Hari tu bila pergi makan ramai-ramai di seafood BAgan LAlang tengok NAyli bersemangat habis tengok pantai. Siap nak bukak baju mandi. So keesokannya masa cuti CNY haritu kami ke PAntai Port Dickson untuk mandi-manda pulak. Yeay!!!!
Ramai giller orang. Dah 5 tahun agaknya tak pernah mandi pantai.
Pinjam tikar wan kejap nak berkelah tepi pantai. HiHi. NAsib cuaca baik-baik saja tak hujan. KAlau nak sewa khemah macam pic kat atas tu pun boleh jugak. Khemah with 4 kerusi kot tak silap, RM40.
Piccas masa mandi memang takde sebab mamanye pun teruja habis mandi macam tak pernah tengok pantai. Syiok nya walaupun orang sangat ramai bersesak-sesak la jugak.
Grrrrr kesejukan. Lama sangat berendam. Kecut habis kaki & tangan.
Ok jom sambung ke cerita yang lagi best ko bab makan memang excited habis kan. HikHik.
Ok jom sambung ke cerita yang lagi best ko bab makan memang excited habis kan. HikHik.
********************************************************************
Selesai mandi manda, kami meneruskan operasi apelagi kalau tak JJCM. KAn ke misi utama 2012 untuk men'demox'kan badan. Opsssss.
Dulu takde, sekarang dah ada. Punyelah lama dah tak pergi Port Dickson dah macam-macam benda baru ada kat sini.
Kami singgah untuk makan di sini. Yeay!!!!
Terletak di bandar Port Dickson. Siapa yang nak pergi ikut je arah ke BAndar port Dickson or Lukut. Dekat dengan pelabuhan nelayan dan pelabuhan kastam.
MAsa kami sampai dah hampi senja dan pemandangan masa tu seriyes memang cantik sangat. Melihat matahari terbenam yang sangat mengkagumkan. Di sini terdapat dua kategori medan makan. Yang tidak menghadap laut harganya lebih flexible manakala yang menghadap 'sea view' iaitu D'Terapung adalah lebih ekslusif kerana tempatnya dikelilingi air di mana lebih kosnya lebih tinggi.
NAsi lemak yang lemak dengan santan, ikan bakar segar dengan isi yang sangat lembut cicah pulak dengan air asam. TAk lupa udang goreng mentega. Fuh speechless. Makanan lautnya memang segar gua cakap sama lu. Thumbs up.
Burpsssss Alhamdulillah memang menyelerakan. Apasal lah semua tempat yang saya makan mesti rasanya sedap. Teringin juga nak review pasal tempat makan yang tak sedap. MAsalahnya semuanya sedap. Cemano tu??? Grrrrrrr.
Apepun highly recommended! Cuma service kat sini sangat-sangat slow. Tumbuh janggutlah jugak nak tunggu nasib anak-anak tak meragam, lagipun pemandangan sekelilingnya cantik. So bolehla jalan-jalan di sekitar kawasan dulu tengok fish, tengok laut, tengok bird yang terbang pulang ke sarang. Apepun memang penat sangat malam tu. Anak-anak pun tak sempat sampai rumah dalam kereta dua-dua dah flat. Mamanyo jangan cakaplah awal-awal lagi memang dah gedebush Zzzzzz HiHi. Tinggal papanyo jelah yang drive sorang. Hiks cian papanyo!
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
harga ok x akma??
ReplyDeletePrice okla yg kitorg makan tu RM60++. Memang fresh ikannya. Cume sengal sebab service slow sgt.
ReplyDeleteanak-anak awak comelss...
ReplyDelete:)