Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, June 19, 2012

Eh Rupanya Bandar Ipoh Not Bad Laaaaa Jom Pergi AEON Mall ;p

Assalamualaikum semua,

Wah suasana syok masih menyelubungi diri. Mestila syok ape tak syoknye bangun pagi sukahati la pukul berapa takde punch in punch out, walaupun orang kata jadi FTHW lagi penat dari bekerja bagi saya ntahla tak jugak. Bekerja pun penat weh dahla kena bangun awal pagi siap keperluan anak ke nursery balik lewat petang kalau jalan jammed Masyallah memang stress ambil anak pulak lagi fuh sama je. Rasanya word yang paling tepat yelah boring. Ya, BORING. Bagi saya la bagi orang lain no comment yawww. Hihihihi.

Saya tengah cuba men'transform' diri saya menjadi puteri lilin awww awww. Percaya tak last week direct 6 hari duk uma tak keluar langsung kecuali nak jemur baju ada la keluar sikit lepas pintu rumah, bayangkanlah sehari equal to 24 hours kalau 6 hari terperuk kat rumah dah 144 hours fulamak alamat tak lama lagi putih melepak la kulit aii u olls tak payah pakai Loreal Perfect White lagi KAHKAHKAH *BooTakLAwakLAngsung. Sekarang masanye untuk rileks buat mandi lulur manicure pedicure *arghhh mengada la. Oh tenang. Cuma bila tengok wallet banyak sangat coins baru rasa tak berapa tenang ;p

Hari yang ke tujuh terpaksa keluar rumah *Arghh banyakla terpaksa padahal paksa Enchek Husband bawa keluar jalan-jalan. Yeyeyeye nak jalan-jalan itu Nayli yang kata bukan mama! ;p

Masa nak keluar blur la jugak yelah biasanya dah ada idea nak pergi mana "jom pergi IKEA nak makan meatballs la" takpun "pergi One Utama best jugak ada sale sekarang ni" Sekarang ni eh nak pergi mana ye arghh lantakla tak kisah pegi mana pun janji dapat keluar tengok dunia luar. Hihihi.

Nak bagi anak dara duduk diam kene bagi yang best-best baru diorang boleh rasa lagha. Lagha lama-lama ye sayang sampai ke destinasi tau mama nak rehatkan minda jap. Phewwww.



Cik adik manis nak pergi mana ni?? Hamboi dengan accesories penuh satu badan *PitamMakHang. KAHKAHKAH.




Kan best kalau duduk diam bersama berdua macamni sampai balik ;)



Kami pergi ke shopping complex AEON yang terletak kat Ipoh. Oh Jusco dah tukar jadik AEON ye. Kesian tak tau pun. Shopping complex ni rasanya baru lagi kot. Masa kami sampai ke sini perasmiannya pun belum di lakukan lagi. Bakal dilakukan 2 hari lagi. Daulat Tuanku.




Tak sangka. Oh bebeh oh bebeh kat sini ada COTTON ON. Bukan mamanye je yang teruja anak mama lagi teruja lari lagi laju dari mama.

Nayli, tunggu mama mengah ni haaa.



Fulamak kagum lagi jugak lagi besar dari kat The Curve or One Utama.





Siapa yang nak shopping sebenarnye ni sayang????? Glurpssss. Oh suka kat kasut ye nak jadi Emelda II ke sayang.




Guess, Mango, Esprit macam-macam kedai ada disini. Kedai all time peberet saya pun ada. TAk sangke. Maybe sebab shopping mall ni baru kot. Dulu masa pergi Ipoh Parade takde ape sangat pun.

FOS. Oh Laa~ Laa~



Daiso semuanya 5 hengget. Oh Daa~ Daa~




Senduk pink. Aku hado ko hado? Ini kalau ada kat dapur ni gerenti kuasa memasak saya bertambah sehingga 100 horse power. TROLOLOLOLOL.



Mata sepet.


Padini. Oh Yaa~ Yaa~




Lepas tu stop kat food court. Tak banyak sangat pilihan tapi oklah perut dah lapar seyhhh.




Last sekali kami ke Pusat Hiburan Keluarga. Kena tukar nama kot jadi Pusat Hiburan Kanak-Kanak kot sebab mama and papa tak terhibur langsung. Hamboi semua nak naik ye sekali naik pakai 2 token, satu token dahla mahal giller sehengget. Grrrrrr.


video


Nampak sangat tak challenging bagi mereka berduakan. Tunggu nanti kita ajak papa naik Roller Coaster Corkscrew pulak ye anakanda-anakanda mama.. Awwww.

Till then. OkBai!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p









No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~