.




Last but not least faktor memilih kiddy bagi saya memang sangat terikat dengan jadual kerja, jarak perjalanan, kos yuran, masa dan lain lain sebab saya yang akan hantar nanti Nayli ke kiddy every morning sebelum pergi kerja dan atuk or wan akan amik masa NAyli balik sekolah. Bayangkan kalau kiddy Nayli belah utara tapi jalan nak ke office saya belah selatan memang tak dapek den nak nolong. Tu semua memang kena ambil kira apepun semua kiddy pasti ada silibus dan kanak-kanak akan belajar sesuatu setiap hari.

Apa yang penting pendidikan dari rumah dulu. Banyak kena fikir bila jadi ibu dan dalam masa yang sama jadi bapa.

To mommies out there, rasa-rasa anda tadika mahal dan ada nama tu lebih bagus ke? Tapi kadang-kadang tu rasa tadika yang memang dah ada nama dan tak berapa ada nama lebih kurang jugak fee nya kan kan kan. Alah tadika yang ada nama tu macam bagus sangat.

Tak percaya?

BACALAH SENDIRI KAT SINI ;)


******************************************************


Anak kecil mempunyai otak kanan yg kuat. Sebelum mereka bertanya kepada kita, otak kanan mereka telah pun memaklumkan jawapan itu kepada mereka. Contohnya.. "Mama, ada lagi tak kek dalam peti sejuk tu?" Jika ianya ada, tetapi kita menipu mereka, mereka akan jadi keliru dgn jawapan dari minda mereka sendiri. Dan belajar utk lain kali jangan percaya pada diri sendiri. 

Jika kita sentiasa bercakap jujur dgn anak2 dan mengatakan ia memang ada (jika ianya ada), mereka akan gembira dgn ketepatan otak mereka dan seterusnya percaya pada diri sendiri. Inilah salah satu cara mengasah otak kanan anak kita yg menjadi senjata mereka dimasa depan. Semua pemimpin hebat mempunyai otak kanan yg kuat. Ianya bermula dari cara si ibu mengasahnya dari kecil. Sebab itu Rasulullah berkata menipu pada anak sendiri itu juga adalah satu dosa.. -Islamic Parenting NetworkLike · ·


******************************************************


Agak-agak umur berapa tahun sesuai hantar anak ke tadika?

Kalau anda di tempat saya dalam keempat-empat kiddy kat atas anda pilih yang mana satu? Sharing is caring. OkBai!
Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Friday, November 23, 2012

Benda YAng Paling Best Kalau Pergi Kenduri Kahwin

Assalamualaikum,

Last weekend ada jemputan ke kenduri kahwin. Biasalah coti coti sekolah ni memang memanjang kenduri sana sini.

Biasa kalau kita kita pergi jemputan kenduri kahwin mestilah teruja. Macam macam lah nak tengok, nak telek, nak gossip. Awww.

Nak tengok pengantinnye comel ke tak? Macam pinang dibelah dua ke, dibelah tiga ke. Pfttt.

Hantaran kahwin cantik ke tak? Kaler apa? Bagi barang apa? Berapa berbalas berapa? Huh.



Nak tengok lauk pengantin nye menggiurkan ke tak?



Tapi tu semua tidak mengghairahkan anak dara sorang ni. Sekarang dah pandai kalau pergi kenduri kahwin teruja nak tengok hantaran pengantin. Ayat intro nya tak lain tak buka "eee cantiknye mama" (maksudnye bukan mama yang cantik tapi hantaran tu yang cantik HewHewHew) Perasan kejap mamanyo

Puji puji mesti ada makna. Sebab apa lagi. Ini lah. Tengok tu tak berkelip kelip.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dengss!

Semenjak dua menjak dah pandai tiup cake birthday ni makin sukalah makan cake. Tapi Nayli tak panggil cake, nak tau dia panggil apa?

"Mama nak hepibdaytoyou". Hehe

Tak boleh makan lah sayang, itu bukan mama punye. Pengantin yang punye. Tengok je ye.

Kesian.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, November 20, 2012

Kuiz Yang Pertama Dari Mama Nayli & Zara

Kalau anda bijak bestari,  cuba teka siapa yang paling ketot tu?

Clue: N _ Y L _     ;p

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Yeah tekaan anda betul tapi malangnya takde hadiah disediakan sebab baget tak cukup. KAHKAHKAH. 

Alhamdulillah. Sweetlah zaman kanak kanak ribena ialah zaman yang terindah sekali.

Muahss mulut itik gembo gembo kat semuaorang.


Sebijik. Practise makes perfect.

Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, November 5, 2012

♥ ♥ ♥ Happy 3rd Birthday Nayli Dayana ♥♥♥

Assalamualaikum,

NAyli Dayana genap 3 tahun harini dipinjamkan buat mama. Alhamdulillah.


No celebration at all cuma buat makan makan sikit dengan keluarga, takpayahlah biasakan nanti takut dah besar kalau tak buat majlis harijadi terus merajuk dengan mama pulak nanti. Lagipun mama dulu pun tak membesar dengan suasana tu lah.

Cuma yang mampu mama doakan semoga NAyli Dayana menjadi ahli syurga mendengar kata mama setiap masa, sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik, minda yang cerdas, akrab dan erat kasih sayang dan hubungan dengan adik Zara, semoga Nayli Dayana menjadi khalifah Allah yang menjaga solat, menjaga iman, akhlak dan amal. Amin.

Alhamdulillah anak mama sorang ni becok mulutnya, comel dan selalu mengalah dengan adik Zara.




***********************************************


Warkah untuk Nayli Dayana.


Ke hadapan anakandaku Nayli,

Jangan takut untuk buat silap, setiap yang berlaku pasti ada yang pertama-kali-yang-dilakukan-dalam-hidup. Nayli akan jadi lebih matang apabila belajar dari setiap kesilapan yang Nayli lakukan. Kalau time Nayli baca ni, mesti Nayli dah matang dan dah boleh berfikir dengan baik, kalau time mama marah Nayli  untuk sesuatu yang tak baik, itu sebab mama nak cakap yang mama pernah makan garam dulu sebelum Nayli. Mungkin betul orang selalu cakap, macam mana kita sekarang macam tu lah anak anak kita nanti. Jadi kalau Nayli anak mama, mungkin Nayli akan berdarah separuh degil dan Nayli akan jadi budak yang suka mencuba, jadi mama takkan halang untuk apepun yang Nayli nak buat as long as Nayli guna kan kepercayaan yang mama berikan dengan sebaik-baik-baik-baiknya.

Ikhlas dari,

Mama Nayli di masa lepas yang sedang menaip di usia 3 series.

Kisah setahun yang lepas, @ 2nd brthday Nayli Dayana ;)

Kisah dua tahun yang lepas @ 1st birthday Nayli Dayana ;) Time flies.


********************************************



♥ ♥ ♥ Happy 3rd Birthday Nayli Dayana ♥♥♥

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli

Tuesday, September 18, 2012

Ooo Rupanya Umur 3 Tahun Tak Boleh Masuk Tadika Lagi

Asalamualaikum,

Selalu jugak imagine macam manalah NAyli Dayana bila dah start ke sekolah nanti. NAmpak gaya macam dah tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Bawa beg, cium tangan mama then tak habis-habis ucap babai mama. Bila mama tanya nak pergi mana. Skolahhhhhhhhhh!!! Lepas tu pintu rumah berkunci tak boleh bukak then datang balik diri sebelah mama. Lompat-lompat. Sengihhhhh. 

Dunia sekarang semua kena pantas bukan macam dulu. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik anak ketika dewasa pula umpama mengukir di atas air. Lainlah dulu umur 6 tahun baru masuk tadika. Umur 7 tahun masa darjah 1 barulah pandai membaca dengan betul. Dulu lain, sekarang lain. Memang pun.

Tadi first time survey kindergarten dekat sini. Tak banyak yang ada, cuma nampak satu je. Little Caliphs. Uniform kat sini sangat comel. Budak perempuan pakai jubah & tudung.

Jumpe pengetua dan tanya details.

Registration RM1000+++ (woww!!) Monthly kindergarten = RM230. Kami cuma menerima kanak-kanak 4 - 6 tahun. Dulu kami pernah menerima kanak-kanak berumur 3 tahun tapi akhirnya diorang tak boleh catch up belajar bersama kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas. So kami dah taknak ambil kanak-kanak yang berumur 3 tahun lagi. Anak puan berapa tahun?

Erkss 2 tahun, bulan 11 ni baru nak masuk 3 tahun. Heh.

Oh kecik lagi rupenya anak mama. Arghh terburu-buru sungguh mamanye. Eh betul ke kecik lagik??

Korang hantar anak pergi tadika masa umur berapa ye?? Kecil kecil si cili padi. Oh La~ La~ ;p

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





                       


 

Tuesday, August 14, 2012

Tak Menyempat Nak Beraya Dah Anak Dara Ni

Assalamualaikum,

Mood raya dah berleluasa. Sangat! Bukan setakat mamanye je yang teruja anak-anak daranya jugak.

Eee bestnye Nayli dan Zara dapat baju raya dari opah.



Anak siapa la ni. Tak menyempat-nyempat dah nak melaram ;p






Belum raya baju dah masam. Cemane tu? KAHKAHKAH! OkBAi!

Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
 

Thursday, August 9, 2012

Ayat Favourite Nayli Buat Mama Macam Nak Nangis Jew

Assalamualaikum,


Umur takdelah beza sangat tapi perangai hmmmmmmmmm beza sangat!!!!!!

Selalu gaduh sebab Nayli menggunakan kuasa veto sebagai seorang kakak untuk membuli adik Zara. Kesian. Tapi kadang-kadang tu baik sangat gelak KIHKIHKIH cuit sana cuit sini sama-sama. Kekadang tu pulak adik Zara yang buli kak Nayli. Hmmm macam-macam.

Ayat faveret Nayli kenkadang mama tak taula nak gelak ke, nak marah ke, nak nangis ke atau nak buat bodoh je.

Mama: Makan nasi ni bebaik jangan sampai tumpah.
Nayli: Ok mama.

10 minit kemudian,

Nayli: Nayli taknak makan dah kenyang. NAyli dah batuk batuk dah.

Erksss ape kena mengena kenyang dengan batuk???

********************************
Bila Nayli dan Zara bergaduh.

Mama: Nayli jangan pukul Zara, Nayli kena sayang Zara sebab adik Nayli.
Nayli: Taknakk. Zara bukan adik Nayli.
Mama: Habis tu adik siapa??
Nayli: Zara tu adik okk okk

Haaa okk okk tu siapa??? Adakah okk okk tu ini??


Atau ini…
HarHarHar. Mama yang over. Nah PANGGG sekali.


***************************************************

Mama: Mama nak masak jap ye, Nayli tengok Tv dengan Zara.
Nayli: Mama, janganlah masak nanti Nayli nangis macammana.
Mama: Erkssss

Heh banyak lagi nantila sambung lagi sampai mama pun pasrah je.

Thanks for reading.

Sekian.

OkBai!Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

Friday, July 13, 2012

Gelungsur PAling Kontot Ditemui

Salam satu MAlaysia oh yeah.

Biasalah, nowdays bile dah ada anak-anak riang ria kenkadang tu terpaksa singgah kat fast food walaupun dah tahu tak berapa baik untuk kesihatan ataupun memula tu memang tak teringin nak makan fast food.


Ini semua sebab anak-anak nak main playground. Oh yeah gitu layankan saja.


Yelah tak kisah walaupun kekadang tu program diet mama hancus berkecai takpe demi anak ku turutkan jua. TROLOLOLOLOL. 

Eh first time teww. Biasa kalau pergi playland kat MC Donalds tempat main mesti standard or lebih kurang je design dia kan. Lain pulak keadaannya kat Mc Donalds Taipan Senawang.

Kontot je gelungsur nye. Sangat K-O-N-T-O-T.



Oh kontot kontot pun happy jugak. Tapi happy kejap je sebab kontot sangat gelungsur nye kot.


Lepas tu sibuk mama nak itu, mama nak ini sambil menunjukkan kearah orang yang sedang makan Oreo McFlurry & Happy Meal. Erkss alamak tadi cakap nak main playground je so mama tak bawalah sehengget mahupun duit satu sen pun. Cemane ni? HAHAHAHAHA!

Siapa main dengan Nayli bebaik tau. Nayli tak suka orang disturb nanti mesti dia jerit ‘Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!”



Garang macam rimau. Memang tak dapek mama nak nolong.


Last but not least. TA-DAAAAAA.






OkBAi!


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p