Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Showing posts with label Activity on weekend. Show all posts
Showing posts with label Activity on weekend. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Sweetnya Cerita Istanbul Aku Datang

Happy Sunday uolls,

Erkss cuti pergi mana, shopping til drop ke or main masak-masak.

Haritu  pergi TGV tengok malay movie ISTANBUL AKU DATANG. Erksss alahai sweet sangat. Filem ni ala-ala GOL DAN GINCU dan PISAU CUKUR sebab pengarahnya pun sama iaitu Bernard Chauly. Alasan lain nak tengok cerita ni sebab Beto Kusyairi kan kan kan. TROLOLOLOL. Kawan-kawan dah tengok tak?




Cantiknya lah bandar Istanbul tu. Agak-agak bilalah boleh sampai sana. Dalam mimpi je la kot. Sobsss!

Lisa Surihani jadi Dian dalam movie ni. Alahai rambut style comel siap gulung-gulung lagi. Blogger tegar tu jangan main-main. Sikit-sikit update entry then.............................. published. XOXO.

Tomok pulak jadi Azad boyfriend Dian. Okla tapi kalau tukar dengan pelakon lelaki lain pun ok jugak hehe. Sebab tak minat Tomok. Aci tak?

Yang paling membuatkan cair mestilah bila tengok HAris lakonan Beto Kusyairi. Ending part masa dia tahan kereta tengah jalan sebab nak meluahkan perasaan kat Dian tu yang paling tak tahan. Cair lembik penyet.

Best. 4 setengah bintang. Kachenggggggggggggg!!

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

Nak tau cerita selanjutnya. Tengok jangan tak tengok.

Lepas tengok movie ni teringin pulak nak makan maggi asam laksa. ;p

‎'Istanbul Aku Datang' shows that a woman is not easy to give second chance to a guy who's cheating her even she loved that guy so much.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, September 9, 2012

Hari-Hari Terakhir Di Perak

Assalamualaikum,

Kisah tak bermoral value langsung. Cuma nak bazirkan masa selama 10 minits je. Hiks!

Roger-roger minggu ni Nayli jalan jalan ke Perak sebab nak teman mama. Kami tak stay kat rumah. Yeeehakk!!

Day 1, Morning



Joms tidur awal malam ni. Semoga mimpi indah =)

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Friday, August 10, 2012

Jom Lepak Di Giant Bila Dah Tak Tau Pergi Mana

 Assalamualaikum,

GIANT adalah tempat yang anak-anak suke sangat pergi. Eh bukan GIANT dalam cerita Doraemon tulah, yang saya maksudkan ialah Hypermarket GIANT. Yes. Sebab kat sini ada playland bolehla hep hep horeyyy yahooooo! Eh anak-anak je ke yang suka? Muehehehehehe!

Eleh mamanyo tu cuba kalau kat sini ada The Curve, Ikea, Pavillion, Mid Valley hado kau nak pergi GIANT hari-hari? MEmang nan hado lahhhhhhh. TROLOLOLOLOL.

Nak beli barang dapur walaupun jarang berasap haruslah ke GIANT. KAlau boring duk uma nak jenjalan pun ke GIANT jugak. Eh nak beli roti la jom pergi GIANT padahal kedai runcit dekat rumah tu berlambak. Sabun dah habis jom pergi GIANT. GAram? Ubat gigi? pendek kata semua nak beli kat GIANT. Sometimes amik sebungkus roti bila part nak bayar tengok orang berbaris panjang kat kaunter. Arghh malas nak beratur letak balik.  Saja. Alasan sebab nak keluar jenjalan pergi GIANT je tu. KAHKAHKAHKAH memang mengada-ngada.

Sebab GIANT tu dah macam rumah kedua budak-budak ni memang patutlah buat macam rumah sendiri. Ahakssss!

Main sama-sama. Jangan gaduh-gaduh. Selalu sangat gaduh. Grrrrrrrrrrr.


Pot-Pet-Pot-Pet-Pot-Pet-Pot-Pet-Pot-Pet



Awatla naik basikal macamtu. Anak sapela ni.

Selain ke GIANT, suka gak pergi TESCO. Oh kat Perak ni rasanya Carrefour tak pernah nampak pun. Mydin pun takde. Tesco Extra pun takde. Speedmart 99 pun tak pernah nampak. Motif utama suka pergi TEsco? Sebab ada ni je la kot.


COOL BLOG arghhh nyaman. Ice Room, Tutti Frutti pun tak pernah jumpa kat Perak ni lagi.Memang takde kot.  Correct me if im wrong hokkay. Hihihihi.



***********************************


Hmmmm dah hafal dah lagu Liana Jasmay ni angkara anak-anak.


Jom kita masuk kelas
Fikiran jadi cerdas
Syoknya tidak terbatas
Tidak terbatas
Jangan terlepas
Oh My English! 
Oh My English!



Ahaks! OkBai!!!

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
 

Monday, August 6, 2012

Shopping Raya @ AEON Station 18, Ipoh

Assalamualaikum,

KAmu, kamu dan kamu dah shopping untuk raya ke? Hmm kenkadang rasa macam nak puase je terus tapi taknak raye. Banyak sangat yang perlu disediakan dan difikirkan. Boleh tak? Hiks!

Last weekend kami ke sini.


Ooo baru tau tempat ni namanya AEON Station 18. Masa first time pergi dulu bila Enchek Husband bawa ke sini layan kan saja janji tempat ni best nama tempat pun tak tau ape.

Nak beli baju raya untuk anak-anak, kasut untuk anak-anak alaa anak-anak je yang nak raya. Macam tu la bila dah ada anak. Part ni takpayah nak buat checklist pelbagai alaa anak baru dua je semua dah setting baik punya dalam otak ni nak beli ape. Kami sampai sini bebetul dah lewat petang sikit lagi dah nak berbuka. Tak singgah mana  pergi booking tempat untuk berbuka puasa dulu.

Baget di hati nak berbuka puasa di Kenny Rodgers berzaman dah tak makan tapi bila waiter tu kata sorry dah fully booked rasa macam nak nangis tew. Sobsssss!

Oklah takpe at last kami  nak berbuka di sini saja sebab waiternya sangatla friendly satu persatu dia explain pasal menu. 



Bila sampai saat berbuka datang balik  semuanya dah siap disediakan atas meja. Alhamdulillah. First time berbuka puasa kat luar untuk Ramadhan kali ni.



TEringat dulu bila makan kat luar boleh order 2 dishes je sorang kongsi dengan papa, sorang lagi kongsi makan dengan mama tapi sekarang cannot anymore. Dah tak cukup anak makin besar makin banyak diorang makan so kena order 3 dishes. Takpe kalau tak habis, mama boleh perabihkan ye. Ngeheeee.

Mama order nasi tomyam request suruh letak 10 batang cili padi biar pedas berapi kaw kaw biar sampai meleleh ayaq hidung makan tapi asal rasanya tak pedas langsung??? Erkssss dah jangan banyak complain orang Somalia tu lagilah kesian tak dapat makan, so mulakan je dengan Bismillah!


Cepat makan lumba siapa makan paling banyak dialah pemenang. Yehaaaaaaa!


Sorang nak makan sendiri, sorang nak mama suapkan, sorang tetiba nak melompat dengan lebih tinggi, sorang tetiba nak tukar kerusi pulak. Sorang itu, sorang ni OkBai ini yang mama segan nak makan kat luar ni. Melayang fork and spoon haaa. Malu mama oh malunye mana nak letak muka ni. Awwwwww.

Candid by Nayli ;p


Lepas dah settle mana yang patut kami memulakan misi cari baju raya la. Anak-anak masih kecik takde masalah sangat kuasa memilih 100% di tangan mamanye. Lainlah bila anak dah besar mesti cakap “alaa mama baju ni tak lawa, ni tak cantik, nak yang ini” yang dia nak tu pulak baju Guess Kids harga 10x ganda lagi mahal dari baju mamanye HAHAHAH teringat pulak masa kecik dulu buat dialog macamni kat mak  tak lama lagi mesti kena kat batang hidung sendiri. Padan muka rasakan. Boooo.

Lepas dah cuci poket papa shopping raya kami cuci duit papa ber’chatime’ pulak. Yeay!! Sebenarnye ini adalah pertama kali saya merasai nikmat ber’chatime’. Jangan gelak sememangnye saya sorang yang ketinggalan zaman sobbss. Bukan ape dulu duduk KL selalu gak nak lepak minum tapi bila tengok orang beratur panjang rasa macam tak sanggup pulak. Dialog lepas tu mesti ‘lain kalilah minum”. Tu yang baru harini merasai nikmat ber’chatime’ tu. Tapi macam tak best je rasanya Cool Blog lagi sedap kot. Erksssss. Ke saya yang taktau pilih drink mana yang best? Ape yang best sebenarnye ek ek ek?

Punyelah syok sampai mata pun jadi kecik.


Sampai AEON nak tutup pun kitorang masih berada di sini. Oklah jom balik Nayli masih steady ber’chatime’, Zara pulak dah flat habis.  Mama nak join Zara gak boleh tak? Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


Apepun beli baju raya untuk 2 anak dara umur dekat-dekat senang je.


Toinkk sama tapi tak serupa. Saiz je yang beza. Senang dari jauh dah boleh kenal. Kamu, kamu dan kamu dah beli baju raya ke? Tak lama je lagi dah nak raye dah oiiiiii. Yabedabedu!!!


************************************************************

Untuk kawan-kawan yang mengenali diri ini chewahhh Insyallah kami akan menyambut raya pertama ni Seremban. Insyallah. So apelagi siapa yang nak merasa air tangan saya masak ketupat, rendang, nasi impit meh la datang rumah. Maklumat lanjut  jom WhatsApp WhatsApp. Mueheheheeeehh!

Thanks for reading.

Sekian.

 Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, July 24, 2012

Menjemurkan Diri Di Pantai Teluk Batik

Asalamualaikum semua,

Ntah papentahkan. BAget haritu masa cerita pergi Jetty Marina nak sambung cerita lagi. Pastu dah lupa. Eh saya ni semakin tua ke or banyak sangat makan kepala ikan ni? ;p Wargh Wargh Wargh.

Jetty Marina memang best la jugak. Dari kawasan tepi pantai kami lepak kat complex areanya pulak. Oh macam-macam ada. Nyaman.

Hmmm ini dia anak-anak zaman sekarang. Nampak je kedai jual tiup belon tu terus suruh papa beli. Nayli said "Satu untuk aya, satu untuk yiyi'. Memang, barang taknak kongsi langsung. Grrrrrrr.

Lepas-lepak sambil teman NAyli and Zara main tiup belon. Lepak lama sikit kat sini best jugak coz tak panas sangat macam kat luar tu.


Mesti korang tak pernah tengok benda ni kan. Canggih betul basikal ni ;p Kat KL tak pernah tengok lagi yooo. TROLOLOLOLOLOL.

Mode: Jakun ahak ahak



Ohoii budak berdua tu pun tak jakun rileks je mama pulak yang teruja habis KAHKAHKAH.

Lepas dah puas berhoorey hoorey dari Kompleks Marina kami ke Pantai Teluk Batik plak. Lupa dah ini kunjungan kali ke berapa ntah. BAnyak kali jugak sampai sini.

Berjalan di Teluk Batik I.

Memandangkan NAyli sangat anti dengan pantai, pijak pasir pantai pun macam pijak tahi lembu tak tahulah lepas ni akan sampai ke sini lagi or tak.  

Hey NAyli mama baru plan nak berkelah di pantai yang indah tew. Spoil saja.

Papa bawa Zara jenjalan, tinggallah mama menemankan anak bertuah bernama NAyli yang takut pijak pasir pantai.

Tengok tu, steady je Zara.


Heaven betul sekali sekala dapat makan and minum no limit ye sayang? Hamboi syoknye dia. Sekali sekala takpe kalau selalu sangat membahayakan kesihatan.



Dah habis. Jom balik. OkBai!


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, April 23, 2012

Menjenguk Payless ShoeSource, Sunway Pyramid Di Hujung Minggu

Salam Monday peep!,

Biasanya kalau berjalan sakan on weekend, Monday baru ada masa nak updated cerita. Yelah kat rumah mana lah ada masa nak update belog, lainlah kat opis memang banyak sangat masa. KihKih. Opsssss!

Biasanya jugak bila tiba hari Jumaat mesti para pekerja mithali macam saya gembira habis sebab weekend dapatlah berehat semahu-mahunya dalam hati selalu dah plan "eee weekend ni tak nak kemana lah, dah puas berjalan sana sini pergi kerja 5 hari seminggu". Tapi biasanya tu hanyalah omongan kosong je sebab bila hari Sabtu or Ahad kaki mesti gatal-gatal nak minta bawa berjalan gak. WakaWaka.

Hello, hello Sunway Pyramid here we come.

Saja nak bawa anak-anak dara kesayangan berjalan walaupun motif utama mamanyo yang nak berjalan ;p

Anak-anak sekarang kalau duduk rumah sepanjang hari mesti jadi gelisah tak menentu lepas tu mulut memanjang "jom jom jom mama". Hamboi mama borek anak rintik betul. Photostat nooo.

Adik dan kakak sama naik main tak nak balik. Tapi adik dan kakak tak main sesama. MAin sendiri-sendiri. Jatuh pun bangun sendiri.







Lepas tu kan. Jeng Jeng JEng.

I couldn't believe when I saw the PAyless shoe store right here in Sunway Pyramid. Fulamak!




Yelah dah banyak kali baca kat belog orang pasal kedai ni. Kesian tau kitew baru first time sampai sini tew. Ada banyak selection untuk dress shoes, wedges, handbags, pumps, accesories and kids section. YEay!!!




Konsep kedai yang sangat bagus sebab customer senang nak pilih mana satu kasut yang berkenan dalam hati. Bukan mak budak je yang rambang mata, budak kecit macam Zara pun rambang jugak! ;p


Melengkap kan misi. Chicken rice shop for lunch.


Mujurlah masa makan ni anak-anak tengah tidur kepenatan. Kalau tak kenalah makan gilir-gilir. HiHi. Chicken Rice Shop memang all time paberet. Kalau order set memang kenyang sampai ke malam la jugak.

Rainbow Delight Dessert. Pun sedap. Haishhh semua lah sedap. Kalau cakap pasal makanan saya memang tak memilih. Tolak batu & kayu ye. WakaWaka.


Biasalah weekend mengabiskan masa di shopping mall je. Ada anak-anak kecik yang sangat menghiburkan hati cemanolah nak jalan jauh-jauh. Walaupun tak shopping beli apa, window shopping pun theraphy yang baik jugak. Betul tak? Hooyeah!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





   

 

Saturday, March 31, 2012

Oh, Oh Candylicious One Utama Lagi

Happy weekeend peeps!

Yahooo! Makcik kayooooo! Slogan hujung bulan bila dapat gaji HiHiHi.Lets shopping till drop. Hooreyy hoorey dengan officemates. The very first thing we did once we arrived One Utama Shopping Complex was to look for FOOD!! Yeay!!! We went to Carls JR for lunch. First time singgah sini.




Yang paling best kat sini saiz burger dia punyela besar. I ordered a hotdog instead. Grrr kata nak diet konon. Cehhh!!




Then mesti tak lepaskan peluang mesti singgah sini. Kunjungan kali kedua. Syok woo!




Special isn't it? All candy under one roof, what a concept-lah. I bet it's another name must be ladies's heaven. Perempuan kan suka makan coklat. Nyum Nyum.

Yeay!!! Chocolate.Lollipop.Chocolate.Lollipop. Bagi saya Candylicious merupakan satu konsep yang mewakili fantasi, kegembiraan dan kenangan zaman kanak-kanak yang telah lama di tinggalkan. Penuh dengan dunia imaginasi macam yang selalu kita tengok dalam television.

Eeee sweet giller decoration kat sini. Colorful.. Below are the pics of the store candylicious. I hope that will keep you hungry. HikHik. JAhatnya.







Heaven kan??? 

Oh oh oh. Excellent.

-- Ahmazhing --




Takkan tengok je ;p 



Self service. Pick sini, pick sana.




Lagi dan lagi.




Then kira berat berapa dan seal sendiri. Senang je!




Kagum. Memang awesome.



Tau tak ape ni? Alaa gula-gula kapas je pun biasa letak dalam plastik besar tapi punyela santekss bila dah di upgradekan dalam bekas Mickey Mouse. So cute!!! Grrrr.

Rasa jadi macam kanak-kana ribena kejap. Ohh La La~!!!

Sekian.


Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Saturday, March 3, 2012

1001 Kisah Di Hari Minggu Bila Dengan Anak-Anak

Its weekend. Yeay!!!

Haaaaaa. Bila weekend boleh la tarik nafas panjang sikit. Lega. Takdela rushing ke sana sini. Everything boleh buat slow and steady je. KAlau weekday pepagi buta start dari alarm clock bunyi mesti kena jadi ala-ala superwoman tebabooo. Masak bubur, pam susu erkss macam-macam lagilah.

Pepatah orang tua kata kalau lepas mandikan anak bedak kena sapu kat muka ala-ala opera cina. BAru tanda dah mandi. Wanginya anak siapa la ni. KihKihKih.



Takpe bedak memang banyak dapat hadiah lepas bersalin hari tu pun ada yang tak habis guna lagi.

Toy ala-ala gitar Kurt Cobain la konon ni pulak dapat masa NAyli buat muka seposen masa pergi The Store haritu. KAlau sebab bukan muka seposen dia, sebarang pembelian mainan baru memang dihentikan buat seketika. Apa taknya, dah berbakul-bakul toys dari zaman Nayli lagi semuanya pun habis manis sepah dibuang. Lepas seminggu, semuanya di campak-campakkan tinggal la berhabuk sebab tuan dah tak ambil kisah.

Its weekend bebeh. Chillin' like a rock star yahoo! 


Pepatah orang tua jugak ada kata melentur buluh biar dari rebungnya. 

MAsih rebung lagi ni. Rajin anak mama rajin yeyeye. Biasalah time weekend la nak basuh baju setinggi Guning Everest HiHiHi. Nasib baik ada assistant. Angkat kain jemuran, hujan dah nak turun.




Lepas sapu mop lantai pulak ye ;p



Ye memang betul sesangat. Melentur buluh biar dari rebungnya.

Study! Study! Study! Bagusla suka membaca nanti cepat pandai. Insyallah.





Jangan terlebih sudah. Haipssssss!




Alahai kesiannya.

KahKahKAhKah! Jangan telefon Teledera ye sayang. Nomnomnomnomnomnom.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Zara & Nayli ;)