Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Mengimbas Nostalgia Lama Di Taman Teruntum, Kuantan Pahang

Assalamualaikum,

Cerita dolu dolu kala. Saya dilahirkan kat Kuantan Pahang . Bila sekali sekala makan angin di Kuantan dan jalan jalan ke tempat nostalgia dulu kala ayah pun berkata,



"Oh dulu bila weekend selalu bawa Andy (abang) dan Akma jalan-jalan ke sini. MAsa tu umur Akma 3 tahun besar Nayli sekaranglah. Dulu Akma memang kuat nangis. Sekarang dah turun kat anak-anaknya pun kuat nangis gak". HewHewHew PadanMukaHangAkma.

Taman apakah yang ayah maksudkan ini? Ecececece. Tak ingat apa-apa langsung. Arghh 3 tahun kecik sangat kot. Maksudnye dalam umur sekarang pun Nayli tak ingatlah ye kalau mama bawa NAyli jalan pergi mana-mana. Hmmm sedih sobsss. Meh snap pic banyak-banyak nanti dah besar mama story mory ok.

Di sinilah yang ayah maksudkan. Jeng jeng jeng. Taman Teruntum, Kuantan Pahang.


Macam-macam ada kat sini. Sesuai untuk kanak-kanak ribena. Mak dan pak budak ribena pun sesuai gak. Ala-ala Taman Tasik Titiwangsa kalau kat KL. Tapi kat sini takde tasik. Mini zoo adelah. Tapi kecik jelah sesuai untuk pencinta binatang.

Mujur semasa ketibaan kami cuaca baik baik saja. Hamboih seronoknya sampai taknak balik. 

Nayli lagi demox dari Naim.




Nayli juga lagi demox dari Zara.




Haishhh demoxnya. Ikut siapalah ni. Mama kan tak demox sangat. Hehe. Perasan la pulops.

Topi pink itu  lagi besar dari kepala Zara.




Lepaksss setelah kepenatan melayan bebudak ribena bermain. Woot! Woot! DAK's crew. Missing in photo is SOFEA DAK ;p



Baiklah tamat sudah cerita pasal percutian keluarga besar saya ke Cherating. Yeay!

Flashback cerita dolu dolu. Hehehe.

Sedapnya Makan Ikan Patin Di Kuantan.

Bestnye Berendam.

Bersiar siar di Teluk Cempedak Kuantan.

Makan Seafood Di Tanjung Lumpur Kuantan.

Babai Cherating. Jumpe lagi!


Zzzzzzzzzzzzzzzzz penatnye fuh fuh fuh. Tu dia tak tengok mama punya penat macam mana lagik Bhahahaha. OkBai!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, November 18, 2012

Cantik Giller Betul Pantai Teluk Cempedak, Kuantan


Lepas dah puas berendam kat pool,

Rocks, trees, water, sun and people that's what you'll find in abundance at Teluk Cempedak. Yeay!!

BAgi sayalah kan taktaulah orang lain Pantai Teluk Cempedak, Kuantan yang menghadap Laut China Selatan memang sangat cantik. CAntik giller, cantik yang teramat, bersih nak tengok sampah sarap bertaburan pun susah, pasirnya putih, lautnya kebiruan. Perghhh. There's a lot one can do to enjoy the scene, as mentioned pantainya memang cantik giller tapi janganlah expect to find white sandy beaches the likes of the Maldives or clear blue waters of Hawaii. Itu sangat oberrrrr de vass.

Nah tengok gambar sekali kang kalau cerita check in jeww takde gambar nanti orang tak percaya pulak saya pernah sampai sini. Bhahahahaha!




Pantai ni terletak 5km je dari bandar Kuantan. Kalau penduduk setempat panggil TC je yang bermaksud Teluk Cempedak. Aii pun nak panggil TC la jugak uolls. KAHKAHKAH.

Tarikan yang terbaru di TC ialah gerai gerai jualan barang dan pakaian ala-ala uptown la pulopps. MAcam-macam ada kat sini. MAsa kami sampai gerai-gerai sedang dibuka itupun kanak-kanak ribena dah rambang mata melihat permainan yang dijual nasib baik tak bukak semua lagi *Pfttt duit dalam dompet mama tinggal senget je ni.



Ada macam-macam kemudahan di sini melengkapkan lagi tempat yang sangat best untuk dilawati seperti tandas, bilik air surau, gerai makanan dan pakaian, tempat permainan kanak-kanak, KFC, McDonalds dan Chatime pun ada jugak. 

DAK's crew. Yeay!!




Kanak-kanak riang ria ribena Yeay Yeay! Yeay!!




Nasib baik anak anak daraku tak takut pasir pantai mahupun ombak dapatlah mama menghayati keindahan pantai dengan semaksimum yang mungkin. Chewah ayat macam nak kena penampar. PANG! PANG!

Franky speaking pantai bukanlah tempat kegemaran saya. Piknik-piknik ni memang aii kureng sikitlah lainlah piknik kat shopping mall ke piknik kat kedai makan ke yahoo absolutely i loike. Panas wei berpeluh ketiak. But sekali sekala oklah bawa anak-anak jalan-jalan. Tiap-tiap minggu no way abeh rentung hitam hitam si tompok manggis nanti. TROLOLOLOL.

Tapi yang paling best kat TC kalau datang satu family nak bentang tikar kat mana sekalipun then nak makan ramai-ramai takde masalah tak macam pantai yang saya pernah pergi iaitu PANTAI PORT DICKSON atau PANTAI TELUK BATIK nowadays yang sangat la kapitalist sebab dah takde tempat nak bentang tikar kerana semuanya dah dipenuhi dengan tapak khemah yang disewakan kepada pengunjung pantai. Haiyoo dah tak macam suasana piknik tapi dah macam suasana bazar ramadhan la puloppsss ;) Grrrrrrr.

Lepas selesai berjalan-jalan kami lepak minum kat gerai. Oh tak best sebab kat sini cuma ada jual nasi-nasi je yang light light macam fries ke laksa ke takde. Ala saja nak kudap-kudap sambil mengambil angin giteww. Tak rawks betullah.

Oklah banyak pulak complain bhahahaha. Apepun TC memang best siapa yang tak pernah sampai lagi memang rugi. Sila buat rombongan Cik Kiah ke TC sekarang jugak. Okbai!

Sekian.








Wednesday, November 14, 2012

Berjoli Sakan Ke Kuantan dan Menikmati Gulai Ikan Patin

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Wahh tittle entry kau bukan main lagi ye. Berjoli? KAHKAHKAH.

Akhirnya kerinduan yang mendalam pada negeri kelahiranku terubat jugak. Dush dush!

Hello, Kuantan negeri kelahiranku 3 dekad yang lalu here I come bebeh!

Yelah dulu saya dilahirkan kat Kuantan. Errrr diberanakkan saja kat sana tapi dibesarkan dan bersekolah kat KL. Masa sekolah bila kawan-kawan tengok IC terkejut badak eh IC kau -06- lahir kat Pahang ke lepas tu mesti kena gelak. Duh. Duh.

Alang-alang dah bukak cerita biarlah sampai ke pangkal lengan. Lama dah tak berperibahasa, sekali bagi wah mantap giteww. Bukan apa bila sekolah kat KL baget macam minah KL yang yo-yo-on-oppa-KL-style. Alaa diberanakkan sampai umur 3 tahun je pun duduk Kuantan so memang tak boleh dilabelkan sebagai anak jati Kuantan la kan kan kan. TROLOLOLOL whateva #menyampah.

Tanya lah apapun pasal Kuantan memang saya tak tau dan tak ingat apa-apa memori pun. Betul tak tipu kalau tak caya tanya mak saya.

Percutian ini disertai oleh seluruh family besar saya. Dulu-dulu pun selalu jugak buat aktiviti jalan beramai-ramai macamni.

Kisah percutian ke Melaka.

Makan Ikan Bakar kat Alai.

Makan Seafood kat Bagan Lalang.

Sangat seronok.

Kami ke Kuantan melalui jalan dalam Kuala Pilah-Gambang-Muadzam Shah so tak payah bayar tol langsung. Walaupun orang kata for travellers to Kuantan and the Malaysian east coast, the one season is best avoided is the rainy season between November and January, tapi sepanjang kami pergi cuaca sangat baik. Alhamdulillah.

Jalan yang kami lalui kiri kanan penuh dengan kelapa sawit jalannya pulak straight je takde selekoh memang sejuk mata memandang ditambah lagi dengan angin sepoi sepoi bahasa. Mengejutkan jugak jalan agak lengang walaupun long holiday sempena Deepavali yelah bila dah long holiday ni ramailah yang nak berjalan ke sana sini. Nasib baik.

Hitam itu menawan. Panas weii.




Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Kuantan plus singgah sana singgah sini. Oklah tu pejam celik pejam  taraa dah sampai.

Jom cerita pasal Kuantan pulak. Siapa yang tersesat sampai ke Kuantan boleh cuba lunch di Akob Patin House terletak kat Jalan Besar, Kuantan. This is suppose to be the best Patin in Kuantan. Kedai makan yang sangat la famous dengan masakan ikan patin terletak betul-betul mengadap Sungai Kuantan. The price is reasonable and the taste is ok.

Terdapat macam-macam lauk pauk disediakan dan ada lebih 30 lauk dan memang terkenal sebagai port makan tengahari. Yang paling famous tentulah yang ini. Bau pun dah sedap!



Gulai lemak tempoyak ikan patin. Wauuweeee super delicious. Kepekatan kuah, kombinasi tempoyak dan bahan seperti kunyit, serai, cili sangat balance, tak pedas sangat, sedap! Rasa ikan yang segar, isi yang dimasak sempurna perghhh. Amacam boleh jadi pengacara JJCM tak? Dengss!

Ikan patin ni ada yang mahal dan ada jugak yang murah so sebelum ambil tu tanyalah dulu kang tak cukup duit dalam wallet credit card not acceptable ok. Pemandangan di kedai ini jugak sangat cantik sebab tepi sungai. Best betul!

Selepas makan perjalanan diteruskan ke Cherating.

Ape-ape pun check in dulu. Yang paling excited tentulah kanak-kanak. Mama, nak ni. Mama, nak tu. Mama, mama, mama. Ok ok chill ye anak-anak. Sabaqqqq.


Hamboi jauhnya pemandangan aduh sudah tidak sabar-sabar mereka ini. Jom berendam sampai kecut kaki dan tangan. Oh Laa~ Laa~

Sempena long holiday baru baru ni anda ke mana pulak? Mesti lagi syok kan. Yabedabedu!

Bersambung di next entry pulopss ;)

Thanks for reading.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Saturday, October 13, 2012

Girls Day Out Gitew dan Lasangna @ Delifrance Yang Sedap!

Assalamualaikum,

Hai, hai hai happy saturday to everyone.

Today kan girls day out giteww. Yeay!!!


Melepak sampai ke Jusco 2 Seremban. KAt sana ada playland untuk kanak-kanak ribena. Kasi mereka bergembira sakan hep hep hoorey hari ni.

Last but not least. It's Delifrance time. Yeay!!

Siapa suka lasagna angkat tangan. Eh ingat Delifrance ade jual roti je tapi lasagna pun ada ye. First time ni.  Bismillah...


My opinion lasagna kat Delifrance memang terbahek. Siapa yang tak berkesempatan baik pergilah makan cepat. Tak kedekut sangat macam kat Secret Recipe or Pizza Hut sebab separuh bekas je and sikit giller. I love it's creamy texture, rich in beef chunks and the layers of cheese and pasta are awesome bebeh.

Rasa pun tak boleh challenge Delifrance part creamy and yummy nya. And the best part of it, it is served hot making the dish PERFECT. Sedapnya!! Nayli suka, Zara suka, mama lagi terlebih suka. Tak cukup sepinggan teww. Awww

Siapa yang pernah makan rasa-rasa betul tak comment saya ni? Kan? KAn? Kan? Part makan memang kau no 1 kan akma. TROLOLOLOLOLOL.

Dah lepas ni kalau #GemukJanganNakBisingPulak. KAHKAHKAH. Eh senang hatilah.

Makan untuk hidup. Haihhh.

Happy weekend peeps!

***********************************************

Muhasabah for 5 minutes!

Dia berpakaian longgar dan menutup aurat belum tentu dia solehah

Wall facebooknya penuh dengan post islamic belum tentu dia mengamalkan semuanya

Sekurang-kurangnya dia berusaha menjadi lebih baik mengikut syariat Islam

Selagi termampu usah malu untuk berubah, Allah tahu niat seseorang ♥ ♥ 

Di mana ada angan-angan, di situ akan lahir 

secebis usaha

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





                       


 

Wednesday, July 25, 2012

Demoxnya Lembu, Demoxnya Kamben Di MAHA 2012

Assalamualaikum,

Korang pernah pergi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) tak? 


First time bagi saya. Teruja betul dapat tengok kamben dan lembunya yang ya arabbbiiiii demox betul! Makan ape diorang ni. Kenapa boleh jadi demox sedemikian rupa? TROLOLOLOLOL.





Ini kalau korban lembu dapat berapa kilo daging ntah agaknya. Perghhhh.

Sesuai bagi budak kicit macam NAyli untuk belajar mengenal binatang. Tu lah dari dulu nak bawa pergi Zoo tak berjaya jugak lagi. Adeke patut bila tengok buku gambar buaya dia cakap “mama, ni cicakkkkk” Glurpsssss. Bukan nak itu buaya. “Bukanlah mama, ini cicaklah”. HewHewHEw. Tak dapek mama nak nolong tunggu mama tunjuk kan buaya bujang senang yang sebenarnye ye sayang.


CC to papa NAyli: Jom kita pergi Zoo Taiping this weekend nak tak? TROLOLOLOLOL.

Wauweeeee terbahek!! Lap sikit air liur tu dah meleleh dah. HAHAHAHAHAHAHA.


MAcam-macam yang dipamerkan dan dijual di sini semuanya berkisarkan pada pertanian dan perladangan.

Puas dan fenattttttttt!


Big baby yang dah tak larat nak berjalan lagi. MAmanyo pun tak larat gak nak berjalan. Syokla dapat dukung. Nak dukung gak boleh tak? HewHewHew.

OkBai!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p







 

Tuesday, July 24, 2012

Menjemurkan Diri Di Pantai Teluk Batik

Asalamualaikum semua,

Ntah papentahkan. BAget haritu masa cerita pergi Jetty Marina nak sambung cerita lagi. Pastu dah lupa. Eh saya ni semakin tua ke or banyak sangat makan kepala ikan ni? ;p Wargh Wargh Wargh.

Jetty Marina memang best la jugak. Dari kawasan tepi pantai kami lepak kat complex areanya pulak. Oh macam-macam ada. Nyaman.

Hmmm ini dia anak-anak zaman sekarang. Nampak je kedai jual tiup belon tu terus suruh papa beli. Nayli said "Satu untuk aya, satu untuk yiyi'. Memang, barang taknak kongsi langsung. Grrrrrrr.

Lepas-lepak sambil teman NAyli and Zara main tiup belon. Lepak lama sikit kat sini best jugak coz tak panas sangat macam kat luar tu.


Mesti korang tak pernah tengok benda ni kan. Canggih betul basikal ni ;p Kat KL tak pernah tengok lagi yooo. TROLOLOLOLOLOL.

Mode: Jakun ahak ahak



Ohoii budak berdua tu pun tak jakun rileks je mama pulak yang teruja habis KAHKAHKAH.

Lepas dah puas berhoorey hoorey dari Kompleks Marina kami ke Pantai Teluk Batik plak. Lupa dah ini kunjungan kali ke berapa ntah. BAnyak kali jugak sampai sini.

Berjalan di Teluk Batik I.

Memandangkan NAyli sangat anti dengan pantai, pijak pasir pantai pun macam pijak tahi lembu tak tahulah lepas ni akan sampai ke sini lagi or tak.  

Hey NAyli mama baru plan nak berkelah di pantai yang indah tew. Spoil saja.

Papa bawa Zara jenjalan, tinggallah mama menemankan anak bertuah bernama NAyli yang takut pijak pasir pantai.

Tengok tu, steady je Zara.


Heaven betul sekali sekala dapat makan and minum no limit ye sayang? Hamboi syoknye dia. Sekali sekala takpe kalau selalu sangat membahayakan kesihatan.



Dah habis. Jom balik. OkBai!


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Saturday, June 30, 2012

Bestnye Tawaf Shopping Mall Oh Yeah I Loike Bebeh ;)

Assalamualaikum semua,

Last weekend kami (kami tu sape lagi Enchek Husband & me-lah yahooo) menghabiskan weekend yang sangat ohsem di KL. Sebab berada di KL pun tersangatlah ohsem. Biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza. Nyanyi pun kene ikut lagu Siti gak ye. HikHikHik.

Hello, kalau dah tersesat kat KL sah-sah tak tersesat kat sini kan ;p


Mengada awww. Eh ini bukan sebab utama kami turun KL ye. Ini cume bak kata pepatah melayu alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Maknanya dah sampai KL meh la singgah Mutiara Damansara. HewHEwHEw.

Oooo baru tahu. Yelah bila datang dari jauh ke sini barang pun bawa segedabak banyak rupenya kat IKEA ada locker khas boleh tumpang simpan barang. FOC je.


NAsib la ada hamba Allah yang bagitau. Tapi mestilah kalau kita ada paid item from IKEA je. Kalau takde paid item nak tumpang letak barang gak bolehla buat macamni. Beli barang kat Ikea yang paling murah lepas tu keluar, lepastu masuk balik bolehlah guna locker simpan barang. Bukan barang tu je boleh simpan, sekali dengan beg besar gedabak pun boleh masuk sama ;p Warghh Warghh Warghh. JAnji muat locker tu.



MEski pun ada menu special pada hari ini. Ta-Daaaaaaaa.



Tapi memang tak sah ke Ikea kalau tak pekena menu ini. Wauweeeee.  Peberet all time bebeh. Meatballs la apelagi.



Dari Ikea ke Ikano pastu ke The Curve, alamak rindu la moment jenjalan macamni, Arghh jangan mimpi semuanye sudah berakhir. Okbai!

Sempat gak cuci mata walaupun masa sangat mencemburui kita. Aww. Tengokla ni. Cantik tak. Ada lagi yang special.



2 In 1 gitu. Nak letak duit ke nak letak smart phone ni. Arghh tergodanya.



Fulamak memang smart. Menarik hati dan menarik poket betul. Jap nak kira coins dalam poket cukup tak. TROLOLOLOL, Eh cukuplah!  ;p

Sempat jugak pergi renew driving licence. Fuyoo sampai ke JPJ Selangor ko renew license kan, kat Perak takde JPJ ke haaa? Mengada ahak ahak.


Bagi siapa yang belum renew license sekarang ada prosedur baru. Selain darpada bayaran RM30 untuk setahun ada juga charge baru iaitu penyelarasan tarikh lahir sebanyak RM15 di mana lepas ni tarikh mati license akan jatuh pada tarikh lahir kita. JPJ buat prosedur baru macamni sebab nak memudahkan orangramai ingat bila license akan mati. Siapa yang renew licence lepas bday rugila sebab tak sampai setahun license akan tamat tempoh. MAcam saya renew bulan June valid sampai May next year je. Rugi kan tak sampai setahun pun. ;( HuHuHu.

Last but not least ke SACC Mall. Hello shopaholic sekalian ada Poney’s Sale  yoo. Pergi sini sebab simcard dah rosak. Kena buat baru ;(

Dasyat la Shah Alam sekarang dah makin maju tak macam dulu. Dulu shah alam takde cinema sekarang dah ada. Sempat jugak kami bertenggek ke Space U8, Shah Alam. Perghh punyela besar mall ni. Ala-ala konsep Sunway Giza Mall sebab banyak pakai kipas and kurang air-cond. Eh dah dekat sangat dengan opis lama ni. 



Kalau singgah opis lama sure ade perarakan red carpet dengan paluan kompang dan bunga manggar punye tak. Ahak ahak. Ntah ntah ada pulak yang tengah sibuk berpeluh peluh ketiak pasang skru dengan angkat kotak tetiba lintang pukang cabooot lari nampak saya & Enchek husband pulak nanti, HewHewHew kesian hari-hari kena kerja berat ;p Nak tukar dengan saya tak jadi FTHW. KAHKAHKAHKAH. Selamat bekerja sampai pencenlah ye. Boooooo!

Ohoii motif utama jauh-jauh turun KL ni buat apa?? Semata-mata nak tawaf shopping mall je ke????? Warghh Warghh Warghh biarlah rahsia! OkBai!

Sekian

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p








 

Tuesday, June 19, 2012

Eh Rupanya Bandar Ipoh Not Bad Laaaaa Jom Pergi AEON Mall ;p

Assalamualaikum semua,

Wah suasana syok masih menyelubungi diri. Mestila syok ape tak syoknye bangun pagi sukahati la pukul berapa takde punch in punch out, walaupun orang kata jadi FTHW lagi penat dari bekerja bagi saya ntahla tak jugak. Bekerja pun penat weh dahla kena bangun awal pagi siap keperluan anak ke nursery balik lewat petang kalau jalan jammed Masyallah memang stress ambil anak pulak lagi fuh sama je. Rasanya word yang paling tepat yelah boring. Ya, BORING. Bagi saya la bagi orang lain no comment yawww. Hihihihi.

Saya tengah cuba men'transform' diri saya menjadi puteri lilin awww awww. Percaya tak last week direct 6 hari duk uma tak keluar langsung kecuali nak jemur baju ada la keluar sikit lepas pintu rumah, bayangkanlah sehari equal to 24 hours kalau 6 hari terperuk kat rumah dah 144 hours fulamak alamat tak lama lagi putih melepak la kulit aii u olls tak payah pakai Loreal Perfect White lagi KAHKAHKAH *BooTakLAwakLAngsung. Sekarang masanye untuk rileks buat mandi lulur manicure pedicure *arghhh mengada la. Oh tenang. Cuma bila tengok wallet banyak sangat coins baru rasa tak berapa tenang ;p

Hari yang ke tujuh terpaksa keluar rumah *Arghh banyakla terpaksa padahal paksa Enchek Husband bawa keluar jalan-jalan. Yeyeyeye nak jalan-jalan itu Nayli yang kata bukan mama! ;p

Masa nak keluar blur la jugak yelah biasanya dah ada idea nak pergi mana "jom pergi IKEA nak makan meatballs la" takpun "pergi One Utama best jugak ada sale sekarang ni" Sekarang ni eh nak pergi mana ye arghh lantakla tak kisah pegi mana pun janji dapat keluar tengok dunia luar. Hihihi.

Nak bagi anak dara duduk diam kene bagi yang best-best baru diorang boleh rasa lagha. Lagha lama-lama ye sayang sampai ke destinasi tau mama nak rehatkan minda jap. Phewwww.



Cik adik manis nak pergi mana ni?? Hamboi dengan accesories penuh satu badan *PitamMakHang. KAHKAHKAH.




Kan best kalau duduk diam bersama berdua macamni sampai balik ;)



Kami pergi ke shopping complex AEON yang terletak kat Ipoh. Oh Jusco dah tukar jadik AEON ye. Kesian tak tau pun. Shopping complex ni rasanya baru lagi kot. Masa kami sampai ke sini perasmiannya pun belum di lakukan lagi. Bakal dilakukan 2 hari lagi. Daulat Tuanku.




Tak sangka. Oh bebeh oh bebeh kat sini ada COTTON ON. Bukan mamanye je yang teruja anak mama lagi teruja lari lagi laju dari mama.

Nayli, tunggu mama mengah ni haaa.



Fulamak kagum lagi jugak lagi besar dari kat The Curve or One Utama.





Siapa yang nak shopping sebenarnye ni sayang????? Glurpssss. Oh suka kat kasut ye nak jadi Emelda II ke sayang.




Guess, Mango, Esprit macam-macam kedai ada disini. Kedai all time peberet saya pun ada. TAk sangke. Maybe sebab shopping mall ni baru kot. Dulu masa pergi Ipoh Parade takde ape sangat pun.

FOS. Oh Laa~ Laa~



Daiso semuanya 5 hengget. Oh Daa~ Daa~




Senduk pink. Aku hado ko hado? Ini kalau ada kat dapur ni gerenti kuasa memasak saya bertambah sehingga 100 horse power. TROLOLOLOLOL.



Mata sepet.


Padini. Oh Yaa~ Yaa~




Lepas tu stop kat food court. Tak banyak sangat pilihan tapi oklah perut dah lapar seyhhh.




Last sekali kami ke Pusat Hiburan Keluarga. Kena tukar nama kot jadi Pusat Hiburan Kanak-Kanak kot sebab mama and papa tak terhibur langsung. Hamboi semua nak naik ye sekali naik pakai 2 token, satu token dahla mahal giller sehengget. Grrrrrr.




Nampak sangat tak challenging bagi mereka berduakan. Tunggu nanti kita ajak papa naik Roller Coaster Corkscrew pulak ye anakanda-anakanda mama.. Awwww.

Till then. OkBai!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p