Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Showing posts with label Check-Up. Show all posts
Showing posts with label Check-Up. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Cucuk 5 Bulan. Awww

Kami ke klinik kesihatan lagi. Check up the babies. Yelah 2 IN 1. Tu yang untungnya ada anak-anak kecik. Angkut dua-dua sekaligus. Hiks!

Hi, umur shaye 5 bulan. Shaye dah 6.7 kg.


Bila berat baby Zara naik, naik dan naik, membesar dengan susu ibu sahaja saya sebagai mama rasa tersangatlah.................... YAhoooo!!!!!!


For info, immunisation shot untuk kanak-kanak adalah sampai umur 1 tahun 6 bulan je. So untuk Nayli memang dah settle lah semuanya. Tapi kalau kat klinik government check up lepas 1 tahun 6 bulan masih ada. Suka hati parents nak bawa ke taknak tapi sebab alang-alang nak bawa baby Zara pergi check up so continue je lah. FOC je pun.  Cuma check up untuk NAyli sekarang ni adalah 3 bulan sekali. Hari ni for Nayli cuma timbang berat dan nak minta cream sebab leher dia ada ruam sikit. Maklumla berlipat-lipat. Pada umur 2 tahun NAyli akan start rawatan makan ubat cacing pulak. Awwwwww.

Sudah ke anak anda mengambil imunisasi yang sepatutnya ceh macam iklan kesihatan pulak.




Seronoknya minah tu. Paling kecik tapi ingat macam paling besar. At 1 tahun 9 bulan berat dah 12.1kg. Patutlah tangan mama dah keluar otot-otot macam Malek Noor bila dukung Nayli. Fuhhhhhh.




Mama dan papa apelagi. Sorang kena jaga baby Zara sorang lagi kena monitor kak NAylilah.

Besarnya nganga !!! Happy. yeay!!!


    


Seronoknya dia. Lepas satu-satu. Nasib baik tak banyak sangat games kat sini. KAlau tak mati kutu jugaklah dah la sahur tadi kantoi. Adusss.



RAsanya imunisasi 5 bulan ni yang paling power kot. Zara menangis sampai ke parking kereta. TAk pernah pulak macamni. Mungkin dah makin besar so dah tau rasa sakit. Alahai ciannya.



Hopefully tak demam. Anak mama kan kuat. Yeay!!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, May 9, 2011

Check Up Nayli & Zara

Bila ada anak-anak yang kecil semua benda buat sekaligus je.

Today masuk office lambat sikit sebab nak pergi check-up 2 IN 1. Yeay!

Si kakak dah 1 tahun 6 bulan
Si adik pulak dah 2 bulan.

Sampai-sampai je klinik Nayli dah rambang mata. Dah nampak gelungsur & buaian haruslah rasa seronok. Kanak-kanak riang ria memang macam tu.

Mula-mula malu2 ayam. Lalalalalala~


Lepas tu majlis suai kenal pun bermula.


Lepas tu dah tak malu dah. Main sama-sama. Yeay!!!



Tapi Nayli ada sedikit bersifat diktator. Harus dia yang di depan. Yang lain kena tunggu. Wohoooo.

Adik Zara Amani ok je. Cool setenang namanya, puteri ketenangan.




Nak timbang berat. Opss tak boleh tengok 18SX !!




Yeay!!!

Nayli :1 year 6 months update : 11.5kg
Zara : 2 months update : 5.5kg

Kalau dukung dua-dua sekali dah 17kg ok!
1 month update :
Dua-dua kena jab, dua-dua jugak steady je tak nangis. Yang kelakarnya time jab semua papa yang pegang sebab mamanye penakut sampai nurse tanya mana mamanye? Hahahahahahaha!

Jangan dua-dua demam sudah. Anak-anak mama kan kuat. Yeay!!!

Sekian.
Head Circumference 
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, April 8, 2011

Check Up 1 Month Old For Baby Zara

Yeay! Harini nak pergi check-up baby Zara for 1 month. Sebab yeay ialah boleh keluar rumah. Keluar pergi check-up baby pun happy giller kan. Erkssss. Critical dah mama Zara ni. Hiks!

Ingatkan check up untuk baby, so baby sajalah kene check. Rupanya dengan mak-mak baby pun kena jugak. Haa tengokla banyak benda betul yang nak kena buat.




Mama Zara kena check blood pressure, berat,  urine dan macam-macam lagi la. Ooooo bab berat ada lagi 10kg lemak tepu perlu dibuang ok. Huhh banyak tu. 10kg tu bersamaan dengan sekampit beras. *pensan jap. Fuh.




Lepas ambil urine dengan darah kena hantar kat sini.





Lepas tu dapat result. Barulah diteruskan dengan misi check untuk baby Zara pulak.




Haa part ni kelakar sikit. Masa tengah tunggu turn baby Zara, adalah sorang makcik ni tegur mak saye. Makcik ni pun temankan anak dia check up untuk cucu nye. Boring kot. Lame sangat kena tunggu.

Sorry makcik, wajah anda telah dicommercialkan dalam belog saya!!!  Awwwwwww.




Antara perbualan mereka. Eh saye bukan busybody ok. Tapi sebab saye duduk sebelah mak saye so dah sah-sah la saye boleh dengar perbualan mereka. Hiks!

Makcik: Oh ni cucu ke berapa ni. Anak yang no berapa?
Mak: Ni cucu ke empat. Anak kedua anak saya. 
Makcik: Suaminye mane? Tak datang sekali ke?
Mak: Suaminye kerja kat KL. 
Makcik: Oh dah botak licin la baby ni? Siapa yang cukur.
Mak: Suaminyela. Oh suami dia sangat pandai jage baby tau. Mandikan baby, pakaikan lampin, pendek kata serba serbi semuanya tahula.
Makcik: OOO bagusnye dapat laki macam tu. Bertuah. Kalau macamni beranak 10 orang pun boleh.

Senyum sampai telinga.

Mak datuk. Glurpssssssssssss. Amboi makcik. Ngeheee He He.

Lepas tu sampaila turn baby Zara






Check berat. Haruslah naked. Tengah membuka pakaian baby Zara.



Alhamdulillah berat baby Zara untuk sebulan naik 1 kg iaitu dari 3.47kg ke 4.4kg.




Ukur length pulak. Lahir haritu 52cm and now dah 55cm. Dah lebih panjang 3cm.





Lepas tu doc check fizikal baby Zara. Semua ok-ok sahaja.






Last but not least kena jab. 1 month immunisation shot ni adalah untuk mengelakkan penyakit radang hati. Wan yang pegang ok mama Zara memang tak berani. Wan cakap jarum tu boleh tahan panjang dan tajam la jugak. Aiyoo. Tapi mase cucuk baby Zara tak nanges pun. Good girl!





Alolololo ciannye. Kena jab kat peha. Dah bertampal.



Selesai sudah check up. Dah tengahari. Haruslah ada misi jalan-jalan cari makan pulak. Yeay! Story kat next entry lah pulak ye. Jangan terlur sudeyhhhh. Lapar dah ni. Hiks!

Sekian.

Sekian.Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, February 25, 2011

Check Up Yang Terakhir

Ingat dah tak payah datang sini lagi. Selalu fikir oh minggu depan dah tak payah datang kot. YAhoooo!  TApi kena datang gak. Kene datang lagik. Sebab Little JR. tak keluar-keluar lagi. Hiks!

So check up untuk minggu yang ke 40 masih diteruskan. Ohhhh tak pernah saye fikir yang saye akan mengandung sampai minggu ke 40. Seriusla sebab dulu NAyli keluar awal. Betullah kata doc semua pregnancy tu tak same. Even alahan yang kite alami setiap kali preggy pun tak same. Adakalanye teruk, adakalanye OK. Macam saye mase preggy Nayli memang flat habis mase 3 bulan pertama. Muntah teruk, loya teruk. Semua pun teruk. Tapi mase preggy Little JR. ni ok sikit. Takdela teruk sangat. Kalau muntah pun muntah manja je.

Hi! Saye nak datang check up lagi ye.




So pagi2 dah datang sini sebab appoinment pun pagi. Apelagi masuk office lambat sikit la.





Lepas ambil nombor lepak kat kedai makan depan klinik jap. Breakfast la dulu. Makan ape lagi. Kegemaran rakyat Malaysia la, roti canai & teh tarik. Addicted betul dengan dua benda ni since preggy. Hiks!




Oh ye ini adalah check up saye untuk kali terakhir kat klinik sebab next week kalau Little JR. tak keluar jugak saye diminta untuk serah diri ke hospital je terus. Erksssssssss.

Induce ~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anyway check up kali ni semua pun ok je. Hemoglobin 11.8, blood pressure, urine, heartbeat baby semua pun OK. Alhamdulillah.

Sekarang ni kat mana2 pun semua berkisar pasal Little JR. je. Hiks!Nasib la member2 pun ada yang bagi semangat. Go Go GO!!! You can do it punyelah.





So lepas ni tunggu lah story-morry of new comer pulak ye. Insyallah everything gonna be fine. Harap2 tak keluar ikut tingkap. Tapi kalau itu yang terbaik reda jelah. 

Betul-betul berdebar dah.

Macam nak tercabut dah jantung ni. Seryes weh. Hiksss!!!!!

Phewwwwwww.

Sekian.

Tuesday, February 1, 2011

Check-Up Little JR 37w

Today masuk office lambat sikit. Sekarang ni tiap2 minggu ada check up for Little JR.





Dah tak lama lagi dah. Rasenye paling banyak 4 kali visit je lagi kot. Ntah2 3 kali visit. Ntah2 2 kali je. Hiks!





Perut yang sangat besar.

Hello, Little JR! Sayang sihat ke tak hari ni. Bile nak keluar ni. Mama & papa dah tak sabar nak tengok baby ni. Kakak Nayli pun dah tak sabar. Everyday kakak Nayli tepuk & kiss perut.





Alhamdulillah check-up tadi Semuanya so far so good. JAntung baby, kedudukan baby semuanya dalam keadaan baik.

Sangat berdebar. Beg semua dah stand-by dalam kereta. Tunggu masa je. Tunggu signal ape ye kali ni. KEluar darah ke, air kutuban pecah ke or sakit perut. Iskk sangat saspen.

Sekian.

Tuesday, January 18, 2011

Check-Up Little JR. - 35w

Today ada appoinment check-up untuk little JR.

Macam biase tercedera la sikit sebab kena buat blood test. Alhamdulillah hemoglobin ok - 12.2Hb. So far tak pernah lagi bawah 11.




KAt sini la para saintis buat urine & buat blood test. Dan macam2 test lagikla.





Kena tutt dalam bekas ni. Nak uji sama ada urine ada gula ke tak.




Oh saya kira baru 34w rupanya doc cakap dah 35w. Wah saya silap kira rupenye! Glurpssssss. Makin awal la patutnye Little JR. akan keluar.

Saya diberi penerangan tanda2 awal bersalin yang mesti terus pergi ke hospital. Antaranya:

1- Pecah air kutuban.
2- Keluar lendir bercampur darah.
3- Contraction every 5 mins.

Doc cakap tanda pecah air kutuban adalah tanda yang paling senang nak beranak dan tak sakit sangat. Oh patutla. Masa bersalinkan NAyli dulu saye mengalami tanda pecah air kutuban dulu. Siap kena induce 2x sebab saya tak rasa sakit langsung. LEpas 2nd induce saye sakit contraction selama 3 jam dan lepas tu Nayli pun dilahirkan. Yeay!!! Alhamdulillah saya tak mengalami kesukaran sangat. Sebab tu la tak trauma nak beranak tiap2 tahun tu. Hiks!

TApi doc cakap tak semestinya tanda bersalin untuk setiap anak yang dilahirkan adalah sama. TEngok pada keadaaan. Kalau no. 1 senang, no. 2 tak tau lagik macam mane.

Lepas ni dah kena pergi check-up every 1 week. Masa dah semakin hampir. Saye sangat tak sabar. Little JR. dah tak sabar nak jumpe papa, mama & kakak Nayli !!!! Hahhhh? Nayli dah nak jadi kakak la.

Dalam hati risau jugak.

Semoga dipermudahkan. Amin.


Sekian.

Tuesday, January 4, 2011

Check-Up Little JR. 32w

Today pergi check up for little JR. yeay! Saye dah 8 months tau!

Awal tak awal sangat la pergi. Tapi first time dapat no. 1. Eh asal orang tak ramai ye harini. Oh nurse cakap sebab ramai sibuk nak register anak masuk skool. Staff nurse pun ramai yang cuti sebab nak hantar anak ke sekolah. Oh mcm tu ye. Baiklah. Takpe anak saye belum masuk skool lagi.




Alhamdulillah check-up blood pressure, urine, hearbeat, hemoglobin semuanya ok-ok sahaja. Takde yang tak ok.

Oh ini tips untuk sesiapa yang ada masalah anemia. Anemia ni kekurangan darah merah. Kalau hemoglobin bawah dari 11 sila amalkan tips ni ye.




Nurse tanya dah siapkan beg dalam kereta? Saya jawab belum. Oh harus prepare dari sekarang.

Mama little JR, sila prepare barang2 ini dalam kereta ye.




Ini barang2 yang perlu disedialan untuk little JR. mase masuk labor room.




Ini pulak keperluan untuk mama little JR., sayela tu. Biasenye akan stay kat hospital 2 hari satu malam, kalau baby takde problem.




Eh saye ni mcm first time pulak nak beranak. Tapi seryes memang ingat2 lupe sudeyh.

Nurse cakap little JR. dah turun. Kepala dah kat bawah. OMG! OMG! Happy. Little JR. dah tak sabar nak jumpe papa, mama & Nayli lah!!!!

Alhamdulillah semoga dipermudahkan semuanya.

Sekian.

Tuesday, November 30, 2010

Little JR. Dah 27w

Meh cerita perkembangan little jr.

Alhamdulillah dah 27w. 27w tu dah kira nak masuk 7 bulan la. Wah lebih kurang 2 bulan setengah je lagik. Yeay!

Seperti biase pergi montly check-up.

Macam biase everything harus diperiksa. Periksa itulah, inilah, kandungan gula dalam air kencing & tekanan darah sebab preggy mom ni tinggi risiko nak kena kencng manis & darah tinggi. Periksa ape lagik ye? Oh hemoglobin & macam2 lagikla. Okla tu. Precaution.

Kat sini para saintis yang sedang memeriksa contoh kandungan darah & air kencing yang diambil. Hiks!






Inilah hasilnye. Alhamdulillah semuanya ok-ok saja. Takde yang tak ok melainkan semuanya ok. Best-Best.





Kena juga injection untuk kancing gigi. Fuhh boleh tahan sakit gak altho dulu dah pernah kena. Lemah longlai kejap terasa tanganku ini. HukHuk.

Next check up.




Memule dulu once a month. Lepas tu every 3 weeks. Lepas tu lagik every 2 weeks. Last sekali di hujung2 kehamilan once week pulak.

Isk Isk cepatnye mase berlalu. Nervous pulak! Dah tak lama lagi little JR. nak keluar!!!!! Insyallah.

Yang penting dapat ni. Yeay!






Masuk office lambat memang best. Kan? Kan? Kan? Siapa yang cakap tak best tu tipula. Hehe.

Sekian.

Monday, November 22, 2010

Check Up For 1 Year

Haritu kami pergi check up untuk Nayli. Untuk umur setahun. Wah dah setahun tak boleh panggil baby lagik la ni. Panggil kanak-kanak Ribena boleh???




Oh dah lame dah ceritanya. Aisehhhh minggu lepas punye ceritala. Isk Isk.

Budak kicit yang heppi-heppi tak tau jap lagik nak kene jab kat peha. Adusss sakitnye. Mama pulak yang seram.






Sebelum di jab harus di timbang berat & diukur panjang terlebih dulu. Untuk timbang berat haruslah naked ok. Takpe bukan 18SX sebab NAyli belum cukup umur lagi ye. HukHuk. Baju, seluar, kasut semua kene bukak termasukla dengan pampers sekali. Dalam erti kate lain mase timbang tak boleh pakai ape2la.

Kat sini lah para ibu - ibu yang bertauliah perlu bukak pakaian baby.





Kena timbang berat baby bersih - sebersihnya laa ni. Oh berat bersih Nayli untuk setahun maintain mase 11 bulan dulu iaitu 8.5kg. Panjang pulak 73cm. Ok je still kat garisan putih & tak underweight. Yeay!
Pastu acara nak kene jab pulak. Sebab mama NAyli memang penakut so papa Nayli la yang temankan Nayli mase nak doc nak jab. Hiks! Apela mama Nayli ni kan kan kan kan. Overrrr betul !

Tengok tu. Tengok tu. Nampak tak???? Seramkan. Tengok dari luar pun dah seram. Tu belum tengok jarum depan bijik mata lagik.





Muka Nayli lepas kene jab. Iskkk bertenang je. Eh tak nangis sikit pun? Tak sakit ke sayang?? Lorhh mama je yang terlebih gabra padahal Nayli takde ape pun.






Next check up bulan 2 next year. Oh lame lagi. Ntah2 little junior pun dah keluar. Kat sini sume check up by appoinment so takdela kene tunggu lame. Dalam sejam settle la. Lepas habis check up hantar Nayli ke nursery terus kami masuk office. Lambat sikit tak mengapa office ini kami yang punye. Hehehehe.

Babai doc. Jumpe 3 bulan lagi ye! Muaxsssss.

Sekian