Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Sayang Mak Edisi Selamat HAri Ibu

Bersambung dari edisi Selamat HAri Ibu Part 1,


Di saat ibumu tertidur lelap, cuba pandang dia dalam-dalam.


We having a great breakfast with mum. Tak payah makan kat kedai mahal-mahal, lepak kat mamak. Mak ok je.

Nasi lemak, roti canai kuah lebih, teh tarik. Yeay!!!!



Kami belanja mak pergi treatment. Bukan sempena Selamat HAri Ibu. Saja-saja. Biar mak happy.




Highly recommended. Siapa yang duduk area Kota DAmansara boleh datang sini. MEmang berbaloi baloi.

Mak buat treatment. Kami pun. Yang ni paling dasyat. Buang black head & white head kat muka

terasa macam jarum yang mencucuk-cucuk. Memang dasyat. Sakitnya awww!!



Threading. Kagum siapa yang ada kepandaian buat threading. Kemaskan bulu kening pakai benang memang menyakitkan juga. Tetapi sangat kemas.


Dah macam retis gitu! Awwwww. Tapi mak lagi cantik.


Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri.



Disaat ibumu tertidur lelap,
cuba pandangi dia dalam-dalam,
dan bayangkan ….
matanya takkan terbuka untuk selama-lamanya,
tangannya tak mampu lagi menghapus air matamu,
tak ada lagi nasihatnya
yang selama ini sering kamu abaikan.

Bayangkan apabila ibumu sudah tiada,
apakah kamu sudah mampu membahagiakannya
yang sekian kalinya dia selalu membahagiakanmu,
memenuhi kehendakmu…

Apakah kamu pernah berpikir…
betapa besar pengorbanannya???
Ibu adalah segalanya ….



********************************************************



Saya juga adalah ibu kepada Nayli & Zara. Dua kanak-kanak kecil yang tak tahu apa-apa.




Semoga mereka akan tahu bagaimana kekentalan jiwa mama yang membesarkan mereka sewaktu kecil. Walau bagaimana supermak sekalipun, perempuan tetap insan yang lemah.

                                                                       Sungguh menyentuh hati
                                                                          Sebak rasa di dada
                                                         Mengingat pengorbanan seorang ibu
                                       Yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah
                                                                Sungguhnya tidak terbalas 

                                                          UNTUK SEMUA YANG BERGELAR IBU.

                                                      Selamat Hari Ibu 2012.







This day is one of the very especial day to all mothers in the world.
To all mothers Happy Mothers day! Thank you for the love, time ,
efforts and 
everything that you gave us.

                                                                                               Sekian.



Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

Monday, May 7, 2012

Marathon Makan Dengan Mak Edisi Selamat Hari Ibu

Salam Bulan May yang berkat,

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai Ibu


Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu.

Yezza kita akan menyambut HAri Ibu dalam bulan ini. Satu hari yang sangat istimewa untuk insan yang teristimewa. Bukan mudah tugas seorang ibu, tapi itulah tugas yang paling menarik sebenarnya. Menarik??? Hurmssss ya kadang-kadang wanita juga boleh menjadi ibu dan ayah pada satu masa. Bukan senang tapi itulah namanya pengorbanan almaklumlah selalunya ayah sibuk sangat dengan kerja, ayah sibuk sangat dengan itu, ayah sibuk sangat dengan ini. Ayah oooo ayah sibuklah sangat ohoiii.

Ibu adalah seorang yang paling teristimewa. Lahirnya kita dari perut seorang ibu. Pengorbanan seorang ibu tiada tolok banding dengan sesiapa saja di dalam dunia ni. Melahir kita ibarat mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Tu la ingat senang ke nak beranak? Glurpsssss.

Kepada yang tidak tahu, tarikh hari ibu berbeza mengikut negara dan tahun. Biasanya Hari Ibu akan disambut pada hari Ahad minggu kedua pada bulan May which is tahun ni akan jatuh pada 13 May. Yeay!!!

Untuk semua mommies yang ohsem. In advance.

Tak kisahla berapa banyak insan yang saya panggil ibu or mak pun tapi satu-satunya insan yang paling saya kagumi dan hormati mestilah insan yang mengandung, melahirkan dan menjaga saya sehingga saya besar. Satu-satunya mak saya dalam dunia ni. Ya, ada satu je, tiada dua, tiga mahupun pengganti.

Setiap hari adalah hari Ibu. Terima kasih mak tak perlu tunggu 13 May yelah itu hanyalah sebagai satu tarikh atau benchmark untuk kita ungkit semula kisah ibu lama-lama dulu, tentang ibu dan siapa kita tanpa ibu.

"Semoga ibuku sihat sejahtera dan bahagia dengan limpah rahmat Allah, diberkati amalnya dan dipelihara Allah. Boleh terus menyejukkan hati ini dan melimpahkan kasih sayangnya buat kami dan mendoakan kami, anak-anakmu yang seramai 4 orang ini. Terima kasih mak. Sayang mak, restui dan redalah perjalanan kami. Amin."

Mak oh mak. Ya, kami panggil mak bukan ibu. Kami bawa mak jalan-jalan dan cari makan. Dah lama tak jalan-jalan dengan mak.

Mak tak memilih. Makan di mana saja pun boleh. Bila mak cakap mana-mana pun boleh pastinya otak puas fikir di manakan tempat makan yang terbaik nak bawa mak makan. 2-3 tempat disenarai pendek dan akhirnya kami singgah di sini. Yeay!!!

Hopefully mak suka.


Day 1



Well, well, well of course taking picture is a MUST-TO-DO thing before we eat. Mak ada jugak tegur sikit-sikit nak snap pic, nak makan pun snap pic Hihihi. We had our good time, filled our stomach with good food with mak. How I wish we could do that more frequenstly. Yeay!!!

Food reviewer we are ready. Yeay!!





Kalau tengok menu list memang rambang mata. Penuh dengan pictures makanan yang sangat ohsem. Biasalah gambar memang sangat mempengaruhi mood kalau nak order food. Tak kisahla yang penting mak cakap sedap. Kitorang ni takpe tolak batu dengan kayu je.



Mulakan dengan Bismillah. Sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Tak tipu.

Yang ni sah-sahla saya punya. All time paberet.



Au Gratin Chicken Char-Boiled. Boleh pilih sama ada nak mashed potatoes or french fries. Personally, saya rasa mashed potatoes memang da sangat da bomb. The coleslow is nice too. Ayamnya lagikla sedap with melted cheese and creamy mashed potatoes bathed with brown mushroom gravy. Fuiyoooo, can I ask for more?? Burpssssss.


Ini mak punya.



Mak cakap sedap tapi makan tak habis sebab portionnya besar sangat. Tak baik membazir apelagi saya yang tolong perabiskan ;p Hmm sedapnye.  Saya memang suka makan, makan dan makan. Yahooo!


Ini Cik Pia punya pun sedap tapi dia makan sampai licin pinggan so tak dapat la nak pow sikit ;p






Perut yang sangat kenyang sebab portion makanan kat sini agak banyak. I wish somebody could carry me to my car. Satisfaction the word. Awwwwww.


Diet start tomorrow. Woot! Woot! ;p


Day 2


Jeng jeng jeng. Kami berjalan lagi. Kami bawa mak jalan-jalan ke One Utama Shopping Mall. Actually bukan mak nak jalan sangat ke sini tapi kami berdua yang lebih. HikHik.





Jalan punya jalan takde benda pun yang kami beli. Jalan-jalan pun best jugak lelagik dengan mak.Teringat pulak keunikan makanan Jepun yang saya makan kat Sushi Zan-Mai tempoh hari. Dengan bersemangat baget nak bawa mak makan kat sana mesti mak suka. Tetapi OMG!!!! (Oh-Mak-Gayah!!!!)


Mak datuk ramainya orang tengah beratur. Agak-agak kalau beratur ni berapa lama baru boleh makan. Mak cakap cancel. Ok mak, jom makan kat tempat lain. Tempat lain pun best juga.



Muka fust menonggeng sebab tak dapat makan Sushi Zan-Mai ;p KAHKAHKAH!

Repeat pleaseeeeee cik Pia yaa aww aww ;p




Last-last mak cakap nak makan kat sini. Oh rupanya saya pun tak pernah singgah sini. BAru bukak ke haaaa? Tak perasan pun.




Macam-macam ada kat sini. Ala-ala food court. Best jugak.



;




Setakat bawa mak makan-makan dan jalan-jalan mungkin takde ape pun tapi hopefully mak gembira. Berjalan sakan dengan mak memang best. Nanti kita jalan lagi ye.


Selamat Hari Ibu in advance untuk semua mommies yang awesome. Yeay!!


****************************************************************************

 Berdasarkan Hadith Nabi S.A.W

"Tidak akan terputus rezeki seorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"






To be continue entry part II pulak sempena Selamat Hari Ibu. All about mak saya. Sayang mak. Yeay!!


Sekian


Tolong Click Mama Nak beli Nak Beli Hairband Baru Untuk Nayli & Zara ;p



 

Monday, April 30, 2012

Balik Kampung Ooo Balik Kampung

Hello peeps Happy Monday Blues uwekkkkk,

Weekend yang sangat syiok apentah lagi cuti sampai hari Selasa sebab mamanyo sambung cuti sampailah Labour Day. Yeay!!!

Oh brother Naim dah pandai baca A B C,  sila ajar ahli geng bas sekolah yang lain. 


Bila ramai-ramai macam ni memanglah syiok nak belajar, kalau duk sorang-sorang tu sampai kering anak tekak mama suruh Nayli baca buku. Memang nan hado lah.

Just imagine bebudak pun happy giller bila dapat kumpul reramai macamni, mak budak lagikla happy. Wauuuweee.

Mama, diorang buli adik Zara suruh baca A B C tapi adik Zara tak tau. Uwaaaaaa.


Bilalah dapat berkumpul reramai macam ni lagik kan. Sobsssss! Lepas ni dah nak pindah duduk dalam hutan batu. Opssss.


Hamboiiii comelnya anak dara siapa la ni. Awwwww. Oh manisnya, manis senyuman mu.



Nayli Dayana lah siapa lagi. Hiks! Nayli dah 2 tahun setengah. Adik Zara pulak dah 1 tahun 2 bulan.

Alhamdulillah semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik-baik saja. Amin


Yahoo!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

Tuesday, April 10, 2012

Rosak Program Diet Disebabkan Dominos Pizza

Rata-rata kat belog la kat Facebookla sekarang ni cerita pasal BOLA jewtew. Arghh. Glory glory Manchester United. Awww.

Lantaklah. Tapi orang kat sini nak cite pasal makanlah! Makan lagi? Waka waka waka. Makan lagi sedap tew tapi demox tak sedaplah. Eh tapi aii bukannya demox sangat pun kan. Seluar jeans masa belum kahwin dulu boleh pakai balik tew. HewHewHew.

Semestinya makanan yang terbaik untuk nafsu makan yang terbaik. Haritu lepak kat Dominos Pizza, Kota Damansara. Lame dah tak singgah sini.


Terbaik. Baru ambil bau pun dah rasa lapar. Meleleh air liur wa caka p lu. Lelagik kalau order cheese burst tapi kena tambah RM7. Meleleh cheese fuyoo. Thin crust pun ok makan 10x pun tak jemu. Saya lagi suka Dominos dari Pizza Hut. Sebab lagi maveles. LAgi ohsem. Nyum nyum taip entry sambil meleleh air liur. Siapa setuju? 

Anak-anak pun suka.




Beef Pepperoni. Masyuk. Aloha chicken pun sedap jugak. Tuna pun ok.




Chicken wing yang masyuk kuasa dua. Sos BBQ meresap sebati dalam daging ayamnya yang empuk. Fulamak dahla dihidangkan panas-panas.




Ada lagi Cinnamom Sticks yang lembut. Fuh.




Semuanya sedap! Tak percaya? Tanya NAyli. Nampak tak big baby kat belakang tu actually dia nak kawan dengan Nayli, tapi Nayli tak layan buat muka sombong sebab tengah kusyuk menikmati kesedapan pizza. Kesian budak tu. Terhendap-hendap.



Makan untuk hidup. HikHikHik. Alhamdulillah murah rezeki.

Sekian.

Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Friday, April 6, 2012

Happy Birthday, Ayah !

Oh, it's 6th April 2012. Yeay!


Some fathers are just father figures , a real father is still very rare .To a dad who fulfills all his duties. Happy birthday ayah :DD

Credit to: Sofea DAK ;)

Sekian.

 Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Wednesday, April 4, 2012

Dating Dengan Orang Yang Paling Saya Sayang Dan Cintai

Haritu mak singgah rumah. Kami pun berjalan-jalan dalam erti kata lain bawa mak berjalan. Dating dengan mak kat mana lagi, mestila... taraaaaaa.

Sila jangan muntah ;p


Actually my mum wants to buy a side table kat Ikea. Senang nak hidang air kat tetamu kata mak. Oraitsssss mak!

Sebelum mencuci mata kami singgah makan dulu. Tanya mak nak makan apa. Ayam penyet kah? Tomyam Thai kah? NAsi Ayam kah?

Sebab mata kata ape-ape pun boleh saya pun apelagi, tak lepaskan peluang dulu, kini dan selamanyalah. HikHikHik.




Lepak food court Ikea la. Mana lagi.

Yeay!!!!! Eat till tummy full.




Meatballs with fries meaty, well marinated and minced spread with brown gravy and served with lingonberry sauce with extra flavor sinfully good. Cuma RM10.50 jew. Yummy!!!!!!!!! Of course la ini saya punya.




Ini mak punya. Poached salmon served with boiled potatoes, brocolli and a butery cream sauce. Cuma RM12.50 saja. Woww!!




Food kat sini memang sedap yummylicious. Tak caya? Haaa tanyela mak.




Kami pusing 3 round tau kat Ikea tu. HiHi. Takdelah tipu je. Dapat pun side table yang mak idamkan.



Ingat lepas tu nak bawa mak jalan-jalan ke One Utama Shopping Mall pulak tapi dah kesuntukan masa. Next time la ye mak. Seronoknya dah lama tak hep hep hoorey dengan mak. Yeay!!!!!!

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Wednesday, February 29, 2012

Eeee Ada Berani Jom Jalan-Jalan Di Taman Ular Sawa, Ulu Bendul

Sekarang ni kat kawasan saya ni hujan sangat lebat. Ok sambil menikmati suhu ala-ala sejuk ala Genting Highlands ni jom cerita pasal kisah ke Taman Ular Sawa  pulak. Yeay!!!!

Lepas mandi kat Taman Rekrasi Ulu Bendul, kami semua jalan kaki je ke sini. Dekat tapi kena mendaki bukit. Aww dah lama tak exercise u olls.



Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Maksudnya kalau naik gaya macamni takdela penat sangat. HiHiHi.




Yahooo!!



Mendaki bukit takdelah seteruk nak pergi Japanese Village kat Bukit Tinggi, Pahang dulu. Yang itu memang mak datokkk sangat penat. Sampai je atas kami di hiburkan dengan aneka jenis ular sawa. Macam-macam jenis ular sawa ada di sini. Anaconda kaler kuning pun ada. Jangan tak tau anconda beranak tau bukan bertelur hokkay. Jenis ular sawa yang lain semua bertelur. Penjaga ular tu lah cakap. Ooo baru tau.

EEeeeeeeeeeeeeeee.



Semua tengok dari luar cage je. Giller nak masuk dalam cage tu or nak pegang ular sawa. TAk beranilah.




Kan dah cakap tak berani.




Betul tak berani.




But !!!!!!!!!! Ahaaa........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Abang Long saya memang paling berani. Hello, penjaga ular tu cakap anak ular sawa ni umur baru 2 tahun dan dalam sehari 4 kali tau mandi air sabun. Wowwww dasyat!!  Saya berani pegang kulit dia je, memang sangat lembut dan tak berbau langsung.

Usap-usap sikit beranilah, nak pegang?? Erkssssss. Inilah first time saya pergi Taman Ular Sawa kat Kuala Pilah ni. Teruja beb. HiHi.

Last but not least sebelum balik. Taraaaaa!


3 dara pingitan u olss. Awww. Syok jugak sesekali lepak-lepak dengan family besar.

**********************************************************

Kalau ada yang perasan or tak perasan, my babies Nayli & Zara takde langsung dalam piccas kan? Sobsss yelah time weekend ni diorang tengah pergi summer camp. HukHuk. Rindu sangat kat diorang masa ni.

Just Imagine kalau sehari tak dapat tengok anakla kan.

1 hari = 24 jam
24 jam = 1440 minit

Pheww. Tu baru sehari. Kalau dua hari? Tiga hari? Sebulan??? Glurpsssss. Oh my oh my.

Sekian.

Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p