Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, January 30, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Hello peeps happy Monday Blues,

Blues or tak blues belog mestila kena updatekan. HikHik!

Saya sebenarnya tetiba rasa ingin tahu sangat siapakah gerangan Ustaz Azhar Idrus bila dapati banyak member update pasal status beliau di Facebook. Seryes saya memang tak berapa tahu sebelum ni itulah hari-hari asyik baca murai.com je. HukHuk.


Setahu saya kalau dalam sejarah artis biasanya memang ada fenomena demam tsunami yang melanda masyarakat Malaysia seperti Mawi tapi kalau part Ustaz ni jarang sikit. Kalau ada pun yang pernah menjadi fenomena di kalangan Ustaz (atau ringkasnya ahli agama) seperti Dato' Haron Din, Ismail KAmus dan sebagainya tapi kadang-kadang cuma ada kelompok tertentu sahaja yang menyukai ceramah beliau.

Oh hasil pencarian di En Google saya dapati beliau adalah seorang Ustaz yang selalu berkuliah dimana setiap kali diadakan kuliah dari beliau konpem orang ramai melimpah ruah hadir kerana penyampaian beliau yang sangat bersahaja, mudah di fahami dan tidak menjemukan. Ustaz Azhar Idrus juga mencatatkan sejarah kerana pada sambutan Tahun Baru 2012 di mana biasanya dipenuhi dengan konsert nyanyian dari artis tempatan tetapi dengan kehadirannya berjaya menghimpunkan seramai lebih 80 ribu pengunjung di Dataran kemerdekaan Shah Alam. Wowww.

Saya pun dengan bersemangat tengah ingin nak tahu lebih lanjut teruslah search video syarahan Ustaz Azhar Idrus kat Youtube, wowwww memang terus tertarik dengan aura cara penyampaiannya.

Patutlah ceramah beliau sentiasa dipenuhi dengan orang. Contohnya macam kat bawah ni.

Masjid Bandar Baru Uda, Johor


Masjid NEgeri Kuantan, Pahang.


Fenomena yang sangat mengkagumkan.

Tak rugi belajar ilmu dari Ustaz. Insyallah pengetahuan kita semakin luas dan bertambah dan dapat beramal dengan lebih yakin dan tenang.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. dah tengok gak you tube dia.. haritu ustaz datang masjid kat rumah tak leh nak gi sebab der hal,memang rasa rugi ngat.. m
    moga dapat ilmu yang baik dari insan yang hebat ini jangan suka dengarjer tak amal tak leh gakkan..

    ReplyDelete
  2. dah lama sungguh tak attend majlis ilmu agama mcm ni. sekarang kat opis selalu gak dengar UAI ni.. sama2 orang Terengganu. ehee

    ReplyDelete
  3. taktau pulak...tak aktif FB..hee~

    mcm lama tak dgr ceramah2 agama...rindu plak rasa~

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~