Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Jangan Lepaskan Peluang Redemption Drypers Program 1st January 2013 - 30th June 2013

Assalamualaikum dan hello,

Sebenarnya rasa hampa dan kecewa sikit teww.


Saya dah kumpul banyak giller barcode Drypers sebab nak redeem barang free untuk Redemption Drypers Program 1st July 2012 - 31 December 2012. MAsa tu berangan nak redeem beg kaler pink. Eh cutelah. Eh comelnya. Best best sebab penat lelah beli pampers untuk anak-anak akhirnye terbalas jugak. KAHKAHKAH! Penat lelah leww sangat....

Malangnye last-last minute masa nak submit form end of December 2012 haritu borang penyertaan dah hilang ntah ke mana. Habis dah korek serata pelusuk dunia tapi tak jumpa. Tanya Nayli & Zara ada amik tak diorang cakap. "Adee mama, tapi dah buang dalam dustbin" Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

So usaha mamanyo nampaknye berkecai lah di situ. Barcode yang bebanyak tu rasa macam nak baling dalam tong sampah dah. Frust mengonggeng. Sobsss!

Tetapi... Jeng Jeng Jeng...

Kini ada lagi penyertaan untuk redeem hadiah dari Dryers. Contest dah bermula 1st January  2013 - 30th June 2013 tapi baru dapat form by post last week. Cari punye cari mujurlah barcode yang saya collect untuk penyertaan last year masih tersimpan rapi lagi. Phewwwww.

Dateline lambat lagi tapi saya nak submit awal lagipun barcode yang saya simpan dulu untuk penebusan memang banyaklah jugak. Reason nak submit awal sebab ni lah... hehehehe.....




Ada hadiah istimewa free 6 pcs drypers DRYpantz untuk peyertaan yang dihantar sebelum 28th February 2013. Yeay!!

So selain hadiah yang saya nak redeem tu saya akan dapat FREE 6 drypers tu. Rasa-rasa kali ni nak redeem apa ye....




Oklah rerasa macam nak redeem Newlife Lunch box 260 points macam best jugak nanti boleh bagi NAyli bawa bekal  makanan pergi sekolah. Kalau nak redeem Simple Dimple Diaper Back Pack lagi best sesangat tapi macam tak cukup barcode la pulops. Heeeeeeee.




Total 261 points. Yahoo!




Posted!


So mama-mama sekalian siapa yang beli Drypers jom redeem barang-barang yang ada. Tarikh tutup 30th June 2013 lama lagi masih ada banyak masa. Saya baget pun nak kumpul lagi barcode sebab nak redeem beg pack tu pulak. Heeeeeeeee. Yeay!

Sekian


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Wednesday, November 28, 2012

Bestlah KFC Dah Ada Delivery Service Hantar Sampai Depan Rumah

Wah mantap sudeyh.

Untuk sesiapa penggemar fast food KFC menjilat jari ada berita baik tau yeyeyeye!! Lagi lagi sekarang ni musim hujan kan uolls malas nak keluar rumah, perut pulak asyik lapar je. Deng Dong Deng Dong.

Bukannya available untuk semua tempat ye, limited areas only. Cekidaud ;p


Syaratnya order must more than RM15.00 dan delivery fee is RM3.00.

Operation hours: 10.30 pagi - 11.00 malam.

Untuk order yang melebihi RM200, sila call 2 hours in advance.

Apaaa??????????????? Kena boikot KFC jugakkk???

Siapa nak boikot, boikotlah siapa nak makan, makan. Jangan sekarang  nak boikot KFC lah, MCD lah kang habis cerita kat Gaza pergi drive thru pulak. TAk baik tau angan-angan taik kamben.

Yang penting sembahyang 5 waktu jangan tinggal. Tempat anda ada delivery tak? Tempat saya takde lagi. Sobssss.

OkBai!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, November 25, 2012

Jom Tengok Twilight Breaking Dawn - Part 2

Lama dah tak tengok movie. Bila ada movie best barulah pergi kan kan kan. Jom tengok aksi pontianak pulak. Yeay! 

Bagi sesiapa yang tak mengikuti filem ini dari awal, Twilight Saga adalah sebuah siri filem vampire ataupun pontianak yang bertemakan romantik dan fantasi yang ditulis oleh penulis Stephenie Meyer.

Yabedabedu!! 




Sinopsis filem Breaking Dawn Part 2

Breaking Dawn Part 2 mengisahkan selepas kelahiran Renesmee, keluarga Cullens mengumpulkan kelompok puntianak lain dalam usaha mempertahankan kanak-kanak itu daripada dakwaan palsu, yang membawa mereka ke hadapan pengadilan Volturi.

Tahun lalu, Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 memaparkan kisah Bella Swan dan kekasihnya, Edward Cullen, akhirnya berkahwin selepas menempuh pelbagai halangan baik daripada suku puntianak dan serigala jadian.

Biarpun Bella, lakonan Kristen Stewart adalah manusia biasa dan Edward (Robert Pattinson) daripada puak puntianak, demi cinta sejati mereka sanggup bersatu.

Bagaimanapun, apa yang menjadi masalahnya apabila Bella disahkan hamil, anak dalam kandungannya itu pula mesti digugurkan kerana ia boleh mengancam nyawa Bella.

Namun Bella enggan kehilangan bayi itu. Apabila dia berada di ambang kematian, Edward tiada pilihan selain menjadikan Bella puntianak sepertinya.


Kali ini percaturan mereka berdua sampai ke detik paling genting. Bella cuba menyesuaikan dirinya sebagai puntianak dan cuba melindungi anak mereka, Renesmee, daripada ancaman pihak musuh yang mahu membunuhnya.


Pada masa yang sama, seorang lagi kekasih hati Bella, Jacob, serigala jadian lakonan Taylor Lautner, sentiasa mengawasi gerak-geri Bella dan anaknya pada setiap masa.

Mampukah Bella, Edward, Jacob dan Renesmee berdepan semua ancaman yang datang? Jeng jeng jeng.


Jawapan ini akan terungkai dalam episod akhir Twilight yang diadaptasi daripada novel terkenal tulisan Stephenie Mayer. So siapa nak tahu kisah selanjutnya tengok jangan tak tengok ok.


Komen saya lepas tengok movie ni ialah starting filem bosan sikit. Eh sikit jelah. Agak kurang konflik berbanding yang terdahulu. Semua watak baik je. Orang jahat pun nampak baik. Cemano tu? Rasanya paling best masa watak bertempur. Best giller dan menarik tengok diorang patahkan leher, geget sana sini. Grrrrr. Paling geram masa pertempuran tu ialah............

Eh taknaklah story mory tengok sendiri ye nanti spoilkan mood je untuk sesiapa yang tak tengok movie ni lagi. Wauuweee!

Tengok jangan tak tengok tau. OkBai!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Friday, November 23, 2012

Lapangkan Dada, Bersihkan Hati dan Tenangkan Jiwa

Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari,

Jom kita cerita pasal marah.

Marah itu adalah sesuatu yang normal. Kadang kadang bila kita marah pada seseorang memang sukar nak memaafkan orang itu. Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik terutamanya perempuan yang sangat kaya dengan perasaan dan bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar walaupun tidak bermaksud berbuat demikian.Sememangnya bukan mudah untuk menjadi pemaaf. Sikap negatif yang kawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam diri seseorang.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).

Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia. Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan, dimalukan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Kalau boleh jangan terpahat di hati kita ungkapan... "aku ni susah sikit nak maafkan orang" . Selalu cuba nak buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Cuba tanamkan sifat pemaaf dalam diri. Saya pun selalu mencuba ke arah itu. Insyaallah.

Bila tengah marah sesuatu yang logik dan dirasakan betul tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Tindakan marah melampau, mempengaruhi orang sekeliling supaya mempercayai apa yang kita cerita dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. 

Sesiapa saja berupaya menahan kemarahan dan mengakui kesalahan lampau walaupun mengaibkan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah dan sukar mengaku kesalahan sendiri adalah golongan yang lemah. 

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.

Menjauhi maksiat juga dapat membantu melapangkan hati sebab maksiat adalah penyebab kekeruhan jiwa, kegelisahan dan kegelapan hati. Dengan maksiat itulah yang membuatkan hati dan dada kita menjadi sempit,  jiwa tidak tenang, sentiasa menyalahkan orang lain dan marah.

Sabda Rasulullah SAW ; "Sesungguhnya orang mukmin itu bila dia melakukan satu dosa, akan wujudlah satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat serta meninggalkannya serta beristighfar, titik itu akan hilang daripadanya. Jika dia kembali melakukannya, titk hitam itu akan bertambah, sehingga menebal dihatinya. Itulah tutupan yang disebut Allah dalam Al-quran." (Al-hadis)


Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan oleh orang alim agar kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa semoga orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. Insyaallah. Kerana sesungguh kesalahan dengan Allah itu lebih mudah untuk kita memohon keampunan kerana memang sifat Allah Maha Pengampun tetapi kesalahan sesama manusia susah untuk di selesaikan tetapi jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini. Sama-sama kita amalkan InsyaAllah

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Iaitu sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Itulah kebahagiaan yang sebenar.

"Forgive but not forget, or you will be hurt again. Forgiving changes the perspectives. Forgetting loses the lesson." [Paulo Coelho]



Waallahualam.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, November 20, 2012

Bestnya Selain Nuffnang Boleh Juga Buat Duit Melalui Exabytes

Assalamualaikum kepada blogger tegar dan tak tegar,

Saya ada sedikit berita best yang boleh dikongsikan kepada semua. Yelah orang kata sharing is caring. Mungkin jugak saya ni ketinggalan ketapi zaman tapi nak habaq mai jugak tak kira. Yeah yeah.

Last week rajin berblogwalking terjumpalah satu entry lupa pulak kat blog mana.

Nak tau tak tak tak selain dari Nuffnang anda juga boleh mendapat income melaui Exabytes. Tett! Tett! Cuba roll ke atas sikit nampak tak iklan tu? BAru je pasang  teww. Awwww.

Boleh buat duit rupanya dengan Exabytes ni. Syaratnya mudah saja. Tak susah sangat. Blog anda haruslah mempunyai sekurang kurangnya 300 pengunjung setiap hari.

Siapa yang berminat email kepada:

marketing@exabytes.com.my

Dan nyatakan anda berminat untuk bekerjasama dengan mereka dan emailkan sekali screenshot blog traffic anda for past 2 months for further evaluate.

Screenshot Blog Traffic = Stats > Audience

Kalau permohonan anda berjaya dapatlah reply dari Exabytes seperti ni. Masa ni boleh tersengih sampai ke hidung kalau dapat cheque baru boleh tersengih lebar sampai telinga.



Lepas anda email details seperti yang dikehendaki eg: full name, address bla bla bla, Exabytes akan menghantar script banner untuk dipasang pada blog anda dan tunggu jelah Insyalah cheque pun akan sampai ke rumah anda beberapa minggu lagi. Orang cakap paling lama 6 minggu tapi biasanya lebih cepat dari itu. Yeay!

Service sangat laju macam roket kalau anda email on working days, Exabytes akan reply within the same day, tak lebih dari 3 jam pun.

Woww best jugak pengiklanan di internet dah terbukti boleh buat duit terutamanya melalui blog. Dari hobi suka-suka menulis boleh dapat side income. Siapa taknak duit tak kisahlah berapa pun. Apapun kalau ada rezeki, adalah kalau takde diam diam sudah.

Kisah Duit Poket Dari Nuffnang. Yeay! ;)

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p


 

Friday, November 16, 2012

Siapa Nak Free Egg McMuffin McDonalds Pada19th Nov 2012

How many of us skip breakfast?

Mana boleh skip, breakfast tu kan penting sebagi power start our day with energy. Rasanya semua orang tahu tapi masih nak skip breakfast.

Ok Ok. Fine. Jangan nak membebel pagi pagi ni ye.

So pakcik, makcik, kakak, abang, nenek, atuk dan kawan-kawan sekalian.

Jeng Jeng Jeng. Bersedia untuk berlari laju pada hari Isnin 19 November 2012 nanti kerana.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Percuma Egg McMuffin untuk 1,000 pelanggan yang terawal di setiap restaurant Mc Donalds yang terlibat. Yeay!

Pada 19 November 2012 sahaja. YEay!

Dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi. Yeay!

Tiada sebarang pembelian atau kupon diperlukan untuk menikmati Free Eg McMuffin ini. Yeay!

Tawaran hanya untuk pelanggan yang makan di restaurant, bawa pulang dan drive thru saja, mc delivery tak boleh. Yeay!


******************************************************


Perghh telur segar dari ladang, keju kemasan yang berkualiti tinggi dan kepingan ayam yang diapit dengan English Muffin yang segar dibakar.

Demimu lautan api pun sangup ku redah. TROLOLOLOL.



HAri Yang Indah BErmula Dengan Sarapan Yang Hebat. Jangan lupa mark kat calender teww.

I'm lovin' it. Yeay!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1434 H

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 1434 Hijrah diucapkan untuk semua. Esok kita akan menyambut Maal Hijrah iaitu hari di mana segala catatan amalan kita untuk hijrah kita kali ini di"angkat" dan diserahkan kepada Maha Pencipta kita Allah SWT lalu diganti 'buku catatan amalan' yang baru.

Saya ingin meminta maaf kepada semua sama ada yang mengenali diri ini ataupun tidak. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua di dunia dan akhirat.

Bila masuk tahun baru bermakna usia pun makin bertambah tapi ianya cuma tambahan sehari berbanding semalam. Wajah semalam dan hari ini sama je tiada beza yang ketara.

Apa pun tahun baru akan tiba setiap tahun. ia tidak akan membawa erti jika kita hanya membanding apa saja dengan hari semalam. Hakikatnya ia hari hari yang biasa yang pasti beredar.



Maka bermulalah buku baru.  Semoga kita semua mendapat keberkatan dan diberkati Allah SWT. Amin.

Doa akhir tahun dibaca selepas Asar (sebelum Maghrib). BArangsiapa yang membaca doa ini, syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini"

Doa awal tahun pula dibaca selepas waktu Maghrib pada bulan Awal Muharam.

Semoga tahun baru lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyallah. Salam maal hijrah kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Sekian

Selamat Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Saturday, November 10, 2012

Cara Mendidik Anak-Anak Zaman Moden

Assalamualaikum semua,

Dulu saya tak begitu memahami kenapa mak dan abah agak menyekat kami adik beradik membesar dengan kemewahan meskipun mereka mempunyai harta yang lebih dan mencukupi untuk kami hidup dengan lebih selesa. Rupa-rupanya kepayahan dan sekatan yang diiringi dengan kasih sayang inilah yang banyak membentuk sikap semasa dewasa.

Saya membuat kesimpulan bahawa formula mendidik anak-anak dengan kemanjaan dan kasih sayang harus diaduni secukupnya dengan ketegasan dan susah payah agar mereka memiliki jati diri yang tinggi dan ketahanan jiwa untuk meredahi apa jua cabaran hidup di masa depan. Insyallah.

Tertarik dengan kata-kata sasterawan negara, anak-anak akan cacat dengan kemewahan. Susah dan payah perlu dirasai oleh anak-anak, terlampau selesa akan menjadikan mereka lemah.

Inilah anak-anak saya yang sangat ohsem Zara Amani dan Nayli Dayana.


Umur mereka rapat. Masa si kakak berusia 1 tahun 4 bulan dah dapat adik. Sekarang si kakak genap 3 tahun si adik dah 1 tahun 8 bulan. Yeay!!!

Tahun pertama membesarkan mereka berdua tersangat tough. Seryes. Mama yang bekerjaya dengan dua anak kecil memang sangat mengundang kesabaran. Letih tak payah cerita.

Itu cerita lama. Mereka berdua semakin membesar. Kini dah jadi kawan baik. Tak dapat bayangkan kalau si kakak masih seorang diri takde kawan untuk bermain, bergaduh dan juga gelak-gelak mesti asyik kacau mama je kan. Ermm Nayli tak suka main barbie doll baik yang comel berambut panjang mahupun doll murahan yang tak comel langsung berambut serabai. Waka waka. NAyli suka main dengan kawan. Ya, yang boleh diajak berlari satu rumah sampai berpeluh ketiak ;p

Sekarang ni mama adalah segalanya bagi mereka, yang selalu mendapat tempat di hati mereka. Mamalah yang paling cantik, mamalah yang paling baik, mamalah yang paling pandai.
.
Bila dah besar? Ntahlah. Hopefully mama tetap idola mereka sampai bila-bila seperti mana mama sentiasa jadikan kamu berdua idola mama sampai bila-bila.

Shopping is the best thraphy. Memang itu lah yang paling syok mestilah kita bertiga mama-nayli-zara kan girls power. Tak banyak kerenah sangat kalau teman mama beli gloceries.



Bestnye pergi Giant. Pantang nampak.




Hari ni mama malas nak masak so kami makan roti jewww. Lapar tau tak. KAHKAHKAH.




Kalau dah penat sangat tidur tegak dalam troli pun boleh. Zzzzzzzzzz.




Kalau ada masa bawa mereka pergi playground. Happy. Sebab kakak berat 15kg si adik pulak berat 10kg kalau main jongkang jongkit asyik si kakak je la yang kat bawah. Ahak tak balance langsung!!



Apa yang si kakak nak main pasti si adik pun nak main jugak begitulah sebaliknya. 

Yang sikit sama di rasa. Share sama-sama. Part makan kat luar pun oklah. Sometimes behave sometimes melompat dengan lebih tinggi terpelanting fork and spoon. Arghh itulah dia kanak-kanak nak membesar. Part makan mereka tak berapa ada masalah cuma sekarang ni mama sedaya upaya mengajar mereka makan pedas sebab mama adalah die hard fan masak lemak cili api no 1 ye. Arghh asal nampak kemerah-merahan je dah start geleng kepala cakap "podaihhhhhhhh" Aikk mana belajar bahasa nogori ni sayang? Orang nogori wajib belajar makan pedas. HewHewHew.

Mama borek anak mestilah kena rintik la. *mata pandang atas, tangan kat bahu. Oh La La~


Menurut pakar motivasi Dr Hassan Ali pula, jika inginkan kebahagiaan sehingga usia tua, jangan tingalkan ilmu agama. Didiklah anak dengan ilmu agama dan dunia sama rata kerana pada zaman ini ilmu agama lebih penting kerana cabaran dan dugaan persekitaran untuk anak-anak kita lebih mencabar. Insyallah hanya ilmu agama yang dapat selamatkan anak-anak kita.

Terdapat 40 kesilapan ibubapa biasanya dalam mendidik anak-anak:

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Memang teringin mendidik anak-anak hidup berdikari, tapi kadang-kadang tak sampai hati. Harap mereka tahu menghargai dan bersyukur. Apepun jangan lupa memeberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.



***************************************************


Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.                                                                      (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.


Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.

Lalu Rasulullah SAW berkata : Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.               (Maksud Al-Hadith )



Mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. Wallahualam semoga dijauhkan.

Thanks for reading.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Thursday, November 8, 2012

Gurauan Yang Sangat Kejam Dari Seorang Suami

Assalamualaikum,


Perghhh memang tak jadi nak makan walaupun perut rasa laparrrrrrrr.
Insiden yang sangat kejam masa beli makanan tadi. Ada seorang ibu datang bawa dua anak makan. Anak pun kecil kecil lagi. Kelihatan si bapa duduk jauh didepan. Bila ditanya kenapa duduk jauh. Jawapannya : Nak pandang pun tak ada selera ditujukan untuk isterinya. Wallaweh padayappa sungguh.

Tafsiran saya :
1: Mungkin si isteri bukan orang kaya dan tak berduit. Dia hanya dianggap beban pada suaminya kerana perlu ditanggung seluruh hidupnya. Jadi dia dibenci suami. 

2: Isteri semakin tak cantik sebab dah makin tua dan lepas melahirkan anak badan dah pun jadi macam ikan buntal. Ini menunjukkan betapa tak ikhlasnya suami menyayangi isterinya seadanya dia. Tak menghargai pengorbanan isteri lepas lahirkan anak untuk dia. Ingat senang ke mengandung dan melahirkan anak haa?



3: Suami bergurau. (Gurau bangang tak kene tempat namanya)


4: Tafsiran saya : Lelaki mcm ni mesti dah banyak kali lukakan hati bininya. Sentiasa berusaha mencari si garik yang lebih manis.

Saya tengok je muka bini dia tadi. Apa yang saya rasa walaupun dia senyum sehabis daya untuk tahan sakit dan malunya dia tapi masih nampak bayang bayang air mata dalam hati dia. Mesti hancur sangat hati ialah bila suami sendiri tergamak nak burukkan isteri sendiri. Tapi dia masih perlu bertahan sebab anak-anak. Biar diluka banyak kali dia masih dan masih perlu bertahan demi anak anak walau dia tahu sampai masanya sbg seorang wanita dia juga berhak utk buat keputusan utk dirinya sendiri.
Untuk semua bergelar suami. berpada-pada bila menyakiti hati isteri. Doanya waktu teraniya adalah doa yang dimakbulkan. Isteri tu bukannya minta duit berjuta cuma keikhlasan menerima dirinya sedanya.
Untuk isteri itu : andai satu hari kamu ditinggalkan seperti sampah, ingat saja Allah sentiasa ada untuk menyayangi kamu walau betapa hinanya kamu dimata manusia itu.
Teringat pada bicara semanis kurma : Bila Allah uji kita dengan suami yang kurang bertanggungjawab, Allah beri rezeki lebih pada isteri supaya walau bagaimana sukar pun hidup masih boleh diteruskan. Kasihnya Allah pada wanitakan.

Insyallah.


********************************************************


Diceritakan pula, seorang sahabat bernama Hakim bin Muawiyyah bin Hidah al-Qusyairi r.a pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah SAW bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.” - hadis riwayat Abu Daud.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).” – surah al-Talaq ayat 7.


Dalil-dalil ayat al-Quran dan al-Hadis i ini adalah antara bukti seorang suami WAJIB dan MESTI bekerja dan berusaha untuk menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anaknya, tidak kira si suami berada dalam apa jua keadaan sekalipun. Malah jika suami seorang yang cacat anggota, tanggungjawab mencari nafkah keluarga tetap wajib dan mesti, bezanya memadai diusahakan menurut dayanya.

Semoga bermanfaat.

Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Wednesday, November 7, 2012

Jom Ramai-Ramai Daftar Untuk Mengerjakan Haji

Alhamdulillah walaupun di kira lambat tapi masih berpeluang mendaftar haji di Lembaga Tabung Haji.

Sebagaimana tercatat dalam sebuah hadis daripada Ibn' Abbas RA bahawa RAsulullah SAW bersabda:


“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Dulu ingatkan asal buka akaun di Tabung Haji akan secara automatik akan daftar haji tapi rupanya tidak. Untuk info bayaran minimum untuk membuka akaun tabung haji adalah sebanyak RM10.00 sahaja manakala bayaran minumum untuk membuka akaun tabung haji dan mendaftar  haji adalah sebanyak RM1,310.00.

Lepas selesai mendaftar staff di kaunter bagitahu ikut kiraan tahun 2054 turn saya menunaikan haji. 41 tahun lagi. Glurpssssss.


Tapi janganlah takut itu cuma angaran saja mungkin rezeki kita untuk menjadi tetamu Allah lebih awal dari itu. Dari info petugas di Tabung Haji itu, bayaran haji untuk muassasah adalah sebanyak RM9,980.00 manakala untuk pakej bermula serendah RM21,000.00.

TEMPAT BERLEPASDEWASA (15 tahun ke atas)15 tahun ke bawah
Semenanjung Malaysia
RM  9,980.00RM 9,011.00
Sabah
RM 10,110.00RM 9,141.00
Sarawak
RM 10,065.00RM 9,096.00


Ibadat haji merupakan fardhu ‘ain ke atas setiap orang Islam yang belum menunaikannya dan memenuhi syarat-syarat wajib haji. Kewajipan haji itu ditunaikan sekali dalam seumur hidup. Biasanya selepas mendaftar untuk menunaikan haji,  kita akan menunggu giliran selama 10-15 tahun. Insyallah.

Petugas di Tabung HAji itu juga memberitahu sekarang ni pun dah ada skim caruman mendaftar haji dengan menggunakan caruman KWSP. Syaratnya mudah saja mesti ada minimum RM1,300.00 di akaun 1 KWSP dan berumur tidak melebihi 55 tahun dan beragama Islam. Pendaftaran juga boleh dilakukan di Bank Rakyat dan Bank Islam. Jangan lupa bawa MyKad dan penyata KWSP ye.

Yang paling penting kena konsisten menyimpan duit dan bermula dari sekarang membuat persediaan mencari ilmu untuk menunaikan Rukun Islam yang ke lima.

Jom kawan-kawan semua daftar haji. Semua orang memang bercita-cita ke sana tapi kadang-kadang tertanggguh untuk daftar di Tabung Haji kerana sibuk. Perlu diingat lagi lambat daftar, lagi lambatlah giliran kita. Sekurang-kurangnya bila kita daftar, ditakdirkan Allah SWT kita meninggal dunia sebelum sempat menunaikan rukun Islam yang kelima atleast kita dah daftar haji cuma belum mendapat panggilan untuk mengerjakan haji

Wallahualam.


 وَلِلهِ عَلَى ﭐلنَّاسِ حِجُّ ﭐلْبَيْتِ مَنِ ﭐسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً ج وَمَن كَفَرَ فإِنَّ ﭐللهَ غَنِىٌّ عَنِ ﭐلْعَٰلَمِينَ

Dan Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadah haji dengan mengunjungi rumah Allah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada sekalian alam.


Semoga bermanfaat untuk makluman kita semua..

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, November 6, 2012

Menyusukan Bayi Mampu Menurunkan Berat Badan


Demoxxxx?? Obesiti? Berat Badan Berlebihan?? Dagu Berlapis-Lapis Macam Kuih Lapis??? Baju tak muat???

Ooooooo TIDAK!!!!

Yes, masalah berat badan ini amat sensitif dalam kalangan wanita. Ada juga ramai wanita di luar sana yang mencuba pelbagai produk pelangsing yang ditawarkan dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk masalah ini. Sudah menjadi lumrah, boleh dikatakan semua wanita berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang walaupun dah beranak pinak. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. KAHKAHKAH

Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun lainlah kalau dah faktor genetik makan banyak manapun badan tetap kurus macam plywood.  Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.


Kesabaran menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang diberi kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Wowww!! Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. 

Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Banyakkan jua aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.

Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.

Yang paling penting hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.


Apepun saya memang sangat bersetuju dengan statement menyusukan baby dapat menguruskan badan sebab saya  tak perlu berjogging, naik tangga turun tangga, berjalan kaki setiap hari, tak payah beli ubat kurus yang mahal-mahal, pakai Premium Beautiful wakakaaka tapi saya masih boleh memakai jeans sewaktu anak dara dulu. TROLOLOLOL. But i'm not motivator yang patut dijadikan panduan untuk sesiapa yang ada keinginan nak kurus. Saya cuma tulis ikut pengalaman je, kalau ada yang tak setuju pergi  tulis pengalaman ko kat blog ko jangan kondem pengalaman aku. KAHKAHKAH emo la pulak apa kes ni? Bhahahahaha.



Breastfeeding bukan saja bagus untuk bayi kerana tiada yang lebih baik dari susu ibu tetapi juga baik untuk mamanya yang nak kurus sebab sememangnya manusia terutamanya wanita selalu mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik. Kan? Kan? Kan?


Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Saturday, November 3, 2012

Uniknya Majlis Pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle


Memang lain dari yang lain. Majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle dilakukan di Flamingo by The Lake di Hotel Flamingo. First time tengok orang nikah tepi tasik. Jakun kejap. KAHKAHKAH.


Baju Diana pun simple dan unik macam orang Indon kan. Sederhana je. Sweet.

Nikah pun dilakukan atas kerusi di tempat terbuka.




Bersederhana sungguh. Nasib baik cuaca baik. Tapi pengantin kena berpanas sikit ok jugak dapat vitamin D wallaweh.

Memang sangat lain dari yang lain. Simple double thumbs up. Tahniah!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p