Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Showing posts with label solid food. Show all posts
Showing posts with label solid food. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Mari Masak Solid Food Untuk Bayi Berumur 11 Bulan

Happy working peeps,

Pagi ni nak cerita pasal makan. Eh bukan mama yang makan tapi anak yang makan. Mamanye tu sudah cukup-cukuplah makan sebab dah overload. Hiks!

Sekarang ni saya dah tak blend bubur untuk si kecik Zara. Lenyek-lenyek kan saja.

Dulu, kini dan selamanya parut mak punye. Hihi. Jangan memain merata saya cari parut macam ni tapi tak pernah jumpa. At last nasib mak kasi pinjam. Memang mudah pakai parut ni dari kena potong kecik-kecik. Alahai memang takde kesabaran. Potong gedabak besar jadinya.


Selalunya saya letak carrot & potato dalam bubur baby Zara. 

Bagus sebagai makanan bayi. Share sikit. Info saya ambil dari SINI.

Lobak merah adalah sangat tinggi dalam beta karotena. Beta karotena adalah karotenoid iaitu satu set daripada pigmen berwarna gelap yang dikenali sebagai pro vitamin A carotenoid yang boleh ditukar kepada vitamin A. Vitamin A adalah sangat penting dalam diet bayi yang sedang membesar. Lobak sering salah satu makanan pertama bayi. Mereka mudah dihadam dan penuh nutrien seperti Vitamin A, Vitamin C dan Kalsium.

Ubi kentang lazimnya tidakmenimbulkan risiko alahan dan selamat memperkenalkan mereka kepada bayi anda seawal umur 7 bulan. Ubi kentang mempunyai  jumlah Vitamin A dan Vitamin C, serta kalium, komponen kanji juga adalah tinggi.

Selain tu selalu jugak letak jugak broccoli. Colorful sikit baru selera nak makan.



Brokoli adalah sangat tinggi dengan vitamin C dan merupakan sumber serat larut. Ini menjadikan brokoli sangat sesuai  untuk menambah kepada resipi makanan bayi. Serat larut adalah serat yang membantu melonggarkan usus kerana ia menukar bentuknya kerana ia melalui saluran penghadaman. Serat tidak larut kadang kala boleh menyebabkan sembelit pada bayi.

Di samping itu saya juga letak daging ayam. Kadang-kadang letak ikan tenggiri. Janji ikan yang tak banyak tulang. Susah jugak nak pilih isi asingkan dengan tulangnya.



Ayam adalah tinggi dalam protein dan besi. Ia adalah salah satu yang paling mudah dicerna daripada daging anda akan memberi makan kepada bayi anda. Ayam paling disyorkan untuk menjadi makanan pertama bayi kerana tinggi dalam protein dan besi. Daging ayam juga sesuai sebagai daging pertama untuk bayi.

Bila tengah masak, fulamak colorful betul. Ini bukan setakat anak, mak pun kebulur ni. Saya juga letak garlic & bawang merah. Bau garlic memang sedap.




Halfway saya lenyek-lenyekkan dengan senduk.



Letak sedikit garam sebab makanan ni bukan je baby Zara yang makan tapi kak Nayli juga! Senang sekali jalan. Satu untuk adik, dua untuk kakak. Kakak memang makan kuasa dua dari adik sebab kakak makan memang banyak. HiHiHi. Saya sangat percaya yang makanan berkhasiat sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan anak. Sebab tu cuba memperkenalkan sayur-sayuran untuk mereka, hopefully bila besar nanti takdela reject sayur hijau pulak ye.

Mudah je air tangan mak mestilah yang terbaik kan. Yeay!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.
 




Yeay!

Sunday, November 20, 2011

Biscuit Baby Kegemaran Mama

Kalau cerita part makan masa baby memanglah baby Zara tak boleh challenge kak Nayli yang suka makan. Sebab tak sehebat dan sekuat makan macam kak Naylilah mama tak berapa excited yoyo on. Nak masuk 9 bulan baru mama start perkenalkan baby biscuit sebagai makanan sampingan baby Zara. Yelah memang tak boleh compare baby ni dengan baby yang lain sebab semua babies dalam dunia ni adalah unik & berbeza.

Alhamdulillah nowadays selera makan baby Zara makin bertambah. Bukak mulut bila mama suap & marah bila mama lambat suap. Yeay! Betullah tak semua baby bersedia untuk makan pada umur 6 bulan lagipun baby food ni memang bukan semua akan memenuhi citarasa baby kita. Setengahnya baby suka, ada juga yang dia tak suka langsung. So kena rajin cubalah. Sebagai panduan boleh tengok Jadual Panduan Pemakanan Bayi Mengikut Umur.

Tukar seleralah hari ni.

First time. First time mama beli. Milna Rusk baby biscuit. Banana flavour. Eh orange flavour pun ada jugak. Boleh bagi macam tu je or rendam dalam air suam or susu.




Dulu time Nayli biasanya beli Baby Bites biscuit.


Tapi sebab mama rasa biscuit Baby Bites macam panjang je. Sebab bila baby makan mesti patah jatuh kat lantai separuh lepas tu buang. Buang separuh separuh dah satu. Empat kali separuh dah dua. Haishh membazir.

Kali ni try Milna Rusk biscuit pulak. Sedap baby Zara makan. Nasib baik kak Nayli takde kalau tak sure kene pow. Oh biscuitnye bentuk bulat. Best Best.




Nak sikit boleh? Yummy!




Tapikan mama rasa biskut ni fragile sangatla. Bila baby Zara ngap ngap ngap habis bersepah-sepah biskut jatuh atas lantai. Sangat fragile kalau rendam dalam susu sesuai la kot. 




Siapa nak kemas ni? Demam kejap mama. Papa tolong!!!!!!!! Warhh warghh warghhhh.

Takbestlah Milna Rusk biscuit ni. Nak tukar baliklah ke Baby Bites. Pernah jugak bagi Pureen biscuit kat Nayli dulu pun tak best jugak sebab mudah sangat melt bila kena air liur baby jadik comot sangat bila makan.

*aik ni siapa yang nak makan biscuit ni mama ke baby? Cerewet ngada-ngada betul. Hihihihi~

Selamat meneruskan eksperimen biskut!!! Yeay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, October 25, 2011

Kaedah Memasak Makanan Bayi

Bila baby Zara tengah exclusive breastfeed asyik cite pasal susu je. Bila dah makan cerita pasal makan pulak. Hiks! Memanglah belog kan macam diary.

Ok ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Hari ni kan cuti so mari kita mulakan dengan rancangan mari memasak untuk hari ini. Eh silap saya tak reti memasak tapi saya sangat rajin buat baby food. Hiks!


Untuk siapa-siapa yang tak pernah buat puri untuk baby above 6 months meh saya nak cerita sikit. Boleh juga refer kat SINI. Mulakan dengan memasak sayur-sayuran / buah-buahan sama ada dengan mengukus, membakar, microwaving atau merebus. Saya biasa memilih kaedah mengukus & merebus.Tapi untuk info mengukus ialah kaedah yang dapat mengekalkan nutrien paling banyak. CAra mengukus, membakar dan merebus juga membolehkan kuantiti makanan yang agak banyak boleh dibuat pada satu-satu masa.

Kaedah memasak makanan bayi.


Saja letak pic api baru nampak macam real sikit nak cerita pasal masak-memasak ni. Hiks!

Mengukus - kaedah yang paling digemari dan melalui kaedah ini juga kehilangan nutrien adalah minimum. Air yang digunakan untuk mengkus juga boleh digunakan kembali untuk stok dan juga membuat dicampur dengan puri. PErlu diingat semakin lama sesuatu jenis makanan terdedah pada suhu yang tinggi dan direndam dalam air makan semakin banyaklah kehilangan nutrien yang lebih tinggi. (Cuba bayangkan betapa banyak kehilangan nutrien dalam makanan bayi yang djual yang dimasak dalam suhu yang tinggi melangit untuk membantu memanjangkan jangka hayat makanan? Ouchhhh!)

Mengukus sebagai kaedah memasak juga membantu makanan mengekalkan tahap vitamin yang larut air. Vitamin larut air adalah penting dalam membantu dalam penyerapan zat besi. Mengukus membolehkan makanan dikelilingi oleh stim kerana ianya bukan direndam di dalam air. Jika makanan dimasak dengan cara panas mengelegak & merebus, kelemahannya adalah membawa kepada kehilangan nutrien (terutama vitamin yang larut air seperti vitamin B&C) Kehilangan nutrien ini boleh dikurangkan dengan mengurangkan penggunaan air ketika merebus dan jangkamasa merebus juga dikurangkan. Air yang tinggal boleh digunakan sebagai stok & membuat puri.

Boleh juga dimasak dengan memanggang di dalam oven dan kelebihannya adalah kuantiti makanan yangbanyak boleh  dimasak dalam suatu masa dah kehilangan nutrien juga dapat dikurangkan disamping makanan yang dimasak lebih mudah dihadam.

Jika menggunakan microwave pulak hanya sesuai dibuat dalam kuantiti yang sedikit saja. Apepun dicadangkan bahawa kaedah mengukus atau bakar merupakan kaedah memasak yang terbaik.

Jika merebus buah or sayur, anda boleh membuang cecair yang digunakan untuk memasak. Jika taknak buang dan ingin menambahkan bersama puri ketika di blend pun boleh jugak.  Menambah cecair ini juga membantu untuk mengekalkan mana-mana nutrien yang mungkin telah terlarut lesap ke dalam air semasa memasak.

Tetapi!!! Jeng jeng JEng.

(Jangan gunakan air yang digunakan untuk merebus  lobak merah atau lain-lain sayuran nitrat tinggi untuk bayi berusia di bawah 7 bulan. Baca lebih lanjut mengenai nitrat.

Untuk membuat puri buah atau sayur boleh juga menambah cecair. Taknak tambah pun boleh jugak ikut suka. Boleh jugak menambah susu formula or susu ibu kerana cecair yang di tambah ini akan menambah rasa pada makanan baby.

Apapun membuat puri tanpa menambah apa-apa cecair juga merupakan pilihan yang terbaik kerana khasiat & nutrien adalah lebih tinggi. Tapi kalau kurang tambah air dapat hasilkan puri pun sedikit je lah. Apepun tepuk dada tanya selera sebab kalau saya memang tambah air sebab baby Zara tak berapa suka makan puri yang terlalu pekat. Kalau tak nanti dia nampak macam nak tercekik je. Hiks!

Apap pun kena try & error baru tau apa yang baby suka, apa yang baby tak suka. TAk semestinya sekali kita masak baby tak nak makan terus cop baby saya tak suka makan then malas dah nak masak terus bagi nestum je sebab sometimes baby suka makan carrot tapi tak suka potato, suka apple tapi tak suka pear.

Apepun selamat bereksperimentasi untuk semua supermak-supermak. Anda semua memang mabeles-lah !!! Yeay!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Cara Mudah Menyediakan Frozen Food Untuk Baby

Semalam ada pasar malam. Macam best je tengok pakcik tu jual jagung.

Ada 2 types of packing. Satu RM3 satu lagi RM5. Beli yang RM3lah. Dapatlah banyak ni. Yeay!

Satu, dua, tiga, empat & lima yeay. Oh cukuplah.




Sebenarnya nak buat ini. Eh jangan ingat saya nak buat puding jagung bentuk fish ok. Hiks!




Frozen corn nyum nyum untuk baby Zara. Tengokla tu sebab nak cepat fish dah tak macam rupa fish tapi dah macam rupa jaws. Hiks!

Actually hari tu masa berblogwalking terlihat satu entry kat belog mana ntah pasal frozen  corn ni. Terus jatuh hati. Awwww lain dari yang lain. First time buat frozen corn. Dulu time NAyli pun tak pernah buat memandangkan saya pun tak berapa suka sangat  jagung. Mama tak suka makan jagung habis anak-anak terlibat sama. Itulah pasal.

So apelagi maknanya first time dalam sejarah lah rebus jagung. Bila dah beku masa nak transfer masuk dalam plastik kak NAyli ingatkan ice-cream perisa jagung. Habis dia sapu dulu sampai mama kena nyuruk cakap dah habis. 

Rambut kusut masai sebab baru bergomol dengan adik Zara lepas adik Zara dah nangis Nayli pun lari cepat-cepat selamatkan diri. Oh Oh oh pandainye. Babab karang baru tau.

Masa nak bergambar mulut bukak besar-besar nak bagi orang tengok makanan nampak sedap. Isk Isk.



Selain corn banyak jugak frozen food saya dah buat.

Flower carrot.




 KAlau dah acuannya begini.....




Mestilah star potato. YEay!!




Masih dalam bentuk star sebab Nayli suka nyanyi Twinkle Twinkle Little Star sambil lentok-lentok kepala, ini pulak adalah sweet potato star.




Ini pulak ialah fish pear.




Hurmss banyak lagi tapi tak sempat nak snap piccas. Suka sangat dengan ice tray from Ikea ni walaupun dah tau sekali buat dapat berapa cube je pun. Biasanya kalau sekali blend kena repeat buat cube & bekukan dalam 2-3 kali la jugak.


*Comel. Cute. Isk geram.

Nowdays dah tak boleh simpan dalam bekas sebab fridge dah tak muat so saya simpan dalam plastik je. Jimat space.



Tak kisah la simpan dalam bekas or plastik yang penting kena tutup rapat untuk mengelakkan bau dari makanan lain  & jangan lupa labelkan type of frozen food & date. Lagi satu cuba perhatikan pada frozen carrot kat piccas diatas. Kelihatan kiub membeku & terdapat krystal ais kan. Jangan risau ok melihat kiub makanan bayi anda jadi begini sebab ia terhasil dari cecair yang berlebihan yang digunakan untuk membuat puri naik & membeku pada atas bahagian kiub. Kristal atau fros ais ini tidak berbahaya dan tidak akan membuatkan baby food or kiub menjadi tidak boleh dimakan atau memudaratkan. So dun worry be happy yeay!


Dalam peti sejuk tingkat bawah disyorkan homemade baby food disimpan tidak melebihi 48 jam untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dalam puri yang disimpan dan supaya makanan itu tidak mengambil rasa peti sejuk. Peraturan terpakai ini adalah untuk vege, fuit, ayam je. Saya tak pernah buat untuk frozen rice. RAsanya dulu saya pernah baca yang frozen rice adalah tak berapa sesuai. Tapi dah lupa sebab ape.

Kan best kalau ada frozen food banyak macam ni bukan sebab nak bagi baby makan tapi mama yang syiok sendiri. Yahooo!!!


source: en google meriah giller dgn frozen food bestnye tengok yeay!!

*apa saja untuk anakanda tersayang. Muahss!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, October 15, 2011

Pear Puree Comel Bentuk Fish For Baby Zara.

It's weekendlah. Hey Hey Hey hari yang di tunggulah. Yeay!!!

Biasanya on weekend saya akan buat seberapa banyak yang mampu frozen food untuk baby Zara. Monday to Friday mama off ok. MAna sempat nak masak & blend satu2 daaaaa pagi-pagi buta sebelum pergi kerja. Hiks! Saya cuma masak bubur nasi kosong untuk 3 hari, simpan dalam fridge & every morning saya akan panaskan guna warmer bubur nasi tersebut dan campur mana-mana food puree yang dah sedia ada. Kalau nak bagi fruit puree without bubur nasi also can. Selalunya saya buat frozen food eg. potato, sweet potato, apple, pumpkin, carrot & pear. Nak buat frozen food chicken pun boleh je. Mudahkan janji jangan ada penyakit 'M'. Yeay!!!

Nak buat pear puree lah harini. Rebus kejap je. Kasi lembik sikit.


Tunggu sejuk sikit blend je sampai hancusss.

Separuh bubuh dalam ice tray, separuh lagi mama minum. Juice pear yeay I loike.....

Pear puree letak dalam kiub bentuk fish tapi rasa tetap macam pear bukan rasa fish ok. Jangan konpius pulak. Hiks!




Flower pun ade.




Letak dalam fridge kasi beku. Duk diam-diam dengan milk's geng ye.




Beberapa jam kemudian. Dah siap!! Yeay!! Comelkan. Jangan lupa labelkan tarikh & jenis food puree sebelum simpan dalam fridge sebab bila dah buat banyak frozen food mesti dah tak tau mana satu carrot, mana satu pumpkin, mana satu apple mana satu pear.

Flower & fish together-gether. Yahoo!


Nak beli macam-macam bentuk ice tray yang comel & colorful??? Mesti rambang mata kalau tengok. Mama Zara memang macam-macam padahal bila dah cairkan kiub tu dah takde rupa fish ke flower ke. Hehehe. Saje memang suka buat kiub bentuk comel-comel ni.

Mana lagi Ikea lah. Hiks! Jom pergi Ikea!! Vrooom Vrooom.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, October 8, 2011

Gelagat Baby Zara Masa Makan @ 7 Bulan

Oh Oh Oh.

Baby Zara dah 7 bulan. Dah sebulan lah dia start makan solid food.

Tapi selera untuk dia makan sangat berbeza kalau nak compare dengan kak Nayli. Baby Zara sangat susah nak makan. Susah tu dalam erti kata lain susah nak bukak mulut. Kak Nayli dulu masa first time makan pun   dah nganga besar-besar. Senang je nak bagi kak Nayli makan. Sangat suka makan. Baby Zara ni kalau saya try sumbat-sumbat jugak dalam mulut gerenti dia berpaling muka or tepis sudu pakai tangan.

Dugaan fenattttttttt mama masak tau yelah yang terbaik semestinya homemade food coz mothers make the best food yeah. Yang selalu saya bagi bubur nasi dengan carrot, sweet potato & ubi kentang. Tapi baru ni baca satu info baby ni dia punye taste buds lebih kepada taste bud manis so sebab tu budak-budak suka manis so bagus kalau mulakan dengan fruit puree eg. pear, fragrant pear, papaya. Oooooo but jangan bubuh garam or gula dalam baby food biar rasa manis natural dari buah or sayur. Lagik satu yang saya tau kurangkan bagi sayur pada baby yang baru belajar nak makan sebab serat dalam sayur lebih susah untuk dihadam compare serat dalam buah. Right me if im wrong ok.

Muka baby yang tengah on diet tak mau makan.



Pernah baca jugak makanan segera for baby actually not good sebab ada preservative altho manufacturer always claim yang makanan diorang tu terbaik, no sugar no salt tapi sebenarnya diorang gunakan bahan kimia buat makanan tu sedap menjilat jari. Yelah maksud sugar free tu memangla takde gula tapi diorang guna pemanis tiruan untuk sedapkan makanan. Kalau tengok ingredient mesti ade words yang ending dengan "kosa" eg. glukosa, sukrosa etc.

Ok ok setiap problem mesti ada penyelesaiannya. Sebagai mama yang cool or berlagak cool hahahahaahaha saya takdela risau sangat kalau dia taknak solid food, maybe baby Zara nak menyesuaikan diri dengan solid food tu. Kalau dia dah kenyang minum susu that's fine kan. Dari info yang saya baca some babies memang jenis lambat nak makan.

Apepun yang penting sihat lagipun she still fully breastfeed. LAgi satu yang menyedapkan sikit lagi hati even dalam Al Quran pun ada cakap sempurnakan penyusuan ibu selama 2 tahun penuh tanpa apa-apa makanan tambahan that means kalau memang ada baby yang tak nak makan memang lumrah la kot. Yelah kalau dah tak nak makan takkan nak paksa pulak kan.

Pernah jugak nurse masa pergi check up kata sebenarnya kalau kita beri susu ibu sepenuhnya, tak bagi makan pun takpe selama 2 tahun tapi sebab bimbang baby taknak makan lepas 2 tahun so kenalah perkenalkan tekstur dan rasa makanan pada baby. Tapi kalau beri susu formula kena bagi makan @6 months sebab tak cukup hanya minum susu je.

Bila bagi baby Zara makan bubur nasi memang macam nak pergi berperang. Pakai bib pun tak jalan baju tetap kotor. Tapi saya dah jumpa cara yang bagus tak kotorkan baju. Tak payah tukar sampai 10 baju sehari. Yeay!!!!

BAju for makan time from Ikea. I loike. Yeay!!


Yelah janganlah fikir satu benda ni je "baby 6 bulan mesti makan". Dia tepis tu sebab dia tak mahu. Dia taknak telan makanan tu sebab dia tak mahu. Mungkin baby Zara belum bersedia untuk makan.  Anyway sabar lah ok biasalah 7 bulan still dalam phase mengadaptasi makanan, lepas ni dah besar dia pulak yang mintak nak makan banyak-banyak sampai mama pun dah tak terlayan. Hiks! 

Nota kaki: Kenapa kena bagi baby makan after 6 months?
Selain sebab perut baby tak matang lagi coz anak yang being intro solid food terlalu awal akan cenderung to be an obese bila dah besar or anak tu senang sangat nak gain weight or susah nak loose weight bila dah dewasa....

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, September 16, 2011

Rezeki Baby Zara @ Half Year.

Botol ada, bekas dadih ada, tippuware ada pendek kata macam-macam ada. YEay!!!!

BAby Zara's milk @ 6 1/2 months. Alhamdulillah.



 NAmpak tak kat belah kiri atas sekali tu. Nampak tak?

Cuba tengok. Nak tau tak apa benda tu??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ini lah dia. Dah start buat frozen food untuk baby Zara. This is sweet potato a.k.a ubi keledek ok.



Sorry rupa buruk sebab nak cepatttttttt. Hahahaha!

Masak bubur nasi then blend halus lepas tambah je frozen food ni dan panaskan balik. Senang, mudah, lebih berkhasiat dan menjimatkan masa especially untuk mommies yang bekerja.

Lepas ni nak buat macam-macam frozen food lah. Boleh baby Zara rasa variety of food. Dulu time Nayli selalu buat frozen food ubi kentang, carrot, apple, pear & banana. NAk tau info lanjut buat frozen food baby? Click je kat sini. Kalau nak tau cara nak guna frozen food pulak click kat sini.

Sekarang cuma bagi bubur nasi with fruit & vege je, nanti baby Zara dah 7 months baru start bagi with ayam & ikan pulak.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, September 15, 2011

Baby Yang Gemuk Tu Sihat YAng Kurus Tu Sakit Ke?

Baru balik check up baby Zara for 6 months. Eh bukan saya tapi Enchek husband je yang pergi. Yelah saya ni baru start kerja baru seminggu so kena lah tunjuk baik sikit. Hahaahahah!
 
Enchek Husband cakap berat baby Zara 7kg, naik 200g je from last months. Saya dah agak tak naik banyak sebab baby Zara sangat kurang minum susu sekarang ni. Kat nursery saya masih bekalkan 6 bottles x 3 oz tapi biasa habis 4 or 5 bottles je.  So far berat baby Zara tak pernah lagi turun cuma naik sikit-sikit je kalau compare dengan awal-awal lahir dulu naik sampai 1kg/month.

Berat baby Zara:

Born : 3.47 kg
1 month : 4.4 kg
2 months : 5.5 kg
3 months: 6 kg
4 months: 6.3 kg
5 months: 6.8 kg
6 months: 7kg
 
Kalau nak compare dengan NAyli masa baby dulu tak sama. Masa 6 months saya bekalkan 7 bottles x 3 oz susu kat nursery sebab NAyli kuat juga minum susu. Semua susu yang saya bekalkan ke nursery mesti habis licin.
 
Memanglah baby kalau chubby + demox orang suka tengok tapi nak buat macam mana baby Zara takdelah chubby mungkin ikut gen mama dia yang selim melim masa muda kot. Hiks!

Gemuk tu comel.


Tapi kadang-kadang tak paham la orang Malaysia ni. Kalau gemok tu sihat pasal tu la org Malaysia ramai sakit coz byk mkn. Suka ke tgk bila besar anak kita jadi obesiti atau gemok? Ada sorang kawan saya dia memang demoklah dari kecik dia cerita  dah alami semua tu masa remaja, jadi rendah diri dan pemalu akhirnya tak berjaya, so nak ke kita tengok anak2 kita jadi camtu?? Kena ingat bila gemok kekecil ni mmg ler comel bila besar bukan comel...tapi COMOT siap org cemuh lagi, tu sebab kita sbg ibubapa kena amik tahu pasal pemakanan anak ni sejak dari kecil lagi le. Kalau NAyli saya memang straight la jugak bab makan ni. Benda-benda manis memang jarang bagi. Once in a blue moon je lah boleh merasa chocs, ice cream, lollipop, sweet etc. Eventho air kotak yang manis-manis pun jarang bagi. Sorry sayang. Air masak & susu is enuff.

TAdi doc cakap if baby sentiasa sihat, active, selera makan pun ok & consume dlm 18-25oz breast milk a day, doc cakap ok. Biasalah budak after 6months mmg berat susah nak naik coz dia active & banyak guna calorie utk belajar & explore dunia.  Kalau baby growt ikut growth line kat chart sama dengan dia lahir till today oklah but kalau drop much much below maybe its important jumpa lah pakar for further advice.

Apepun doc cakap lagi for breastfeed baby dun worry laa. Inilah keistimewaan breast milk. Khasiat and moisture lebih diserap ke dalam darah kalau nak compare dengan formula milk yang lebih banyak masuk ke najis. Saya memang pernah baca info  brestmilk ni akan cepat diserap oleh badan untuk support growth tulang or jadi sumber tenaga anak yg active, unlike any other milk yg badan lambat digest. So instead of jadi sumber tenaga, dia ended being stored under the layer of fats in the body. Tu pasal baby yg tak fully breastfeed dan minum formula milk selalunya senang naik tembam. BAM BAM.

Tapi doc cakap kalau anak after dia dah setahun, kalau weight still a problem & anak mula set into the stage of fussy eater & kurang makan, biasanye experts advice to give 225ml pediasure complete a day sambil still continue bg makan cam biasa & breastfeed macam biasa. Pediasure happens to have certain property yg tolong badan anak to better absorb nutrition (sama properties yg ada dlm susu kambing). .

So katakan after setahun ni kalau rasa its really critical for baby to gain weight, it is better to find formula milk berasaskan susu kambing. it is expensive, tp berbaloi. even Rasulullah pun kata, the best gift tu can give to anyone is susu kambing.
 
Masa Nayli kecik dulu berat dia pun takdela banyak sangat tapi saya tak risau as long as NAyli tak ada masalah kesihatan yang kronik dan aktif patut happy. Lagipun berat Nayli tak pernah la masuk sampai ke garisan kuning lagi which mean underweight. The best thing anak-anak saya walaupun tak berapa chubby diorang susah nak demam & sakit ini semua mungkin khasiat susu ibu. Alhamdulillah.

Kalau mommies yang tak breastfeed pun takpe cuma apa yang perlu bila baby dah start makan boleh variasikan perisa baby food baik kalau home made. Setahu saya lagi untuk baby yang bawah setahun elakkan beri buah-buahan citrus macam anggur, oren, limau, kiwi, lemon sebab perut baby tak boleh terima lagi.

Kadang-kadang baby Zara jarang poo poo so pernah jumpa doc & asked about the frequency baby poo poo yelah kadang-kadang sampai 4 hari tak berak paed cakap breastfeed baby absorb most of the nutrition in the milk, especially on the hot day & minimal would be wasted. Bagus kan so if it coincides with hot weather sebab tu lah babytak poo poo hari-hari.

Anyway yang penting baby sihat mama pun cukup tidur senang hati. Breastfeed or tidak berastfeed semua mommies nak yang terbaik untuk anak-anak mereka kan. Muahsss!

Dahla pergi sambung buat kerja balik.

Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!


Sunday, September 11, 2011

Baby 6 Bulan YAng Baru Nak Makan



Sebenarnya sebulan yang lalu masa baby Zara masuk umur 5 bulan nanny kat nursery tu dah tanya "kakak taknak bagi baby Zara makan ke?"

Memang ini antara masalah yang agak sering berlaku di kalangan para penjaga bayi. Maklumlah kebanyakan mereka ni lebih dahulu makan garam dari kita. Orang dulu-dulu ada yang bagi baby makan since baby baru lahir lagi, tak payah tunggu 6 bulan. Ramai yang tidak tahu tentang hakikat tabii perut bayi dan bagaimana pertumbuhan organ dalam tubuh bayi. Mereka tidak sedar yang sebaik bayi lahir bukan semua organ telah terbentuk dengan sempurna dan ianya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar boleh berfungsi sepertimana orang dewasa. Atas sebab ini jugalah, umat Islam digalakkan menyusukan anak mereka dengan SUSU IBU selama 2 tahun. Saya percaya hakikat pertumbuhan manusia itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun, adalah tugas kita sebagai manusia untuk mencari dan mencari hikmah di sebalik setiap peraturan yang telah ditetapkan itu.

Yelah lagi satu bila baby dah start makan baby cepat kenyang mesti kurang meragam tu je la reason yg sy nampak kenapa BS tu sungguh2 nak bg solids kat baby cepat-cepat yg penting mommies jgn tergugat dgn desakan ini. Lagipun perjalanan nak sampai ke 6 bulan tu tak jauh pun. Kejap je.

So saya dalam kepenatan baru balik kerja terangkanlah kepada penjaga  tentang kisah pertumbuhan bayi ini. Ceritakan secara penuh hikmah tapi dalam speed yang laju sebab penat. Takpelah, sekali-sekala. Apa salahnya kan.

Semalam pulak bila ambil baby Zara dari nursery nanny tanya "kakak taknak bagi baby Zara makan NEstum ke sebab semua baby kat taska yang berumur 6 bulan makan NEstum"

Mestilah saya cakap taknak. Biasanya baby yang dah  selalu makan Nestum taknak makan bubur nasi sebab dia dah tau rasa Nestum yang manis dan lagi sedap. Kalau baby yang tak pernah makan, dia pun takkan tau rasa bubur tu tawar. Lagipun bagusla baby makan bubur masakan mama, tiada pengawet tanpa melamine. Kita pun tak pasti macam mana makaanan yang diproses tu.

Sebagai mama yang bekerjaya saya takdelah masak bubur nasi setiap pagi nak pergi kerja meskipun hari2 saya bekalkan bubur nasi ke nursery. Saya cuma masak 3 kali sehari. Balance simpan dalah fridge. So the next day cuma panaskan je. Mule2 bubur kosong tu saya blend tapi lame2 bila umur baby makin meningkat saya just buat bubur yg dimasak sampai hancur lepastu bila umur baby dah makin meningkat lagi saya tambah ikan, ayam, carrot,kentang, kacang pea, pumpkin etc but no garam plis! Kena monitor apa yang baby makan supaya tau dia allergy dengan food apa. Untuk sekarang ni saya lebih suka bagi baby Zara bubur nasi plus pureee fruit instead bagi bubur nasi yang tambah dengan ikan bilis sebab tau-tau jelah ikan bilis tu banyak sangat garam. Rice + Pear & apple puree. Yummy!! Tak percaya cubalah. Untuk info, RICE is the best food to start with. In this case, bubur nasi yg diblend la. This is because they found that rice adalah antara first food yg paling kurang allergen and therefore paling kurang chance nak dapat allergic reaction. 


Banyak jugak food baby di pasaran contohnya gerber dlm botol tu tapi kalau buat sendiri pun ok jugak. Contoh yang terdekat pisang tu lenyek2 bagi la aje kat baby tu ape susah sgt. Apple or pear pulak,rebus or stim sekejap, pastu  blend bagi aje kat baby tu lagik baby suke rasa  yg sebenar takde campuran bahan pengawet. Jimat pun jimat. Yeay!

Lagi satu info selalu mengatakan cukup bagi baby 6 bulan makan sekali je pada tengahari tapi bagi saya buku tu hanyalah cadangan sahaja. Saya rasa tidak menjadi masalah kalau nak variasikan waktu pemberian makan tu. Tambahan pula untuk ibu bekerja macam saya, mesti nak cuba sendiri dulu jenis makanan yang nak cuba beri tu, sebelum diserahkan kepada penjaga dia. So saya memang bagi baby Zara makan pada waktu dinner jugak cuma pada kuantiti yang sikit sahajalah, nak tengok cara dia makan, nak tengok dia suka ke tak yelah biasanya kalau tanya kat nanny baby makan ke tak jawapan biasanya mestilah positif je. Ataupun boleh jugak, kalau nak buat eksperimen ni, mulakan setiap menu baru waktu weekend, lunch time. Lepas tu boleh proceed dengan resipi yang sama sepanjang weekdays bila baby bersama 'nanny'nya.

Kalau buat fruits puree tu betul-betul halus sebab nanti kalau ada lagi buah2 yg tidak hancur dia akan tercekik plak. Try la slowly, kalau baby tak nak mkn @ mkn skit hari ni, tak apa. Sebab dia masih try nak adapt dgn makanan baru dia. Kalau dia nangis atau reject, stop la dulu. Dlm 2/3 hari try lagi. Berdasarkan pengalaman saya yg tak seberapa ni, jgn bagi 2/3 mcm jenis makanan dgn sekali cuba. Try satu2 dulu. kita tak tahu yg mana dia suka. Sometimes kita rasa sedap tapi dia tak suka yelah lidah kita dengan lidah baby mana sama. Hiks!


Macam baru je baby Zara dilahirkan sekarang dah 6 bulan dan dah boleh makan. How time flies. Baby oh baby jangan lah besar cepat sangat nanti mama rindu moment-moment masa baby, rindu bau baby alamak mcm ni kena tambah baby baru laa. Hahaha!



Sekadar pendapat dari pengalaman yang tak seberapa.


Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, September 8, 2011

Bubur NAsi + Ubi Keledek For baby Zara

DAh start balik hari-hari masak & blend halus. Pagi-pagi buta sebelum pergi office untuk bekalan ke nursery. Untuk siapa lagi baby Zara muchukklah yang dah 6 bulan.

Suka sangat tengok recipe baby kat SINI. Semuanya menyelerakan.

Jomss kita start masak. Yeay! Mula-mula mestilah masak nasi.



Masak sweet potato jugak atau dalam bahasa melayunya ubi keledek.. REbus sampai lembik.




Bila dah sejuk nasi & sweet potato tu diblend halus. JAdikla macamni. Campurkan kedua-duanya dan bagi baby Zara makan. YEay!!





Memang tak baget nak bagi nestum. Air tangan mama kan yang terbaik. Siapa cakap mama yang bekerjaya tak mampu nak buat yang terbaik untuk anak-anak mereka? Boleh je tapi kena rajin sikitlah.

*susah sikit takpelah demi anak-anak.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, October 7, 2010

FAvourite Food NAyli

Nayli memang suke sangat makan pisang.

Bagi saye pisang selain memang diketahui khasiatnye yang baik, juga food yang paling senang untuk di beri kat baby. Sebab tak payah nak kupas kulit, tak payah nak potong kecik2 & takpayah nak steam or rebus bagi lembut. Semua tak payah. Easy as ABC ok.

Skang ni kalau nak bagi Nayli saye cume perlukan lecekkan dengan sudu je.

Macam ni.





TEngok la tu.





Punyela tak sabar nak tunggu mama suap dalam mulut dia.

Dengan pantas NAyli nak amik sendiri guna tangan.  

MAma ni lambat sangatla, NAyli dah lapar sangat ni.

Nyum Nyum~




Sambil makan jom main game ni. Nak uji ketinggian budak kicit ni. Hiks!Go NAyli Go..... Nampak sangat memang lapar ni.

Zalimnye mama ni, org nak makan dia ajak main game pulak.  Huhu




KEsian budak kicit ni. TAk sampai nak capai pinggan tu lagi. Hehe.

Takpun saye bagi NAyli macam ni.

Nasi lecek  + carrot + ayam.




Tambah dengan pisang.





Lagikla suke dia makan.

GRRRRRRRRRRRRR...




Makan, makan, makan & makan lagi.

Fuh siap tutup mata nak menghayati kesedapan bubur nasi air tangan mama la ni ye.



Saye percaya makanan yang baik & berkhasiat sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan yang baik  untuk anak.

Dah habis licin. Alhamdulillah.


Suke sangat kalau tengok Nayli berselera nak makan.

Comel bile dia bukak mulut luas2 nak NGAPPP.... lepas tu mulut kat tepi2 comot  dengan nasi. Hiks!

Sekian.