Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Showing posts with label Kisah Saya. Show all posts
Showing posts with label Kisah Saya. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Memang Murah Rezeki Betul Di Hari Jumaat. Yeay!

Assalamualaikum,

Jumaat memang penghulu segala hari. Hari Jumaat memang sentiasa mendatangkan rezeki. Kan?

Hari ini saya dapat duit. Yeay$$$$$$$$$

Thanks Exabytes sebab bagi duit tengah-tengah bulan ni macam paham paham je. Bhahahahaha!




Walaupun tak banyak mana tapi tau tak saya cuma perlu letakkan banner Exabytes kat belog saya ni selama 4 minggu untuk dapat RM50. Senang sangat-sangat tak payah buat apa-apa pun. Yeay!

Ini cerita minggu ni punya Jumaat. Lepas tu nak cerita rezeki hari Jumaat lepas pulak. Sebelum tu nak bagitau la kite ni selama berbelog  memang tak pernah berjumpa secara 4 mata lagi dengan rakan-rakan maya. Just say hi, hi through email mcm tu je yelah iolss ni kan pemalu waka waka. Tapi kan tanpa disangka....

Kite dapat kiriman barang dari seorang blogger ternama ni. Chewahhh!!




Ada telekung siap dengan beg comel sekali untuk Nayli, baju kelawar untuk Nayli, jam, key chain Sabah dan beg comel.

Thanks mama Likha. Baiknye nyelah. Dahla post kan semuanya bagi free pulak tu. Actually kite teruja bile tengok satu entry kat belog dia masa anak daranya Likha pakai telekung sembahyang budak-budak. So kite tanyelah mana dia beli sebab Nayli kalau sembahyang selalu pakai telekung besar gedabak mama dia je. Saya pun tak pernah jumpa kedai jual telekung kanak-kanak teww.

Siapa nak nak tengok anak daranya yang cute bernama Malikha tu boleh click kat SINI. Malikha dengan Nayli sebaya beza umur dalam 2 minggu je.

Saya tanya je teww tapi terus mama Likha post bagi free. Wauweee.

First time orang bagi gift free macamni. Thanks! Thanks mama Likha. Really love it.

Agak-agak Jumaat depan dapat apa pulak ye? Ada sesiapa nak bagi saya duit atau hadiah tak?

Hihihihi.

Happy weekend peeps! Yeay!!

Sekian

JOM SHOPPING KAT KEDAI ONLINE SAYA. YEAY! ;)

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Wednesday, November 14, 2012

Bestnya Mandi Pool Sampai Kecut Kaki dan Tangan

Assalamualaikum,

Bila pergi bercuti part yang paling buat kanak-kanak teruja adalah mandi pool. Yeay!! Sifat kanak-kanak semulajadi memang suka main air.

Morning walk. YAbedabedu!!




Mama baru kasi warming up jalan-jalan satu round anak-anak dah beria nak bukak baju tarik tarik tangan mama terjun dalam pool. Keinginan yang tak boleh ditahan-tahan lagi, terus balik bilik hotel untuk aktiviti berendam. Duh.

Nayli, tunggu mama. Excited sangat sampaikan dia lari lagi laju dari mama. Huh huh mama mengah ;p




Ini adalah kali pertama Zara mandi pool dan sangat suprise sebab Zara  tak takut air. Acheem-Nayli-Zara-Naim. Syoknye berendam.

Itu...... itu anak-anak dara saya yang spiderman in da house tu. ;p




Apapun  seronok kan tengok budak-budak kecik pandai berenang. Kalau omputih lagilah, baby lagi dah campak dalam air sebab naturally baby boleh berenang sebab dah biasa dalam perut mak 9 bulan lebih. Bagusla kalau budak-budak nak belajar berenang banyak kebaikannya iaitu peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional dan sosial.

Para pengunjung kat sini taklah terlalu ramai so kanak-kanak dapat mandi sepuas hati sampai kecut jari kaki dan tangan.

Lepas dah puas mandi main playground pulak perghh tak penat ke sayang.

Pinky all the way. Yeay!!




Selain pool yang besar terdapat juga pantai. Kami berjalan-jalan saja disekitar pantai sambil main kejar-kejar dengan anak ketam tapi tak mandi pantai pun sebab air tengah surut dan agak keruh.

Cantiknya pemandangan di waktu petang.




KAt sini pun mama suprise terkejut badak jugak. NAyli yang mama tahu memang takut dengan pasir pantai finally dah tak takut pijak pasir pantai.  Yeay!!




KAlau tak dulu pijak pasir pantai macam pijak taik lembu. Sikit pun tak berani nak pijak siap nangis kuat-kuat lagi. Over teww.

Cerita dulu-dulu Nayli nangis pijak pasir pantai ;p

Takut Nayli nak pijak pasir pantai. ;p

Yelah sedangkan pantai pun berubah inikan pulak manusia. Good improvement clever girl. Muhsss!

Lepas dah sakan mandi sampai kecut-kecut kaki dan tangan kita teruskan dengan aktiviti makan pulak. Bab makan lagi owesome. Tak percaya?? Burpsssss.

Bersambung di next entry la pulopss. ;p Enjoice!

Thanks for reading.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H

Assalamualaikum,

Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan haji di Mekah dan bagi mereka yang berkemampuan maka bermulanya ibadah korban untuk dibahagi bahagikan kepada fakir miskin.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik dan juga wangi-wangian. PAda pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat yang kedua.

Pada kebiasaan solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmah dipercepatkan sedikit waktu sunat Aidiladha adalah bagi memberi banyak masa untuk penyembelihan korban dilakukan. Hukum mengerjakan solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad (solat sunat yang sangat dituntut) bagi lelaki dan perempuan, sama ada yang bermukim ataupun musafir.

Jom kita merenung kembali sejarah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s. di mana ia menjadi simbol kasih sayang yang kukuh antara nabi dengan tuhannya, seorang suami kepada isterinya serta kasih sayang ibu dengan anaknya.

Peristiwa iaitu ujian Allah SWT kepada Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, NAbi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan kambing biri biri  sebagai ganti kepada anaknya. Rentetan dari peristiwa itu, saban tahun ketika meraikan Hari Raya Aidiladha maka umat Islam yan mampu menyembelih binatang korban lalu mengagihkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang ditimpa musibah dan lain lain.

Apepun ibadah korban hanya boleh dilakukan dalam masa empat hari iaitu bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah  dan kemudian dilangsungkan dengan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11,12 dan 13 Zulhijjah sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban ini jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah setiap tahun, iaitu bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Sudah lebih 1400 tahun NAbi SAW meninggalkan kita dan jangan pula ibadah raya haji ini ditokok tambah dengan adat atau budaya atau dikurangi dengan beberapa perkara penting. Wallahualam.



************************************************


Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua. Jeng jeng jeng......



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433H

Daripada A’isyah, Rasulullah bersabda; Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
 (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)


Semoga kita lebih menghayati hari bersejarah ini dan mengambil pengajaran dan tauladan daripada sejarah para nabi. Insyallah.

Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Thursday, October 11, 2012

Kerana Kerjalah Saya Sampai Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum,

Kalau tak sebab kerja takdelah sampai sini.



Melaka BAndaraya Bersejarah here I come bebeh! Excited giller padahal dulu kampung kat Bandar Hilir, Melaka je kotttttt.

Perghhh sempat layan cendol pulak lagi. Orang kata kalau singgah Melaka tak sah wajib try asam pedas melaka, mana mau carikkkkk? Help! Help!



Ohoii nak kerja ke nak makanggggg ke nak enjoyyyyy ni haaa? KAHKAHKAH.

Today dah Khamis esok dah Jumaat. Yeay!!! Lepas tu cooooootiiiiii!!

*********************************************


Muhasabah diri 5 minutes!!

Ada dua jenis manusia di dunia ini. Bila melihat seseorang , ada yang akan mencari silap dan kesilapan lampau mereka. Satu lagi akan mencari kehebatan, manafaat dan sangka baik pada semua orang. Siapa agaknya yang akan berjaya dunia akhirat. Setiap yang kita buat akan dikembalikan kepada kita semula.

Jom cerita pasal anak pulak. Setiap hari niat memberi kasih sayang pada anak anak dan sentiasa sebut bersyukur mempunyai anak yang baik dan beriman dan sebutkan ini pada mereka juga. Jika kita tidak beriman bagaimana anak anak akan beriman. Minta maaf pada anak anak atas kesalahan kita mendidik mereka jika mereka tidak menjadi seperti yang kita mahukan . Memang selalu touching asyik terfikir pasal anak-anak je sekarang ni. Apesal ntah.

Semoga saya mampu menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak saya. Amin.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p


 

Tuesday, October 9, 2012

Harapan Dari Seorang Insan Yang Bernama Mama

Assalamualaikum,

Sangat tertarik pada quote oleh Dr. Muhaya:

Anak yang kurang perhatian akan nakal. Mula beri perhatian dan lihat bagaimana mereka berubah. Untuk anak berubah kita harus berubah.


Moment yang paling indah sekali dalam dunia ialah bila dapat melihat anak membesar di depan mata. Sayang sangat kepada sesiapa yang tidak dapat melihat proses pembesaran anak-anak. Apepun ibu bapa harus salahkan diri sendiri kalau anak nakal. Anak-anak adalah amanah dari yang Maha Esa untuk kita corakkan menjadi kain putih atau hitam. Tepuk dada tanya selera. Kadangkala faktor persekitaran juga memainkan peranan. Bila ada unsur buruk yang mempengaruhi anak tarikannya adalah lebih kuat. Memang menakutkan.

Biasanya bila anak-anak nakal ibubapa akan gunakan kuasa veto untuk memarahi anak termasuklah saya juga. Rasa tak cukup nak menahan tahap kesabaran lagi-lagi dalam keadaan penat. Selalu juga berdoa supaya dilembutkan hati. Rasanya yang paling penting hentikan fokus pada perkara remeh temeh seperti apa orang kata dan berita mengenai orang lain sebaliknya fokus pada pembaikan diri dan anak-anak. Bayangkan jika kita tidak beriman bagaimana anak-anak akan beriman. Kan?

Semoga saya dapat menjadi ibu yang memahami dan sabar dalam membentuk akhlak anak-anak. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini. Selalu nak cermin diri sendiri. Mampukah? Kah? Kah? Mudah-mudahan dapat menjadi ibu yang terbaik. Berdoa dan terus memberi kasih sayang. Semoga dipermudahkan. Amin.


2 year 11 month & 1 year 7 month

*****************************



I LOVE MUM EVER AND EVER

MAMA LOVES BOTH OF U EVER AND EVER TOO, NAYLI AND ZARA. MUAHSSS!

*****************************

Jom muhasabah diri untuk 5 minutes!

Hari ini mungkin dia tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas menutup auratnya.

HArini mungkin dia ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqamah melaksanakan Qiyamullail semasa kita semua lena.

Kita tidak tahu dan takkan tahu, tugas kita bukan me'neraka'kan orang, tetapi mengajak manusia ke jalan-Nya dan saling mendoakan antara satu sama lain.

Maka jangan hina permulaan seseorang kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhiranmya.

Jadi pemerhati diri kita bukan pemerhati orang lain.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, October 2, 2012

Outstation Ke Tangkak, Johor

Assalamualaikum,

Semalam dapat task best la jugak kat office. Pepagi buta sampai je office boss suruh pergi site visit. Where?

T-A-N-G-K-A-K.

Konfius jap located kat mana ye pekan ni sebab dulu cikgu Geografi tak sempat nak ajar sampai habis semua bab, tetiba dia dah cuti bersalin. Heh.

So go TAngkak go here I come bebeh! Yahooo!


Tangkak kat Johorlah, a small town located near to Melaka. Lepas exit JAsin jumpalah exit Tangkak. Main attraction is the Gunung Ledang which is famous from the legend 'Puteri Gunung Ledang'. Tapi takde la pergi sana pun, nama pun dah site visit so paham-paham la ye.

Singgah dulu di restoran jejantas Air Keroh makan A&W. Biasalah kalau berjalan atas nama kerja haruslah makan best-best dan menjilat jari. KAHKAHKAH.

Tak sangka. Once u reach there, you can see shops selling fabric everywhere, for dress or curtains and such in very affordable price. Berderet deret kedai menjual kain di sepanjang jalan sampai juling bijik mata. Lots of local tourist (rombongan Cik Kiah) to buy fabrics. Dah macam kat Nilai la pulak. Mari, mari, borong, borong untuk raya tahun depan. Opssss.

Dekat je pergi pagi petang dah balik. Kerja sekarang ni memang banyak berjalan. Best tu memanglah sebab tak payah terperuk kat office je tapi kalau everyday macamni yaa aww aww jugak.

This coming Friday pun nak berjalan lagi. Lagi jauh.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Wednesday, September 26, 2012

Short Article : Saya Suka Makan

Let the update begins with....... Subhanallah! Terlalu banyak benda yang berlaku lately semuanya baik baik belaka. Nowadays jiwa aku terasa sangat tenang dan aman damai. Yang paling best sangat happy bila bersama dengan anak-anak melihat mereka membesar depan mata, reaaalllllllyyyyyyy super duper great.

Apepun kerja memang meletihkan otak.

Kat office lukisan-lukisan pelan besar gedabak tetap memenuhi work station aku.  Ya, memang tak dapat dipisahkan dari dulu. Oh kenapa.

Terfikir jugak alangkah bestnye kalau jadi pengacara Jalan-Jalan Cari Makan. Dahla makan free, semunye best-best pulak tu. Yes, the only thing yang boleh satisfiedkan aku bila tengah letih is ........................ FOOD!! Saya suka makan dan suka makan banyak sangat. I EAT A LOT. Kenapalah dulu masa kat 'u' tak amik course masak memasak. KEnapa? Why?

YAng bertambah kelakarnya ada sorang officemate aku pun dah tahu aku suke makan. So ada sorang chinese lady yang sangat baik hati ni bagi aku banyak gileee cookies sebab dia cakap, "I can see your happy face everytime you eat any food..." Thats why dia suka bagi aku bekalan cookies yang banyak giller. Bayangkanlah tak sampai 2 weeks aku kerja pun dah ada orang tahu perangai tak semenggah aku ni. Hahahaha, apepun aku sangat gembira. Sumpah tak pernah jumpa dengan orang yang sebegini baik. Yeay!!!!

Dan the most cool ever is semenjak aku bekerja di Seremban aku berpeluang makan lauk kegemaran aku. Everyday!! Tak lain tak bukan, masak lemak cili padi pedas berapi lah. Perghhhh yang pedas semestinye memuaskan hati. Life is superb ;)

Tengok jelah macam mana sihatnya aku nanti 2-3 bulan akan datang ;p Awwwwww.

Sekian saja cerita dari aku.



Remember, good things only come to those who optimist about his / her life. Be thankful!

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Friday, September 21, 2012

Curi Curi Online Time Kerja

Day-4



Aku tengah online  kat office yang serba sejuk ni sambil menguap nak dekat sejuta kali. Harini dah hari yang ke-4 aku kerja. Deng. Aku patut lempang muka aku laju laju je skrang ni T___T Padahal aku  kerja orang bayar gaji boleh pulak aku duduk goyang kaki kan.

Aku rase ade sesuatu yang menakjubkan berlaku tengahari tadi, padahal takde laaa menakjubkan sangat ponnnn, aku memang suke hyperbolaaaaa. Kah Kah suke hati lahhh! Okey, aku better focus kat kerja yang telah diberikan kepada aku, koman-koman selama 3 bulan probation period ni aku kena lah jadi pekerja mithali. Yeay!! 

Almost 4 months aku duduk goyang kaki yeay now im back to work. Aku suka kerja sebenarnya ada kerja ada duit lagipun aku memang dah biasa terkejar sana sini. Rindu sebenarnye dengan suasana breakfast ramai-ramai buat air milo cicah biskut kering, pukul 12.45pm dah siap-siap kemas beg sebab perut dah lapar giller sambil mulut potpetpotpet jerit"nak lunch kat mana haa?" Pekerja-pekerja kat sini sangat 'dedikasi' tu yang aku suka sangat tu. 2x5 je  macam kat tempat lama dulu. Best. Best. Tapi masa aku kerja kat sini memang tak berapa nak bestlah, jujur aku cakap. Ok jugak mempunyai hobi bertukar-tukar tempat kerja baru sebab gerenti ada kenaikan gaji. Apepun jangan risau aku seorang yang peramah dan baik hati. Penuh perasaan dan perasan KAHKAHKAH. Tu belum review cerita hari-hari kat mana kami pergi makangggg for lunch. Kaki makangggg diorang ni semua. Habislah aku.

4 bulan jadi FTHW part duduk rumah jaga anak melihat anak membesar depan mata memang best tapi aku dapat rasakan yang aku cukup tak produktif sebab aku tak kreatif macam orang lain yang bila duduk rumah boleh buat macam-macam kerja yang berfaedah menambahkan duit dan mengisi masa lapang dengan baik. Teringat masa jadi FTHW aku suka tengok WHI dan ada satu hari rancangan WHI pasal Al-Quran. Salah satu panelnya adalah ibu yang mendidik anak-anaknya untuk hafal surah Al-Quran. Dia ceritakan pasal dia punya determination dan keinginannya untuk jadikan anak-anaknya saham terbesar di akhirat nanti. LEpas tu ustaz tu sambung "menurut Yusuf Qardhawi, ajar anak menghafal Al-Quran dulu..." 

Aku juga paling suka dengan quote dari Prof. Dr. Muhaya IKIM iaitu:

"Syurga itu mahal. Anak adalah saham terbesar untuk dijadikan pencen kubur.......".

Ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Banyak lagi yang aku impikan dalam kehidupan ni. So far so good Alhamdulillah Allah SWT permudahkan permintaan aku yang satu ni.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, September 10, 2012

Insyaallah, Doakan Kebahagiaan Saya Lepas Ni

Assalamualaikum dan happy Monday Blues to everyone,

Today sempena hari yang paling bersejarah dalam hidup aku teringin nak share something ngan korang sebenarnye kat sini,




Aku kenal ramai manusia tak  kisahla tua ke muda ke kat dunia ni walaupun rambut sama hitam tapi hati memang lain-lain, sometimes i do feel manusia ni berbeza beza. Maaf lah, aku tak maksudkan siapa siapa, sometimes bila aku berada dalam situasi yang sangat teruk, dan cuba muhasabah kembali diri. Aku sendiri selalu cermin diri aku, aku prefer untuk orang fikir aku,

"Euuuuwww entah pape dia niii, kurang ajar gile sombong nak mampos  kasar tak hengat duniaaaa budi bahasa memang teruk gila hanya Allah saja yang mengetahui perangai dia ni blablabla"

Takpe biarlah anda tahu siapa anda yang sebenarnya. People judgement tak effect langsung hidup kita pun, bukannya orang lain yang bagi kite duit untuk makan, orang lain tak pernah pun tolong kita waktu kita keseorangan dan kesusahan mengalir air mata darah sekalipun, kita je kena jujur ngan diri kita dan dunia. Daripada manusia yang orang fikir,

"Wahhhh, baiknyaaaa dia, sopan santun, hormat orang tua, pandainya jaga anak, cakap pun lemah lembut je, alim betul, blablabla"

Tapi sebenarnya.... Allah knows better. Jangan jadikan diri anda, munafik. Kalau dah tak malu dengan manusia yang mudah terpedaya, malu lah dengan diri sendiri dan Allah =') 

Pleaseeeeee.... Tak malu ke, orang fikir kau cam baik gile pijak semut pun tak mati, kau cakap cam bajet cam baik habisssss nii tegur orang punye silap itu ini, cakap benda yang menampak kan beriman tahap berlakon memang mampu mengalahkan the best actress/actor in the worldlah, tahap tak boleh nak resist dah niii, tapi sebenarnye belakang mata manusia, kau punye perangai Ya Rabbi, Allah saja lah yang mengetahui. Buat pandai, bertanggungjawab tak tahu pulak tahu nak lepas tangan je. Awak buat perkara yang dah sah sah Allah tak suka? Depan orang punyelah baik tapi kan belakang..... hmmmm. Tak malu ke weh? Malu lah sikit weh...

Aku tak boleh terima hipokrits kat dunia ni. Sometimes manusia camni aku pilih untuk better takyah cakap pape ngan dia untuk selamanya selagi aku bernafas di muka bumi ni atau akupon akan terpedaya dengan kata kata kosong dia which akan buat aku rase bullshitsgilerrrrs u knoww euwww. Aku sedih weh tengok orang camni, aku sakit hati kadang kadang tuuuuuuuuu tapi aku prefer untuk fikir, "Someday somehow people will know the truth. The time will comeeee..." and just take your hand off.

Selamat berjaya dalam harungi dunia, semua. Remember, lakukan lah apa saja yang mampu bagi anda kebahagiaan, just gooooooooooooo with your heart. You'll find there a lots of happiness waiting fer you outside. Have faith, buddies. Believe in Allah =')

Yes, hari ini dalam sejarah. Jodoh, pertemuan, ajal semuanya terletak di tangan-Nya. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Expect the unexpected. Apapon yang aku bayangkan, segalanya akan berlaku seperti yang dah Allah tetapkan. Aku hanya mampu merancang dan merancang. Tetapi sebaik baik perancangan itu adalah perancangan Allah. 

'Allahumma Yaasir Walaa Tuasir Ya Kareem'.

Semoga Allah lindungi aku dan dan anak anak. Amin.

Sekian


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





                       


 

Friday, September 7, 2012

Short Reminder

Assalamualaikum dan salam jumaat yang mulia,

Korang biasa dengar tak ayat macamni,


Kita boleh ada seribu sebab untuk suka orang,
Tapi satu sebab je cukup untuk buat kita tak suka orang.

Pathetic kan dunia ni?

Semua benda kedengaran tidak adil. Logically memang tak adil pun lagi-lagi kalau diri kita keseorangan tiada teman rapat dan keluarga di sekeliling kita, memang lah manjang kena buli. Tapi kalau kita fikir dalam-dalam, memang kat dunia ni hidup macam ni. Bukan manusia ni jahat, tapi memang dunia macam ni. Kalau orang tanya kenapa kita suka sesuatu tu, sejuta sebab kita boleh list-kan. Tapi cuba tanya kenapa kita tak suke sesuatu tu, nah, satu sentence dan satu noktah je cukup. Sama lah macam seribu kebaikan orang tuh dah buat, tapi cuba sekali je kesilapan dia buat. Seribu kebaikan tuh jarang orang nampak, tapi satu kejahatan dia buat tuh satu dunia dok onar. Adil ke? Orang tak berperikemanusian je cakap adil. Tapi perasan atau tak, itu lah yang seringkali berlaku kat dunia ni. Memang sadis.

Apepun aku rasa.....

Kalau kita buat jahat kat orang tapi kita berlakon baik depan semua orang pun
Esok lusa Allah mesti balas punya

Roger-roger. Saja je nak buat short reminder untuk diri aku.

Chill sudah. Sekian.

Pendeknya. Dah kata pun short reminder. HAve a nice day. Basuh kaki, baca doa dan mengucaplah sebelum masuk tidur malam nanti.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, September 4, 2012

Si Sebatang Kara

Assalamualaikum,

Nampaknya aku kena semakin berhemah dalam menulis blog. Sebab terlalu banyak manusia di muka bumi ini yang mempertikaikan penulisan blog aku. Adakah aku kena berpura-pura menjadi manusia yang perfecto pijak semut pun tak mati kepada semua orang? Hey, sukatilah aku punye blog nak tulis apepun hade ko kisah? Kalau tak suka tak payah baca aku bukan pernah suruh kau baca blog aku pun. TROLOLOLOLOL. Takpe aku tak kisah pun lantak koranglah. Cuma aku kisah sebab my BFF komen entry yang aku tulis kat blog very the poyo'ss poto-poto dan ghedikkkkks! Awwwwwww. Over kau nyah.

Hey, pernah tak korang dengar orang cakap macamni. Kehidupan kita kat dunia ni hanya ada satu permulaan dan juga satu pengakhiran. Hidup kita bermula semasa kita dilahirkan dan berakhir bila kita mati. Dan segala yang berlaku in between tu adalah pertengahan. So selagi kita belum bertemu kematian, maka perjalanan hidup harus diteruskan tak kiralah apa masalah dan ranjau yang datang sekalipun. Banyak lagi persinggahan yang perlu kita hadapi selagi kita masih bernafas di dunia ni, yang sedang menanti kita di hadapan.

Sebenarnya dalam hidup ni aku paling tak suka dengan perubahan kerana perubahan membuatkan hidup aku rasa susah, perubahan buat langkah aku terasa berat sangat. Pernah tak orang sekeliling menghargai perubahan yang aku lakukan selama ni. Walaupun orang lain fikir perubahan yang aku lakukan ini mungkin kecil saja, tapi aku rasa sangat besar.

Aku tahu apa yang buat aku rasa rindu sangat sekarang ni ialah dengan rutin aku dulu yang tiba-tiba dah berubah 360 degree. Inilah dia, dunia. Ingatkan hati aku betul betul teguh untuk melakukan semua perubahan ni, tapi rupa rupanya rapuh. Segalanya berlaku dengan jangka masa yang sangat pantas, tak sempat aku nak bersedia.

Aku sangat susah untuk melakukan perubahan. Even kasut pun kalau aku suka satu tu, maka satu tu je lah yang aku akan pakai sehinggalah aku pun tak tau sampai bila. Bila kasut itu hilang atau rosak, barulah aku akan pakai kasut yang lain. Mungkin orang kata cara hidup aku ni membosankan dan takde kemajuan, tapi inilah dunia wahai manusia sekelian. Bukan semua orang ada minded yang sama walaupun rambut sama hitam. Allah SWT itu maha adil. Dia cipta manusia ni tak sama, berbeza-beza. Hambarlah dunia kalau kita semua sama je. Betul tak? Bayangkanlah kalau ada 10,000 manusia yang bernama akma dan berperangai macam aku, mesti makbapak aku kat kampung fengsan ;p

Dahlah. Sometimes aku rasa aku selalu nak cakap something yang lain tapi tercakap benda yang lain pulak. Aku suka cakap sesuatu yang berbeza dengan apa yang sebenarnya aku nak cakap. If only orang boleh faham hati seseorang tu tanpa bercakap, kan best gile. Eh adeke orang macam tu dalam dunia ni ye. Mustahil kan.

Mereka berdualah penyeri hidupku.


Apa yang saya rasa, takkan sama dengan apa yang awak rasa.

Keluarga aku selalu pesan bila kita 'sakit' biar kita sendiri, bila kita gembira biar kita berkongsi.

Tiada dugaan yang mudah kat dunia ni, hakikatnya semua susah. Apepun kita perlu menjadi lebih tabah. Semoga Allah pulihkan aku dengan memberi hati yang lebih bersih esok hari.

Dah hampir sebulan aku tak balik kampung jumpa mak ayah. Homesick tahap kejap lagi nak nanges bawah batal dah niiiiiii. Poyo kan aku. Memang pon. Tapi kenkadang tak.

Selamat harungi dunia. Senyumlah, kerana senyuman itukan satu sedekah.

Kalau rumah adalah tempat yang terbaik. Tidur adalah treatment yang terbaik. Family adalah doctors yang terbaik. Senyuman adalah satu kepura-puraan yang terbaik.

Babai semua, selamat berjaya harungi dunia, senyummmmm klik! klik! ^______^

Sekian.

Sincerely,

akmabaek


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, September 3, 2012

Mereka Adalah Sebahagian Dari Diri Saya

Assalamualaikum,

Hello readers, are you waiting for my update. YES? NO? YES? NO? Ok foine. Ahak!


I would rather make mistakes than do nothing.

Someone asked,

And what if it goes badly huh???

Then I said,

I'd raher make mistakes than do nothing. I'd rather mess up than miss out completely.

Do some mistakes. It's okay though.

Quote ni aku jumpa time berblogwalking, terjumpa kat blog sape ntah, tak kisahlah. Memang pun, hidup kat dunia ni banyak benda sebenarnya yang kita tak tahu, yang kita selalu rasa nak cuba. Kita yang selalu pilih ambil jalan yang penuh dengan berisiko, bukan? Jadi kenapa kita nak persoalkan akibatnya, padahal permulaanya itu kita yang pilih sendiri. Kan?  

Okay bebeh, i got lotSSSSSS of story though. Tak tau nak start dari mana. Bila something sedang menyesakkan fikiranku pasti aku akan teringat kat family aku yang nun jauh di perantauan. Life is freaking demn hard yoooo. Camne ntah nak cakap, tapi seriously nak gambarkan dengan kata-kata ianya adalah sesuatu yang tak mampu untuk aku lakukan, even gambar pun aku tak dapat nak kongsi dengan kata-kata.

Eh teringat betul kenangan time raya haritu syok nya dapat berkumpul ramai-ramai satu keluarga. Dulu-dulu bila mak masak kat dapur aku dengan adik perempuan aku je yang akan bantu mak. Yang lelaki semua tengok TV bila time makan just panggil diorang je. Untunglah adik beradik aku 2 lelaki 2 perempuan. Fair. 

Sekarang manpower untuk tolong mak masak kat dapur dah bertambah dengan kehadiran SIL ;)  Dah ada 3 girls power. Oh yeah!!

Inilah assistant mak di dapur. Chewaahhh! Yeke assistant. Tukang makan je kot. Ahak ahak. James Bond 007. Bang bang boom!


Zara: Awatla makcik-makcik dan mama aku ni buang tebiat hape?

Bila kita semua nak berkumpul kat kampung macam pagi raya haritu. Rindulahhhh!!!!!

Aku sayang sangat family aku melebihi dari segalanya yang ada dalam dunia. Antara perkara yang boleh buat aku sakit hati yang teramat sangat ialah bila aku tengok ahli keluarga aku sakit hati. Antara perkara yang boleh buat aku curahkan air mata ialah bila tengok keluarga aku bercerita masalah sampai keluar air mata. 

Air yang dicincang takkan putus, SAYANGILAH KELUARGA KITA.

Keluarga kita kenal siapa kita so pedulikan kalau ada orang luar yang nak ungkit masa lepas kau, pedulikan dia nak cakap past kau tu macam mana, nak upload gambar lama kau sekalipun. Manusia mana yang tak pernah buat dosa. Kau tolong lah lupakan orang yang tak belongs untuk kau. Anggaplah apa yang telah terjadi atau yang dah ditakdirkan tu dugaan dari Allah.

Setiap manusia pernah buat dosa, dia pun tak nak tergolong dalam golongan orang yang membuat dosa. Orang yang dah bertudung, suatu masa dulu pernah free hair tanpa peduli sehelai rambut tu akan dikira satu dosa, eh dia pun taknak pernah ada zaman macam tuh dulu. Takde manusia yang seronok dan bangga dengan dosa dia, jadi janganlah pandang hina dengan manusia macamni, suka hati nak tuduh dan fitnah macam-macam. Setiap manusia boleh berubah. Bersangka baiklah pada sesama manusia janganlah asyik dengar cerita orang je tanpa mengkaji kebenaran cerita tu terlebih dulu. Zaman sekarang perangai orang macam-macam untuk menjatuhkan orang lain, untuk menutup kesilapan diri sendiri so janganlah percaya kat orang sangat walaupun kat anak sendiri.

And untuk manusia kat luar sana yang selalu ingat diri dia tu dah sempurna dan baik sangat, TOLONGLAH!

Don't hate the sinner, hate the sin.

Amalan best gila sekarang ni yang aku suka sangat nak buat ialah

Sentiasa senyum to strangers!

Jangan ingat aku gila ok. Senyuman tu kan satu sedekah.

Whenever a day passes away, a part of you passes away

Hargailah setiap saat, jam dan hari yang ada ini dengan sebaiknya ;)

Sincerely,

aku, owner blog ni yang kenkadang poyo tapi kenkadang tak

Sekian.





Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Saturday, September 1, 2012

Sedihnya Hati Bila Yang Diinginkan Tak Kesampaian

Assalamualaikum,

Rentetan dari keinginan aku untuk bergelar student master kat USM haritu sebenarnya aku dah siap buat semua preparation untuk registration 7 september ni.



First time buat check up kat gomen hospital. Sebab banyak masa aku pun pergilah kesini. Total check up included urine, blood test and x-ray RM20 je. Murahkan. 

Apepun kesimpulannya......

I AM UNABLE TO REGISTER DUE to dot... dot.. dot.. dot.........

Sharing is caring. Bila kita tak dapat buat ape yang kita nak  sekarang, mungkin satu hari nanti kita akan dapat buat apa yang lebih baik dari sekarang. Allah jadikan sesuatu ada hikmahnya, so redha je lah. Selalulah fikir macam tu kalau tak dapat lakukan apa yang kita nak sangat buat. Jangan sesekali rasa regret, kerana regret akan buat hati kita jadi 'sakit; dan bertambah 'sakit' je.

Chill je la awak awak awak semua. Janganlah cakap "ehh kesian aku tengok kau kan" sebab setiap manusia ada kisah yang tersendiri di sebalik kehidupan mereka yang juga tersendiri. Apepun yang terjadi, apepun yang berlaku aku selalu cuba fikir mungkin ada hikmah atas apa yang terjadi so terimalah dengan hati yang terbuka. Walaupun ada juga yang cakap "Eh ko nampak rileks je eh? Ko tak sedih ke weh? Ko tak rasa pape ke?" Seriously aku rasa persoalan macamni tak patut timbul. Aku rasa kita kena yakin dengan keputusan yang dah di buat, no regret.

Kalaulah korang tau betapa aku ni manusia yang jenis sanggup-korbankan-apa-saja-untuk-penuhi-apa yang aku-nak. Aku sanggup lakukan apa saja selagi aku mampu unuk tunaikan azam dan impian aku. Kalau dulu aku cakap lepas belajar aku nak pergi main kat playground, walaupun hujan ribut taufan aku akan pergi jugak. Kalau aku nak lakukan sesuatu, biarlah takde orang nak temankan sekalipun, aku akan pergi lakukan sorang-sorang. Kalau aku cakap nak layang-layang aku terbang, biarlah ambil masa sampai 3 jam berpeluh ketiak pun pun aku sanggup, aku akan pastikan apa yang aku nak mesti jadi. Kalaulah korang tahu betapa determination aku itu sangat tinggi dan aku sanggup lakukan apa saja demi memenuhi keinginan di hati.

JAdi silalah bayangkan betapa kecewanya hati aku bila aku tak dapat sambung belajar. Betapa kecewanya hati aku bila apa yang aku azamkan, impikan tak terjadi. Aku kecewa weh, aku kecewa sangat. Tapi sekarang aku bukan lagi individu yang takde tanggungjawab. Aku ada suami dan anak kecil 2 orang. Banyak aku kena fikirkan. Banyak hati yang perlu dijaga. Tapi aku cuma ambil masa untuk belajar setahun je. Pejam celik, pejam celik dah habis. Tengok tu nampak sangat masih tak puas hati sebab ada tapi.

Ayah aku. Bila aku fikir balik, betapa bertuahnya aku ada seorang ayah yang selalu ada untuk aku. Ayah dah cakap nak tolong support kalau aku sambung master nanti. Terima kasih kat ayah. Dulu ayah memang garang tapi aku bersyukur sebab ayah kami berempat adik beradik semua ada degree. Abang pulak dah ada master. Adik aku pulak otw insyallah next year grad la master jugak. Ayah selalu tanamkan dalam diri kami, ilmu itu sangat penting. Belajar, belajar dan terus belajar selagi kita bernafas di muka bumi ni.

Sebab tu aku nak sangat sambung belajar, tak best betul jadi budak yang tak pandai especially di kalangan family aku yang sememangnya semua pandai-pandai.

Tipulah kalau aku tak frust. Sangat. Tapi aku cuba senyum lebar-lebar. Pastikan senyuman tu nampak gigi okey bukan senyum buat-buat yang ketat tu. All the best untuk aku. Semoga aku dapat hidup dengan gembira. Kawan dengan strangers. Gelaklah selalu. Ingat yang paling penting, solat lima waktu.

Apepun apa yang telah diberi oleh Allah lebih baik dari apa yang kita pinta. Bersyukurlah dengan apa yang ada ;) Kan...

Sebelum aku nak menutup tirai entry ni aku nak muhasabah diri 5 minutes jap.

Sometimes aku benci dengan manusia yang talam dua muka,

Jangan hanya tahu bercakap, tapi bila buat zero. Jangan lakukan sesuatu for the sake untuk dapat respect dari manusia lain. Respect manusia boleh hilang dalam sekelip mata. Jangan sesekali terfikir diri tu baik sangat, bukan semua orang boleh terima cara kita, even kita sendiri pun tak boleh terima cara orang lain. Kenapa kita nak expect orang ikut flow kita je, sedangkan kita sendiri tak boleh nak ikut flow orang. Kenapa kita nak orang puaskan hati kita je apa yang kita nak semua orang kena buat, sedangkan kita selalu sakitkan hati orang dan tak pernah sekalipun layan apa yang orang lain nak. Sometimes kita rasa menyampah kat orang lain, sedangkan kita pun ada perangai annoying yang tersendiri. Depan makbapak kita buat baik, belakang makbapak adakah kita sebaik itu? Pura-pura dengan diri sendiri, hipokrit dengan dunia, adakah semua ini akan bagi kita bahagia??

Muhasabah untuk semua termasuk untuk diri aku juga.

Aku memang ada habit sangat suka menaip apa yang terbuku dalam hati dan otak before masuk kepala dalam blanket, before tutup mata dan masuk ke dalam alam mati sementara atau bahasa dunianya tidur. Adakah habit ini dikira hobi atau satu penyakit. Mungkin sebab aku tak suka meluahkan perasaan kat orang kot. Yelah di dunia sekarang aku takde insan yang rapat dengan aku. Awww ntahapehapentah.

Oklah. Thanks for reading. 

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, August 28, 2012

Saya Betul-Betul Di Dalam Dilema. Yes or No.

Assalamualaikum,

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Antara cita-cita, masa depan, sekarang ni pun duduk rumah tak buat apa sangat, kesibukan membahagi masa untuk anak-anak 2 orang dan yang paling penting kewangan! Ya, memang patut fikir kewangan kerana ini adalah mode full time ok. Takpe, cepat sikit habis. Hihihi.
.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Betapa pentingnya ilmu untuk kita sebagai manusia.

1. Ilmu memberi peluang kerjaya – dapat kerja yang lebih baik untuk menyara kehidupan – memperoleh pendapatan bulanan yang tinggi dan tetap - kehidupan lebih selesa dan terjamin.
2. Dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat – orang yang berilmu menjadi rujukan dalam bidang kepakaran masing-masing – doktor, peguam, hakim, arkitek dan guru -masyarakat akan menyanjung tinggi dan menghormati – dapat membantu masyarakat dalam kerja-kerja amal.
3. Taraf hidup dapat ditingkatkan – memperbaiki kehidupan sendiri atau keluarga – impian akan menjadi kenyataan seperti untuk memilik rumah, kereta dan kemewahan hidup – dapat memperolehi kesenangan dalam hidup.
4. Mengelakkan diri daripada ditipu atau ditindas – mampu berfikir dan membezakan antara perkara baik atau buruk, betul atau salah – menjadikan kita lebih berwawasan untuk menjamin masa depan.

Tapi itu lah. Kalau anda di tempat saya bagaimana?

****************************************************

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” – pepatah itu membuktikan kepentingan ilmu dalam diri manusia – ilmu perlu dipelajari dan dituntut – ilmu yang diperolehi perlu dimanfaatkan untuk kepentingan diri, masyarakat, agama dan negara – ilmu tanpa amal ibarat pohon rendang yang tidak berbuah.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, August 12, 2012

Ucapan Hari Raya Dari Nayli & Zara Sekeluarga.....

Assalamualaikum semua,

Pejam celik pejam celik Ramadhan yang ditabalkan Allah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dah pun makin hampir ke penghujung. Mood raya pun dah makin mengganas dalam jiwa dan minda. Awww. Eh baju raya tak beli lagi ni cemane????

Kami…. jeng jeng jeng.


Ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan….

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

Kepada semua yang mengenali Nayli dan Zara, yang selalu click click baca blog mama kami yang kadang-kadang very the yaa aa aww ni dan juga kepada semua yang mengenali pak dan mak kami.

Kami sekeluarga juga ingin memohon maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut jika ada terkasar bahasa dan juga perbuatan. Bermaaf-maafan lah kita sesame semua di hari yang mulia ini. Maafkan lah silap dan salah manusia memang tak sempurna tak pernah lepas dari melakukan kesilapan so janganlah simpan dalam hati. 0-0 bukak buku baru taraaaaaaa.


KAlau bulan puasa dapat turun 5 kg janganlah bila tiba satu Syawal terus naik 10 kg pulak ye. Berpada-pada la ketika makan tu kerana raya-raya jugak kesihatan pun perlu dijaga. Kalau sakit nanti siapa yang susah? Haa mereka dan keluarga mereka juga yang susah.


Yang penting sesiapa yang nak balik kampong nanti berhati-hatilah di jalan raya. Janganlah sebab nak cepat sangat sampai ke kampong bawa kereta macam roket yang akhirnya terus tak sampai. Biar lambat asal selamat. Ingatlah orang tersayang yang tengah menanti kepulangan kita sekeluarga di kampong nun. Jangan biarkan 1 Syawal yang sepatutnya di disambut dengan keriangan dan gelak ketawa menjadi medan tangisan akibat kealpaan sendiri,



Apepun tiada yang lebih indah menusuk kalbu dari berkumpul beramai-ramai satu keluarga setelah lama tidak berpeluang merasai suasana itu dan mencium serta meminta maaf dari orang tersayang di pagi Syawal selain makan rendang air tangan mak yang tiada tolok bandingan paling sedap dalam dunia Chef Wan masak pun kalah. Slurpssssss.

Salam sayang dari kami untuk semua yang jauh mahupun dekat.

Kami sekeluarga akan beraya di Seremban dengan tema yang sangat lip lap lip lap anak mami dan pasti memukau pandangan mata semua. Awww. Tunggu, tunggu oh stay tune. Ahak Ahak!

Anda semua beraya dimana pula? Apakah tema baju raya tahun ni? Kaler birukah, merahkah, hitamkah atau sama kaler dengan kami?? Jeng Jeng Jeng.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal  tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Memang syahdu.

Sekian.

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p