Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Showing posts with label Kisah Raya. Show all posts
Showing posts with label Kisah Raya. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Pernah Try Gulai Cili PAdi Otak Lembu Tak?

Assalamualaikum,

Bila dah sampai kampungku tanah air yang tercinta kat Seremban mestilah request mak masak yang pedas-pedas berapi. Air tangan emak memang mabeles. Oh yang pedas berapi sampai meleleh air kat hidung itulah yang terbahek!! Ahakkk!

Peeerghh bila mak masak gulai lemak masak cili padi ayam memang tiada tandingan.



Ada juga masakan exotic fear factor yang sangat ohsem. Ada berani nak cuba. Gulai masak lemak cili padi otak lembu. Wauweeee.


Saya sendiri pun tak pernah makan otak lembu ni. Cuma abang saya kata rasanya macam ala-ala tempe, lembut-lembut. Erksss.

Kanak-kanak ribena pun suka jugak time macamnilah dapat bermain dengan geng-geng yang berkurun lama  tak jumpa. 2 laki 2 perempuan ok cantik sangat tu.





Haritu lepas berjalan sakan, hari ni kami berjalan lagi dengan misi nak cari baju melayu papa. Dah nak raya dah ohoii baju raya tak jumpa lagi ok. Glurpssss.

Alaa mamanya memang seronok jugak papanyo tak jumpa baju melayu idaman sebab boleh round town Seremban. Mueheheheheeh! Alasannnnnnnnnnnnnn.

Kami ke Jusco 2, Seremban pulak. Yeay!!


Perghhh macam-macam ada dijual di sini dan yang pastinya apa yang di cari oleh papanyo ada dijual di sini.

Memang seronok habis bila berada di kampung sendiri. Memang tak puas rasanye balik kampung masa beraya haritu. Sobsss!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, August 27, 2012

Flashback Shopping Raya Di Seremban

Assalamualaikum semua,

Boleh flashback ke? Muehehehehehe!

Raya dah habisssss jom simpan semua baju raya dalam plastic. Mintak-mintak tahun depan muat nak pakai balik.  Eh raya dah habis ke? Eh raya sebulan lah. Arghh banyakla ko sebulan rabak dah poket muehehehehehe!

Terkenangla pulak di saat jaman poket tebal. Jaman poket tebal tu time before raya la. Eh bukan poket aii yang tebal, poket Enchek Husband aii la. Poket aii nowadays memang dah tak pernah tebal.  Penuh dengan duit syiling. TING TING TING. TROLOLOLOLOL.

Disebabkan raya tahun ni kami beraya di Seremban so shopping kat Serembanlah. Sakan la jugak jenjalan town Seremban. Lama dah tak meronda di sini. Masih macam dulu, tetap sama.

Memula pergi Terminal One perghh meriah dengan lagu dan koleksi baju untuk berhari raya. Masa ni mood raya memang dah berkobar-kobar dalam sanubari.


Di saat beberapa hari lagi nak raya papanyo masih tak jumpa baju melayu raya yang menepati tema dan ciri-ciri yang dikehendaki. Alaaa bukan takde, berlambak tapi papanyo yang cerewet. Satu Terminal One carik, takde yang menepati criteria ok fine kami ke KM Plaza pulak. Alaa sebelah menyebelah je nasib baik cuaca pun baik. Kat sini lagi berlambak macam-macam baju hadoooo dari tingkat bawah sampai lah ke tingkat atas sekali kami pergi nahhh sorang usung sorang anak tapi masih tak dapat menusuk kalbu mencuri hati papanyo.

Lyan benda ni dulu sementara tunggu papa cari baju raya. YEay!!


Okfine takpe jom pergi tempat lain pulak.

Nak dijadikan cerita al-kisah baju raya ku memang dah lama siap ditempah tapi tetiba ternampak pulak baju yang sangat cantik tergantung menepati tema pulak tu. Arghh cair! Puas la buat muka kesian nasib dapat yeay! Alhamdulillah.

Cantik tak baju yang saya maksudkan tu. Tik Tik kata anakku Zara. Atekkkkk kata NAyli pulak.
CANTIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKNYAAAAA! Kata mamanyo. Itu sudah mesti.


So baju ni lah yang mamanyo pakai masa 1st Syawal ;) Sebab itulah kaler baju raya masa 1st and 2nd Syawal macam sama tapi tak serupa sebab mana lah pulak nak tau tetiba dapat durian runtuh dari papa pulak. HewHewHEw.

Conclussion yang dicari baju papanyo tapi baju raya mamanyo pulak yang dapat. Itulah namanya rejeki jangan ditolak musuh jangan dicari tapi kalau orang dah start cari pasal dengan ko kasi belasah sampai mati je! Lelagik orang yang tak paham bahasa muehehehehee!

Sebab mission tak complete kami bergerak ke The Store pulak. Takde apa pun sangat kat sini. Boring.

Alhamdulillah papanyo menunaikan tanggungjawab rukun Islam yang ke empatnya.


Korang percaya tak yang terbaik sememangnya susah giller nak dicari. Haaaaaa mission kami failed sebab tak dapat ape yang dicari. Sambung esok pulak so sambung kat next entry lah. Hihihi. Plan nak ke Jusco 2 pulak.

Yahooo! MEngada kan? Tata titi tutu.

OkBai!!!

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, August 26, 2012

Jakun Kejap Bila Dapat Jumpa Tiz Zakiah. Awwwww.

Assalamualaikum,

Menjelang raya haritu kami balik ke kampung Seremban agak awal hari Selasa before raya lagi. Awal giler dalam erti kata lain kereta kat highway pun boleh kira dengan jari jew masa tu. Yelah orang ramai masih bekerja lagi so kami chill ajelah.

Tenang, aman damai bila dapat menikmati perjalanan yang lancar. Naik kereta dengan dua orang ashkar yang tak reti duduk diam memang sangat challenging. Alangkah seronoknya nak balik kampung. Terasa di awing-awangan sampai terbang kat 7 ultra lapisan awan, mood berangan sudah-sudahla tu over sangat ok. Mueheheheheh!

Biasanya dalam kereta Nayli duduk belakang dengan mama, Zara pulak duduk depan jadik co-pilot papa. Kadang-kadang bila mood meragam Zara nak duduk atas riba papa so papa memang jadik super driver wannabelah sebab kena drive kereta sambil pangku anak. Ko hadoo??? 

Otw nak balik kampong Seremban singgah sat kat Kota Damansara. Arghhhh kawasan all time paberet dulu ni. Kami berbuka puasa di The Curve.

Alang-alang dah lalu kat sini haruslah singgah. Tak gitu? Arghh ko memang banyak sangat alasan akma. Ada jugak hati kecil terasa nak berbuka makan buffet di Ikea tapi melihatkan orang dah berbaris panjang sejak pukul 6pm cancel je lah. Tak sanggup eden!! 

Masih awal lagi kami sampai around 4pm so jenjalan dulu. MAsa masuk Anakku terserempak dengan angkasawan negara and family. Perghhhh.


Dr Muzaffar tetap menten dengan handsomenye. Dr HArlina pulak tengok tu tengah sibuk belikan kasut untuk Bella. Eee geram tengok Bella selalu tengok kat blog Dr. Harlina je piccas dia swimming. Bella is soooo cute! Ramai juga yang bersalam-salaman  and snap pic dengan Dr Muzaffar. Aiii? Tak mahu la. Snap pic pun dari jauh curi-curi je. Malu gitew. GAGAGAGAGA.

First time pinjam stroller kat The Curve.


Ni pun sebab kami datang on weekday kalau weeekend memang jangan harap awal pagi lagi dah habis licin. Cuma bagi license memandu and RM50/per stroller sebagai cagaran. Sorang satu senang sikit kalau tak lari sana, lari sini memang papa and mama kena bertukar jadi atlet lari 100m.

Survey punya survey tak tau nak bukak puasa ka mana. Plan nak bukak kat TGIF tapi tak boleh reserved pulak. Chaittt! At last kami berbuka puasa di Thai Express. Bebudak kecik makan dulu. NAnti bile time berbuka bolehla papa and mama makan tanpa gangguan.



Alhamdulillah. Menu berbuka puasa kami Thai Express.







Pergh tanpa disangka-sangka. Yaa aw aww. Sebelah meja je u olls.



NAdira in da house. Yuhuuuuuu! Tiz Zakiah nak sainnnnnn. Diorang duduk bebetul sebelah meja je. YAng tu mum & dad dia kot. Punyela baik Tiz amik satu lauk ke satu lauk kat pinggan diorang. Tiz sangat santeks dari kat TV. Putih melepak iskk memang cantikla. MAsa makan pun tak focus ayik pandang-pandang jelling jelling kat meja sebelah. Eh nak tau jugak Tiz Zakiah makan ape. Minum ape. Mesti dia makan sikit je sebab slim. Lainlah ko akma mentekedarah macam tak makan 10 days! KAHKAHKAH. Nampak sangat jakun tak pernah jumpa retis. Ohoiiiiii! Memang jakun pun.

Agaknya orang orang glamer ni memang suka keluar on weekday kot. Pak Aaron Ajis taknak pulak keluar time ni kan. Hihihi.

TAkdela nak snap pic pelbagai dengan Tiz Zakiah pun malu ok walaupun hati melonjak-lonjak. Lepas berbuka kami pun meneruskan perjalanan ke Seremban. Yuhuuuuu masa ni debaran dah sangat terasa. Mood Hari Raya dah sangat menjelma. Berbulan sudah tak balik kampung ok dah jangan nak komen banyak-banyak. OkBai!!

Thanks for reading.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Thursday, August 23, 2012

Excited Tengok Ayam Bila Balik Kampung Untuk Beraya.

Assalamualaikum,

Masa 2nd Syawal kami beraya di kampung Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Berjumpa dengan sedara mara yang dah lama sangat tak jumpa.

Kampung ni memang kampung habislah kalau nak jumpa ayam, itik, kerbau, lembu sesuai sangatlah. Banyakkk!!! ;p

Eh bertiga jewww??? Nayli mana???? Biasanye dia yang pantang bila orang nak snap pic.



Oh! NAyli excited kejar ayam!!! Eh ayam kejar Nayli ke Nayli kejar ayam ni? Muehehehehhe!




Sampai ke reban ayam diorang mencari ayam. Kesian bebudak bandar zaman sekarang.



Ayam....
Bermacam ayam.... 
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam....
Ayam turki, ayam belanda....
Ayam hutan, boleh terbang....
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar......

Ibu...
Si ibu ayam...
Telur sebijik...
Riuh sekampung.... 

Jom kite marathon kejar ayam. Yahoooo!




1.. 2.. 3... Cheese!!! Kalau tak sakan snap piccas tak rayalah nama tu ;p





Baget bergambar cekak pinggang nak nampak kurus lettew. Mueheheheheh!

**************************************************


Note:  Baju raya cotton yang cantik menawan NAyli and Zara ini telah di taja oleh D'Cotton Heaven. Sila like page mereka di Facebook ok. Memang selesa habis bila dipakai. Memang best! 


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
 

Wednesday, August 22, 2012

Meriahnya 1 Syawal. Yeay!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, last year dah sambut kat Perak. This year kita beraya kat Seremban la pulak ;) Gilir-gilir. Apa orang kata sepakat membawa berkat.

Seperti tahun yang lepas, lepas dan juga lepas kami beraya dengan tema kaler yang sama. Tema kami sekeluarga besar pada tahun ini adalah... jeng jeng jeng...


KUNING

Semuanya masih dikurniakan kesihatan yang baik. Bestnye dapat berkumpul ramai-ramai! Syahdu! Dah lama sangat tak merasai moment-moment macamni. Sobsss!!!

Kalau dah namanya raya mestilah bergambar sakan. KAlau tak bergambar sakan di pagi raya, tak rayalah namanya kan. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga!!!!



Masih mengekalkan tradisi bangun awal dan berkumpul sama-sama di pagi raya, bergambar reramai selepas solat aidilfitri ini memang wajib!! dan bermaafan mengikut 'seniority'........dan juga jeng jeng jeng pemberian duit raya untuk siapa yang rasa diri mereka kanak-kanak ribena.

Bersedia untuk makangggggggg banyak! Saya dah demox & buncit. OkBAi! Mueheheheheh!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tunggu. Banyak lagi kisah pasal raya. Part II, Part III sampai lah part ke berapa ntah saya pun tak tau. Stay tuned ok!!! TROLOLOLOLOLOL.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
 

Saturday, September 3, 2011

Part YAng Kurang Best Bila Nak Beraya

Bila beraya sakan sana sini memangla best. Jumpa sanak saudara, kawan-kawan yang dah berkurun lama tak jumpa, makan kuih raya, makan lemang yang best, rendang, nasi impit pendek kata semua pun bestlah.

Satu hal je yang tak best. MAsa dalam kereta. Pheww.

Dua beradik comel yang bila ok macamni. Duduk sama-sama, baring sama-sama, main sama-sama. Mama pun rasa syiok je. Dapatlah tidur jap dengan tenang.




Tapi keadaaan ok macam tu sangatlah jarang berlaku. Biasanya NAyli taknak duduk diam dalam kereta. Kejap ke depan, kejap kebelakang, kejap melompat dengan lebih tinggi bila kena marah baru reti duduk diam. Tapi tu pun kejap je. 10 mins lepas tu hyper active balik. Fuh.

Panjat & lompat. Yeay!! Tengok je la muka Nayli ni. Penuh dengan idea nak buat aktiviti-aktiviti mencabar dalam kereta. Baju comot memang wajib. Pendek kata macam-macamlah. 1001 akal.



Aikk. Mama nak snap pic dia, dia nak snap pic mama pulak. Ini sudah lebih. NAyli pun nak update belog jugak ke. Hiks!




Kalau yang ni oklah memang behave sikit dalam kereta.

Tengoklah adik Zara tu. Tidur pun bermimpikan duit raya. Patutlah lena semacam je. Hiks!




Yahoo! MAkcik kayooo.



Nasib baiklah naik kereta ke dua-dua belah kampung Perak & Negeri Sembilan takdela jauh sangat. Jalan pun ok ada highway yang sangatlah best. KAlau tak fenin la jugak.

Tapi part yang paling best pulak mestilah bila anak-anak dapat duwet raya. Yahooo! Tak sia-sia jalan jauh ke sana ke mari bolehla mama shopping till drop. Haahahahaha!


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, September 2, 2011

Raya Ketiga Di Seremban Pulak

Raya ketiga kami di Seremban.

It's 3rd Syawal. Perfect.



and they are... jeng jeng jeng.....


Every year crew makin bertambah dan bertambah. Tahun depan tak tau la bertambah ke tak.

Gedix tak?? Awwww. The Power Puff Girls.




Hitam itu memang menawan sebab boleh nampak kurus. MAcam nak buat tema kaler untuk tiap-tiap tahun pulak rasanya.

Papa, mama. NAyli & Zara.




Semua jubah hitam di taja oleh mak masa pergi umrah bulan lima tahun ni. Mekacih mak loveeeee u. Idea untuk gaya mutu keunggulan photoshoot raya adalah 100% dari Cik Pia. Tema kaler hitam pulak dipilih oleh Ir. Ikhram. Completed. Yeay!!!

Comel je.


Happy.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, August 31, 2011

Marathon Makan Di Raya Kedua

Semekom, ada orang kat rumah tak? Saye datang nak beraya ni. Dengan nak collect duit raya sekali.

Hahahaha! Tak lawak langsung. Tak sesuwai tau. Dot.Dot.



Hamboi sopannye anak dara ni. Anak sape la ni yeee??

Jap jap sebelum tu. Jom nyanyi dulu ramai-ramai.


Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka !Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuhHari mulia negaraku merdeka

Macam lupa pulak pasal hari kemerdekaan negara. Selamat Hari Kebangsaan yang ke-54. YElah semua orang sibuk nak raya.

Ok ok jom sambung cerita pasal raya. Raya kedua meriah. Sama macam raya pertama pesta makan di sana sini.

Tengahari ni MIL buat makan-makan a.k.a open house la.

Ehem. Ehem. Baju baru, Kasut baru. Semua baru.


Rajinnye. Awwwwww. Lap pinggan ke sayang. Good girl.


Amboi sopannye duduk. MAkcik-makcik tengok terus reject nak buat menantu.




Dah habis acara menggemukkan badan di siang hari, malam pulak sambung lagik acara makan-makan. Ada open house lagik. Alhamdulillah murah rezki.

Macam-macam ada. Semuanya wowwwwww!!



Favourite Nayli apelagi. MEstilah satay. Sekarang ni bab makan untuk Nayli bergantung pada mood dia. Kalau nak makan, banyakkkkkk dia makan tapi kalau taknak makan, nak bukak mulut sikit pun susah. Sabar ye mama Nayli. Hiks!




Alamak macam mana ni. Seluar dah sempit. Baru raya kedua. Ada lagik 28 hari. Erkssss.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!